Skip to main content

Hujah Mufti Perak Lebih Matang Daripada Mufti Perlis

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara. Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya. "Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya. Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi. Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu berkaitan persoalan wakalah (perwakilan). Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani bagaimanapun menjelaskan sekiranya terdapat mufti negeri lain, seperti Perlis yang tidak bersetuju dengan pendapat itu tiada masalah tidak mengikutinya. "Itu dia punya fasal," kata Harussani sambil menjelaskan majlis itu tidak memaksa kerana setiap negeri mempunyai sultan sebagai ketua agamanya sendiri.

"Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini adalah untuk penyelarasan sahaja," jelasnya lagi. Ditanya pandangannya sendiri, mufti paling senior itu berkata: "Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku. "Perkara ini (peguam syarie bukan Islam) tidak perlu dihujahkan. Apabila seseorang itu berhujah (menentangnya) seperti beliau tidak percaya pada Al-Quran," katanya. Sumber : Malaysiakini.

Comments

Fairosza said…
Rasanya tak ada sebab pun nak bagi bukan Islam jd peguam syarie. Bukannya terdesak pun
Anonymous said…
Hanya orang Islam bodoh je yang setuju membenarkan bukan Islam jadi peguam syarie..tak kan perkara mudah ni pun orang Islam susah nak fikir..apa lah nak jadi dengan orang Islam zaman ni..
Wake UP! said…
Orang kafir tu tak percayakan agama Islam. Sebab tu dia kafir.

Jadi macamana orang kafir nak jadi peguam syarie?

Ada otak pakai jangan letak di jubur.
Unknown said…
Saya nak sentuh isu ADUN Pas :

inilah daulat Islam yg sebenaqnya. kalau x cukup alim jgn berlagak alim serta mengaku diri lebih alim dari org lain.
Ini mmg penyakit Pas...ini baru 2 org,,byk lg yg sebenaqnya...din puduraya dan mcm2 lg.

Munafiq Musuh Islam...balik ambo nok buat Isytiqhoroh...Tuhe Maaf doh ke dio...inilah munafiq.

Na'uzubillah.

untuk video quality HD pengakuan saksi sila ke :

http://kedahsenang.blogspot.com/2010/12/skandal-adun-selinsing-dalam-keretapi.html
Anonymous said…
mungkin link di berikut dpt menambah pengetahuan kita

http://drasmadinet.blogspot.com/2010/12/komen-dr-asmadi-dr-juanda-peguam-syarie.html
jawab said…
Umumnya tiada masalah kerana peguam syariah berhujah mengikut akta yang telah digubal, bukan bagi syarahan agama. Dia hanya wakil kepada anak guamannya. Hakim (ni kena Islam) yang akan buat keputusan. Sebab tu kena bincang halus-halus biar sebab kenapa dilarang tu jelas dalam konteks Malaysia. Kita nak dekatkan manusia dengan Islam bukan jauhkan.

Isu asal sekarang ni kalau tak boleh jadi peguam syarie, kenapa UIA ambil pelajar bukan Islam untuk itu? Prinsip asas mahkamah Islam adalah adil, tapi ini sahaja dah tak adil.
Sampai bila pun orang kafir tidak akan senang terhadap umat Islam.Berhati-hatikah dengan golongan kafir ini. Bukankah itu peringatan Rasullah s.a.w. Jadi kenapa perlu kita benarkan mereka mencampuri urusan mahkamah syarie kita. Ulama-ulama Malaysia janganlah nak tunjuk berilmu sangat,janganlah campur aduk antara yang haq dan batil. Apa maknanya kafir yang menentukan orang Islam itu betul atau salah. Hal ini kena stop segera. Jangan sampai akan datang orang kafir menuntut untuk menjadi hakim mahkamah syarie.....
Anonymous said…
yea setuju, sama seperti org bukan Islam mengajar orang2 Islam tentang agama Islam!!
Unknown said…
Salam..
Kenapa urusan Islam mahu diuruskan oleh org kapir, bg pndapat kna pakai otak, dah tak ckup ke kehinaan yg dilakukan oleh org bukan islam, sehinggakan mahu org kapir menyusupi menentukan urusan org Islam. Ini ada agenda tersembunyi, ambil contoh yg mudah.. klu ada org Islam yg ingin kluar drp ajaran islam, sudah tntu pguam yg bukan islam akan membelanya, dengan ksilapan2 teknikal utk memenangi perbicaraan ini. TENTULAH BUKAN BERSANDAR KPD SYARIAH ISLAM. KENAPA BERSUSAH PAYAH MENCARI PEGUAM SYARIE BUKAN ISLAM, DAH KEHABISAN ORG ISLAM KE, LIHAT SIAPA PENDOKONG DISEBALIK ISU INI... PAKAI OTAK SKIT!, Ini bukan emosi tp dah penat mlihat, kerosakan yg dilakukan oleh golongan yg bersengkongkol dengan puak2 kapir..!
CucuAtok said…
Salam.... pasal ini saya setuju mengatakan bukan Islam tak boleh jadi peguam Syarie.Persoalannya mudah saja......Dia nie tahu tak tentang hukum hakam dalam ISLAM lebih lebih lagi tentang rukun rumahtangga? Adakah boleh di perdebatkan tentang hukum yang di tentukan oleh Allah ini di cedok dari bukan ISLAM ni?Satu lagi kenapa dia beriya-iya nak jadi peguam syarie?
Wassalam
Anonymous said…
salam , bagi saya isu ini tidak perlu diperbesarkan , sebabnya pada zaman nabi pun orang yahudi blh jadi peguam , isu skrg knp kita di malaysia tidak menaik taraf mahkamah syariah ,sepatutnya kita kena letakan taraf mahkamah syariah lebih tinggi daripada mahkamah persekutuan dan mahkamah tinggi , ini tidak kes liwat pun masih mahkamah tinggi dan persekutuan sedangkan kedua -duanya org islam sepatutnya dibicarakan di mahkamah syariah
Anonymous said…
aku ingat lagi tinggi belajar lagi ceredik. ropa2nya lagi bodoh.

mcmana nak hujahh, percayalah ayat al-quran begini dan begini sedangkan diri sendiri kapir.

benda yg simple mcm ni pun tak boleh nak faham...

rais
Anonymous said…
tahniah mufti perak, sbb tu nabi diturunkan wahyu umur 40an. bdak2 kecik ni masih mentah. suruh dia ajar bdak2 ngaji lagi baik. tak cukup umor nak jadi tok mufti.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya ingin memberi pandangan berkenaan sejarah dulu kala.

600 TAHUN DULU
Sultan dan Amir di Andalusia sibuk berpakat dengan Raja Raja kristian untuk menjatuhkan sesama Islam. Mereka( Sultan dan amir) tidak dapat bayangkan yang tingkah laku buruk mereka hanya akan bawa malapetaka pada orang Islam sendiri.

Mereka tidak dapat bayangkan yang Islam akhirnya luput dari Andalusia pada 1492.

500 TAHUN DULU
Sultan Mahmud, Melaka tidak mungkin termimpi yang baginda akan kehilangan takhta bila Portugis menyerang Melaka. Pembesar Melaka berpuak puak dan Sultan pula malangnya tidak mahu menyelidik asal usul cerita dibawa Kitol dan Mendeliar

200 TAHUN DAHULU
Maharaja China yang hidup dalam mimpi bahawa semua negara asing adalah "barbaric" . Maharaja tidak dapat bayangkan yang satu ketika kelak China ditundukkan oleh sekumpulan kecil tentera British menyebabkan baginda terpaksa serahkan Hong Kong pada British.

Malah, lebih parah lagi baginda serta permaisuri terpaksa lari bila British menawan Forbidden City dan membakar Istana musim panas "Yuan Ming Yuan'.

100 TAHUN DULU
Gabenor Mekah( jajahan Empayar Osman) mungkin tak terbayang langsung bahawa tindak tanduk beliau mengkhianati Sultan Turki dengan menyebelahi British pada Perang Dunia pertama menyebabkan ARAB diusir dari Palestine satu hari nanti.

5 TAHUN DULU
Orang Melayu mungkin tak terfikir bahawa satu parti politik yang amat perkauman, DAP, akan berjaya menguasai Pulau Pinang. Maka jika dulunya orang melayu bebas berniaga, kini sekatan sudah ada. Gerai Melayu dirobohkan tetapi gerai Cina walaupun jelas kotor dan salahi undang undang trafik dikekalkan.

Pegawai Melayu difitnah ( Nik ali) dan Utusan difitnah. Orang melayu juga tidak terfikir bahawa satu hari nanti, sebab suka berpecah belah, maka perkara yang dulunya bukan masalah kini jadi ancaman.

Kalimah "Allah" yang dulunya jadi eksklusif Islam kini mahu dikongsi . Kesannya bencana iaitu "TERKONGSI AKIDAH" iaitu merasakan apa bezanya Allah SWT yang esa dan "Allah yang boleh beranak pinak".

Kini mempersenda Islam dan Melayu adalah hak asasi tetapi Jangan sesekali menegur pelajar Cina kerana akan dianggap perkauman.

DEC 24 2010
Orang Melayu sekarang mungkin tak TERMIMPI yang kuasa politik Mereka sedang berada dipenghujungnya. Pemimpin Melayu sibuk berbalah.

Orang kaya Melayu difitnah hanya kerana gaji RM420000 sebulan seolah olah hina jadi kaya raya.

Orang Melayu masih degil mengharapkan seorang hamba Allah yang enggan bersumpah bila dituduh meliwat UNTUK MEMBELA MEREKA.

Orang Melayu masih degil dengan terus percaya kerjasama dengan satu parti yang memusuhi Melayu dan Islam (DAP) adalah "SIASAH ISLAM". Malah tergamak bandingkan budaya "menyembah DAP" dengan Perjanjian Hudaibiah.

Walaupun berbuih mulut menyatakan bahawa tumbangnya UMNO hanya menyaksikan PR yang tidak pernah berpaksikan Melayu dan Islam menguasai politik, orang Melayu masih mahu bermimpi.

PAS masih enggan menerima hakikat jika mereka ingin syariat Islam ditegakkan , maka mereka perlu kerjasama dengan satu parti politik terbesar Melayu iaitu UMNO.

PENGAJARAN
Wahai PAS, lembutkan lah hati anda. Gunalah cara Nabi Muhammad SAW yang amat kita muliakan iaitu bersopan dan menampilkan akhlak mulia yang sampai kini jadi sebutan.

Tidakkah PAS mahu terfikir kenapa sampai kini tak dapat "menawan hati UMNO". Mungkin pendekatan PAS salah iaitu banyak mengumpat, memfitnah berselang seli dengan ayat ayat Kuran.

Carilah titik pertemuan dengan UMNO.
Pepatah Melayu sudah sebut ' Siapa dulu makan garam'

Orang yang baru setahun jagung jadi Mufti kaa atau orang lama kaa.
Sendiri mahu ingat ..

Apa pun orang tua (orang lam dan banyak pengalaman adala sumber rujukan terbaik.

Contoh paling muadah:

Anak murid dengan Cikgu siapa lebih tua?
Siapa mengajar siapa?
Adakah boleh anak kecil baru bertatih jalan mengajar si abang berlari.

zaman dah nak kelam
Anonymous said…
"Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini,"

Setuju...
kerana ribuan graduan beragama Islam dalam pasaran. Jika soal agama pun hendak diserah kepada bukan Islam, maka tunggu je..lah kahancuran yang bakal menimpa umat Islam.

Mufti Muda banyak bercakap ikut emosi. Mufti Lama bercakap dengan isi keIslaman sejati.

Setiap umat Islam tidak terlepas dari memberi pandangan yang boleh merosakkan umat.
contoh "Allah pun mencarut". maka rosak habis pemikiran yang bersetuju dengannya.

*** AdamAmin***
Jerlun, Kedah.
Anonymous said…
saya amat bersetuju dengan saudara semua kita masih mampu mentadbir undang2 Islam, kenapa perlu dilantik mereka yang tidak tahu hukum hakam agama, seolah nanti hukum Islam akan dipertikaikan, disetiap sudut akan dihujah sehingga timbul keraguan sesetengah disebelah pihak apabila bukan Islam hanya berhujah menggunakan akal sedangkan hukum Allah bukannya boleh dipinda ketetapan manusia
Anonymous said…
Tuan,
Memang patutlah bukan Islam tidak sewajarnya menjadi peguan syarie.
Dalam kes Islam mereka akan berhujah diluar keislaman. Nanti akan bercanggah dengan hukum dan syariat. Biar mereka jaga agama mereka dan orang Islam jaga agama Islam.
Anonymous said…
Setuju dgn Mufti Perak, sebab;
1. Kalau org bukan Islam boleh mengucap, tak semestinya di dah Islam, sebab selagi rohnya tak Islam, masih kafir lagi.
2. Begitu juga kalau bukan Islam ada hak guna kalimah Allah, mereka akan guna dan letak sewenang2nya, dan tentunya Allah akan disyirikan dgn makhluk2 baru, apa kita boleh merelakannya?
3. Kalau hakim mahkamah syarie terdiri dari org Yahudi, nak menghukum org Islam yg bersalah, ap agaknya berlaku sekiranya hakim berkenaan ada agenda nak menghancurkan Islam melalui serangan 'urat saraf' atau kalau dibelakangnya ada 'musuh Islam'yg memantau, boleh jaminkah Islam tidak tergugat?
To Live Again said…
Lepas sorang demi sorang mufti dr Perlis nk buat hal!

X hbs2 membawa agenda peribadi dn suka sgt dgn pendapat yang menongkah arus..Konon Islam meraikan perbezaan..

YA mmg Islam meraikan perbezaan..Tp kalau perbezaan smpai mebwa kepada fitnah dn KEMUDARATAN kepada Islam hukumnya HARAM!

Apa nk jd la dgn Msia ni..Dulu ada org yg konon bergelar ULAMA yg menjual kalimah ALLAH kini urusan perundangan SYARIAH pon nk diserahkan kepada bukan Islam jgak..Last2 apa yg tnggal dgn kita..Mendesak sgt ke Dr.Jauanda oi smpai si kafir pon nak dilantik ssbagai peguam Syarie..
wanbaki said…
hahaha... orang yang menolak ISLAM nak berhujah tentang hukum islam... macam mana nih... aku pun tak paham...
kalau dia nak berhujah jugak makna nya dia perlu diislamkan dulu la... beriman lah dulu dengan kitab alquran tu.....

bagi aku simple macam tu lah. setakat yang aku paham..

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .