Skip to main content

Jika Kita Ikhlas - Ini Jawapannya!

1. Artikel ini dipetik daripada komen seorang pembaca di blog Taiping Mali. Sama-sama kita hayati luahan rasa pembaca ini dan fikirkan. Baca komen tersebut: Comment:Teman ni sebenonya penyokong kuat DSAI. Dari mula dia masuk UMNO dan kemudian menang KP UMNO Malaysia mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb Menteri di JPM teman ikut dia. Kalau dia datang ke Perak, jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila.

2. Bila dia dipecat daripada UMNO dan dari jawatan dia dalam kerajaan, timbul juga tandatanya didalam kepala hotak teman. Betoi ke perangai Nuar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun mula menyiasat dan mencari kebenaran. Nak mencari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court (ala komunis). Dalam islam mesti dengo dua belah pihak.

3. Teman pun dengo juga ucapan Nuar. Dia kata dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta proton saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap2 untuk bekerja balik sebagai Doktor. Kesian juga mendengo Nuar keluar seolah keluar sehelai sepinggang.Pendengar bukan main marah dan memaki hamun Dr. Mahathir. Timbullah gelaran MahaZalim, Mahafiruun dan macam-macam lagilah yang tak sedap telinga orang yang berfikir mendengarnya tetapi gemo beno le orang yang dah mula bencikan Dr.Mahathir.

4. Teman pun pergi pulak dengo dipihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada Dr.Mahathir. Setelah diterangnya dengan panjang lebo peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan Nuar disingkir Dr.Mahathir berkata "TUAN TUAN BALIK KE TEMPAT MASING-MASING ADAKAN SEMBAHYANG HAJAT BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN." Tersentak teman dibuatnya.

5. Mana mungkin Dr.Mahathir suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menginayai Nuar. Jadi solat hajat telah diadakan di surau2, di masjid2 diseluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Masjidil haram di Makatulmukarramah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu mohon Allah tunjukkan kebenaran. Tak berapa lama kemudian Dr. Mahathir menunai ibadat umrah. Bila tiba musim haji, Dr.Mahathir pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah haji. Di Mekah dia telah diberi kesempatan masuk ke dalam Kaabah dan di Madinah ke makam Nabi Muhammad S.A.W.

6. Sekembalinya Dr.M dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN di Perak) telah berkesempatan bertemu dengan Dr.M di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat Dr.M berbaris mengambil barang makanan dan setelah membayarnya dia pergi ke meja makan. Katanya "Saya lihat muka Dr.M jernih, bersih".

7. Allah telah makbulkan doa solat hajat kaum muslimin dan muslimat. Teman hairan kenapa Nuar yang merasakan dirinya terinaya tidak membawa seluruh keluarganya ke tanah suci. Bukankan dia orang yang terinaya? Bukankah doa orang yang terinaya akan dimakbulkan oleh Allah? Sebaliknya di round Malaysia menghasutkan rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dr.M.

8. Maka teman ambil keputusan tinggalkan Nuar. Tindakan teman tepat. Kemudian Nuar ulang semula perangai dia yang lama dengan saudara Saiful Bukhari Azlan pekerjanya sendiri. Saiful berani bersumpah tetapi Nuar sampai hari ini tidak berani melakukannya. Orang takut kerana benar atau kerana salah?

Sama-sama kita renungkan. Assalamualaikum.

Comments

blogenstarz said…
SDR.AZLI
Kemas sungguh komen yang telah disiarkan tu.
Begitulah sifat orang yang membuka pemikiran kepada kebenaran.

IKHLAS TAPI JAUH
azlishukri said…
betul tu tuan blogenstarz
Anonymous said…
Syukur kepada Allah.
Yang benar diberi petunjuk.
Yang salah menerima habuannya.
Salam tuan,
terima kasih kerana sudi siarkan artikel yang menginsafkan ini.

Salam perjuangan
azlishukri said…
aku peduli apa - tq tuan
Anonymous said…
Say what is true, although it may be bitter and displeasing to people
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Kebenaran sedang terserlah sekarang. Ianya tak dapt dinafikan lagi.

Masalah anwar adalah disebabkan tingkah lakunya sendiri. Kalaulah dia mendengar nasihat Tun Dr Mahathir, Anwar tidak akan berada dalam keadaan yang memalukan seperti sekarang.

Jika dulu Anwar letak jawatan, Anwar akan masih dapat pencen dan aibnya tidak diketahui orang.

Tetapi kerana dendam membara, Anwar terus berbohong dan berbohong. Akan sampai satu ketika semua orang taju yang is berbohong.

Masanya sudah tiba. Orang sudah tidak percaya Anwar lagi. Nasiht saya ialah sudah sudahlah. Bertaubatlah.
Anonymous said…
Salam Sdr Azli,

Bagi mereka yg dianugerahkan Allah dengan sifat yg adil,ikhlas dan jujor,diserta pula dengan kewarasan akal dan pertimbangan yg rasional sudah pastinya mereka tidak sedikit pun merasa ragu dan sangsi terhadap segala pertuduhan dan gambaran perilaku jahat Anwar sejak dahulu lagi.

Kini ternyata,beliau bukan sahaja cenderong kepada perbuatan diluar tabii dan menyalahguna kuasa,tetapi lebih dari itu,beliau kini telah bertindak mempergadai maruah bangsa dan agamanya sendiri,semata-mata demi kepentingan peribadinya sendiri.

Namu, bagi mereka yg hatinya telah dirasuk syaitan atau dari awal lagi tidak ada caya keimanan dan sifat insani yg murni maka mereka akan jadi buta dan pekak kepada apa saja yg berlaku berkaitan Anwar.Mereka sanggup membiarkan diri mereka turut menjadi pengkhianat terhadap agama,bangsa dan tanahair yg tercinta ini.

Askar Tua
Anonymous said…
Kpd semua umat islam sama ada anda org umno, pas atau pkr
renong2kanlah sabda nabi ini:

Nabi SAW menghuraikan kpd para sahabat bahawa mengumpat (ghibah) itu, seseorang yg suka menyebut atau membicarakan hal keadaan sdr nya yg dia tidak suka hal itu disebut dan dibicarakan kpd org lain maka itu bererti mengumpat (ghibah) padanya.

Sahabat bertanya kembali, "Bagaiman kalau sdr nya betul begitu?" Jawab nabi SAW, "Jika yg engkau sebut itu betul dan benar padanya maka itulah mengumpat (ghibah), tetapi jika itu tidak betul, maka itu Buthan (membuat buat pendustaan bagi memburuk burukan nama org).

Nabi SAW bersabda lagi, "Pada malam aku di israqkan kelangit, aku telah melihat satu kaum yg memotong daging pinggangnya kemudian dimakan nya sambil menyebut mengikut suatu arahan, makanlah apa yg dahulu kamu makan dari daging sdr mu. Nabi bertanya kpd Jibrail, siapakah mereka itu?, Jawab Jibrail, "Mereka dari umatmu yg suka mengumpat (ghibah).

Jadi, kpd tuan2 dan kpd diri sya sendiri, berpada padalah kita mengumpat dan memfitnah sesama sdr islam kita. Wassallam.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nas