Skip to main content

Kenyataan Terbaru Mahathir Membimbangkan?

Kenyataan Terbaru Mahathir
Membimbangkan?

Mungkin saya kurang faham atau pun laporan berita ini telah diselewengkan oleh pihak MalaysiaKini. Tun Mahathir berkata, "Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera,” Sambung beliau lagi, "Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Tun Mahathir berkata sedemikian sewaktu sesi soal jawab dalam majlis Forum Ke-3 Dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur. Nada yang disuarakan oleh Tun Mahathir seakan-akan sama dengan Dr Wan Azizah yang menyeru rakyat Malaysia agar meninggalkan Ketuanan Melayu dan kembali kepada Ketuanan Rakyat. Saya masih belum mahu membuat apa-apa komen berhubung kenyataan terbaru Tun Mahathir ini, kerana khuatir bukan itu maksud sebenar beliau. Saya menunggu pandangan para pembaca blog saya, sama ada terdapat tafsiran lain dalam kenyataan Tun Mahathir tersebut atau pun sebaliknya. Baca sambungannya di sini..

Comments

Anonymous said…
kene spin kot bro statement tun.biasalah malaysiakini lidah biawak
http://tunkuaisha.blogspot.com/2010/12/tun-mahathir-praises-najibs-leadership.html
Aku yakin walaupun mereka berdua bercakap kepada perkara yang sama tetapi maksud mereka sangat berlainan. Tun M bercakap soal survival bangsa yang tidak boleh lagi mengharapkan tongkat atau keistemewaan sebagai tuan di negara ini (Motivasi kearah melayu yang bebas subsidi). Manakala pemimpin PKR bercakap direct to point untuk menghapuskan ketuanan melayu (Kuasa dan hak Raja-raja melayu) yang selama ini menjadi perlindung kepada agama,Bangsa dan Negara.Menghapuskan sistem Raja Berpelembagaan agar DAP senang dengan mereka dan anwar di pilih sebagai PM.
oRang kAmpong said…
Dont be kuatirlah bro.org tua tu bercakap atas pentas yg berlainan.itu forum ekonomi.klu ckp lebih nanti takut lak org nak melabur.
Mordecai Kucai said…
OOO ini sebenarnya satu cabaran untuk kaum China dan India.

Kalau betul betul nak jadi 1 Malaysia.

Semua satu saja. Sekolah Bahasa Malaysia. Sekolah Jenis Kebangsaan di mansuhkan.

Bahasa pun 1 saja.

Itu semua susah di laksanakan sebab keengganan kaum lain untuk meninggalkan identiti mereka.

Macam perli pun ada ni. Siapa makan cili dia terasa pedasnya. DAP dan PKR la....
Anonymous said…
Tidak ada apa yang salahnya ucapan TDM. Perpaduan sebenar memang tidak akan dicapai selagi unsur kaum terus menjadi pegangan dan perjuangan rakyat.

Masalahnya keadaan begitu TIDAK MUNGKIN tercapai ! Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Budaya ??

Jika kaum lain sanggup buang sikap kiasu, budaya, bahasa dan menerima hanya Satu Bahasa dan Budaya Kebangsaan, bersikap adil tanpa mengira kaum, tolong menolong tanpa mengira kaum...... Jika mereka sanggup buat begitu, apakah perlu lagi segala dasar2 Hak Istimewa Melayu ?

Masalahnya TIDAK MUNGKIN mereka sanggup ! Bagi saya TDM bercakap dengan cara sindiran, sinis tentang 1Malaysia yang TIDAK MUNGKIN dicapai.

Itulah kenyataannya.
Wake UP! said…
Siapa yang percaya dengan spin Malaysiakini tu memang tak boleh berfikir la.

CIA banyak duit. Malaysiakini tu macam PKR la. Alat CIA untuk porak-perandakan Malaysia.
hans said…
mungkin betul itu maksudnya sebab jika dilihat kembali intipati Wawasan 2020 pun memang begitulah maksudnya
Hang Jebat said…
Jika kita menghayati kenyataan Tun Dr mahathir itu, beliau hanya mengeluarkan pendapat secara jujur dan ikhlas tentang asimilasi antara kaum berlainan kepada satu bangsa Malaysia. Kata-kata Tun Dr Mahathir tiada langsung persamaan dengan kenyataan Wan Azizah yang secara terang-terangan ingin hak dan keistimewaan melayu dihapuskan. Kenyataan Tun Dr Mahathir itu hanya sebagai ulasan pertanyaan media tentang aspirasi 1Malaysia yang dicetuskan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika rakyat Malaysia inginkan perpaduan kaum yang jitu maka setiap warganegara Malaysia tidak kira bangsa melayu, Cina, India harus bersikap toleransi dan saling menghormati di antara satu sama lain. setiap warganegara Malaysia mempunyai peluang untuk berjaya dalam semua bidang tanpa menidakkan hak kaum yang lain. Ini memang sukar dicapai kerana pada masa ini kaum Melayu, Cina dan india masih dalam kelompok yang berasingan, bahasa dan budaya yang berasingan.

Tun Dr Mahathir bukanlah begitu optimistik dengan gagasan 1Malaysia tapi bersikap realistik
yang mana asimilasi kaum tidak akan tercapai jika rakyak Malaysia gagal memahami apakah pengertian konsep 1Malaysia ini. Pada masa yang sama beliau berharap agar kepimpinan Datuk Seri Najib akan berusaha menyatupadukan antara kaum di Malaysia dan membawa negara ke landasan yang sebenar sejajar dengan matlamat ke arah negara maju pada tahun 2020.
Anonymous said…
Tuan,

Itu adalah gaya jawapan TDM,sejak dari beliau menjadi PM, cuba tanya para wartawan...ayat jawapan beliau penuh makna tersirat....beliau terkenal dengan jawapan sacastic.Pada masa ketika bangsa Melayu dihina dan diserang...pada masa semua pemimpin Melayu malu atau lesu mempertahankan Melayu...TDM tegas dan lantang mempertahankan Hak dan maruah bangsa Melayu..hinggakan beliau rela dipanggil "racist" jika itulah gelaran keatas usaha beliau mempertahankan maruah melayu.

Pemikiran TDM dan cara jawapan TDM adalah berlainan dari pemimpin yang lain....
Pada pendapat aku apa yang Tun M cakap tu BESAR maknanya. Selama ini hanya orang Melayu yang menganggap diri kita ORANG Malaysia kerana asal Malaysia ini sendiri ialah Semenanjung Tanah Melayu. Jadi disinilah kita membanding diri kita sesama kita. Orang Cina masih menganggap mereka orang CINA dan India menganggap mereka orang INDIA kerana mereka masih ada sebuah negara yang mewaklili keturunan mereka. Berbanding dengan rakyat Indonesia yang telah diJAWAkan oleh Sukarno.
Anonymous said…
sebenarnya kenyataan tun amat mudah difahami. kalau kita nak berjaya kita tak boleh melaung2kan yg kita ini melayu kita ini cina ke india. kesimpulannya sangat simple. rakyat m`sia mesti berusaha sebaik mungkin tanpa mengira apa bangsa mereka. kalau kita asik sibuk dgn kaum masing2, satu kerja pun tak jadi. sepatutunya kita berusaha utk sama2 memacu kemajuan negara. jgn buang masa dgn bnda remeh temeh.
walaupun begitu kita tak akan peernah lupa kita ini berbangsa melayu, cin,indi ataupun lain2. dan diharapkan juga parti politik menghentikan retorika politik kerana ia boleh menimnulkan keresahan antara rakyat. apa guna kita bersengketa kerana pada akhirnya yang kalah jadi abu yang menang jadi arang. ahli politik tolong hentikan politik perkauman kerana tak mau jiran2 kami mersa serba salah
Anonymous said…
saya setuju dgn melayu pasir gudang.
kita jgn mengharapkan tongkat. sudah tiba masa kita berganding bahu memajukan negara.
saya bangga ketika di zaman tun semua rakyat bersatupadu memacu negara. harap najib dapat memulihkan negara ita dgn sangat berkesan
azlishukri said…
terima kasih pandangan tuan2
wanbaki said…
Salam Azli,
Kita jangan terperangkap dengan ulasan dari pihak yang memang berhati busuk. Setiap perkataan dan ayat mempunyai nilai berbeza dari penilaian hati yang berbeza.
tebing tinggi said…
Bersetuju dengan pandangan 'hahn',ini ialah satu sindaran yang amat tajam buat cina dan iadia ,kalau kita pahamkan betul-betul maksud ucapan Tun itu.

