Skip to main content

Jalan Semakin Lurus

SAYA MENYOKONG penuh saranan TS Muhyiddin di bawah - pada perkiraan saya, sudah tiba masanya semua ahli UMNO merapatkan ukhwah mereka. Kita tidak lagi boleh berpecah belah. Selagi kita bercakaran sesama sendiri, maka selagi itulah UMNO tidak akan kuat dan kukuh. Untuk seketika kita jauhkan terlebih dahulu sengketa antara kita. Kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Cukuplah dengan apa-apa yang sudah berlaku ke atas UMNO selama ini. Saya percaya - jawatan bukanlah segala-galanya. Jika itu yang kita kejar sewaktu mendaftar sebagai ahli UMNO - maka tunggulah kehancurannya.

Seruan saya mudah - ahli-ahli UMNO perlu melupakan sengketa sesama mereka, kita sudah tidak ada masa lagi untuk bergaduh dan tuduh-menuduh. Tumpukan perhatian kepada musuh. Ingar! ahli politik yang berjaya adalah mereka yang berjaya menjadikan musuh sebagai kawan! Sebagai ahli UMNO, kita boleh mengkritik mana-mana pemimpin parti kita yang terkeluar daripada landasan perjuangan, tetapi kritikan tersebut biarlah berpada-pada. Elakkan penggunakan bahasa kesat dan celupar serta jangan sesekali menggelarkan mereka dengan gelaran yang buruk - tulislah nama mereka yang sebenar sekiranya kita mahu mengkritik. Kita harus tahu siapakah musuh kita yang sebenar - dalam konteks politik hari ini, musuh negara ialah Anwar Ibrahim. Beliau mesti ditumpaskan. Beliaulah punca segala fitnah yang melanda negara tercinta kita ini. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli UMNO supaya tidak membuat sebarang spekulasi di atas penangguhan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan. Timbalan Presiden UMNO berkata, seperti yang dijelaskan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, penangguhan itu sudah biasa dilakukan bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya ke arah pengukuhan parti.

“Penangguhan ini bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan parti, selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini. “Jadi, jangan buat sebarang spekulasi, yang mustahak keputusan telah dibuat dan jangan fikir soal pemilihan kerana dalam politik bila ada pemilihan, masing-masing mahu dapatkan kedudukan dalam parti.

“Apa yang penting kini, parti kita UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan. Jangan fikir soal jawatan, kedudukan dan sebagainya. Itu akan kita tetapkan pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara (MTN) di Parlimen di sini hari ini.

Comments

To Live Again said…
Saudara azli..

Ckp mgkn mudh tp pelaksaanya mmg PARAH..Sejak politik wang menular bermula dgn isu pink form dn salam isi yg dimulakn oelh sorang yg mmg kita kenali, perjuangan umno kini semakin kabur..Mujur la ahli2 biasa mcm kita ni msh memndg MATLAMAT umno sbgai pegangan kita dn mujurla kita msh ada 1-2 org pemimpn yg msh blh memimnpn kita spt TS Muhydin sndiri, Dato Mukhriz, Dr.Puad, Tok Pa, DS Anifah dll yg msh kuat pegangan dn jelas tujuan mereka berkecimpung dlm dunia politik ini..

Kalau semua pemimpn umno spt KJ,nazri,khaled nordin dll dh lm umat melayu berpaling tadah 100% dr umno..
azlishukri said…
TLG - saya setuju, inilah perjuangan utama kita, saya berdoa agar kita istiqamah dalam perjuangan.
wanbaki said…
Saudara Azli,
Saya ada dapat info dari seseorang yang rapat dengan Pejabat PM.
Penangguhan ini ada satu muslihat dari PM. sebenrnya ramai menteri2 pun tak tahu tujuan sebanar. Ramai orang tertanya-tanya bila Pengerusi Perhubungan Negeri tak di umumkan. Kabinet tak dirombak. Ini adalah misi jelas yang tak perlu dipertikaikan. Mesti ada sesuatu yang PM nampak dan ini lah masej jelas kepada menteri, AMT, ketua2 bahagian, bakal calon PRU13, ahli UMNO dan rakyat malaysia.

Yang pasti ramai yang kena bankin balik duit cash yang dah di kluarkan tu.

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...