Tetamu Kehormat...

September 13, 2010

Isu Istana Kelantan : 5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur


5 Sebab Mengapa Kita Harus Bersyukur

Pertamanya, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah, kerana akhirnya kebenaran tertegak juga di Istana Kelantan pada hari ini (baca di sini). Berkat doa rakyat Kelantan yang mahu melihat institusi raja negeri tersebut berada di landasan yang sebenar, semakin jelas kelihatan. Saya, menyokong sepenuhnya pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baharu. Daulat Tuanku! Sudah terlalu lama polemik dan konflik mewarnai istana Kelantan - sehingga kebenaran hampir sahaja tertutup dan terkunci rapat, tetapi kini. Cahaya kebenaran sudah semakin menyinar, tatkala seorang raja berjiwa rakyat dimasyhurkan secara rasmi, mengikut lunas undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan, sekali gus membuatkan para penentang Tengku Faris semakin panas punggung. Terdapat lima kebaikan atas pemasyuran Tengku Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu, iaitu :


1. Kebenaran pasti akan terselah berhubung hakikat sebenar punca "penyakit" yang telah melanda batang tubuh ayahandanya setahun yang lalu. Ramai yang menginginkan kepastian mengapa secara tiba-tiba KDYMM Tuanku Ismail Petra mengidap penyakit yang membuatkan baginda terus lumpuh dan gering lebih daripada setahun lamanya. Rakyat mahu mengetahui laporan perubatan baginda secara telus - dan sesiapa sahaja yang terlibat menyebabkan KDYMM Tuanku Ismail Petra menjadi sedemikian rupa, mesti di hadapkan kemuka pengadilan dengan segera.


2. Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai sultan Kelantan yang baharu - adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan. Baginda bukan sahaja sanggup mencemar duli semata-mata ingin bertemu dengan rakyat jelata, bahkan kebolehan baginda menjadi imam solat untuk saf kepimpinan negeri dan rakyat Kelantan, patut dicontohi oleh sultan dan raja di negeri-negeri lain. Ia merupakan contoh dan teladan yang baik. sebagai Ketua Agama Islam negeri, sudah semestinya setiap sultan dan raja mampu menjadi imam solat berjemaah, agar menjadi ikutan rakyat jelata.


3. Pemasyhuran ini juga akan menyelesaikan segala konflik dan masalah dalaman Istana Kelantan yang sudah terlalu lama. Perebutan tahta semakin menjadi-jadi, sehingga melibatkan insiden yang merisaukan rakyat Kelantan. Kes seorang pegawai Tengku Faris yang ditembak dan mengakibatkan kematiannya -harus segera diselesaikan. Rakyat ingin tahu, siapakah dalang di sebalik kes tersebut.


4. Rakyat Kelantan juga mahu mengetahui siapakah dalang yang memaksa baginda KDYMM Tuanku Ismail menceraikan isteri keduanya, Elia Suhana dengan talak tiga sekali gus? Banyak pihak merasa ragu bahawa KDYMM tergamak mencerai isteri keduanya dengan talak tiga, kecuali ada tangan ajaib yang melakukannya.


5. Rakyat juga mahu mengetahui siapakah gerangan yang selama ini membuat kacau di istana Kelantan? Siapa sebenar yang mahukan harta? Dan siapa pula yang mahukan kuasa? Semua ini perlu dijawab. Sudah tiba masanya Tengku Faris menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menegakkan kebenaran di istana Kelantan dan mengheret sesiapa sahaja yang terbukti melakukan komplot untuk menjatuhkan KDYMM Tuanku Ismail - sama ada melalui cara "merosakkan" kesihatannya, mahu pun melalui cara "mempengaruhi" pemikirannya. Walauapa pun hakikatnya, berkahwin dua atau tiga bukanlah perbuatan dosa, apatah lagi jika seseorang itu berkemampuan. Tetapi, malangnya ramai wanita tidak upaya memahami hikmahnya. Mereka lebih selesa mengikut emosi daripada akal yang sihat. Wallahualam. Daulat Tuanku!

11 comments:

merah_s said...

Daulat Tuanku.. Semoga segala persoalan akan segera terjawab. Harapanku agar selesai suda semua pertikaian.

Muhammad Azli Shukri said...

saya sependapat...

kuanderas said...

Salam Semua,
Sultan Kelantan yang baru ini:-
1.Berjiwa rakyat
2.Majoriti rakyat Kelantan menyokong beliau.
3.Sekurang-kurangnya SBJ (Syarikat Hartanah di Kelantan), tidak lagi bermaharajalela.
4.Berjiwa Melayu

Daulat Tuanku...

Nanang said...

Salam kenal semuanya, semoga sukses buat Sultan Kelantan yang baru.

Anonymous said...

x kiro dr parti mano,ambo rakyat kelate di luar menyokong penuh pertabale sultan baru...

daulat tuanku


tokawe

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya ingin mengulas topik "Malaysian Malaysia". Maaf kerana saya guna ruangan ini.

"Malaysian Malaysia" dimulakan oleh Lee kuan Yew. Ia membawa makna ( dari pandangan Lee) yang Malaysia tidak adil kepada bukan Melayu.

Lee mahukan segala peruntukan terhadap Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dihapuskan.

Pada orang yang buta sejarah atau berperangai seperti Yahudi( banyak dalam DAP), ini adalah satu konsep yang adil. Kenapa mesti ada kelebihan pada Melayu.

Apa yang Lee mahukan ialah "cina Malaysia" tetapi dibalut indah dengan kata kata manis "Malaysian Malaysia".

Perlembagaan Malaysia sebenarnya sudah melambangkan "Malaysian Malaysia'. Ianya adalah sesuatu yang adil.

Kenapa Perlembagaan Malaysia sebenarnya adalah "Malaysian Malaysia?".
1) Ia memberi kerakyatan pada lebih satu juta bukan Melayu menjelang merdeka. Kesediaan Raja Raja melayu anugerahkan kewarganegaraan adalah satu peristiwa unik didunia kerana tiada negara lain sanggup buat begitu iaitu serentak lebih 1 juta kewarganegaraan diberi.

2) Ia memberi peruntukan khas pada Melayu mengenangkan kesediaan Raja Raja Melayu benarkan bukan Melayu berkongsi tanah air.

3) Pengiktirafan Melayu sebagai penduduk aal sudah lama diterima oleh dunia. Negeri ini asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu.

Segala perjanjian dengan penjajah HANYA dianggap sah bila ditandatangani oleh Raja Raja melayu. Malah ketika hubungan Melayu-British berada ditahap paling buruk( Malayan Union), British masih iktiraf orang Melayu dengan meminta tandatangan Raja Raja Melayu.

Malah Perjanjian kemerdekaan Tanah melayu ditandatangani oleh Raja Raja melayu sendiri.

Ini adalah situasi "menang-menang". Bukan Melayu dapat kewarganegaraan. Orang melayu dapat balasan iaitu kedudukan mereka sebagai bumiputera diiktiraf.

Lee Kuan Yew mahu peruntukan khas pada melayu dihapuskan. SOALAN yang perlu ditanya pada Lee Kuan yew ialah ADAKAH Raja-Raja melayu akan beri kewarganegaraan pada bukan Melayu jika tiada timbal balas untuk Melayu ?

Raja Raja melayu walaupun bermurah hati dengan isu kewarganegaraan juga sedar ianya satu pengorbanan tiada tolok bandingnya oleh Melayu. Untuk mengekalkan "wajah Melayu" dalam sebuah negara yang kini bukan lagi eksklusif hak Melayu, maka perlu satu peruntukan khas melindungi kepentingan Melayu.

Dan peruntukan ini tidak boleh dicabar oleh ahli Parlimen. Merubah "wajah Melayu" dalam Malaysia memerlukan perkenan Raja Raja Melayu.

"Remove he royalty, the last vestige of old Malaya will dissapear. It is the royalty( raja Raja Melayu) who gives the Malay character to this land", Dr mahathir in Malay dilemma.

MALANG SEKALI

Orang Melayu kini sudah mula anggap institusi Raja Raja tak penting. Kita sudah sanggup berbaring atas jalanraya menghalang kereta Sultan.

Orang Melayu sudah sanggup berkata "sembah dehaka" kerana tak dapat terima Qada dan Qadar( hanya kerana hilang jawatan MB Perak).


Kerana iman yang kukuh, orang Melayu menentang British , satu empayar terbesar didunia yang baru menang perang. Orang Melayu ketika itu sedar tipu helah British membuang kedudukan Raja Raja melayu akan menghilangkan "bukti" yang negeri ini adalah negeri Melayu.

MALANG SEKALI,

Demi memenuhi cita cita seorang munafik( Anwar) untuk jadi PM, orang melayu ramai buat tak kisah dengan usaha "mengubah" wajah Malaysia.

Berkali kali Allah SWT menunjukkan "hidayah" pada umat Melayu akan kemunafikan Anwar, namun kerana dendam, orang Melayu sanggup terima beliau.

Mungkin orang Melayu sudah muak dengan Malaysian Malaysia" berpaksikan Raja Raja. Mungkin orang Melayu kini "teruja" dengan konsep "Cina Malaysia".

Mungkin itu yang kita mahu.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih saudara shamsul atas komen yang sangat bernas...

Anok Kelate Jati said...

Saya kenal sangat dengan baginda Tuanku sebab sekolah sama dulu, Tuanku memang best orangnya..memang layaok jadi Sultan Kelantan..Daulat Tuanku..

Panglima Perang Cyber said...

Daulat TUanku !


pendapat kita adalah sama.


alhamdulillah !

Mohd Rizuwan Abd Wahab said...

Ada tgn luar yg ingin rampas kuasa dari sultan ismail,yg ptg bkn dri ank2 baginda..keluarga baginda diporak perandakan utk lihat prpecahan kerabat diraja,jd sng lah utk rampas kuasa utk angkat abg tenku razaleigh jd sultan yg baru..tp raja pemangku muhammad faris petra lebih cpt mghidu komplot ini & ambil lgkh lindungi ayahndanya..ramai yg tgk pemangku raja ni jht tp bg aku,dialah pnyelamat institusi diraja kelantan..kini,baginda pn dh jd sultan kelantan krn ayahnya yg lumpuh xmampu memerintah kelantan..daulat tuanku

Mohd Rizuwan Abd Wahab said...

Ada tgn luar yg ingin rampas kuasa dari sultan ismail,yg ptg bkn dri ank2 baginda..keluarga baginda diporak perandakan utk lihat prpecahan kerabat diraja,jd sng lah utk rampas kuasa utk angkat abg tenku razaleigh jd sultan yg baru..tp raja pemangku muhammad faris petra lebih cpt mghidu komplot ini & ambil lgkh lindungi ayahndanya..ramai yg tgk pemangku raja ni jht tp bg aku,dialah pnyelamat institusi diraja kelantan..kini,baginda pn dh jd sultan kelantan krn ayahnya yg lumpuh xmampu memerintah kelantan..daulat tuanku