Skip to main content

Selamat Tinggal Hanafi Mamat!

Cukup! Hentikan semua pertikian berkenaan siapakah yang sebenarnya Ketua Parti AKIM. Sudah sah Datuk Zaid ialah Ketua parti tersebut setelah bekas presidennya, Zakaria Salleh memberi laluan mudah kepada beliau. Sekarang, jawatan kosong untuk jawatan-jawatan penting parti itu perlu diisi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Ketua Pemuda, Wanita dan Puterinya silalah mengisi borang keahlian parti baharu Zaid Ibarhim tersebut, mudah, cepat dan tidak perlu tunggu terlalu lama untuk menuju ke puncak kuasa. Baca laporan ini : KUALA LUMPUR, 16 Dis — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengesahkan Zakaria Salleh, yang melepaskan kedudukannya kepada Datuk Zaid Ibrahim semalam, merupakan presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang sah. Selain Zaid dipilih sebagai presiden, Akim ditukar nama sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada mesyuarat agung tahunannya di Petaling Jaya pagi semalam.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kelantan, Wan Rahimah Wan Mamat berkata, pihaknya tidak pernah memberi pengesahan bahawa Hanafi Mamat adalah presiden Akim yang sah seperti dipetik media sejak beberapa hari lalu. Surat bertarikh 20 Oktober lalu, yang dihantar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kepada setiausaha agung Akim juga menyebut, “jawatankuasa kerja agung Akim yang diketuai Encik Zakaria Salleh, yang dipilih dalam muktamar agung itu (26 Disember 2009) adalah jawatankuasa kerja agung semasa berlandaskan perlembagaan Akim.”

“Kita (ROS Kelantan) hanya melantik Hanafi Mamat sebagai pengerusi ad-hoc (menyelesaikan masalah dalaman Akim), bukan melantiknya sebagai presiden Akim. “Kita menyuruh dia (Hanafi) menyelesaikan pertikaian antara kumpulan A (dan) Kumpulan B kerana dalam kaedah kita (ROS) satu-satu pertikaian mesti diselesaikan dalam masa 30 hari.

“Mesyuarat agung (Akim) pada 26 Disember tahun lalu, semua ahli sama ada dalam kumpulan A atau kumpulan B bersetuju menerima Zakaria Salleh sebagai Presiden Akim yang baru dan kita (ROS Kelantan) menerima minit menyuarat agong tersebut serta mengesahkannya.

“Hanafi, kata saya (mengesahkan) dia sebagai presiden Akim sedangkan waktu berjumpa dengan saya selepas Akim menyelesaikan masalah dalamannya, Hanafi sendiri bersedia menerima keputusan (iaitu mesyuarat agung) Akim tidak melantiknya sebagai presiden lagi, yang diselesaikan secara perhimpunan keluarga,” ujar Wan Rahimah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam, Hanafi dipetik Bernama berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama menjadi Akim. Akim merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. “Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota Akim yang terlibat dengan penubuhan parti Kita bagi menggantikan nama asal Akim serta berniat untuk menggulingkannya. Hanafi tetap menganggap dirinya sebagai presiden Akim yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka ketuanya.

Sebelum ini Bernama melaporkan Wan Rahimah mengesahkan Hanafi kekal menjadi presiden Akim berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan. “Sebenarnya pengasas Akim adalah Musa Salleh, bukannya Hanafi Mamat seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 2 Disember lalu... saya sendiri menghubungi Berita Harian membuat penafian ketika itu.

“Ketika itu, saya memberitahu, ROS melantik Hanafi mngetuai ad-hoc (menyelesaikan masalah dalaman Akim) tetapi Berita Harian melaporkan saya mengesahkan Hanafi sebagai presiden,” kata Wan Rahimah. Sehubungan itu, beliau berkata, Hanafi tidak berhak menafikan sebarang keputusan mesyuarat agung Akim yang berlangsung semalam iaitu Akim ditukar nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air serta melantik Zaid, bekas pengerusi PKR Kuala Lumpur, menjadi presiden menggantikan Zakaria.

Dalam pada itu, Wan Rahimah mengaku bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan mesyuarat agung Akim semalam serta menganggap sebarang permohonan oleh parti yang ditubuhkan sejak 15 tahun itu akan diselesaikan oleh ROS pusat. “Tiada apa-apa permohonan setakat ini, tak ada apa-apa laporan dan pihak kami tidak tahu apakah permohonan rasmi selepas mesyuarat agung semalam,” katanya. Menurut Rahimah, pihaknya lazimnya memproses satu-satu permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh serahan permohonan kepada ROS Kelantan.

Namun kata Wan Rahimah, permohonan dan status terbaru Akim mungkin memerlukan masa lebih daripada itu kerana melibatkan siasatan dalaman dan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri dan polis sendiri. “Yang itu (pelantikan Zaid sebagai presiden dan penukaran nama Akim pada Kita) kita tak pasti... itu keputusan mesyuarat agung, benda ini sudah menjadi urusan nasional yang melibatkan siasatan polis dan Kementerian Dalam Negeri (dan) kalau perlu kelulusan menteri (berwajib), maka mungkin diuruskan (ROS) pusat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pendaftar Pertubuhan pusat, Fison Yahaya berkata, Kita mempunyai tempoh 60 hari untuk menyerahkan permohonan kepada pihaknya susulan pertemuan semalam. Kata beliau, Kita perlu berbuat demikian bagi memudahkan ROS untuk memproses permohonan itu. “Parti baru itu (Kita) ada 60 hari untuk serahkan permohonan kepada ROS untuk diluluskan dari tarikh mesyuarat yang diadakan.

“Kalau tidak serah kita tidak boleh proses, jadi parti itu tidak sah,” kata Fison ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata sehingga kini masih tidak permohonan yang diterima dari parti Kita. “Kita belum terima apa-apa lagi, kalau terima kita akan proses. “Proses permohonan itu tidak mengambil masa lama, apa-apa hantar dulu kepada kita,” katanya. Ketika mengumumkan pertukaran nama parti semalam, Zaid juga berkata struktur parti itu hanya akan mempunyai seorang pengerusi, seorang ketua parti dan satu jawatankuasa eksekutif pusat.

“Kita akan mengadakan satu lagi pertemuan pada 19 Januari depan untuk membentangkan dengan lebih lanjut tentang parti ini. “Mengenai nama baru, kita hantar kepada ROS dalam masa terdekat,” kata Zaid.

Comments

otaklunyai said…
Belanda dah masuk kampung!!!! ada yang dah kena jual...
azlishukri said…
otaklunyai - memang confirm ada orang dapat habuan
Fairosza said…
rasanya tak payah tukar nama tu. buat je la parti baru.

Pilihan Pembaca

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini....

Riang-Ria Dunia Namewee

Namewee 2010 Kakitangan Awam Tidak Lagi Selamat Oleh Jefri Zachariah 1. Semalam kita diberitahu oleh Dewan Rakyat yang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin pula dihukum kononnya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol. 2. Selain Hamim, dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - juga telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang hampir sama. Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail digantung jawatan mereka. 3. Mereka kini ditugaskan menjalankan ke...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...