Skip to main content

Cubaan Awal Jatuhkan Mukhriz : UMNO Kedah Tidak Pernah Insaf

Nampaknya UMNO Kedah sudah mula bergolak. Belum pun Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah - "gendang perang" sudah berbunyi. Kenyataan Setiausaha UMNO Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad, tidak ubah seperti seorang budak sekolah rendah. Tahap mentaliti seperti inikah yang masih ada dalam kalangan ahli UMNO Kedah? Alasan yang diberikan oleh beliau, kononnya Mukhriz kurang pengalaman dalam politik Kedah, menyebabkan anak Tun Mahathir itu tidak layak memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut, merupakan hujah yang dangkal lagi jijik.

Apakah Shamsuddin lupa berapakah usia DS Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Pahang? Begitu jugan dengan Khairy Jamaluddin, berapakah usia beliau tatkala menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Shamsuddin wajib cermin dirinya terlebih dahulu, sebelum memandai memberi komen. UMNO sekarang bukan lagi seperti dahulu - kita memerlukan orang muda yang mampu menarik sokongan generasi tersebut, agar kembali menyokong UMNO. Soalnya, bolehkah batang tubuh Johari Baharum menarik sokongan orang muda di Kedah agar mengundi UMNO dalam PRU Ke-13 kelak?

Bahkan, kalau ditanya kepada sekalian rakyat Kedah, khususnya orang muda, apakah mereka mengenali insan bernama Johari Baharum - saya fikir pasti jawapan mereka - "Tak Kenal". Cuba tanyakan pula siapa yang tidak kenal Datuk Mukhriz Mahathir di Kedah? Susah rasanya untuk bertemu dengan orang yang tidak mengenali Mukhriz Mahathir. Untuk pengetahuan Shamsuddin, hari ini UMNO bukan hanya mahu orang yang berpengalaman semata-mata, sebaliknya, kita lebih memerlukan orang yang popular dan disenangi rakyat.

Jangan kita lupa, Johari Baharum dan Shamsuddin pernah membuat "taik" di Kubang Pasu, sewaktu Tun Mahathir bertanding untuk menjadi perwakilan G7 ke persidangan UMNO Kebangsaan di PWTC beberapa tahun yang lalu. Malah, isu "RM200" yang diedarkan kepada semua perwakilan UMNO Kubang Pasu, bagi menghalang Tun Mahathir daripada menjadi salah seorang perwakilan G7 - terus menjadi misteri dan tanda-tanya, sehingga sekarang.

Politik wang sememangnya berleluasa pada waktu itu, namun cuba disembunyikan oleh UMNO Kubang Pasu daripada pengetahuan umum. Cukup! Johari Baharum tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Namanya sudah cukup kotor dan tidak mampu untuk dibersihkan lagi. Soalnya, siapakah Shamsuddin untuk mempertikaikan kehendak DS Najib, sekiranya beliau tetap mahukan Mukhriz untuk menerajui UMNO Kedah? Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah :

ALOR SETAR: Pemimpin Umno Kedah boleh menerima sesiapa sahaja menjadi pengerusi baru termasuk anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathiz yang juga ahli Parlimen Jerlun. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan perlantikan pengerusi Umno Kedah pada 28 Disember. Ketika ini, pengerusi Umno Kedah disandang oleh Datuk Shafie Apdal, naib presiden Umno dari Sabah sejak April 2009.

Bagaimanapun, Setiausaha Umno Kubang Pasu, Shamsuddin Ahmad berkata, belum masa lagi untuk melantik Muhkhriz sebagai ketua perhubungan negeri Kedah. "Beliau belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. "Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mukhriz, timbalan menteri perdangangan antarabangsa merupakan anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mukhriz menjadi ketua perhubungan Umno Kedah jika dilantik jawatan itu. Menurut Shamsuddin, ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah.

"Datuk Johari Baharum (ketua bahagian Kubang Pasu) lebih layak kerana beliau sudah lama dalam politik Kedah," katanya. Ketua Umno Pendang, Datuk Rozai Shafian pula berkata, Umno bahagiannya boleh menerima sesiapa untuk menerajui kepimpinan Umno negeri. Katanya, telah menjadi kelaziman presiden Umno memilih pengerusi sesebuah negeri. "Kita terima Mukhriz. Kalau beliau layak menajdi timbalan menteri, tentulah beliau layak jadi ketua perhubungan Umno Kedah," katanya.

