Skip to main content

Orang Melayu Tiada Jalan Pintas!

Tulisan Dr. Mohd Noor Yazid di dalam Utusan Malaysia ini sangat menarik untuk kita renungi bersama. Baca rencana tersebut : PERSOALAN HAK KEISTIMEWAAN dan ketuanan Melayu kini menjadi isu yang tak berkesudahan. Ini paling jelas dan semakin ketara seepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 diumumkan keputusannya. Persoalan ini seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan kekuatan politik di antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN). Bilangan wakil rakyat yang ramai dalam Parlimen daripada pakatan pembangkang seakan-akan mempunyai hubungan dengan isu ketuanan dan hak keistimewaan Melayu. Apakah hanya BN (khususnya UMNO) yang sepatutnya menjaga dan melindungi hak ketuanan dan keistimewaan Melayu?

Adakah pakatan pembangkang tidak mempunyai hak bagi melindungi ketuanan dan hak keistimewaan Melayu? Atau persoalan ini sengaja diputar-belit oleh pihak tertentu bagi melabelkan bahawa pakatan pembangkang adalah sebuah pakatan yang tidak akan mempertahankan hak istimewa Melayu dan ketuanan Melayu?

Jadi apabila pakatan pembangkang berkuasa maka ketuanan Melayu akan berakhir dan hak keistimewaan Melayu juga tidak akan dilindungi. Setiap negara bangsa yang dibentuk mesti mempunyai prinsip-prinsip dan matlamat tertentu ke arah membentuk kestabilan negara bangsa dalam jangka panjang. Memang proses pembentukan negara bangsa memerlukan masa yang lama bagi mencapai matlamat yang dituju dan darjah kematangan yang tinggi.

Walaupun begitu matlamat yang dituju mestilah jelas agar matlamat tidak tersasul. Perjuangan semua pihak tidak boleh lari daripada dasar asas yang dibentuk yang biasanya dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Negara atau falsafah tersirat yang tidak bertulis (seperti Great Britain). Dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia, ia dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak boleh diganggu dan digugat oleh mana-mana pihak. Meminjam kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak "Ia terkunci mati dalam Perlembagaan Persekutuan" (merujuk kepada hak keistimewaan orang Melayu dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2010).

Jadi mana-mana pihak tidak boleh menyentuh, mengubah atau meminda perkara ini lagi atas apa-apa sebab. Persoalan ini telah 'disimpul mati' dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini tidak dapat diubah oleh mana-mana parti politik yang mengusai Kerajaan Malaysia walaupun sekiranya ia dapat menguasai Parlimen dengan majoriti dua pertiga. Perkara 153 mengenai hak keistimewaan Melayu hanya dapat dipinda sekiranya mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu yang terdiri daripada sembilan orang Sultan/Raja Melayu. Adakah Raja-raja Melayu akan bersetuju meminda perkara yang penting bagi orang Melayu ini yang telah diperjuang oleh bapa kemerdekaan dan pejuang bangsa terdahulu?

Saya melihat bahawa Raja-raja Melayu tidak akan mengubah perkara ini. Jika sekali pun perkara ini berlaku maka bangsa Melayu yang 'sedar diri' akan bangkit bangun menentang dan bersatu melindungi hak bangsa. Jadi penulis melihat bahawa persoalan hak Melayu dan ketuanan Melayu bukanlah isu remeh yang boleh dipermainkan oleh golongan politik tertentu yang sudah lupa matlamat jangka panjang pembinaan negara bangsa.

Ia bukan persoalan mendapat kuasa dan berkuasa atau mendapat sokongan daripada golongan atau kaum tertentu bagi memenangi pilihan raya akan datang, tetapi lebih jauh ia adalah isu yang meruntuhkan kestabilan bangsa dan meranapkan keupayaan dan kekuatan bangsa dengan jalan yang tidak begitu harmoni. Isu-isu begini amat berbahaya bagi sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Malaysia. Persoalan hak keistimewaan bangsa Melayu ini boleh menjadi isu sensitif terhadap kestabilan.

Ia boleh digunakan bagi memancing undi bagi golongan bukan Melayu dengan janji- janji seperti jika menyokong parti tertentu hingga dapat berkuasa nanti, maka hak sama rata akan diamalkan dan tiada lagi keistimewaan terhadap Melayu. Tetapi hal ini tidak boleh berlaku kerana negara bangsa Malaysia telah dibentuk berasaskan matlamat jangka panjang menjadi negara 'Melayu' (Malaysia) seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Struktur yang dibentuk adalah seperti yang telah digariskan dalam Perlembagaan seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang berkuasa melantik Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri melantik anggota Kabinet dengan pengesahan Yang di-Pertuan Agong. Prinsip dan struktur ini (begitu juga kuasa sultan/raja setiap negeri Melayu serta peraturan melantik menteri besar di setiap negeri Melayu) adalah perlu jelas bagi setiap warga negara Malaysia.

Tanpa pengetahuan ini rakyat massa akan keliru dalam membuat keputusan dan akan digunakan oleh sesetengah ahli politik yang kurang 'jujur' dalam berpolitik. Ini semua sebenarnya mempunyai falsafah besar bagi pembinaan negara bangsa yang stabil dan kuat dalam jangka panjang. Dalam hal ini pakatan pembangkang tidak perlu menekankan pengubahan struktur kuasa bagi menarik sokongan masyarakat khususnya Cina. Ia lebih baik difokuskan kepada perkara-perkara pembersihan unsur-unsur negatif seperti rasuah dan penyalahgunaan peraturan dan undang-undang yang berlaku dalam kerajaan sekarang. Ini boleh diterima oleh semua rakyat massa tanpa mengira sesiapa.

Semua rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah dan salah guna kuasa. Perjalanan dan penyusunan ekonomi dan sosial yang benar-benar mantap dan telus adalah lebih diterima oleh rakyat. Pakatan pembangkang dan juga BN (khususnya UMNO) juga harus sedar bahawa dalam PRU 2008, sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina di seluruh negara (termasuk Sabah dan Sarawak) telah dimenangi oleh DAP atau calon PKR keturunan Cina.

Calon BN keturunan Cina daripada MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Walaupun berlaku perubahan 100 peratus pengundi Cina kepada calon pakatan pembangkang (DAP khususnya), bilangan Ahli Parlimen tidak akan bertambah banyak lagi. Dalam hal ini dapat dirumuskan bahawa pengundi Melayu mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar. Kedua-dua pihak sama ada BN atau pakatan pembangkang, jangan melihat hanya pengundi Cina (atau bukan Melayu lain) menjadi penentu kepada keputusan PRU akan datang. Polisi yang dibentuk mesti mengambil kira akan perasaan hati pengundi Melayu.

Ini kerana tanpa sokongan padu pengundi Melayu, mana-mana pihak akan gagal membentuk sebuah Kerajaan Pusat yang kuat. Ini adalah wajar dan logik yang besar kerana bangsa Melayu adalah penduduk majoriti Malaysia. Semua pihak harus akur pada garis kasar dan prinsip pembinaan negara bangsa Malaysia yang stabil sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan. Semua pihak mesti sedar bahawa setiap apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu mempunyai maksud tersirat dan mempunyai falsafah serta makna yang besar di sebaliknya. Semua itu adalah mempunyai matlamat besar bagi pembentukan sebuah negara yang maju, mantap dan stabil. - Utusan Malaysia

Comments

Anonymous said…
Saya bukan nak komen pasal "Orang Melayu Tiada Jalan Pintas"

Maaf kerana keluar tajuk.

SAYA NAK MINTA DATO NALLA KALAU SUNGGUH ADA BUKTI TENTANG HUBUNGAN SEX ANWAR DENGAN SHAMSIDAR ATAU SESIAPA PUN SAMADA VCD ATAU DVD, TOLONGLAH BERI KEPADA BLOGGERS SUPAYA DAPAT DISIARKAN DALAM U-TUBE.

DENGAN PENDEDAHAN TERSEBUT DAPAT MEYAKINKAN AHLI PKR DAN AHLI PAS SIAPA ANWAR SEBENARNYA.

TETAPI KALAU ANWAR SANGGUP BERSUMPAH MUBAHALAH SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH HJ SAIFUL TAK PERLULAH DIDEDAHKAN.

MACAMANA ANWAR? BERANIKAH ANGKAT SUMPAH?

AHLI PKR PERMATANG PAUH.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Orang Melayu silap jika fikir Perlembagaan( terutama berkenaan hak orang Melayu) tidak boleh dipinda( dihapuskan) hanya kerana memerlukan perkenan Raja Raja Melayu.

Ini kerana jika orang Melayu hilang kuasa, maka pertama sekali yang akan dibuang ialah Raja Raja Melayu.

Perlembagaan adakah sekeping kertas. Yang menyebabkan peruntukan mengenai Melayu( dan segala identiti seperti Raja Raja, islam, Bahasa melayu, rejimen askar Melayu) kekal ialah kuasa politik orang Melayu. Kuasa ini diperolehi melalui pilihanraya.

DAn sekarang kuasa ini syukur ditangan Melayu , iaitu UMNO. Jika ditakdirkan UMNO tumbang( minta dijauhkan Allah SWT) maka berakhirlah segala galanya.

MASALAH MELANDA MELAYU BILA PEMIMPIN TAK TEGAS.

Macam mana nak tegas?
1) Sumbat pemimpin kurang ajar seperti Tian chua, Teresa Kok yang hina Islam bila "menceroboh" Masjid Negara.

2) Ambil tindakan pada Nurull Izah, contohnya. Dia berbohong dan fitnah Malaysia di Jakarta? Kenapa tiada tindakan?

3) Pecat Ghani Patail. Nampak sangat dia berat sebelah. Dia siap tegur Dr Khir tapi tak cakap apa apa pasal Anwar berkempen pasal kes liwat.

Sikap pemimpin pandang rendah pada satu masalah dan biar masalah bertambah besar adalah sikap tak bertanggungjawab.

Contoh( nampak macam lawak) bila seorang mengaku dirinya Sultan
Melaka dan ada ramai pengikut. Tangkap dia dan sumbat dalam ISA. Apa biarkan orang macam ini menggugat negara.

Bila ahli Parlimen PR merusuh, polis cuma ambil kenyataan dan kemudian lepaskan mereka. Tangkap, jangan lepaskan. Biar mereka tinggal 1 tahun di Sg Buloh. Biar mereka rasa nikmatnya bila buat fitnah.



Jangan takut pada "lawyer" tak beriman mereka.

Sebenarnya tak susah sangat. Bertegas tetapi adil.
Abdul Hayee said…
Bersetuju sangat dengan pandangan dan pendapat Saudara Shamshul Anuar.

Bertindak dengan tegas tetapi adil.
Zek said…
Layari blog YB Zulkifli Noordin dalam posting terbarunya bertarikh 16 Dis.2010 bertajuk "KUDA MENGUDA DAP-ANWAR".
wazahu said…
sory keluaq tajuk.mcmana cerita adun selinsing kna tangkap senyap ja
Anonymous said…
saudara Azli, sy tak tau nak luah pd sapa tp kena habaq jg. sy meluat sungguh2 kt KJ rasanya berjuta lg rakyat Msia mcm sy. tolonglah kempen kt PM pilihraya nanti jgn ada lg nama KJ.TQ

Pilihan Pembaca

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim Oleh Lukman Abdullah (Agenda Daily) 1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi. 2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden. 3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja ber...

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .