Skip to main content

Inilah Peguam Yang Bakal Membela Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati

Inilah Peguam
Yang Bakal Membela
Suspek Utama Kes Pembunuhan
Datuk Sosilawati


Inilah peguam yang bakal membela suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang lain. Kita berdoa kepada Allah agar pasukan yang membela kebathilan akan tewas dan tumpas. Baca Laporan Malaysia-Instinct di bawah :

Peguam, Ravi Nekoo hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dilantik mewakili dua beradik yang kini berada dalam tahanan reman berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pelantikan itu dibuat oleh keluarga dua beradik tersebut pada 12 September lalu dan satu pasukan pembelaan juga telah ditubuhkan bagi mewakili kedua-dua suspek terbabit yang juga merupakan peguam.

Pengesahan tersebut dimaklumkan kepada media melalui satu kenyataan akhbar yang dihantar melalui e-mel. Ravi dari firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan sering mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil.

Beliau merupakan salah seorang peguam pemerhati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu prosiding Suruhanjaya Diraja Siasatan berhubung klip video perbualan peguam Datuk V.K. Lingam yang dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini, dua tahun lalu.

Beliau turut terlibat dalam kes perebutan hak penjagaan anak antara S. Shamala dan Dr. Muhammad Ridzwan Mogarajah serta peguam pemerhati bagi pihak Daphne Iking dalam kes seorang ahli perniagaan yang didakwa cuba memikat pengacara terbabit ketika masih isteri orang.

Menurut kenyataan akhbar itu juga, peguam terbabit melahirkan rasa tidak puas hati dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah yang didakwa tidak memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan anak-anak guamnya.

''Kami telah menghantar surat bertarikh 14 September lalu kepada Ketua JSJKL agar diberikan peluang untuk bertemu dengan anak guam kami. Bagaimanapun tiada maklum balas diterima,'' ujarnya. Selain itu, Ravi mendakwa, pihak polis gagal memaklumkan kepada mereka mengenai lanjutan tahanan reman terhadap anak-anak guam mereka dan hanya mengetahuinya melalui akhbar. Disebabkan kegagalan tersebut, peguam itu menyatakan pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Polis Negara dan timbalannya bagi memohon akses untuk bertemu dengan dua beradik itu.

Pada 18 September lalu, Majistret Mohd. Azeli Ibrahim membenarkan lanjutan reman terhadap seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar Datuk, adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh dan bakar itu. Perintah reman yang dikeluarkan di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 25 September ini. Suspek utama itu dan adiknya yang juga seorang peguam ditahan polis pada 9 September lalu di Banting manakala enam lagi suspek ditahan pada keesokkan hari iaitu 10 September lalu.

Comments

Anonymous said…
tgk muka dah tauu. tak dak harapan nak menang keling niee.

cuma nak cari teknical error. biasa nye kes2 yg berprofil tinggi susah nak ada technical error. ramai polis yg verify all evidence.

tugas dia cuma nak minimalkan impact dan hukuman.

tugas pendakwa lagi berat sebab nak buktikan lawyer 2 org tu yg mengarahkan dan ada big influence pada yg tukang bunuh. kalau berjaya. sori laaa,....semua kena gantung.

idrus
Anonymous said…
jgn jd mcm kes liwat anuar cukup,
tunda,tunda,tunda kesss....
Anonymous said…
aku harap2 agar semua keling yg terlibat tuh di hukum gantung terutama sekali "kepala" keling tuh...
Man Botak said…
Berdoa lah kita agar pihak polis dan pendakwaraya mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan.
Suspek telah merancang dengan rapi tindakan mereka. Kemungkinan terlepas dari tali gantung amat besar. Hanya doa dan usaha keras pihak polis dan pendakwaraya saja yang mampu mengheret suspek ke tali gantung. Jadi teruskanlah berdoa..
Dot said…
salam,

maila pakat2 buat solat hajat setelah semua prosiding mahkamah selesai, Insyaallah, mereka akan tetap terhukum. tawadhu' & tawakkallah kepada Ilahi. ini senjata terakhir yg kita ada... mintakla dgn Allah SWT yg Maha Pengasih, Maha Penyayang, Insyaallah...
Anonymous said…
xde orang ke nasihatkan dia ni,jangan ambik kes ni..gerenti kalahnya..
chabai said…
saudara dia juga yang jadi peguam dia, kes ini kes sukar kerana bukti-bukti yang ada sukar dibuktikan...kemungkinan besar 2 lawyer yang dituduh ini akan bebas kelak....lagipun sistem kehakiman negara kita agak longgar. Kes Linggam...correct..correct..correct adalah contoh terbaik....
azlishukri said…
sama-sama kita berdoa...
Unknown said…
Salam, sudahnya UMNO gak yang dikaitkan. walhal itulah bapak hantu Hindraf
Anonymous said…
Kaum gelab ni jgn di beri kuasa dan ruang.. Ini lah padanya bila dorang dpt kuasa...bukan setakat lupa daratan,malah lupa lautan,pendek kata lupa dunia... Patutla dr dulu lg kaum gelab adalah kaum yg terpinggir,merempat n low clas. Ibarat si kudung mendapat cincin
C L J said…
Sengaja cipta kes tinda tunda kes tu bukan kes senda senda sistem mahkamah ke ???
Anonymous said…
KALU TERLEPAS LA KELING PARIA NIE.TGN AKU SENDIRI YANG AKAN SEMBELIH KELING2 PARIA TU.PUKIMAK PUNYA PARIA.AKU DA TAU KT MANA KEDUDUKAN KELUARGA PARIA2 PEMBUNUH TU.TGGU MASE JE AKU NK BUAT KEJE NIE.
Anonymous said…
TERTUDUH PASTI KENA PUNYO.....
Anonymous said…
Menang kalah lain cite...sapa tak nok woo..lubuk tuu....aset 250jute....takkan dia takleh pindah atau bg pendahuluan 2 juta utk kes ni..ye tak?


ANTI KAY n SI

Pilihan Pembaca

Kabinet Najib : Masih Kenal Saya?

NOSTRADAMUS SUDAH MATI! Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tin...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Laporan Khas Azli Shukri (Episod Satu) : Produk Terbaik Khairy adalah Kegagalan

Laporan Khas Azli Shukri Episod Satu : Produk Terbaik Khairy adalah Kegagalan Oleh Muhammad Azli Shukri Sehingga ke hari ini, saya masih bertegas - bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia mestilah Datuk Mukhriz Mahathir. Mengapa? Kerana UMNO harus segera mengelakkan fitnah yang akan melanda parti tersebut jika calon lain yang memenangi kerusi panas tersebut. UMNO tidak berupaya lagi untuk menangkis satu lagi gelombang tsunami politik dalam PRU yang akan datang. Saya jelaskan dengan hati yang ikhlas mengapa semua perwakilan pemuda UMNO harus memilih Datuk Mukhriz, pertama - imej beliau adalah bersih dan terbukti beliau tidak menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan baru-baru ini. Nama beliau dicalonkan dengan sebulat suara daripada akar umbi, tanpa dipaksa atau dibayar apa-apa. Kedua, terbukti beliau merupakan calon yang tiada rekod kegagalan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh parti kepadanya. Ambil contoh Aman Malaysia - yang terletak di bawah Biro Antarabangsa Pergerak...