Skip to main content

Bukan Bekas Raja Permaisuri Agong Sahaja Yang Kena Tipu

Saya menyokong penuh tindakan bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aisyah Abdul Rahman, menfailkan saman terhadap Uncle Seekers yang semakin melampau dan menjatuhkan aib bekas Permaisuri Agong itu (baca di sini). Saya sudah lama mengikuti kisah tersebut, tetapi tidak berminat untuk membuat apa-apa posting berkenaan dengannya, hal ini adalah disebabkan, saya sememangnya tidak berapa suka dengan anak penulis buku politik yang tidak mempunyai prinsip perjuangan itu. Pada hujung tahun 2007, saya bersama dengan rakan baik saya saudara Anuar Manshor (bekas editor Dewan Kosmik) pernah bertemu dengan Uncle Seekers bagi tujuan memperoleh info berkenaan dunia paranomal yang menjadi minat dan penyelidikannya.

Dalam pertemuan yang sangat lama, saya secara tidak langsung dapat menghidu sikap dan kehidupan Uncle Seekers "yang tidak seberapa nak kena" itu dengan pantas dan kemas. Kritikan pedasnya terhadap pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan Islam seperti Dr Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus - membuatkan hati saya bertambah tawar dan kurang yakin dengan pengkajiannya. Hal ini bertambah parah, tatkala "janji" yang sepatutnya ditunaikan oleh Uncle Seekers terhadap rakan baik saya itu tidak mampu dikotakan mengikut jangka masa yang ditetapkan - maka hati saya terus hilang hormat terhadapnya.

Sepanjang pertemuan kami dengan Uncle Seekers di kediaman ayahnya Pak Habib , di Janda Baik, banyak yang saya pelajari - akan tetapi lebih banyak yang saya ragui! Antaranya adalah kisah "duit menjadi gandaan di dalam bilik" dan "beberapa petunjukkan penipuan yang sering dilakukan oleh pawang dan bomoh".

Beberapa pendedahan berkenaan diri Uncle Seekers boleh di baca di blog ini (baca di sini). Walau apapun alasannya, penderitaan yang sedang dialami oleh Cik Puan Aisyah bukanlah alasan yang kukuh untuk Uncle Seekers mendedahkannya dikhalayak ramai. Sama-sama kita berdoa agar Cik Puan Aisyah kembali tenang, sesungguhnya diri beliau sedang diaibkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab - demi mengejar glamour dan sedikit wang ringgit.

Soalan saya mudah - bagaimana Cik Puan Aisyah begitu cepat mempercayai Uncle Seekers, tanpa terlebih dahulu diteliti rekod dan sejarah kehidupan pengkaji paranormal yang penuh dengan masalah itu? Siapa yang memperkenalkannya? Jika Cik Puan Aisyah mempunyai masalah emosi atau psikologi, Uncle Seekers bukan orang yang layak untuk dijumpai - ramai lagi ustaz, ulama dan pakar psikologi di negara ini yang bertauliah dan boleh dipercayai.

Saya sebenarnya kesian dengan apa-apa yang dialami oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu - sudahlah kehidupan sehariannya terbatas dan kesunyian, kini masalah hidupnya pula dibuka dan diaibkan oleh Uncle Seekers sebegitu rupa. Pada hemat saya Cik Puan Aisyah sudah dizalimi dengan dahsyat, elok beliau berdoa dengan segera, kerana doanya pada waktu ini, InsyaAllah pasti dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Comments

C L J said…
Pak Habib juga patut memberi nasihat kepada anaknya itu. Mohon.
azlishukri said…
CLJ - memang itu yang sebaik2nya
melayurayadaily said…
Orang seperti uncle seekers bersifat nihilism - tidak dapat membeza antara baik dengan buruk. antara bermoral tidak bermoral.
Manusia biasa yang terlalu taksub mengkaji paranormal akhirnya hilang normality diri sendiri dan meroyan.
-krisjawa lok3- said…
Ilmu yang Allah berikan kepada hamba2Nya bukan digunakan untuk mengambil kesempatan kepada hamba2Nya yang lain..Ia harus digunakan untuk membantu mana-mana manusia yang memerlukan dengan niat yang ikhlas dan jujur.Bukan untuk memeras,menzalimi,mengaibkan atau menyakiti jiwa dan raga sesama hamba Allah dimuka bumi ini...

Ketahuilah, atas langit masih ada langit yang lebih tinggi dan yang paling tinggi ialah kekuasaan Allah Azzawajalla.

Janganlah nanti kelebihan yang Allah anugerahkan itu memakan diri sendiri atas kezaliman yang dilakukan sesama manusia...
Mordecai Kucai said…
Sebagai pengamal perubatan amanah adalah satu perkataan yang sangat penting.

Semasa melakukan perubatan itu akan di ketahui aib pesakit pesakit. Ini tidak dapat di elakkan.

Apa yang di ketahui di gunakan semata mata untuk tujuan perubatan. Adalah di percayai sekiranya kita pecah amanah ilmu itu akan hilang perlahan lahan kerana kita orang yang tidak layak.

Percaya lah tiada apa kebaikan pada diri Uncle seekers itu sekiranya beliau melakukan demikian atas apa alasan sekalipun.

Kemaafan itu sepatutnya lebih dari yang lain lain. Walau apa pun alasannya.
Pak Tua Jaga said…
Saya sangat meminati Pak Habib dari segi kupasan ilmunya tapi pelik kenapa anak dia uncle seekers ni terlalu berbeza, sy tgk cerita paranormal dia dan anggap ianya biasa saja, tapi bila dia bersikap kurang ajar dengan Dato' Fadzilah kamsah saya anggap dia bukan orang yang boleh diikuti dan terus xpeduli pasal dia, dan dengan apa jadi hari ini mengesahkan apa yg saya rasa tentang dia adalah benar. dia patut mendapat pengajaran!
alehkayong™ said…
inilah tipu daya syaitan ketika kita menuntut ilmu..sebab tu ada tertibnya ketika menuntut ilmu.sama sama kita berdoa.
Cute Oven said…
pembongkaran yang baik...teruskan
dulu saya cukup suka baca buku2 ayah dia...Pak Habib, tak pernah tak beli...tapi bila dia sekejap sokong sana sekejap sokong sini terus saya tak beli lagi...
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Rancangan "seekers" iaitu membuang masa cari hantu adalah satu rancangan yang tidak berfaedah.

Hantu, jin memang ujud. Mereka berada dalam dunia mereka, berbeza dengan manusa dialam nyata. Bukan menidakkan keujudan mereka. Namun tak perlu kita buang masa duduk seorang diri dalam rumah terbiar dimalam gelap hanya untuk cari hantu.

Apa faedah yang kita dapat? Ianya hanya melahirkan insan penakut.

Kenapa Kementerian Penerangan biarkan rancangan bukan bukan disiarkan.

Dan pada Cik Puan aishah, takperlulah jumpa orang seperti Umncle seekers ini. Tak bawa sebarang manfaat.
Anonymous said…
aku rasa malaun yg dipanggil uncle seeker tu seorg yg sesat...tgk muka dah tau mcm muka pecah rumah....mesti memiliki ilmu songsang..geli aku nak tgk muke dia..islam ke uncleseekers tu? bapakdia tu pon org islam ke?bukan uncle seekers tp uncle suckers yg lebih sesuai...

TG JOHARI
Wake UP! said…
Daripada buang masa cari hantu, baik baca buku.

Live in a zoo Namewee.

Pilihan Pembaca

Penulis bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Pejabatnya. Tahniah Tun! KUALA LUMPUR 11 Mei 2008- Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid yang dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang mahu orang Melayu memiliki lima bentuk minda bagi menjamin kejayaan serta daya tahan mereka pada masa depan. Beliau berkata, minda tersebut ialah minda berdisiplin, minda sintesis, minda kreatif, minda menghormati dan minda beretika. Sehubungan itu, beliau berharap UMNO menjalankan penyelidikan tentang cara-cara memperkasakan akal fikiran atau minda orang Melayu demi kepentingan bangsa dalam jangka panjang. ''Saya juga berikrar akan terus berkhidmat dengan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO selagi hayat di kandung badan," katanya. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...