Skip to main content

Dr Asri, Mengapa Jalan Ini Yang Tuan Pilih?

1. Cara pemikiran Dr Asri Zainul Abidin dalam menyelesaikan beberapa kemelut yang melibatkan kepentingan Islam di negara ini sangat membimbangkan. Saya terpaksa mengkritik Asri, walaupun kami dari aliran yang sama iaitu manhaj salaf as-soleh, namun demikian, pendekatan Asri dalam menyelesai beberapa isu yang menyentuh kesucian Islam sejak akhir-akhir ini sangat mendukacitakan saya. Isu kalimah Allah umpamanya, cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh Asri sangat jauh berbeza dengan kemuafakatan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaupun masing-masing pihak ada hujah yang tersendiri, tetapi terbukti hujah Majlis Fatwa lebih menghampiri kebenaran dan memenuhi keadaan semasa.

2. Dan yang terkini, Asri membuat satu lagi kenyataan yang pada anggapan saya sangat tidak "waras" - menuduh kononnya penangkapan 200 pengikut syiah di Gombak baru-baru ini oleh JAIS, sebagai perbuatan yang tidak demokratik dan merupakan satu cubaan membawa Malaysia menuju ke "era-Talibanisasi" - ini adalah tuduh yang sangat berat, dan saya fikir kerajaan harus menilai kenyataan Dr Asri ini. Saya fikir Asri juga memahami manhaj salaf as-soleh sangat kritikal terhadap amalan dan pegangan pengikut syiah, kita juga sudah bersetuju hampir semua aliran syiah telah terkeluar daripada ahlu sunnah wal jamaah - hanya segelintir sahaja aliran tersebut yang boleh diterima.

3. Penangkapan yang dilakukan oleh JAIS tempoh hari, tidak boleh disamakan dengan penangkapan yang beliau alami beberapa bulan yang lalu - jangan kerana prejudis dan rasa tidak puas hati, mulut kita terkunci untuk menyatakan kebenaran. Asri ditahan oleh JAIS atas alasan mengajar tiada tauliah, manakala 200 pengikut syiah itu pula ditahan atas hujah aliran mereka terkeluar daripada ajaran ahlu sunnah wal jamah. Asri harus membezakan hal ini.

4. Tidak timbul soal tidak demokratik atau Malaysia menuju "era-Talibanisasi". Sekiranya hujah Asri diterima, mengapa beliau tidak membela pula ajaran Ayah Pin atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama serta beramal dengan kepercayaan masing-masing? Sebenarnya, JAIS sudah lama memantau ajaran Hauzah Ar-Ridha Alaihisalam yang beraliran Syiah itu - ternyata ajaran tersebut sesat dan memudharatkan masyarakat.

5. Tiada bezanya pun antara ajaran Ayah Pin dengan Hauzah Ar-Ridha tersebut - kedua-duanya didapati sesat dan mampu mengancam keselamatan negara. Apatah lagi, ajaran Hauzah turut mendakwa mahzab lain adalah kafir dan halal dibunuh. Asri harus faham Malaysia bukanlah sebuah negara yang mengamalkan 100% demokrasi dan kebebasan beragama - kita tidak mahu menjadi sebuah negara seperti Indonesia, segalanya bercampur aduk antara yang hak dengan yang bathil.

6. Harus juga kita fahami, kaedah yang sering digunakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menyelesai kemelut "politik-agama" di negara ini adalah berasaskan kepada "menutup pintu fitnah" dan "mengelak mudarat (fasad) yang lebih besar pada masa akan datang daripada memperoleh kebaikan yang sedikit (maslahat) untuk jangka masa pendek". Saya percaya Asri lebih arif dalam soal ini.

7. Saya juga berharap, agar Asri lebih berhati-hati mengkritik badan-badan agama dan mufti yang ada di negara ini. Kita khuatir kenyataan beliau bisa sahaja menimbulkan fitnah dan salah faham bagi masyarakat yang kurang pengetahuan agamanya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Wallahualam. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Bekas mufti Perlis mendakwa penahanan sekitar 200 pengikut Syiah oleh agensi agama di Gombak dekat sini Rabu lalu, tanpa sebarang tanda zahir mereka melakukan keganasan, bukti Malaysia menuju ke "era talibanisasi." Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun tidak bersetuju dengan ajaran Syiah tetapi tindakan pihak berkuasa menafikan kebebasan mengamalkan apa yang diyakini seseorang menunjukkan Malaysia menuju negara "ala Taliban."

Pengikut-pengikut itu termasuk rakyat tempatan dan asing dihadapkan di mahkamah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dengan mereka, namun saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yang kononnya demokratik yang menafikan kebebasan rakyat untuk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam.

"Malaysia cuba menjadi negara 'ala Taliban' yang hanya membenarkan satu aliran sahaja," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Asri juga menegaskan, sudah ada trend "tiada keterbukaan" dan agensi-agensi pihak berkuasa pula tidak mengamalkan perbincangan ilmiah terlebih dahulu." Justeru kata Asri, jika trend itu berterusan beliau bimbing keadaan negara akan tegang dan unsur-unsur keganasan akan timbul. "Ini biasanya meletus di negara yang hak bersuara selalu dinafikan. Mungkinkah kerajaan mempunyai agenda tersendiri dalam hal ini?" katanya lagi.

Malah menurut Asri, dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. "Hujah ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi. Laporan Khamis lalu menyebut pihak berkuasa Malaysia mengesan kegiatan satu ajaran Syiah tegar, yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan, bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat semalam dan dibebaskan dengan jaminan. Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat. Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves dekat sini malam Rabu lalu, menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam. Ia dikatakan antara 23 penyelewengan agama diamalkan oleh kumpulan ajaran sesat itu yang dikenali sebagai Hauzah Ar Ridha Alaihissalam. Kumpulan faitu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan. Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi, peguam dan kakitangan kerajaan. Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak. Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini. Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Secara kebetulan pada hari penahanan itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, orang Islam di negara tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah kerana bimbang wujud konflik dalam perkahwinan terutamanya dalam aspek hak penjagaan anak sekiranya pasangan bercerai. Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Perlis telah mengambil keputusan supaya peringatan diberikan kepada orang Islam berkaitan Hukum Pernikahan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Jawatankuasa itu telah membuat keputusan itu dalam satu persidangan pada November lalu. "Jawatankuasa ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan orang Islam tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah. "Keputusan jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember lalu," katanya.

Comments

To Live Again said…
Saya pon bingung dgn Dr.Asri ni dr sehari ke sehari..

Sy ada sorg kwn yg bg smpai hampir kepada sifat FANATIK pd Dr.Asri..Alasan dia DR.ASRI ni suka MENONGKAH ARUS DGN IDEA2 yg FRESH DN RELEVAN DGN ZAMAN..Kwn sy ckp kaedah dia ni mampu MENTRANFORMASI KAEDAH DAKWAH..

Sy nk mnta abg azli blh x jika abg azli mempunyai masa nnti menulis 1 artikel mengenai perkara ni..Bongkar dn detailkan betapa pemikiran maza ni mampu memecah belahkan kesatuan ummah di msia..

Sy pernah tnjukkan dia beberapa cnth pandangan ulama yg sgt x sng dgn pendekatan dia spt Tan Sri Harussani dn Dr.Haron Din, tp kwn sy tetap dgn pendapat bahawa Islam meraikan PERBEZAAN PENDAPAT..Kekdg sy tkt kalau kwn sy ni terjerumus dgn agenda asri ni
azlishukri said…
InsyaAllah TLA saya sedang mengumpul maklumat dan bukti.
Zamani said…
blog tuan sudah banyak mempengaruhi minda generasi muda, Tahniah!
Anonymous said…
Dr. Asri ini adalah serpihan manusia yg mengamalkan konsep liberasasi dlm pendekatan Islam.

Beliau adalah seangkatan dgn Anwar I tetapi agak junior.

Jadi sebagai umat Islam yg ingin jelas perjalanan hidupnya sy syorkan kita asingkan pendekatan Dr. Asri ini. Beliau tidak harus diberi peluang sebagai ulamak malah sebagai umat Islam biasa sahaja kerana akan memudharatkan lagi iman umat Islam Malaysia yg sekian rapuh setiap waktu. Apatah lagi dgn kenyataan seperti yg selalu kita dengar dari Nik Aziz, Abd Hadi Awang dll. yg membelakangkan kepentingan politik garis besar umat Islam kepada kepentingan segelintir puak-puak yg mereka anuti.

Mereka tergolong dari umat kita dahulu juga menjual agama dgn harga yg murah!

Waspadalah umatku di Malaysia.
Anonymous said…
kebanyakan pendapat dr asri lebih banyak ke arah membenarkan dan melihat kepada pandangan dia sahaja yang betul dan orang lain tidak berapa betul dan salah faham. dia sepatutnya memberi dan mengulas sesuatu isu secara ilmiah dan tidak bersikap dia yang betul. sebab itu dia banyak berseteru pendapat dgn ramai mufti dan ulama .
Salam semua... said…
Salam semua...

Tahniah Tuan Azli kerana hujahan anda yang bernas.

Ilmuan-ilmuan agama seperti andalah yang perlu ada dalam masyarakat bagi mempertul dan menyedarkan mereka.

Kita mesti tolak mana-mana pandangan individu yang nyata melawan ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun mereka itu bertaraf Mufti atau Ulama'.

Moga-mogalah Allah memberi kekuatan dan keberkatan di atas perjuangan saudara di alam maya ini.

salamsemua2010.blogspot.com
Anonymous said…
Hahaha..kenapa anti Dr Maza kh? Klu di banding tulisan kamu ni dgn tulisan Dr Maza jauh beza beliau hujahnnya al-Qur'an dan Sunnah, kamu ? Layan sakit hati saja. Utk To LIve Again, ingatlah perpaduan itu hanya boleh dicapai dgn bersatu dlm al-Qur'an dan Sunnah tidak mungkin Sunnah akan bersatu dgn Bid'ah. Jgn sibuk berpolitik saja baca tafsir al-Qur'an dan Kitab2 Hadis d rumah tu itu 1000 kali lebih baik utk kamu
DukungSalaf said…
* DR ASRI MEMANG PELIK. MENGAKU SALAFY TETAPI MEMBELA IKHWAN DAN KADANG-KALA SIKAPNYA ADA YANG MENYIMPANG DARI MANHAJ SALAFUS SOLEH.

* ADA MUNGKIN JUGA DR ASRI TAKUT CERAMAH 'WAHABI' AKAN DISERBU SEPERTIMANA JAIS MENYERBU MARKAS AJARAN SYIAH TEMPOH HARI.

* MEREKA YANG SALAFY USAH TAKUT DAN GENTAR KERANA 'WAHABI' TIDAK DISENARAIKAN OLEH JAKIM SEBAGAI AJARAN SESAT SEPERTIMANA SYIAH.

* INSYAALLAH, ULAMAK MUDA UMNO YANG BERDAMPINGAN DENGAN PEMERINTAH MALAYSIA AKAN MELANCARKAN PERJALANAN DAKWAH SALAF DARIPADA DIHALANG OLEH BAPAK-BAPAK BIDDAH MALAYSIA. ALLAHUALAM.
Unknown said…
Dari Dr. Asri: "Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dengan mereka, namun saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yang kononnya demokratik yang menafikan kebebasan rakyat untuk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam.
>>>>>>>>>>>>>>>>>
From Aishah: Saya cukup minat bahagian yang akhir tu dari Dr. Asri " selagi tidak menggugat keselamatan awam" code uncode.
Boleh Dr.Asri tolong huraikan bagaimana se ideal-ideal atau sebaik cara untuk tidak menggugat keselamatan awam dgn adanya new kid in town ni.Saya minat sangat dgn formulanya kalau ada kerana umat Islam dah terlalu berpecah sampai berbunuhan dah biasa.Kalau ada formula untuk menyatukan umat ni tolonglah ajarkan.Kalau agak nak jadi pecah belah tolong pergi main jauh jauh ye...especially for political interest. Kami dah lama rindukan ketenangan dan kebahagian.Bukan hari hari dok fikir politic politic political apalagi when it involves religion. Banyak yang cakap agama tapi tak boleh pakai or unite the Muslim lebih kepada perpecahan one of the reason no akhlak and tak ikhlas dengan manusia. Saya masih terima colleague saya from my heart dari Iran yang bersolat di dalm bilik yang sempit dengan saya.In fact saya raikan dia walau pun dia nampak nervous. In fact saya "berkasih sayang" dengan semua manusia terutama yang beriman kpd. Allah dan rasul.Back to the topic, saya cukup minat kalau Dr Asri ada formula yang tak menggugat keselamatan awam di dalam dunia Islam walau pun fahaman2 berlainan. Dr. Asri boleh guarantee ke keselamatan awam ni? Kalau boleh that will be the most ideal. Sedangkan PAS dgn UMNO pun dah cukup memeningkan umat(Nampak sangat dia orang benci sangat each other).Ini nak tambah bala dan pening rakyat lagi. Nanti dah banyak murtad kerana fed up atau dah pening baru lah you all ulamak nak sedar, kalau lah nak sedar.... Kasihanlah kami kasihanlah kami kasihanlah kami,jangan tambah confuse kami sebagai layman Muslim,cukuplah dan kasihanlah kami. Politic kita dah cukup memeningkan "Don't add salt to the wound" in other word jangan cari pasal lagi.Berkasih sayang lah dengan orang yang mengucap shahadah yang sama. Tak payah lah sampai ke university to understand this. Dr Asri and all the pandai Muslim, I hope you all know what you are doing.Luv u all.See you in akhiarat. Tks
To Live Again said…
To December 18, 2010 2:36 PM

Apa sbnrnya yg ko cuba smpaikan ni??? Cuba bgtau aku..

Pasal nk bersatu berlandaskan al-quran la pndangan jumhur ulama kena diguna pkai bkn pndangan peribadi maza yg x hbs2 meperlekehkan pndangan org lain..

Kerana nk bersatu berlandaskan al-quran la bibit2 syiah kita kena bndung sejak dr awl kerana mereka yg menolak saidina abu bakar yg merupakan sahabt plg awl msuk syurga dn Saidina Umar yg menjadi kegerunan bukan sahaja musuh Islam yg terdiri dr manusia biasa tp jgak sayaitan pon gerun dgn beliau..Kalau dh manusia hebat cm ni pon ditolak syiah, xkn kita nk biar ajaran cm 2 meula menapak di msia hanya kerana alasan demokrasi..

Apakah anda jgak salah sorang yg terpengaruh dgn agenda pluralisme islam yg dibwk nuar..

1 lg aku nk ingtakn tlg la pkai nickname..Bertanggungjwb la dlm penulisan..Setakat msuk pkai anon dn ckp mcm2 baik x pyh la duduk hje diam2..
Anonymous said…
hehe anon 2:36.. itula anon..aku da bape kali cakap kat budak biro agame kg die ni..tp tak paham2..dah ni nak kumpul bukti lak nak bidas dokter asri..kehkeh..geli geleman aku dengaunye..klu stakat blajau bahase sepanyol jgn la nak komen bab bukan bidang die..menampakkan kebodohan sendiri..nak cite politik cite je la polotik..kehkehkeh

Biro Agame Kg Dusun
Anonymous said…
kepade to live again..aku mmg le anti si anwar pengkhianat bangse ni..tp aku lg anti biro agame azli shukri ni bile die nak kupas bab agame kehkehkeh

at least dokter asri tu ulama ul haq..ade gak kitab yg die tulis..
aku pengundi atas pagau yg tak sokong PAS yg memecahbelahkn umat gune agame..
tapi...
aku lagi hangin klu mamat biro agame ni hentam ulama

Biro Agame Kg Dusun
Org Kuat Datuk Ali he he he
Anonymous said…
keh..keh..keh..ada jugak org umno dengki kat tuan kat sini heee..degree sepanyol pun nak djadikan isu heee umno..umno..
azlishukri said…
tq komen tuan2, biasala hidup ini jika tiada orang berdengki tidak sempurna la rasanya.
Anonymous said…
woi biro agama kg dusun, aku kutuk azli ko pun nak tumpang sekali. bodoh punye umno kg dusun
wazahu said…
saudara Azli, Anonymous ni tali barut pas kasi cili sikit supaya dia tau
To Live Again said…
To biro agama Kg.Dusn..

Apa slhnya dia kupas hal agama..Ko pon blh kupas dn aku pon bulah kupas jnji kita berpandukan kepada Al-Quran dn sunnah..Azli cuma menerangkan realiti di sebalik penahanan dn bidasan maza yg cuba memperlekekhakan tindakan mjlis agama yg ditunjangi Tuanku Sultan dn para mufti..Islam ape cm 2..Ulama ape cm 2..

Azli bukan kuarkan fatwa br yg ikt sedp hati dia mcm mana puak2 pas suka buat 2..Dia cuma ulas apa yg dibuat oleh Majlis fatwa dn tindakan Majlis agama islam yg mmg jelas tindakan diaorg 2 btl..

Cuba ko bc berita harian hr ni..Dato Abu hassan din pon bersetuju dgn tindakan majlis agama islam yg serbu markas puak2 ajaran syiah..Dia kata perkara itu kalau dibiarkan bakal menimbulkan FITNAH dn KEROSAKAN..Xde plak dia ckp yg tindakan mjlis agama 2 akan menjadikan kita era Taliban..Apa pndangan Dato Abu Hassan dn para mufti dn ulama lain x blh pkai?? Apa hnya sbb maza 2 konon ulama yg ada tulis 1-2 kitab maka dia berhak nk sanggah pendapat jumhur ulama..

Berbalik pd soal kupasan agama..Ingt org yg berkelulusan agama je ke yg blh kupas pasal agama..Kalau lulusan agama pon kupas ikt nafsu sndiri je apa citer plak..

Ko tgk org2 cm Zol Nordin yg bkn ustaz pon tp dpt mengupas sesuatu isu dgn baik dn mendalam..Wpon dia lawyer tp dia kuat belajar gama dgn pelbagai guru secara konsisten..Bkn taksub pd sorang je cm maza ni..Dia buat kupasan pon lgkp dgn reference iaiutu Al-Quran dn Sunnah..Dia masukkan jgak pndangan pelbagai jenis ulama..Apa dia pon x btl ke??

Jwb la...
Anonymous said…
kikikiki..kau sibuk dgn syiah...yg kau duk bawak fahaman wahabi tu aper cer azli woi...

xperlu la bersembunyi disblk nama lain...wahabi tetap wahabi...hahhahaa

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil