Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji. Di mana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.
Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja. Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.
Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS? Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS? Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.
Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang? Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.
Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun. Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.
Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga. Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai. Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?
Comments
DR NO
walaupun tak menyeluruh tp ini memberi kesan. walaupun kiasan RM5 tu unutk zaman dulu tp nilai dan cara adalah sama cuma pendekatan berbeza.
Bg orang kampung mereka tak mintak besar, tp sekadar untuk dikenang. Kalau JKK boleh singggah tgk anak sakit, kenduri datang bersiang daging, gotong royong bersama masyarakat. itu sudah memadai.
Lg baik kalau boleh tolong anak masuk asrama, tolong itu, tolong ini.
Mungkin budaya ini sudah berubah tp pendekatan hampir sama
Apa kah sumbangan PAS dalam menjaga Kepentingan Orang Melayu dan ISLAM.
Tak ada apa pun.
Kelantan masih mundur, keperluan asas saperti air pun masih belum dilaksanakan.
Di Kedah pun tak buat apa-apa semasa banjir baru baru ini. Tak usah tanya pasal pembangunan.
Di Penang pula DAP bermaharaja lela menindas Orang Melayu tertapi PAS senyap saja macam orang bisu. Oh saya lupa PAS bukan orang Melayu.
Di Selangor pula DAP juga yang berkuasa, PKR dan PAS jadi pak turut saja macam orang bisu.
Wahai kaum ku Orang Melayu dan (Beragama Islam- kena ingatkan PAS) apa kah Pestasi dan Pencapaian PAS yang bolih kita guna sebagai Panduan untuk Menilai kemampuan mereka memerintah.
Maaf lah saya katakan PAS hanya jadi Pak Turut kepada PKR dan DAP.
Mampukah mereka menjaga kepentingan bangsa Melayu yang beragama ISLAM.
Apa yang berlaku sekarang sungguh aneh. Parti Orang Melayu, UMNO,PAS dan PKR memecah tiga undi orang Melayu yang merupakan kaum majoriti iaitu anggaran 60% dinegeri ini. Olih kerana itu kaum minoriti saperti Cina dan India menjadi kuasa penentu. Bodoh betul kaum ku ini.
Cubalah UMNO dan PAS bermuafakat sebagai orang ISLAM. PKR akan mati beragan tanpa sokongan ahli PAS. DAP akan bersendirian balik asal sebagai pembangkang. UMNO an PAS bolih lah bermuafakat untuk dibahagi bahagi Pentadbiran Negeri.
FIKIR FIKIR KAN LAH.
DR NO
Mmg la cukai dh dipulangkan kepada rakyat dlm pelbagai bentuk..Pembangunan material dn rohani..Sumbangan 2 pon salah 1 bentuk bantuan la..Kalau kata bantuan duit kerajaan dikira sbgai salahguna dn rakyat x ptt pon berterima kasih dgn kerajaan, aku nk tnya mcm mana plak bantuan yg dihulur di selangr dn kelantan misalnya..
Apakah 2 pon dikira sbgai MAINAN POLITIK..Kalau cm 2 prinsipnya sng la..Org2 di kedah pon blh KEDARAH suma bantuan kerajaan negeri bg dn kerajaan negeri pon x pyh la bsg2 konon x undi ISLAM la..X skg ISLAM la..Bkn ke 2 pon bntuk ugutan yg merendahkan IQ pengundi..
PAKU DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORG PR YG LEBIH!