Skip to main content

Kita Gagal Memahami Diri Kita Sendiri

Saya fikir kita harus sedar dan insaf setelah membaca tulisan Datuk Ruhanie Ahmad di bawah ini, menarik dan teruja. 1. Seseorang individu bebas memilih bentuk dan aliran pemikirannya. Ada individu liberal, ada konservertif, ada super hipokrit, dan tak kurang juga yang berlagak pseudo Islamis par excellence. Tetapi, yang malang sekali adalah individu yang tidak mengenali asal-usul diri dan sejarah bangsa sendiri.

2. Lantas tulisan saya kali ini adalah mengenai diri saya sebagai seorang anak Bangsa Melayu yang dilahirkan di bumi bertuah bernama Tanah Melayu dalam lokasi geografi Alam Melayu. Tanah Melayu dijajah orang asing dari 1511 hingga 1957, iaitu 446 tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu Bangsa Melayu kehilangan digniti, maruah, dan harga diri. Tanah Melayu pula tergadai integriti dan kedaulatannya.

3. Bangsa Melayu yang kehilangan digniti ditindas secara sistemik. Hidup mereka terbiar, mundur, dan daif di pinggir desa. Tanah Melayu yang kehilangan integriti pula diinjak-injak pendatang asing. Hasil buminya dirampok dan dieksploitasikan ke peringkat maksimum.

4. Bangsa Melayu yang kehilangan digniti tidak mampu berbuat apa-apa untuk menebus integriti dan kedaulatan Tanah Melayu. Lantas penjajah pun datang dan pergi silih berganti. Penjajah terakhir adalah British. Mereka hanya memelihara dan menitikberatkan pedagangannya dengan Negara China (Cowan 1970:367).

5. Oleh sebab itulah berjuta-juta buruh asing di import masuk ke Tanah Melayu untuk melombong bijih timah dan mengusahakan ladang getah milik kapitalis British. Akibatnya, bancian tahun 1921, 1931, dan 1941, mendapati jumlah Bangsa Melayu pada tahun 1921 hanya 49% daripada seluruh penduduk Tanah Melayu, pada tahun 1931 hanya 47%, dan pada tahun 1941 hanya 42%. Ini membuktikan bahawa pada tahun 1921 jumlah buruh asing di Tanah Melayu adalah 51%, pada 1931 sebanyak 53%, dan pada 1941 sejumlah 58%. (Ahmad Atory Hussain 1987:9).

6. Apabila jumlah mereka kian besar dan mereka juga sudah beranak-pinak di Tanah Melayu, mereka mula mendesak supaya diberikan nasionaliti Tanah Melayu. Ini menyebabkan penjajah British jadi dilemma sehingga terdapat cadangan supaya digubal undang-undang kerakyatan baru bagi membolehkan pekerja asing ini jadi rakyat Raja-Raja Melayu (Lau 1991:16).

7. Cadangan berkenaan ditolak. Tetapi, sesudah tamat Perang Dunia Kedua, British kembali menjajah Tanah Melayu dan cuba melaksanakan dasar Malayan Union yang antaranya mengandungi cadangan undang-undang memberikan kerakyatan kepada buruh asing yang diimportnya ke Tanah Melayu.

8. British merancang gagasan radikal ini semasa zaman perang kerana ketika itu orang-orang asing kononnya membantu tentera British menentang Jepun, sementara Bangsa Melayu kononnya rata-rata memihak kepada Jepun. Apa yang sengaja dipadamkan daripada sejarah British ketika itu ialah pengorbanan pemuda-pemuda Bangsa Melayu yang bertungkus-lumus mati-matian mempertahankan tanah air mereka daripada Jepun. Contohnya kisah Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan.

9. Juga sengaja dipadamkan daripada sejarah kolonial ketika itu adalah kisah Bangsa Melayu dibunuh, disula, dibakar, dan dikuburkan hidup-hidup oleh gerombolan Komunis Bintang Tiga yang mengganas sewaktu Jepun sudah berundur dan sebelum British kembali menjajah pada Jun-Julai 1945

10. Pada ketika itu Bangsa Melayu yang kehilangan digniti hanya pasrah kepada Allah. Dengan jeritan Allahuakbar, mereka berjuang mati-matian untuk menumpaskan gerombolan Komunis Bintang Tiga. Kaum kerabat dan saudara mara saya turut menjadi mangsa gerombolan ini di Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Kisah kepahlawanan Bangsa Melayu menumpaskan gerombolan ini di bawah pimpinan Kiyai Salleh tercatat dalam buku sejarah Malaysia (rujuk Harper 1999:53).

11. Pada tahun 1946, berpuluh ribu Bangsa Melayu Batu Pahat yang darah saudara mara mereka pernah ditumpahkan oleh pihak gerombolan Komunis Bintang Tiga menunaikan Fardhu Jumaat di Masjid Jamek di Jalan Ampuan, Bandar Penggaram. Sesudah itu mereka mengadakan perhimpunan Melayu secara besar-besaran di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaffar selaku Pegawai Daerah. Sebelum bermesyuarat, mereka melaungkan perkataan Hidup Melayu dengan lantang dan bersemangat.

12. Bertolak dari detik itu tertubuhlah Pertubuhan Melayu Bersatu atau United Malays Organisation. Gagasan UMO itu di bawa ke Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Jun 1946. Di kongres itulah UMO ditambah dengan abjad N atau National dan menjadi United Malays National Organisation---UMNO---atau dulunya dikenali sebagai Pekembar.

13. Untuk memendekkan kisah, gagasan kerakyatan untuk insan-insan pendatang yang termaktub dalam perancangan Malayan Union dijadikan senjata British untuk mendesak Bangsa Melayu bergabung dengan pendatang bagi memerdekakan Tanah Melayu. Bangsa Melayu yang baik hati pun setuju walau golongan berkenaan masih bertaraf pendatang, bukannya rakyat Tanah Melayu. Menerusi kemerdekaan Tanah Melayu, mereka menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

14. MANA ADA NEGARA DI DUNIA INI MEMBERIKAN HAK POLITIK KEPADA PIHAK PENDATANG UNTUK BERGANDING BAHU DENGAN BANGSA MELAYU SELAKU PRIBUMI DALAM PERJUANGAN MEMERDEKAKAN NEGARA? PARADOKS INI HANYA TERJADI DI TANAH MELAYU DENGAN KERELAAN HATI BANGSA MELAYU YANG TERLALU GAIRAH UNTUK MENEBUS DIGNITI BANGSA MELAYU DAN KEDAULATAN TANAH MELAYU MENERUSI KEMERDEKAAN TANAH AIRNYA!

15. SEBAGAI TANDA MUHIBAH KEPADA KESUCIAN HATI BANGSA MELAYU YANG MEMBERIKAN HAK POLITIK DAN KEWARGANEGARAAN, KELOMPOK PENDATANG ITU PUN SETUJU BAHAWA RAJA MELAYU JADI YANG DI-PERTUAN AGONG, ISLAM MENJADI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN, BAHASA MELAYU JADI BAHASA KEBANGSAAN, DAN BANGSA MELAYU DIBERIKAN SEDIKIT KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. (RUJUK TUNKU ABDUL RAHMAN 2009:112).

16. Kelompok-kelompok pendatang yang ketika itu belum jadi warganegara dan tidak pula aktif dalam politik juga berperanan menentukan corak Perlembagaan Persekutuan. Di antara 131 memorandum yang diterima oleh para penggubal Perlembagaan Persekutuan, 47 adalah daripada pihak pendatang, 43 daripada Bangsa Melayu, dan selebihnya daripada parti-parti politik, kesatuan buruh, dan kelompok kapitalis barat. Dalam kalangan 47 yang diterima daripada pendatang itu termasuklah daripada persatuan guru-guru, dewan perniagaan dan lain-lainnya (rujuk Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957:7).

17. Seluruh kisah di atas adalah kisah Bangsa Melayu dan kisah Tanah Melayu. Khususnya kisah Bangsa Melayu yang kehilangan digniti dan Tanah Melayu yang tergadai integritinya. Dalam bahasa mudahnya, kisah di atas adalah kisah Bangsa Melayu yang kehilangan maruah dan Tanah Melayu yang hilang kedaulatan.

18. Lebih jelas lagi, kisah di atas adalah kisah Bangsa Melayu dan Tanah Melayu tanpa ketuanannya. Oleh itu, jangan rasa jijik dan gerun dengan perkataan KETUANAN MELAYU kerana ia bukannya bermaksud Melayu mahu jadi tuan. Hakikatnya begitu kerana KETUANAN MELAYU adalah konsep anti-penjajahan yang disemarakkan oleh Bangsa Melayu untuk mengembalikan digniti Bangsa Melayu dan menebus maruah kedaulatan Tanah Melayu. Konsep ini konsep anti-penjajahan. Bukannya konsep hendak mendabik dada dan mengagung-agungkan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia dengan rakyatnya yang berbilang keturunan.

Comments

hilbert said…
Salam sdra Azli,

saya telah pautkan catatan ini untuk blog Anak Merdeka, sangat menarik untuk dibaca dan difahami tulisan ini.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Masalah dengan kita( maksudnya rakyat Malaysia) ialah kita ramai yang tak tahu sejarah. Ditambah pula dengan sikap Kementerian Pendidikan satu ketika dulu ghairah pinggirkan "sejarah" di sekolah.

Bila kita( terutama Melayu) tak tahu sejarah, maka kita sukar berhadapan dengan pihak yang mahu putar belit sejarah demi "memadamkan" sejarah terutama yang berkenaan Raja Raja melayu dan orang Melayu.

Ramai sebut "kontrak sosial" namun pernahkah kita lihat rencana dari RTM mengenai Kontrak sosial.

Pernakah kita lihat rencana dari Kementerian Penerangan yang beritahu kita tentang kesanggupan Raja Raja melayu beri lebih sejuta kewarganegaraan pada bukan Melayu dalam waktu yang amat singkat. seperti yang selalu saya cakap, ianya satu rekod dunia.

Kadang Kadang kita mesti ingatkan orang pasal kebaikan kita. Kita mesti sentiasa ingatkan rakyat Malaysia akan sejarah.

Contohnya menjelang merdeka, apa salahnya kita siarkan kembali perkara seperti peruntukan dalam Perlembagaan mengenai orang Melayu, Pertabalan Yang Dipertuan agung, Penentangan Melayu terhadap Malayan Union.

bila menjelang ulang tahun darurat, apa salahnya kita siarkan rencana mengenai kezaliman komunis, pengorbanan Askar Melayu, temuramah dengan keluarga orang kampung yang sanak saudara mereka mati disembelih komunis.

Menjelang ulangtahun Kuala Lumpur sebagai WP, tak bolehkah dalam Buletin Utama( 8 malam) disiarkan kembali upacara Sultan Salahuddin tandatangani Penyerahan Kuala Lumpur pada Kerajaan Persekutuan.

Jangan harap kita dapat maklumat dari orang macam Lim Kit siang atau Anwar. Tunjukkanlah fakta pada generasi muda.

Sedikit sebanyak orang akan sedar akan hak orang melayu.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya ingin mengulas tentang satu peristiwa sedih menimpa ugama Islam minggu lepas . Ianya berkenaan Masjid Negara bertukar jadi "balairaya" ketika demonstrasi anjuran Khald, MB selangor.

Saya ingin menasihatkan umat Islam dari species lupa dunia dan melampaui batas ini supaya jangan sesekali jadikan Masjid sebagai tempat berhimpun( slain beribadat).

Jika orang Melayu mahu ugama Islam dihormati oleh bukan Islam, maka orang Melayu sendiri mesti tunjuk budaya muliakan Masjid( dalam kes ini Masjid Negara).

Masjid terlalu mulia untuk disamatarafkan dengan kedai kopi, balairaya. Ada adap sopan yang perlu diikuti.

Dari segi pakaian, dari segi larangan wanita datang period, dari segi nada suara dan yang TERPENTNG dari segi niat. Untuk apa datang Masjid, mahu Menyembah Allah SWT atau nak tunjuk budaya yang sangat dilarang ugama, iaitu sebarkan budaya memberontak.

Lebih malang lagi, dibawa sama orang yang tidak beriman yang lebih parah lagi tak juga hormat ugama islam.

Apa pun, yang Melayu datang ke Masjid semata mata untuk demonstrasi( bukan mengabdikan diri pada Allah SWT) HENDAKLAH SEDAR bahawa tingkah laku mereka hanya ada satu kesan nyata: iaitu merendahkan taraf ugama mereka sendiri.

Jika sekalipun bantahan mereka berasas, janganlah dibawa budaya "berperang" kedalam Masjid.

Fikirlah wahai orang Melayu. Terlalu zalim sangatkah Kerajaan Persekutuan kita ini?

Atau kita sebenarnya sudah tak kisah pasal ugama kita. Jika demikian, mungkin satu hari nanti Allah SWT campakkan kehinaan pada diri kita. Mana tahu, Masjid Negara akan jadi muzium ( barang dijauhkan) sekadar ingatkan dulu ada orang beribadat disitu.

Tak mustahil kan?
Wake UP! said…
Zaman sekarang ni ramai pulak si kitol yang nak menjahanamkan bangsa sendiri.

Kalau zaman dulu pasti sudah mampus disula atas titah Sultan.
azlishukri said…
saudara shamsul apa yang saudara katakan itu adalah hakikat yang berlaku di negara ini.

hilbert - silakan

wake up - Si Kitol yang mcm Anwar tu yang patut disula dahulu
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Jika saya jadi Menteri dalam Negeri, saya akan buang universiti pelajar yang sertai demonstrasi. Tak ada amaran amaran lagi.

Kepada orang seperti Theresa Kok dan Tony Pua, saya ISA kan.

Dan oang yang sokong dan memutar belit peristiwa seperti Presiden BAR Council juga akan dikenakan tindakan.

KETEGASAN diperlukan. Barulah segala amaran kita dipandang serius.

Nanpaknya orang Islam mesti terima hakikat yan Masjid akan terus dicemari oleh yang tidak beriman kerana Menerti Dalam Negeri GAGAL LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s