Skip to main content

Khairy Jadi Menteri : Yang Datang Dan Yang Pergi

Saya sebenarnya tidak menyukai untuk mengkritik "minat dan hobi" seseorang - apatah lagi untuk memberi pandangan, kerana itu merupakan hak masing-masing. Dalam isu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin yang memperagakan pakaian bersama isteri tercintanya sebagai model dalam sebuah majlis rasmi (lihat di sini), bisa sahaja mengundang kejelekan. Saya khuatir - beliau akan dianggap sebagai seorang pemuda yang hanya mempunyai pelbagai watak kelakuan dan bukan sebagai seorang pemuda yang versatile.

Saya memahami jiwa Khairy, yang ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang mewakili generasi muda dalam semua aspek kehidupan bersosial. Bermula dengan kecemerlangan akademik, kemudian terjun ke medan politik, diiringi dengan semangat petrotisme melalui askar Wataniah - dan yang terkini, memenuhi aspirasi dunia remaja sebagai model yang memperagakan pakaian, sebagai simbol kebahagian rumah tangga. Semua ramuan "generasi muda ini" adalah adaian paling hebat Khairy dalam cubaannya untuk mendekati jiwa anak muda dan mengheret mereka kembali agar menyokong kepimpinan negara.

Saya tidak tahu, sama ada teori "Pakej Khairy Jamaluddin" ini berkesan atau pun sebaliknya - kerana sehingga sekarang kebencian terhadap beliau masih mendahului persepsi positif yang cuba diterapkannya. Saya terlalu percaya - untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, kita memerlukan karisma. Karisma diri boleh dibentuk dari semasa ke semasa. Pelbagai aspek kehidupan boleh direncana untuk meningkatkan karisma diri yang sedia ada. Pertuturan, pemakaian, akhlak, pemikiran dan pergaulan, merupakan antara elemen penting kehidupan yang boleh membentuk karisma diri yang baik.

Namun demikian, dalam isu Ketua Pemuda UMNO yang ghairah menjadi model ini, tiba-tiba satu soalan menerjah masuk di dalam kotak minda saya - apakah segala elemen yang cuba ditonjolkan oleh Khairy, sepanjang beliau menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia, benar-benar telah membina reputasi dan karismanya sebagai bakal pemimpin UMNO pada masa depan? Atau, segala "Pakej Khairy Jamaluddin" yang sedang dipertontonkan kepada kita semua pada hari ini, semakin mencacatkan kredibilitinya sebagai pemimpin pelapis negara?

Kekhuatiran saya - barangkali akan membawa kebingungan kita semua - di satu sisi, Khairy cuba menonjolkan idealismenya yang sentiasa berubah-rubah dan sukar diterima oleh sebahagian besar para pejuang Ketuanan Melayu - perdebatan yang tidak kunjung padam antara beliau dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, hanya membawa jawapan yang tidak menemui titik noktah, apakah Khairy berjiwa Melayu atau pun sebaliknya? Dilemma ini, masih tidak terjawab dan menjadi tanda-tanya kepada seluruh ahli Pemuda UMNO.

Idealisme Khairy yang tidak menekankan kepada jiwa Melayu, sedikit sebanyak telah membantutkan lagi karisma dan perwatakan politiknya - manakala, di sisi lain pula, Khairy cuba menonjolkan kepimpinan pemuda UMNO yang prograsif dan aktif - melayan dan bersoal jawab dengan para peminatnya dalam dunia siber melalui twitter - menjadikan Khairy seolah-olah seorang pemimpin muda berjiwa remaja. Dunia masih kecil bagi Khairy - tidak cukup dengan itu, beliau menyertai askar Wataniah, serta lulus dengan cemerlang dan kemudian mencabar para pemuda Pakatan Rakyat agar turut sama menyertainya, bagi membuktikan kecintaan mereka terhadap kedaulatan negara. Namun demikian, ia masih tetap membawa Khairy ditakuk yang lama, tidak berganjak dan berubah - para bloggers masih tetap membenci batang tubuhnya.

Dunia akan terus menilai Khairy, sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia paling kontroversi - menganalisis dan menetapkan hukuman. Penglibatan beliau sebagai model yang memperagakan pakaian - barangkali sekadar suka-suka, tetapi bukanlah suatu yang boleh menambahkan "nilai" kepada kepimpinan beliau yang sedia ada - bahkan isyaratnya semakin jelas - Khairy semakin kerap disindir dan diperlecehkan oleh musuh-musuhnya. Izinkan saya yang serba dhaif ini memberi pandangan - untuk membina kejayaan politik, syaratnya sangat mudah, jalinkan hubungan yang baik dengan musuh anda dan hargai hubungan baik dengan kawan-kawan anda. Dengan kata yang mudah - ahli politik yang berjaya, adalah mereka yang mampu menjadikan musuh sebagai kawan dan menjadikan kawan sebagai satu pasukan.

Kita tidak perlu mempunyai watak atau potensi yang banyak untuk menunjukkan karisma - yang kita perlukan hanya satu, idealisme yang jelas dan hubungan yang baik - kebijaksaan dan kepandaian boleh hadir kemudian, melalui pasukan, pembacaan atau pengalaman, dan bukan hanya melalui ijazah Oxford semata-mata. Mungkin saya tidak layak menegur orang lain - kerana kita juga sering berjalan tempang, tetapi ketempangan, kadang kala mengajar kita - jalan adalah rata dan jangan sesekali menyalahkan orang lain, sekiranya badan terhuyung-hayang. Kepada Khairy, nasihat saya hanya satu - jadilah diri sendiri dan bukan untuk memenuhi aspirasi atau cita rasa orang lain. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
KJ MAMPU BUAT TERBAIK TETAPI TIDAK DIBERI PELUANG MELAKUKANNYA..!
KARISMA SEORANG PEMIMPIN HEBAT MEMANG ADA PADA KJ..KJ DIYAKINI DAN DIHARAP MAMPU MENJADI PM YG LEBIH BAIK DR PM TERDAHULU...
SEORANG KETUA PEMUDA YG CEKAL DENGAN MENGHARUNGI RINTANGAN YG CUKUP KENTAL TERUTAMANYADALAM MENANGANI MUSUH MUSUH YG ADA DIDALAM PEMUDASENDIRI..SEMOGA DENGAN KETABAHAN DAN KESABARAN KJ AKAN MENGUATKAN LG SEMANGAT MENUJU KERUSI NO 1 DI PUTRAJAYA....KJ LAMBANG KEUNGGULAN PEMIMIMPIN MUDAMASA KINI..KAMI BERSAMAMU KJ...!

PENYOKONG PEMUDA MALAYSIA
Anonymous said…
kepimpinan kj terhad kpd yg menyokong. tetapi adakah penyokongnya pernah mendengar kritikan drpd org yg tidak berpihak? layakkah dia menjadi pemimpin kepada semua atau kpd sebahagian sahaja. di mata kebanyakan melayu, kj bukan melayu kerana tiada jiwa melayu dalam dirinya. tiada agenda melayu dalam dirinya. ibarat kalau dia memimpin, org melayu tiada lagi di Malaysia dan Islam tidak pernah diucapkannya untuk membela. agaknya kj adalah pemimpin satu malaysia yg dilaungkan oleh najib... bukan utk melayu.
dzimba said…
budak budak biasala mencari perhatian. Anak saya yang 5 tahun pun perangai camtu..kadang2 gincu emak dia pun dia pakai.

Kadang kadang berlagak jadi ultraman, cicak man dan macam mcam lagi. Susah layan budak budak ni

lu fikirla sendiri
Anonymous said…
azli ... you are in love with your own analysis.

buatlah thorough back ground check

pahamkan bahasa berita ini disebut


jgn sjok sendiri
aku said…
salam,
kepada penyokong KJ,tahniah. anda ada prinsip anda, tapi bagi aku yg sebaya dengan KJ, aku rasa malu kalau terkinja2, aku rasa malu kalau lagi ramai yg tak suka pada aku berbanding yg pro KJ sebab ada kepentingan atau telah termakan budi..buka kan mata, renung PRU12, kenapa BN tak dpt 2/3, gajah depan mata...
TQ
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
sampai bila umno nak bergantung kat kambing2 tua...

aku suka kj... berjiwa muda, berakal, berilmu dan ada tokoh jd PM.

aku tak kisah kritikan pembangkang tp pengkhianat dlm umno ni lah yang jadi petualang besar. tiap2 hari sebar fitnah dan busukkan nama kj. Jangan nak ugut dgn undi anda... kumpulan anda hanya beberapa kerat saja...

aku cukup kagum cara kj
berpidato, bekerja, lebih baik dpd najib
lebih baik daripada mahyudin
lebih baik dpd hishammudin..

hidup kj..kj..kj

kami adalah pengundimu
Anonymous said…
ORG TAK PUAS HATI NGAN PIMPINAN KJ SBB KJ TERBAIK...CUBA BGTAU SAPA LG YG LAYAK DAN ADA KARISMA MCM KJ?BILA KITA SOKONG ORG INGAT KITA SOKONG MEMBABI BUTA....KJ COTH PELAPIS YG HEBAT!
KITA SOKONG KJ BUKAN KRN ADA KEPENTINGAN TTP CARA KJ MEMIMPIN ADALAH CTH KEBANGKITAN GOLONGAN MUDA.....!
DZIMBA MIM...-tgk statement golongan yg mungkin dtg dr golongan tua,cakap pun org takpaham..nak berkias...zaman skrg zaman cakap terang bukan zaman nak berkias lagi...inlah yg merosakkan melayu..jadi sampah!

PEYOKONG PEMUDA MALAYSIA

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga term