Skip to main content

Info Terkini : Masa Hadapan Untuk Mukhriz

Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan bahawa beliau bersedia menerima jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, sekiranya itu yang diinginkan oleh Presiden UMNO bagi menghadapi PRU Ke-13 kelak. Persetujuan Mukhriz ini sekali gus meramaikan lagi musuh politiknya yang sedia ada. Sumber dalaman UMNO memaklumkan kepada saya, Mukhriz mempunyai misi yang besar bagi mengembalikan semua kekuasaan UMNO di Kedah - hanya batang tubunya sahaja yang dikatakan mampu mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

Menurut sumber ini lagi, pelantikan Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah adalah bersifat sementara bagi mengukuhkan kembali barisan kepimpinan UMNO di negeri tersebut, yang disifatkan semakin bergolak dan bercelaru. Sekiranya Mukhriz berjaya mengembalikan kekuasaan UMNO di Kedah - maka kerusi panas Menteri Besar Kedah bakal menjadi milik beliau. Namun demikian, sumber dalaman ini memaklumkan Mukhriz hanya dikekalkan sebagai MB Kedah untuk satu penggal sahaja, dan kemudian akan kembali semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerlun, bagi memberi laluan mudah kepadanya untuk mengisi jawatan menteri di sebuah kementerian yang penting. Laluan ini disediakan khas untuk Mukhriz, semata-mata mahu memastikan anak Mahathir ini berada dalam kelompok kepimpinan pelapis UMNO pada masa akan datang.

Semua ini hanyalah di atas kertas, pelbagai perkara boleh berlaku di saat-saat akhir. Selagi Mukhriz tidak mempunyai jawatan penting dalam mana-mana Bahagian UMNO, saya khuatir beliau akan melalui jalan yang sukar untuk maju ke hadapan. Masalah Mukhriz hanya satu - beliau tidak memiliki cita-cita besar, lebih selesa menerima takdir dan ketentuan, sebab itu beliau mudah ditewaskan oleh Khairy dan seteru-seterunya yang lain. Dalam politik, untuk berjaya, kita perlu memiliki semangat dan cita-cita yang besar, jika tidak kita hanya akan menjadi ahli politik yang biasa. Mungkin sudah tiba masanya Mukhriz menonjolkan dirinya secara terang-terangan dan tidak lagi melakukan kerja di belakang tadbir seperti mana yang biasa dilakukannya sebelum beliau dilantik sebagai seorang Timbalan Menteri. Wallahualam.

Comments

Bahtera Merdeka said…
Sekiranya Dato' Mukhriz diberi tugas dan amanah memimpin UMNO Kedah, kami akan kerahkan seluruh tenaga untuk membantu memulihkan kekuatan UMNO.

Inilah masanya untuk bekerja dan meninggalkan politiking yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Maruah perjuangan UMNO jauh lebih bermakna dari kepentingan diri.
PARPUKARI said…
Satu perubahan yang sangat positif! Come on Najib you can do it!
Anonymous said…
Syukur kepada Allah.
Rakyat Kedah harus berbangga mendapat seorang insan bernama Mukhriz Mahathir yang bakal memimpin Kedah.

Biarlah senior-senior UMNO memberi sokongan dari belakang supaya rakyat nampak kesinambungan UMNO bernafas kembali selepas era kelemahan Pak Lah yang telah dimonitor oleh KJ and Geng.

***rakyat Kedah***
pengundi bt selambau said…
Macamana pula cerita.Ada yang kata YB.Dato Paduka Bashah sudah confirm untok Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.Aku lebih yakin Dato Bashah akan dilantik oleh Dato Najib kerana dia orang harapam PM.
Burung Merbok said…
1. Jika cerita ini ada kebenaran, maka nama Dato' Mukhriz sudah termasuk di dalam senarai calon Pengerusi Perhubungan Negeri.Samada ianya satu perkara yang beruntung untuk dirinya, hanya masa akan menentukan.

2. Ramai rakyat Kedah mungkin boleh terima kepimpinannya dan sokongan pasti turuti penerimaan ini. TAPI yang dikhuatiri dan yang boleh menjadi penghalang serta duri dalam daging ialah penerimaan oleh 'senior politicians' terutama Ketua-Ketua Bahagian yang tak kurang 'geli' untuk merebut jawatan nombor satu ini.

3. Ramalan dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut menjadi bukti kepada keghairahan pemimpin-pemimpin Bahagian ini. Lobi melobi yang sesungguhnya menjadi budaya di dalam parti dari dulu lagi, dilakukan secara 'halus dan senyap'.Bagi yang peka dan memang ketahui permainan ini, mereka tersenyum sinis dengan gelagat dan tindak-tanduk 'penggeli-penggeli' tersebut.

4. Jika ditakdir Dato' Mukhriz dipilih untuk memimpin UMNO Kedah, halangan pertama yang beliau terpaksa hadapi ialah sokongan daripada mereka yang tidak dipilih. Adakah mereka ini boleh ketepikah kepentingan peribadi untuk kekuatan dan kestabilan parti ? Mahukah mereka menjadi pengikut setia kepada seseorang yang dianggap 'junior' dalam hiraki UMNO Kedah ? Mahukan mereka bulatkan tenaga dan iltizam untuk hanya satu tujuan, ia itu merampas kembali tampuk pemerintahan negeri dari tangan pembangkang ?

5. Sikap Dato' Mukhriz yang menyerah ketentuan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti, terutama kepada DS Najib sebagai Presiden, menampak dengan jelas keperibadian beliau sebagai seseorang yang taat dan patuh ! Sedang yang lain ke hulu ke hilir mempromosi diri, beliau ternyata tenang dan tidak gelojoh. DS Najib perlu tegas dan sungguh-sungguh berobjektif bila memilih dan menentukan teraju kepimpinan negeri. Jangan pula sindrom 'jaga hati' mempengaruhi pertimbangan. Samalah juga semasa beliau mencatur rombakan Kabinet, jika akan dilakukan !

6. Memenangi Pilihanraya adalah pengukuran kejayaan seseorang pemimpin agung. Dan dalam arena politik, pemimpin perlu berani melakukan pembersihan dan pengorbanan demi untuk menjamin kejayaan ! Kita berdoa agar sebarang keputusan yang diambil adalah yang terbaik dan yang paling tepat !

7. Selera rakyat Kedah adalah untuk melihat Kedah kembali ke tangan UMNO/BN. Ini boleh dilakukan jika semua pemimpin dan ahli parti dapat ketepikan kepentingan peribadi dan berkerja keras sebagai satu pasukan yang utuh dan mantap !
Mustaqim said…
Sangat tepat kalau UMNO dan org Melayu mahu maju ke depan terutama yg di Kedah.

Diharapkan PM Najib dapat membuka mata dan hati beliau ke arah yg lebih baik. Sy percaya PM Najib pun tidak dapat memenuhi hati Umat Malayu hari ini kerana telah 'check-mate' dgn 1Malaysia beliau telah menyerah dgn mudah tuntutan org bukan Melayu dlm segala pendekatan politik beliau. Ini dapat dibuktikan dgn MEB beliau dan sehingga kepada perkara seperti pelantikan Dato' Wee Yiaw Hin sebagai Presiden Exploration & Production Petronas. Serta kemungkinan besar menukar ketua GLC lain dgn bukan Melayu.

Jadi beruntunglah umat Melayu Kedah jika mendapat Dato' Mukhriz menerahui Kedah ke arah kegemilangan nya lagi!
1 Melayu said…
Maklumat yang disebarkan oleh warlord warlord dan broker politik Kedah ialah Dato Mukhriz telah menolak tawaran D S Najib untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan mereka juga menyebarkan iaitu Dato Bashah telah confirm akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Cukup kotor dan amat jijik permainan politik Ketua Ketua UMNO Bahagian yang amat mementingkan hanya diri mereka sendiri sahaja.Malah mereka telah membuat keputusan dan telah disampaikan kepada D S Najib bahwa Pengerusi Perhubungan Negeri mesti diberi kepada kalangan Ketua Bahagian sahaja.

Mohon link blog tuan dengan blog kami www.syburi-times.blogspot.com (Kedah Times).
Mohd Yahaya said…
Saya amat menyokong penuh perlantikan Dato' Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Beliau adalah "winnable candidate" seperti yang dikehendaki oleh YAB DS Najib untuk menerajui BN & UMNO Kedah. Saya amat yakin beliau berupaya untuk mengembalikan Kedah kepada BN pada PRU13 nanti.
Pengundi-pengundi di peringkat akar umbi pasti akan menyokong kepepimpinan beliau malah pengundi muda (saluran 3 & 4)akan menyokong BN pada PRU13 yang akan datang.
Saya amat berharap maruah dan imej BN & UMNO di Kedah dapat dipulihkan dengan sokongan YAB DS Najib.
Apa guna kita kuat di bahagian tetapi Negeri diperintah oleh parti lain. Parti didahulukan Kemenangan Diutamakan
Anonymous said…
Kalau Dato' Mukhriz dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, insyaallah undi DUN saya untuk BN. Kalau sebaliknya pada mana-mana Ketua Bahagian yang ada sekarang, saya rela Kedah tetap di bawah PAS.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Unknown said…
Salam Bro, Azli Shukri dah di masukkan ke dlm blogroll dan Apa depa Kata di Kedah Times
To Live Again said…
Salam bro Azli..

Sy bersetuju dgn merbok..

Sikap Dato Mukhriz yg humble dn lebh menyerah pd takdir ini lah yg kita perlukan..Kita tgk cnth terbaik TSM..Masa thn 2004 dia cuma jd Menteri Pertanian..Jwtn yg boleh dikategorikan Menteri Garde 2 jika nk diabndingkan menteri kanan lain spt Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan, dll..

Tp TSM lgsg x pnh gelojoh dn skrg kita lihat takdir Allah s.w.t beliau telah menjadi org no2 dn Insyallah bakal menjadi org no1!

Ahli politik cm ni yg kita mau..Bkn yg hidung xmancung pipi tersorong2..
Anonymous said…
Kunci untuk kejayaan UMNO dalam PRU13 nanti bergantung besar atas kesudian mereka "membuang" sekurang2nya 50% YB2 yg ada sekarang. Kalau tidak bersedialah menghadapi kekalahan teruk. Masih terlalu ramai YB2 yg tak effective langsung tapi berlagak macam hebat. Lihatlah berapa kerat aje yg berani kedepan menongkah arus. Pegundi2 dah pandai menilai. YB Mukhriz boleh kedepan lagi tapi kena lebih aggresive, jgn main gentleman aje, be more forceful. Jgn tunggu "diberi" amanah aje, go prove yourself and grab them and move ahead without fear or favour....itu pu mesti ikhlas demi maruah bangsa...if ther's still any among out UMNO reps.
Anonymous said…
Isap kuat. Mukhriz lemah, anak baapk, SPM gred 3 bai.
wanbaki said…
Kalau tak kerana Tun M, siapalah Mukriz...
Aku tak membantah dan tak menyokong tp aku cuma nak perhati sejauh mana UMNO nak dijadikan legasi...Onn jaafar+husin Onn+Hisham.. Tun razak+DS Najib.. Tun M+ Mukriz.. Sampai bila???

Pilihan Pembaca

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

Hujah Mufti Perak Lebih Matang Daripada Mufti Perlis

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara. Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya. "Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya. Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi. Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah. Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu ...