Skip to main content

Tuan Ibrahim Tuan Man : Dari Langit Ke Bumi

Tuan Ibrahim Tuan Man
Dari Langit Ke Bumi

Apabila Anwar Ibrahim menamakan Lim Kit Siang, Penasihat DAP sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional - rupa-rupanya ramai pihak yang "terkedu" dan terasa hati dengan janji Anwar Ibrahim itu. Bahkan - Hadi Awang sendiri mengakui, Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah membincangkan secara serius akan hal yang berkenaan - atau dengan bahasa kasarnya, Anwar Ibrahim "pandai-pandai" sendiri buat janji dengan DAP.

Yang terbaru Harakahdaily melaporkan pula, kenyataan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua parti komponen PR memperkukuh parti terlebih dahulu, sebelum sibuk membincangkan "kemenangan" yang belum pasti. Nampaknya, sudah mula terdapat pemimpin PAS yang kembali rasional dan berpijak di bumi yang nyata. Sebelum ini - kita semua dikejutkan dengan sikap para pemimpin PASyang seolah-olah sudah "mabuk" dan terlalu "asyik" dengan angan-angan kosong, kononnya Putrajaya pasti akan bertukar tangan.

Kini, PAS khususnya, semakin tersedar daripada mimpi yang panjang - pergolakan dan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini, sedikit sebanyak telah membuka mata banyak pihak, bertapa Anwar Ibrahim, bukanlah manusia yang di "Anugerahkan oleh Tuhan" untuk memimpin rakyat di negara ini - kerana segala-galanya telah terbukti lagi jelas, parti beliau sendiri tidak upaya dipimpinnya dengan sebaik-baiknya. Semoga nasihat Tuan Ibrahim ini dihayati oleh para pemimpin PAS yang lain, agar segera terjaga daripada mimpin indah yang panjang. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

JIWA ANAK MUDA said…
TUAN TOLONG PAUTKAN BLOG SAYA KE BLOK TUAN SEBAGAIMANA SAYA TELAH MEMBUAT PAUTAN BLOG TUAN DI BLOG SAYA. T.KASIH.
To Live Again said…
Dulu diaorg punya la ykin dpt tawan putrajaya..Tp sejak dua menjak ni lGE blh plak kata " Kita diberi mandat oelh rakyat utk 5 thn..Kita msti hbskan penggal kita.Kita xkan terikut dgn permainan kotor BN..Pooodah LGE OI..

Yg si husam plak ckp" Kita x akan turt serta bdlm PRU13 jika terlalu awl..Kita xnk menjadi pak turut hahaha..Msti diaorg target nk hbskan penggal sbb mana tau lepas2 ni dh x merasa hahhah..

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...