Skip to main content

Pengikut Syiah Semakin Melampau!

Nampaknya, kumpulan Pro-Syiah di Malaysia semakin biadab dan mula menunjuk taring mereka. Tidak sampai sebulan, kumpulan tersebut mula "menggertak" Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) agar membuat permohonan maaf secara terbuka atas penangkapan 200 pengikut ajaran tersebut baru-baru ini. Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa ajaran Syiah merupakan ajaran yang terkeluar daripada Islam yang sebenar, dan di Malaysia, ajaran tersebut tidak ada tempatnya sama sekali. Saya menyeru kepada pihak kerajaan agar segera bertindak tegas dan memadamkan terus ajaran Syiah yang semakin bertapak dan merosakkan fahaman umat Islam di negara ini. Sudah tiba masanya Syiah di Malaysia dikuburkan seperti mana yang berlaku ke atas kumpulan al-Arqam. Saya juga menyeru agar semua bloggers pro-kerajaan turut berjihad dan berjuang membongkar kesesatan ajaran Syiah di negara tercinta kita ini. Ayuh! Masanya sudah tiba!

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Khusrin Munawi bertegas tidak akan memohon maaf kepada 200 pengikut ajaran Syiah yang ditangkap agensi kerajaan itu dua minggu lalu. Ini kerana menurut Khusrin, pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa kumpulan itu yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 15 Disember lalu menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah.

“Kita dah ikut kumpulan itu dua tahun, kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng daripada ajaran Islam. “Jadi saya tidak akan minta maaf, buat apa nak minta maaf kepada orang yang kita tangkap. “Kalau berkumpul biasa tiada masalah tapi kalau sudah berkumpul untuk menyebarkan ajaran ini (Syiah) ia memang salah. Sebab itu kita ambil tindakan segera, nanti kalau biar lama-lama jadi makin teruk lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Khusrin mencabar kumpulan ajaran Syiah itu untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati atas penangkapan dilakukan Jais. “Kalau tidak puas hati, beritahu mahkamah. Kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng. “Malah dalam Fatwa yang dikeluarkan Selangor juga secara jelas mengatakan ajaran Syiah menyeleweng dan boleh dianggap sebagai kumpulan ajaran sesat,” katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Selangor pada 1998 memutuskan bahawa ajaran Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah. Umat Islam yang menganut ajaran ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Malah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Semalam Kumpulan ajaran Syiah menggesa Khusrin memohon maaf secara terbuka ekoran penangkapan 200 pengikut ajaran itu dengan mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka. Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais pada 15 Disember lalu pukul 10.15 malam, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran. Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak. Kumpulan yang ditahan juga dipercayai menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh. Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.

Comments

Hazwan Mohamad said…
Salam. Saya amat tertarik dengan gaya penulisan serta info dan perjuangan dalam blog tuan. Banyak artikel dan tulisan yang menjadi pencetus semangat saya untuk terus berjuang dalam arena media baru ini. Semoga blog saya dapat di'link'kan ke blog tuan. Blog ini juga telah dilink ke blog saya. Sekian terima kasih. ( blog baru suara anak muda mahasiswa negara ) http://www.hazwanmohamad.blogspot.com
Anonymous said…
Arqam mempunyai kurang dari 5 ribu pengikutnya manakala Syiah mempunyai lebih kurang 400 juta diseluruh dunia. Macam mana nak kuburkan syiah..

Gerakan Hizbollah yang bermahzab syiah mempunyai hanya 500 orang anggota dapat mengalahkan lebih kurang 10,000 ribu tentera zionis, tentera yang tercangih di dunia..semasa perang 34 hari pada 2006 antara Hizbollah dan Israel dan Alhamdulillah Allah SWT telah memberi kemenangan tentera sesat Syiah...

http://www.youtube.com/watch?v=srJHKH2Tzbw
Anonymous said…
kita hanya perlu cantas ajaran syiah dimalaysia sahaja...jangan biarkan mereka berkubu di negara kita...aku sedih kawan aku pun ada terlibat sama, malah mereka mempengaruhi isteri, anak2 dan jiran tertangga untuk mengikut maazab mereka....negara kita dalam bahaya....do something bro!!
azlishukri said…
terima tuan hazwan, saya link blog tuan
Anonymous said…
Keimanan seseorang itu adakah harus ditentukan oleh kerajaan?
Mana Demokrasi?
Sedangkan OIC telah mengiktiraf mahzab syiah dalam convention Aman dimana malaysia juga menjadi ahli pertubuhan tersebut..
Anonymous said…
Salam,

Sy terpanggil untuk memaklumkan syiah ini memang sesat,

Cuba download ebook :peshawar Night versi bahasa melayu, dialog ulama suni dan syiah

Muga tercerah

Salawat
Anonymous said…
apa kata mereka yang konon nya perjuangkan ISLAM...bila:

1)isu kalimah Allah tidak dipertahankan malah dipertikaikan...(akidah ; AGAMA ISLAM AGAMA YANG BENAR)
2)sumpah laknat dipertikai....(jika akuan sumpah memihak kepada kepercayaan mereka...akan dipertahankan...)
3)Fatwa Kebangsaan dipertikai....(tapi jika memihak kepada kepercayaan mereka...akan dipertahankan...)
4)JAKIM dipertikai...(isu halal...haram...dikelirukan habis2an...)
5)pluralisme...
6)Syiah....
7)dan banyakkkkk lgiiiii....

wallahu'alam...
Anonymous said…
Salam bro Azli.org kampong kena belasah terok kat blog aku budak balun.isu felda.bantu teman bro.
hermit said…
Salam saudara-saudara semua,

Dalam hal ini,Syiah Imamiyah adalah saudara SeIslam kita semua selagi mereka amalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama)

Jadi tidak sepatutnya mengkafirkan mereka secara lahiriah.

Namun yang membezakan Syiah Imamiyah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w ialah...

Mereka bermazhab ahli bidaah dan fasiq.

Itu sahaja :)


-Saudara SeIslammu

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan ? Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu. DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu...