Skip to main content

Isu Lim Kit Siang Jadi TPM : Pintu Syurga Yang Tertutup

Saya percaya, setiap ahli PAS dan penyokongnya tahu benar bahawa parti tersebut sedang diperkuda dan dipergunakan oleh DAP dan PKR dalam mengecapi kejayaan, tetapi mereka sanggup pejamkan mata dan buat tidak tahu sahaja demi mendapatkan sedikit kuasa daripada jalinan kerjasama yang ditermeterai antara PKR dengan DAP. Semua pemimpin PAS tahu, mereka tidak boleh pergi jauh dalam hierarki kepimpinan Pakatan Rakyat, apatah lagi dengan segala kelemahan yang sedia ada, seperti ketiadaan ilmu hubungan antarabangsa yang mantap, kelemahan berbahasa, kekurangan ilmu dunia yang ketara - menjadikan para pemimpin utama PAS, sangat berasa rendah diri tatkala berhadapan dengan Lim Kit Siang mahu pun Karpal Singh. Lantan itulah, mereka lebih rela diperkudakan daripada cuba menjadi hero dan merebut kuasa. Barangkali tulisan Zulkiflee Bakar, wartawan Utusan Malaysia di bawah perlu sama-sama kita hayati. Ada sesuatu yang menarik perlu kita renungi.

1. SELAMA INI APABILA Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan yang dilihat menyokong pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, beliau pasti akan disokong oleh pemimpin kedua-dua parti berkenaan. Biarpun kadang kala kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dilihat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin Pas tetapi oleh kerana ia memihak kepada PKR dan DAP, maka beliau akan dibela.

2. Tetapi dalam isu cadangan melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau mimpi pembangkang menawan Putrajaya menjadi kenyataan Nik Abdul Aziz menerima layanan sebaliknya. Ia hanya kerana apabila Mursyidul Am Pas tersebut menegaskan, Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Penasihat DAP itu menjadi seorang muslim yang taat.

3. Anwar menganggap itu kenyataan peribadi Nik Abdul Aziz dan mempertahankan hak Kit Siang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Di pihak DAP pula, Karpal Singh dalam satu kenyataan meminta Nik Abdul Aziz mengkaji peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pendek kata, kedua-dua parti itu yang selama ini dilihat sudah lama memperkotak-katikkan Pas demi kepentingan politik mereka menolak menentang kenyataan Nik Abdul Aziz.

4. Pendirian PKR dan DAP ini seharusnya memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Pas tetapi juga Nik Abdul Aziz bahawa kedua-dua parti itu sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang pandangan Pas jika ia menyentuh kepentingan mereka. PKR dan DAP hanya ingin memperalatkan Pas bagi meraih undi demi mencapai cita-cita mereka untuk menguasai Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Mereka tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas apatah lagi jika menyentuh soal-soal Islam.

5. Pas bukannya tidak mengetahui perkara ini tetapi sengaja melupakannya demi menjaga hati kedua-dua parti tersebut. Tetapi dalam masa yang sama PKR dan DAP tidak pernah mempunyai niat sedemikian. Bagi mereka, Pas hanya perlu menyokong sahaja apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh PKR dan DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi ‘pak turut’, bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan kedua-dua parti berkenaan. Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

6. Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain. Kita juga seharusnya tidak terkejut dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas bahawa mereka tidak dibawa berbincang berhubung soal pelantikan itu. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

7. Sebagai contoh dalam isu pilihan raya bagi memilih ahli majlis daerah seperti mana dicadangkan oleh DAP di Selangor baru-baru ini, ia juga tidak diketahui oleh Pas tetapi atas nama pakatan mereka dipaksa untuk menyetujuinya. Semua ini sudah menampakkan ketidakjujuran kedua-dua parti itu dalam bersahabat dengan Pas. Kita juga tidak harus lupa bagaimana DAP menentang perjuangan Islam yang cuba dibawa oleh Pas dan demi kepentingan bersama Pas seolah-olah sudah tidak lagi berani bercakap soal itu.

8. Satu lagi fakta yang tidak harus dilupakan oleh PKR dan DAP atau mungkin di kalangan sesetengah pemimpin Pas ialah Pas bukanlah calang-calang parti. Justeru apabila Anwar lebih mengutamakan Kit Siang berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jelaslah sudah ada hasrat tersembunyi untuk memastikan dalam pilihan raya umum akan datang, Pas tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang bakal diperolehi oleh PKR dan DAP.

9. Maknanya, Pas akan ditentukan berada pada kedudukan ketiga di kalangan parti-parti pembangkang bagi membolehkan PKR dan DAP menguasai semua jawatan penting dalam kerajaan jika pembangkang merampas tampuk pemerintahan negara. Mungkin bagi pemimpin Pas apa yang lebih penting sekarang ialah menang dulu pilihan raya barulah bercakap soal kedudukan tetapi mesej yang boleh dipelajari oleh Pas ialah sudah ada kecenderungan oleh Anwar untuk mengutamakan DAP dalam apa juga segi. Semua ini perlu disedari oleh Pas supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan ‘yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.’

Comments

Unknown said…
PAS tak perlu bimbang kalau tak di perdulikan oleh PKR dan DAP kalau menang ke PUTRAJAYA kerana PAS nanti boleh berdemonstrasi di jalan raya kerana itu lah bakat mereka yang saya nampak kalau banding dgn member2 PR yang lain lain.Kalau dah demo mesti DAP& PKR give in.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Hakikat yang PAS sendiri sedar ialah kerjasama PAS dengan DAP hany ada satu kesan nyata iaitu MERUGIKAN ORANG ISLAM.

PAS sedar akan perkara itu. Mereka sedar DAP memang anti Islam. Namun kebencian PAS terhadap UMNO mengatasi kebencian DAP pada UMNO.

Inilah PAS sebenarnya. Tidak memberi ruang pada saudara seagama yang berlainan fikiran. PAS , demi mengekalkan pengaruh pada orang Melayu mempunyai satu senjata yang sangat ditakuti: IAITU IA BOLEH MELACURKAN UGAMA, TIDAK SEPERTI UMNO.

Untuk beberapa dekad, PAS berjaya menanamkan dalam pemikiran orang Melayu yang mengkritik PAS samalah mengkritik Islam .

Negara Islam dicanangkan kesluruh dunia. Namun "akhlak" mulia yang "menawan" hati bukan islam tiada dikalangan ahli PAS.

Siapakh yang akan tertarik dengan perjuangan PAS atau percaya ialnya untuk Islam MELIHATKAN perangai ahli PAS.

Memaki hamun, memfitnah, mempersenda ayat AlQuran berselang seli dengan sumpah seranah, putar belit cerita, bersikap hipokrit adalah contoh nyata perangai orang PAS.

Saya pernah tanya seorang ahli PAS baru baru ini pasal kenytaan Mohd sabu( yang hobi mengumpat) mengenai gelaran pada Anwar Ibrahim.

Dengan selamba ia kata itu masalah saya.

Bagaimana ilah orag nak percaya kalau begitu sikap PAS
Anonymous said…
PAS NI SATU PARTI CELAKA YANG PATUT MEMPERJUANG KAN ISLAM ATAU MELAYU JADI MCM PARTI YAHUDI PULAK>BOLEH BAWAK KAFIR MAKSUD MASJID TAK TUTUP AURAT>>>BOLEH GELIMPANG TGH JALAN KERANA NAK NAIK KAN CINA DI PERAK>>BOLEH KAFIR ORG SUKA2 PULAK TU>>>AKU RASA ELOK JUAL SERBAN ATAU JUBAH JE LA PARTI NI KAT SRI PETALING>>>BYK DAJAL DARI ULAMAK DLM PARTI NIE>>KEJE MEMESONG AKIDAH ORG JER>>
Anonymous said…
teringat pulak kebodohan muslimah PAS babi yang memeluk adun bogel sambil nangis kerana nak bagi sokongan moral kononnnnn.Bodoh giler.Kutuk org pandai...celaka betul la
pelamin angan ku musnah said…
Pemimpin tertinggi pas tahu akan hal ini tapi dirahsiakan dari penyokong penyokong dan ahli pas supaya tidak makan tuan pemimpin mereka terpaksa berdiam diri dari bercakap banyak tapi hakikat nya memang itu lah yg ada didalam pemimpin pas suka berbohong pada ahli nya Pak tua pas cuba becakap sikit je supaya ahli ahli nya tidak marah LKS harus peluk islam dulu LKS nak sebut pasal islam pun angin satu badan inikan nak peluk islam itu cuba dialihkan olih pak tua pas tapi rakyat yg bukan ahli pas tahu yg pak tua pas dan pemimpin pas setuju LKS jadi TPM angan angan.
Agent X said…
Salam bang, Saya ingat kalau anwar, kit siang atau karpal sapukan najis sekali pun dimuka N ajis, ia akan disambut dgn takbir oleh ahli dan penyokong PAS kerana najis itu sendiri akan dilihat oleh mereka sebagai najis suci.
Wake UP! said…
Aku sudah dapat mengagak yang Lim Kit Siang komunis yang akan jadi PM sebenarnya seperti kes Nizar di Perak di mana Ngeh dengan Nga yang sebenarnya memegang boneka Nizar.

Live in a zoo Namewee.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...