Kalau kita mengenali Tun Mahathir kata-kata beliau memang sentiasa membawa sindiran yang amat tajam.
azlishukri said…
terima kasih wanbaki
To Live Again said…
Kalau kita lihat cina di thailand or indonesia or philipine, diaorg lebah INDON dr indon sndiri dn lkbh SIAM dr siam sndiri..Tgk la takshin dia asalnya cina..Tp lihat nama dia(THAKSIN) lgsg x bunyi cina..Lihat percakapan dia..Fasih berbahasa thai malah x reti pon ckp mandarin or kantonis..Cina di Indonesia pon sm..Even asyraf sinclair yg seblm ni asyik ckp mat saleh + melayu pon dh fasih indonesia br berapa thn je kwin dgn org indon..

Ini semua dalah kerana ASIMILASI..Menurt dr.ridhuan tee..ASIMILASI ni la yg plg ditakuti cina di msia..Yg tukang cucuk jarum plak cina singapork..

Kalau dap blh ckp melayu mengalahkan org melayu sndiri,masuk sekolah kebangsaan, hormat raja sebagaimana takshin yg sanggup sujud di kaki raja bumiphol, time 2 kalau bgsa cina nk ckp pasal nk jd PM xpe..

Mslhnya berani ke cina yg siang mlm melantak babi dn minum arak 2 nk..Bak kata seorang pencermah terkenal Ustaz Kazim elias al-hafiz..Diaorg ni dtg dr negara yg sitem beraja dh lumpuh dn ditadbir komunis mmg diaorg xkn hormat pd raja melainkan kita perlu PAKSA diaorg hormat pd RAJA!
azlishukri said…
TLG - hujah tuan benar
Pokok said…
Perpaduan kebangsaan bukan bermakna menghapuskan keistimewaan sesuatu kaum..

tetapi memupuk semangat bekerjasama antara kaum, bertolak ansur antara kaum.. itu baru perpaduan..

apa yang wan azizah cakap.. dia nak menghapuskan keistimewaan org melayu sebab nak memuaskan hati kaum lain..

itu bukan cara nya...nanti terjadi seperti di Zimbabwe dan fiji.. kaum bumiputera teraniya..sebabnya ekonomi negaranya bukan dikuasai bangsa peribumi negara tersebut.. di Zimbabwe, tanah, perniagaan milik kaum pendatang dirampas atas nama kesaksamaan ekonomi..
di Malaysia, walaupun ekonomi dikuasai kaum cina, tetapi, hak ekonomi kaum cina tidak dirampas.. tetapi kerajaan cuba membantu kaum yang tertinggal.. betapa bijaknya pemimpin yang terdahulu.. sebab tu Tun Dr Mahathir sedaya upaya nak memajukan bangsa MElayu..

bagi pandangan saya, perpaduan yang dikatakan oleh Tun, bukan nak menghapus, tapi mengajak yang tertinggal supaya lebih cepat kehadapan.

*mana ada kaum di dunia yang boleh bercuti setiap kali tiba hari perayaan masing-masing. Malaysia jer yang banyak cuti perayaan kaum..

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca