Tetamu Kehormat...

September 20, 2010

Apabila Ruslan Kasim Ajak Kita Berfikir


Apabila Ruslan Kasim
Ajak Kita Berfikir



Agak baik juga untuk seketika kita membaca buah fikiran bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Ruslan Kasim yang sekarang ini merupakan Ketua Penerangan PERKASA. Elok juga kita telitikan idea yang terkandung di dalam tulisan beliau ini. Sama-sama kita baca..(Klik di sini)

3 comments:

Anonymous said...

stingSaudara azli,

Maaf guna ruang saudara untuk ulas satu perkara iaitu mengenai Menteri.

Tun Dr Mahathir memerintah Malaysia untuk selama 22 tahun. Jasa beliau banyak walaupun yang benci beliau( ketahap yang buat orang pelik) ramai juga.

Pandangan Tun sentiasa dinanti kerana cara Tun menjawab soalan begitu menarik. Tun pun suka menyindir.

Namun apa yang kita semua tahu ialah pandangan Tun walaupun beliau dah bersara , amat dinanti nantikan serta amat menarik.

Ketika isu Lim Kit siang memfitnah BN tentang BTN hangat diperkatakan, pemberita ada bertanya Tun pasal BTN.

Jawab Tun, BTN banyak membantu rakyat malaysia mengetahui asas negara ini. Namun malang sekali, seorang Menteri telah terlupa adab sopan dengan mencerca Tun sebagai "rasis".

Menteri tersebut tak lain tak bukan ialah Nazri aziz. Menteri lain kalau sentuh pasal Tun Dr mahathir tak setuju sekali pun masih boleh guna bahasa yang sopan.

Tapi Nazri ni lain macam sikit. Kalau Tun Dr Mahathir tegas, Nazri ni biadap sikit.

Dia barangkali terlupa yang Tun hanya beri jawaban setelah ditanya pemberita. Maklumlah Tun jadi PM lebuih 20 tahun. Jadi pandangan dia dalam banyak hal dinantikan.

Nazri ibarat meludah kemuka sendiri. Tun adalah bekas Ketua kerajaan. Menuduh beliau "rasis" samalah seperti menuduh Kerajaan Malaysia rasis.

Menuduh Kerajaan rasis samalah seperti menuduh parti yang memerintah itu perkauman, iaitu UMNO.

Soalan yang kita patut tanya pada Nazri ialah buat apa beliau berada dalam parti yang beliau anggap "rasis".

Nasib baiklah Muhyidin ada tegur beliau. Inilah masalah yang kita hadapi dengan UMNO.

Nazri adalah jenis menteri yang orang Melayu rasa seperti lupa diri. Mungkin orang tak cakap depan dia.

Dia tak kisah dengan bahasa yang dia pakai. Dia cakap sesuka hati menyerang Tun dengan bahasa kesat tanpa mahu sedar perangai macam ini buat orang muak dengan beliau dan akhirnya UMNO menerima akibat.

Dia terlupa dia menang atas tiket UMNO. Ketika anwar dan Kit siang fitnah BTN sebagai "perkauman", Nazri sepatutnya pertahankan BTN.

Ini tidak, dia tumpang sekaki mengiakan fitnah Lim Kit Siang. Apa yang rasis pasal BTN?

Kerana bagi tahu yang Raja Raja Melayu sanggup bagi kewarganegaraan pada bukan Melayu serta sebagai balasan, terdapat peruntukan untuk Melayu yang "memberi" kewarganegaraan pada bukan Melayu?

Salahkah memberitahu fakta? Salahkan memberitahu asal usul negara ini?

Itukah yang dinamakan "perkauman".

Nasihat saya pada Nazri ialah jika beliau ada masalah peribadi dengan Tun, sila pastikan ianya kekal sebagai masalah peribadi. Jangan pula ikut perangai Kit siang dengan turut memfitnah hanya kerana dulu ada permintaan anda ditolak oleh Tun Dr mahathir.

JIka perlu "role model" Menteri untuk diikuti, tak perlu fikir jauh. Rakan kabinet anda macam Mustapha Muhammad boleh ajar anda cara jaga mulut.

Wake UP! said...

Nazri ni spesis macam KJ. Keturunan beruk tidak sedar diri.

Muhammad Azli Shukri said...

wake up dan anon sy benar2 terkilan dengan Nazri aziz, cara dan gaya beliau sama sekali tidak kena dengan arus perdana...