Skip to main content

Sudah Dijangka Akhirnya DAP Tetap Membela Namewee


Akhirnya Karpal Singh
Tetap Membela Namewee


Posting saya yang lalu bertanyakan persoalan apakah pendirian DAP berhubung dengan penghinaan Namewee terhadap negara ini. Tiba-tiba Karpal Singh sudah bersuara membela si budak biadap ini. Maka jelaslah - DAP adalah parti perkauman dan bukan parti yang membela kebenaran seperti mana yang dilaung-laungkan. Belum pun kes ini dibawa ke mahkamah, Karpal Singh sudah awal-awal menjatuhkan keputusan bahawa Namewee tidak bersalah ; Soalnya bagaimana pula nasib yang bakal diterima oleh dua orang pengetua Melayu di dua buah sekolah di Johor dan di Kedah yang dituduh kononnya bersikap racis? Mana perginya keadilan yang diperjuagkan oleh DAP? Hakikatnya, Karpal Singh dan Lim Kit Sianglah yang sebenarnya bersikap perkauman. Baca Laporan Malaysia Instinct di bawah :

Oleh Melisa Tan Abdullah

Karpal Singh membuat kenyataan bahawa Namewee tidak bersalah kerana bertindak atas provokasi yang ditimbulkan oleh Puan Siti Inshah Mansor, Guru Besar sebuah sekolah di Kulai yang menyuruh bangsa Cina pulang ke China. Jika hujah Karpal ini boleh digunapakai maka sesiapa saja yang bertindak atas Namewee atau Katy Lim Li Lian kerana provokasi yang ditimbulkan mereka adalah juga tidak bersalah.

Oleh itu, kita memohon agar 7 remaja Melayu yang membelasah 2 remaja Cina pada malam Merdeka yang lalu, dilepaskan kerana mereka juga hanya bertindak atas provokasi laman-laman Facebook dan juga video Namewee yang terdahulu yang menghina Islam, Melayu dan Malaysia.

Namun, itu tidak mungkin berlaku kerana dalam menghadapi masalah perkauman di Malaysia, yang salah hanyalah Melayu. Bangsa Cina di Malaysia tidak pernah didapati bersalah. Jika kejadian yang berlaku sebaliknya iaitu, 7 remaja Cina membelasah 2 remaja Melayu, belum tentu lagi bangsa remaja Cina tersebut akan dikenakan tindakan dan hujah bahawa mereka hanya bertindak atas provokasi Melayu akan digunapakai juga.

Inilah juga yang berlaku bila seorang polis di Kepong yang menempelak seorang warga Malaysia berbangsa Cina yang ingin membuat laporan akibat diragut tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Akibatnya, pegawai polis tersebut dikenakan tindakan setelah mangsa ragut itu membuat laporan terhadapnya pula. Dalam erti kata lain, bolehlah dikatakan bahawa pegawai polis tersebut telah dikenakan tindakan kerana ‘tidak tahu berbahasa Mandarin’.

Justeru, kita ingin bertanya kerajaan, pihak berkuasa dan semua pihak yang berkenaan yang mengambil tidakan terhadap polis itu, iaitu: Apakah ini bermakna pada hari ini, semua pekerja Melayu di Malaysia yang perlu berurusan dengan orang ramai perlu belajar bahasa Mandarin?

Sepatutnya, pengadu membawa penterjemah untuk memudahkannya membuat laporan dan bukannya mengharapkan semua polis di Malaysia tahu berbahasa Mandarin! Salah siapa jika seorang warganegara tidak tahu berbahasa kebangsaan? Berdebat dengan bangsa kiasu memang tak ada sudahnya kerana mereka akan sentiasa menang dan Melayu sentiasa kalah tanpa mengira siapa yang bersalah.

Kadangkala kita semakin keliru sama ada kita sekarang berada di Malaysia atau negara China? Siapa yang boleh memberikan jawapannya?

Comments

Anonymous said…
Joke for today...

"Why It’s Important To Understand English"

I had a bunch of Canadian dollars laying around, so I went to the currency exchange window at the local bank to change them out.

It was a short line, just one lady in front of me; An Asian lady who was trying to exchange yen for dollars and she was getting a little irritated.

She asked the teller, “Why it change?? Yesterday, I get two hunat dolla fo yen. Today I get hunat eighty. Why it change?”

The teller shrugged his shoulders and said, “Fluctuations”.

The Asian lady says, “Fluc you white people, too!”
Anonymous said…
KENA TGK JUGAK SAPA YG MEMULAKAN PERMUDAH BG TARAF WARGANEGARA KAT BANGSA PENDATANG TU DULU.....MASA ZAMAN NAK MERDEKA DULU?SEJARAH TAK BOHONG MASA TP KITA YGSEMBUNYI SEJARAH....N PEMIMPIM UMNO @ KERAJAAN TERLALU TUNDUK@LEMAH UTK BERTEGAS....RADIKAL LA SIKIT..

HAMBA RAKYAT
azlishukri said…
ada juga kesalahan UMNO
Anonymous said…
hahahha ,.. lawak2 ni dah kali ke berapa ntah aku baca comment.. dia putar alam balik citer kisah dulu wakaka .. gelak guling aku.. UMNO gak yg dia salahkan.. emm alahaiii..

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y