Skip to main content

Mahathir Serang Zahid?

Kementerian Pertahanan tidak habis-habis dengan masalah. Sebelum ini gempar dengan berita kehilangan enjin Jet Pejuang F-5E, kemudian timbul pula isu berhubung kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa kaum Cina dan India kurang semangat patrotismenya - dan yang terkini, keraguan Tun Mahathir terhadap langkah kementerian tersebut yang bersungguh-sungguh mahu menggantikan pesawat tempur MiG-29 dengan pesawat baharu. Apa sudah jadi dengan Kementerian Pertahanan ini? Baca laporan di bawah :

MANTAN PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru. Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru. "Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia.

Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29. “Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir. Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi. Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama. Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu, Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle. Bacaan lanjutan di sini...

Comments

dzimba said…
setuju bro..buat apa beli baru..upgrade dulu apa yang ada. Transfer knowledge,sampai bila nak pandai pakai yang baru je.

Tapi takut juga nanti kena serang..nanti kapal tak terbang pulak.. he hee
azlishukri said…
zimba - kita bimbang ia bakal jadi isu...pembaziran, kronisme dan banyak lagi..susah Najib nanti
Anonymous said…
Hmmm... kereta saya dah 13 tahun, MAA tak mahu sambung insurance, kena pakai kurnia. Mig kita pakai insurance mana ? Kalau tak boleh sambung nanti takde airtax, kena saman ekor pulak.... kita tukar baru !

Duit ? emmmm, naikkan harga gula 5sen lagi, harga asam masin 5sen sebiji ( anak saya kuat beli tu, teruklah bajet saya ), harga budu 10sen sebotol ( takpe, orang kelantan memang undi Pas pun ) . Dalam masa 5 tahun rasanya kerajaan dapat jimat 7.3 Billion. Lepas dah bayar deposit 30 buah.

Bahagian nak beli baru, serah je kat pemimpin kita !
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Tahniah KJ : Selangkah Ke Putrajaya!

Tahniah Tuan Haji Khairy Jamaluddin Selangkah Ke Putrajaya Mengikut beberapa sumber, kementerian yang paling serasi dan sesuai untuk Khairy Jamaluddin adalah Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak tahu, sama ada Khairy benar-benar berminat dengan kementerian tersebut atau pun tidak. Jika khabar angin yang semakin kencang bertiup dari Putrajaya itu akan benar-benar berlaku (malah dikatakan sudah pasti akan berlaku. Wallahualam) Maka, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sedikit masa lagi akan dinobatkan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang baharu. Namun demikian, pertanyaan yang sedang mengusik benak saya ialah berhubung dengan siapa antara dua Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang ada sekarang harus dikorbankan demi memberi lalu kepada Khairy? Apakah YB Datuk Ir. Hj Idris Haron selaku Timbalan Menteri I sudi menyerahkan kerusinya demi Khairy? Atau mungkinkah juga YB Datuk Saifuddin Abdullah yang dikira baru sahaja mengisi jawatan Timbalan Menteri II Peng...