Tetamu Kehormat...

September 6, 2010

Seorang Lagi Hamba Allah Yang Tidak Tahu Bersyukur


Seorang Lagi Hamba Allah
Tidak Tahu Bersyukur

Seorang lagi hamba Allah yang juga merupakan warganegara Malaysia yang tidak tahu mengucap syukur dan berterima kasih. Manusia yang suka menghasut orang lain agar tidak berterima kasih kepada orang lain - merupakan sejelek-jelek manusia. Islam menyuruh kita mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik terhadap diri kita. Malang, seorang hamba Allah yang bernama Badrul Hisham shaharin, yang juga merupakan calon untuk mengisi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dengan sewenang-wenangnya menghasut rakyat agar mempertaikaikan pemberian bonus RM500 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua kakitangan dan pesara kerajaan pada 1 September yang lalu.

Jawapan saya mudah, kepada sesiapa yang tidak mahu menerima duit bonus tersebut, berikan kepada saya. Bila-bila sahaja saya boleh beri nombor akaun - kalau terlalu banyak sangat nak bertanya, maka tidak perlulah ambil duit bonus tersebut, buat serabut kepala saja. Apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah RM900 juta lebih untuk diagihkan kepada kakitangan awam - maknanya kerajaan ada duit! Kerajaan bukanlah terlalu bodoh dalam menguruskan kewangan negara. Manusia penghasut seperti inilah yang menghancurkan negara dan rakyat. Punca rakyat dan kakitangan kerajaan menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur adalah disebabkan orang politik seperti si Badrul Hisham ini. Makin ramai ahli politik seperti beliau, maka semakin rosaklah negara.


KUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan kerana beliau gagal menhidu kesusahan kakitangan awam dengan hanya membayar bonus RM500 setelah terdesak dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang berhubung bonus raya.

Menurut Badrul Hisham, oleh kerana belanjawan 'surplus' maka Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus duit raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awamnya yang akan dibayar sebelum Syawal 1431.

"Itulah permulaan politik pemberian bonus. Ini bukan sahaja membuktikan pengurusan ekonomi kerajaan negeri baik tetapi merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada kakitangan awam yang beragama Islam yang bakal menyambul Edulfitri.

"Ini secara tak lansung membasuh sedikit serangan tohmah bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak cekap mengurus ekonomi, tak menghargai kakitangan awam dan tidak sensitif dengan orang Islam atau Melayu. Malah tambahan bagi guru Kafa dan seumpamanya cukup menarik perhatian," katanya.

Mungkin panik dengan pemberian tersebut maka Najib pula kemudiannya mengumumkan pemberian RM500 juga kepada semua kakitangan awam dan pesara. Lebih 1.24 juta kakitangan awam dari gred 1 hingga gred 54 dan 590,000 pesara menikmati bonus raya tersebut yang melibatkan RM934.6 juta, katanya.

Amat pelik dalam keadaan buget regim pusat defesit teruk dan regim baru sahaja menghukum rakyat dengan menarik subsidi gula dan minyak yang menyebabkan kenaikan mendadak regim ini memberikan bonus, katanya. Bonus seharusnya diberikan apabila sebuah syarikat atau organisasi memperolehi keuntungan tetapi semata hannya untuk saingan politik regim memberikan juga bonus raya, katanya.

Lebih pelik lagi regim kononya tidak dapat mengelakkan kenaikan gula dan minyak yang menyebabkan rakyat terseksa dengan kenaikan hampir semua kos perkhidmatan dan barang keperluan kononya kerana terpaksa menyelamatkan RM750 juta, katanya. Menyelamatkan wang subsidi (RM750 juta) ini penting untuk mengelakan negara bankrup seperti yang dijangkakan oleh Idris Jala seorang anggota kabinet regim, katanya.

"Kerana mahu menyelamatkan RM750 juta itulah hampir semua rakyat terseksa dengan kenaikan kos hidup mendadak, malangnya untuk persaingan politik regim sanggup mengeluarkan RM934.6 juta pula," katanya.

Hujah memberikan kakitangan awam bonus raya kerana membantu mereka dalam menghadapi perayaan dalam keadaan kos yang meningkat juga memperakui kegagalan pengurusan ekonomi oleh regim, katanya.

Namun tahu atau tidak kakitangan gred 1 yang bergaji tinggi (baca: amat tinggi) juga memperolehi RM500 tersebut, dan kerajaan pula menarik subsidi dari semua rakyat yang khususnya susah tetapi bayar bonus kepada golongan kaya yang tak terasa perit kenaikan harga, katanya. Persoalanya di sini tiap kali kenaikan gaji atau pemberian bonus pasti mengakibatkan kenaikan harga barang, ujarnya.

"Jangan nak bohong kalau regim ini berkata harga barang tidak naik dan terkawal. Suruh menteri pergi pasar beli barang baru mereka tahu bagaimana kenaikan harga mendadak berlaku. Regim gagal mengawal harga dan pemberian bonus ini sedikit sebanyak juga telah menyuntik kenaikan harga lagi," katanya.

Bagaimana dengan mereka yang bukan kakitangan yang merupakan jumlah lebih ramai dari kakitangan awam, katanya. Mereka tidak punya bonus, mereka kini banyak yang tak mendapat peluang kerja lebih masa sementara kos yang naik angkara pemberian bonus raya ini akan menjadi perangkap maut kepada pekerja-pekerja yang bukan kakitangan awam, katanya.

"Politik pemberian bonus raya ini berita gembira bagi 25 peratus rakyat tetapi mungkin perangkap maut bagi selebihnya. Ini harus dicatat dalam merakam KPI Najib selaku Menteri Kewangan ternyata dia gagal lagi dalam mengurus ekonomi," katanya. Justeru Perdana Menteri disarankan melepaskan jawatan selaku menteri kewangan kerana gagal mencapai KPI yang mereka sendiri tetapkan, katanya.

7 comments:

Anonymous said...

Apalah bahgral.. bebdudak ni..
dia tak dapat kot... tu yang tergolek gelantang terguling-guling tu.. kesian dia..

Anonymous said...

Orang tidak bagi kita marah, orang bagi pun x kena,pendek kata semua tidak kenalah dengan apa yang kerajaan buat.

Bila kita layan dok guna..nama dah pembangkang..kerja dia bangkang saja....

Usah letak kerajaan la, kalau perihal diri katakan..cuba bg duit raya lebih sikit tahun ni berbanding sebelum ini kita bagi orang rm 10 kali ni bg rm200. Kita akan berkira juga..

Begitulah kerajaan akan menimbang tara kesemua sudut.

Bila kerajaan bagi setakat itu, bersyukurlah dengan apa yang diberikan.

Dulu macm2 kata itu sumber dok halal la itu dan ini..bila dpaat duit senyap tanpa soal..
tapi bila juga ada yang persoal tak cukup, itu jenis dok bersyukur...

Anonymous said...

Salam,
MAS,
Manusia macam keldai seeloknya kita bunuh je,,, persetankanlah dengan suhakam ka apa ka,,, kalau kita nampak je ada jenis manusia menghasut, maka kasi je lah minum racun ke, bom dengan limau bali ka , termasuklah orang umno sendiri yang ada juga spesis macam ni....

selamat hari raya,,

add

Anonymous said...

apa punay turr daaaa..x bagi dia maki kerajaan dan bila dah bagi di kudah kat najib..otak dia ni oke ke tak ok..elok hantak p rawatan kat tanjun grambutan..malas nak layan manusia macam ni..sama naik dengan ketua De Faktor PKR kaki penipu,,peliwat dan jugak penghianat...porahhhh

Muhammad Azli Shukri said...

saya sependapat...

Ahmad said...

Ade juga orang yang tak bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T bagi.. Kerajaan Penang bagi RM400 je dulu.. pastu beru naikkan RM500.. Fakta pon salah..

MEmand keldai la budak ni..

a ali /46sekupang said...

tanya sama dia sekira ada pinjam PTPTN sudah bayarkah?.