Comments

Baling said…
dah meluat aku tengok umno kedah ni.
Anonymous said…
AZIMI DAIM, SURAYA YAACOB, LATT SHARIMAN: Ketiga-tiga mereka tidak pernah memegang jawatan tertinggi di bahagian atau di peringkat negeri. Namun kini mereka memendam cita-cita, mengintai sekiranya ada ruang untuk ke teraju pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri.

Sejarah politik Kedah penuh "intrigue". Kepala-kepala perangnya dikenali kehandalan mereka. Satu ketika, Umno Kedah cukup mantap, punyai nama-nama besar. Antaranya Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin, Sanusi Junid, Kadir Sheikh Fadzir, Raja Ariffin Raja Sulaiman, Abdul Hamid Othman, Affifuddin Omar dan Osman Aroff.

Kini nama-nama itu tinggal kenangan. Di peringkat nasional, tiada seorang pun dari Kedah kini berjawatan Menteri. Lebih malang buat Umno, Kedah jatuh ke tangan Pas 50 tahun selepas merdeka di bawah pimpinan Mahdzir Khalid, bekas guru dan pembantu khas Osman Aroff.

Osman Aroff mengharungi saat-saat getir di penghujung pimpinannya. Tekanan dari Kadir Sheikh Fadzir berjaya diharunginya. Malangnya, pergeserannya dengan Daim Zainuddin menamatkan karier politiknya dan memberi peluang kepada Sanusi Junid dimahkotakan orang yang paling berkuasa di Kedah Darulaman.

Namun, sikap angkuh, bongkak dan celupar Sanusi memendekkan tempoh beliau berkuasa apabila kakitangan kerajaan negeri "mengajar" Sanusi dengan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya 1999. Maka berakhirlah era Sanusi dan rezeki jatuh ke riba Syed Razak Barakbah.

Masalah kesihatan dan sikap kekampungan Syed Razak digunakan Mahdzir untuk menjatuhkan beliau pada 2004. Balasan buat Mahdzir, eranya lebih singkat malah Umno hilang kuasa dibawah pimpinannya.

Hari ini Umno Kedah melalui satu suasana yang tidak pernah di laluinya dalam sejarah politik negeri. Para pemimpinnya kini "menganggur" selepas tumpas dalam pilihanraya Mac 8, 2008. Cawangan Umno lumpuh tanpa wang. Pemimpin hanya menanti waktu untuk bertembung sesama sendiri.

Rata-rata, tahun ini merupakan tahun menarik dalam politik Umno. Golongan muda di dalam Umno Kedah tampak "jemu" dengan kehadiran "muka-muka lesu" di setiap bahagian. Maka timbul lah nama-nama baru seperti Suraya, Azimi dan Latt Shariman.

Bagi ahli Umno Kedah, sudah pasti khabar angin bertiup kencang "siapa akan melawan siapa" dalam pertandingan di peringkat bahagian yang akan datang. Berikut ramalan Jelapang. Antaranya

Pendang - Ketua Bahagian: Rozai Shafian vs Othman Abdul, Ketua Wanita - Fatimah Ismail vs Suraya; Kuala Kedah -Ketua Bahagian Syed Razak Barakbah vs Latt Shariman/Hashim Jasin, Abu Bakar Rautin. Kubang Pasu - Ketua Bahagian: Johari Baharum vs Saad Man; Jerai - Badruldin Amiruldin vs Suhaimi Abdullah; Langkawi - Ketua Bahagian: Bakar Taib vs Nawawi Ahmad; Kulim: Ketua Bahagian: Kadir Sheikh Fadzir vs Azimi Daim; Padang Terap: Ghazali Ibrahim vs Affifudin Omar.

Sama-samalah kita tunggu kesudahannya.
melor45 said…
Ari tu masa Godfather UMNO (D.S.Najib) mai ke Kedah apa pasai sikit sangat hulubalang UMNO Negeri Kedah yang hadir memberi sembah taat setia.?Tak mau dipilh jadi YB ke dalam PRU 13 nanti.
Groom said…
Memanglah tak sedar diri UMNO Kedah ni...dah kalah, buatlah cara dah kalah..la ni,peduli apa sape yng pimpin, janji menang! Dah semua orang nak Mukriz...nape hang pa tak nak? Hang pa ni memang bahlul tak sedar dirilah!
C L J said…
Walau pun lebih mengenal Dato Mukhriz di luar Kedah namun hamba kenal juga semua nama nama yang disebut. Pada hamba semua tidak boleh menyaingi Dato Mukhriz yang rendah diri lemah lembut tetapi jelas dengan segala yang nak keluar dari mulutnya. Tegas dalam lembut.

Bayangkanlah anak kepada seorang bekas Perdana Menteri serta ahli perniagaan yang teramat berjaya sanggup masuk kampung melangkah tangga tangga reput dalam senyum senang. Bukan dikawasannya, bukan dinegerinya tetapi jauh dipedalaman pantai timor.

Satu ayat yang dari mulutnya yang paling hamba ingat ialah: " .... kalau kerana wang lebih baik saya berniaga. Berniaga pun banyak untungnya.... lumayanlah. Tetapi .... tanggong jawab kepada negara dan rakyatnya." mengenalinya dan perniagaannya pada masa itu hamba percaya serta akur bahawa suara itu adalah teramat ikhlas.

Pernah memenangi undi tertinggi sebagai Exco Pemuda tanpa memggunakan wang pada zaman politik menabur bermahrajalela. Undi diperolehi itu adalah kerana pemuda memang kagum dengan sifat rendah diri dan kepimpinan beliau.

Maka sebagai pemimpin dimana mana peringkat apakah yang kita cari.
yat said…
tanya shamsudin balik x berpengalaman apa? kaut projek, songlap duit rakyat, cantas mengcantas, tikam belakang? tu aku setuju mukhriz x pengalaman, haha
bersatu bersetia berhidmat said…
Ala shamsudin kubang pasu sapa tak kenal.Bujor lalu melintang patah.Lori 16 ton.Apa sahaja dia boleh angkut termasuk tong sampah.Dulu orang TUN .Cium tangan TUN.Kemudian zaman Johari Baharom tikam TUN.Dia ibarat lalang,biji kekabu boleh terbang ditiup angin .Janji ada asyuk poket.
Sebenarnya semua ketua bahagian yg menolak Mukhriz>Mereka yg mengusulkan agar PPUN hendak lah terdiri drp salah seorang dari ketua bahagian.Itu syarat peralntikan untok tindakan Najib.Itulah ego dan sombongnya ketua bahagian umno di Kedah.Masing-masing ada hajat nak jadi PPUN cuma malu.
Pada halnya muka-muka ketua bahagian yang ada di Kedah setakat hari memang tak layak pun nak pimpin UMNO Kedah.Macam-macam skandal ada.Bahagian mereka sendiri berserabut lintang pukang.<Macamana nak jaga negeri bahagian sendiri pun lumpoh.Syok sendiri.Sana sini orang bercakap ketua bahagian kerja mereka lobi projek dan 10%.Mereka bukan jaga parti dan ahli serta rakyat.Meraka utama kroni member sekole dan kaki ampu dicawangan.Kemudian ketua bahagian musoh keliling pinggang.Segalanya terserah pada DSNajib.Pemimpin UMNO diKedah bukan lagi pemimpin sejati.Mereka jadikan jawatan sebagai sandaran cari makan,bergaya,nak bermewah di negeri kalah.Bukan sebagai pejuang rakyat.Juara rakyat hanyalah retorik indah khabar dari rupa.Orang masih hormat pemimpin lama yg sedang jadi pak tunggol dan setia pada umno.Terpulang pada DSNajib.Mana dia nak pakai.Suara rakyat atau suara tuan besar ketua bahagian.Terpulang padanya.Semoga Allah memberi petunjok yang baik pada DSNajib.Amin
titi panjang said…
Memang melayu suka berebut.Naik bas berebut.Ambil makan semasa kenduri berebut.Beli kat pasar malam berebut.Ada harta pesaka berebut.Naik tren LRT berebut.Beli tiket kat stadium berebut.Semasa perhimpunan agung umno naik lift berebut.Naik teksi berebut.Jawatan dalam umno berebut.Dengar ada lagi projek lagi berebut.UMNO pun jadi berserabut.
sri bongsu said…
Dulu Singapora di langgar todak.
Kini Kedah di langgar todak.
Hang Nadim di pulau Temasik.
Dato Mukhriz di tanah daratan Kedah.
melayurayadaily said…
orang umno kedah tak insaf lagi.Terima sajalah siapa yang dilantik PM.

2. blog sdr telah saya angkat sestatus blog idola. semoga kita dapat berkerjasama. TQ
To Live Again said…
Saedara Azli..

Sy sbgai anak jati Kedah dn anak kubang pasu pon malu nk mengaku yg Johari Baharom 2 wakil rakyat kami..Ya km mengaku yang kami memberi undi pd dia tp atas nama UMNO dn mengenang jasa Tun M yg menabur bakti kepada km lbh 20 thn! Kalau Johari baharom p lwn d Jerlun ka Merbok dia pasti bungkus!

Sudah2 la Shamsudin, Johari, Mahadzir, Mat Bashah..Ni politik zaman moden..Org muda menjadi penentu kemenangan..Kami org Kedah dh malu la dgn org luar..Xdak lg wakil kedah di Kementerian penuh..Jamil khir pon senator je..Km nk org muda dn profesional..Skrg ni jd wakil rakyat bkn lagi setakat makn kenduri dn ziarah org mati..Kita nk pemimpin yg ada pndangan dn wawasan jauh..

Tgk umno2 di johor,melaka,pahang majority ketua2 bahgian dn ahli exco educated..Dtg dr pelbagai latar belakang hebat..Tgk di melaka yg semakin hari semkin maju dgn pelbagai idea Ali Rustam..Di johor bukat setakat maju tp kekuatan umno di sana mmg jitu!

Kalau setakat nama2 Mahadzir,Mat Bashah,Johari Baharom yg dipilih Najib, mmg KEDAH akn jd negeri kedua menjadi negeri SELAMAT bg PAS lepas KELANTAN..X caya tnggu dn lihat je nnti..
Anonymous said…
Berukhwah sesama kita sebelum berpadu sesama seteru. Tiada kuasa jadi tiada wang.Tiada wang hilang karisma. Itulah politik sekular.
Nafsu tidak cukup dgn duit banyak, mahu juga rasa kuasa yg besar.

DR NO
Anonymous said…
tengok pada muka dan watak mukhriz pun orang kampong jadi sejuk...mao kata jadi pemimpin..aku rasa dia ada pendekatan yang betoi dan ikhlas...buat puak-puak veteran ...johari dan terutama mahadzir khalid...sudah-sudah la..kerana hampa la...umno rosak..zaman paklah bulih la..hang dok pusin mai..la ni anakmuda takmo dah politik lagu tu...apa hangpa dah buat selama umno jadik pembangkang di kedah ni..??? tepuk pungkog laaa..
Pakteh said…
Gendang perang dah bermula...Baru provoke untuk naikkan Mukhriz...dah tersembul rupa sebenar orang2 di setiap Bhg. UMNO Kedah.

Celoteh SU Bhg Kubang Pasu tu dengan sendirinya membuktikan Mukhriz mempunyai AURA.
KedahAn said…
Tahniah kepada S/U Bhgn Kbg Pasu (dan Johari) sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.Inilah pemimpin yang kita dok cari. Berani. Biarlah apa nak jadi kepada agama, bangsa dan negara. Janji berani untuk mempertahankan diri dan perut sendiri.

Atas usaha Shamsudin dan Joharilah BN di K/Pasu berjaya mengekalkan majoriti dari hampir 20 ribu dan DINAIKKAN jadi 7000 saja pada PRU lalu. Itulah kerja buat orang berpengalaman. Pemimpin jenis ni sepatutnya dipanggil BARUA. Lebih hina dari Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh.

Aku amat mengharap agar DM dilantik sebagai PPUN Kedah kerana amat yakin perubahan boleh dilakukannya atas beberapa sebab:

1. Persepsi rakyat yang baik terhadap dia.

2. Imej yang belum tercalar.

3. Mampu mewujudkan momentum kepada kebangkitan UMNO/BN Kedah.

4. Bekerja bukan untuk kepentingan diri (dia dah boleh dikirakan dah ada semua untuk diri dia).

5. Kurang bercakap, banyak bekerja.

6. Aku mendapat tahu dia mendapat sokongan padu dari pemimpin pusat termasuk TS Muhyiddin dan DS Shafie dan beberapa orang Menteri senior (wallahualam).

Satu bukti kepada kerja bersungguh-sungguh yang aku tahu apabila diamanahkan kepada dia, adalah semasa PRK. Di Permatang Pauh contohnya, dia sanggup meredah masuk ke sebuah kampung yang ditakungi air yang penuh dengan tahi itik dan ayam untuk bertemu pengundi. Pengikut2 dia pun fikir 2 kali untuk masuk, tapi dia buat tak kisah pun. Kesannya, seorang pengundi PAS tegar yang pada awalnya mengata macam-macam kepada UMNO turut menyertai konvoinya bagi membantu BN selepas itu. Dengan itulah aku amat yakin dengan kemampuan dia.

Terpulanglah kepada DSN. Rakyat diutamakan atau Ketua Bahagian yang berperangai macam Johari Baharom yang nak diutamakan.

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .