KUALA LUMPUR 30 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkannya sebagai terbuka dan boleh menerima pandangan.
Menurutnya, keterbukaan itu dibuktikan melalui kesediaan kerajaan berunding dengan sesiapa sahaja yang mempunyai idea bernas mengenai apa jua perkara yang dirasakan perlu. "Saya sendiri telah diminta untuk turut memberikan pandangan mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan tidak keberatan memberikannya.
"Sama ada pandangan itu dituruti atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Namun, setidak-tidaknya ia menunjukkan kerajaan terbuka dalam menerima pendapat pihak luar," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan perwakilan yang memintanya menawarkan diri membantu kerajaan membangunkan negara pada sesi dialog Forum Malaysia-Eropah (MEF) di Hotel Crowne Plaza, di sini hari ini.
Penasihat yang juga penaung MEF, Tan Sri Rafidah Aziz bertindak selaku moderator sesi dialog berkenaan. Terdahulu, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria; wakil dari Kedutaan Norway, Ashild Kjok; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation, Datuk Iskandar Mizal Mahmood serta Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Kesatuan Eropah, David Jones turut menjadi panel forum berkenaan.
Sementara itu, Mahathir berkata, gagasan 1Malaysia adalah selari dengan Wawasan 2020 yang menjadi visi negara hari ini. Jelasnya, sewaktu Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991, perkara pertama yang digariskan adalah penyatuan kebangsaan dengan perpaduan bangsa Malaysia. "Lupakan masa silam serta dari mana anda berasal. Perkenalkan diri anda sebagai rakyat Malaysia serta bercakap menggunakan bahasa yang sama. Dengan cara itu, kita mampu mencapai gagasan 1Malaysia.
"Anggap kita semua milik Malaysia. Masalahnya kita sering memanggil diri kita sebagai bangsa dari mana negara asal keturunan kita. ''Tidak boleh lagi cakap kita ini asalnya Melayu, Cina dan India. Ketika ini saya masih dengar lagi orang kata saya Cina Malaysia, saya India Malaysia atau saya ke sekolah Cina, saya ke sekolah Tamil dan saya ke sekolah Melayu," ujarnya.
Ketika menyampaikan ucaptama sebelum dialog itu, beliau berkata, kerajaan tampak sedar dengan keperluan negara memiliki industri berteknologi dan berpendapatan tinggi bagi memastikan taraf kehidupan di Malaysia meningkat selaku negara membangun. "Kerajaan seakan sedar mengenainya dengan memberi bantuan dan sokongan kepada industri tempatan agar terus berkembang ke taraf dunia.
"Sewaktu era pelaburan industri asing dahulu, Malaysia telah banyak belajar mengenai bidang pembuatan dan pasaran global. Dengan sedikit bantuan, industri tempatan mampu berkembang dan menggantikan pelaburan langsung asing (FDI) untuk menjana ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, menjawab satu soalan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Dr. Mahathir menjelaskan, akta tersebut digubal bagi memastikan pelajar fokus serta menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Katanya, mahasiswa perlu bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membazirkan wang rakyat dengan sibuk berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran. Menurutnya, mahasiswa dapat melanjutkan pelajaran kerana ditampung oleh wang rakyat melalui pembayaran cukai yang membolehkan mereka hanya menanggung sedikit sahaja kos pembelajaran masing-masing.
Comments
habis tu, Malaysiakini siapa pulak yang punya? Bebas dan telus atau tidak berkecuali?... kalau itulah yang anda fikirkan, anda seorang yang BAGHAL...
orang sekarang memang TAK BANGANG, kalau depa pakat baca dari kedua-dua sumber... tapi orang sekarang TERLEBIH-LEBIH BANGANG apabila setakat seronok baca sumber berita yang sehati sejiwa dengan mereka, tak kiralah sama ada UTUSAN MALAYSIA mahupun HARAKAH atau UMNO-Online mahupun HARAKAH DAILY
Tak adu domba dan penipu rakyat sangatlah harakah dan media-media alternatif saudara tu yek?
Belajar kasi habis dulu sebab bila anda keluarkan pendapat, nampak sangat anda ni sebenarnya gagal dalam hidup kecuali mengharapkan mak bapak dan PTPTN
ko ni tak habis2 mntelaliti utusan umngok....konon pkr nk hancur la, nk karam la, akan terhapus la..dah masuk 3 PRU, stay cool lagi...
PKR bukan mcm Semangat 46 beb...wa anak muda sokong PKR...ramai lagi membe wa dari budak2 ipt ni...xcaya, tengok la nnt...
Malaysia kini pun meliwat gak. macam si dia tu
DR NO
Khas buat tatapan anon 1:04...
Anda berbicara seolah-olah seluruh dunia menyokong anda. Adakah anda bangkit setiap pagi melihat realiti di sebalik daun pintu kamar beradu anda ? Atau anda masih terlena dengan mimpi yang panjang tidak berkesudahan ? Berdirilah dihadapan cermin...lihatlah di mana anda berada ketika ini. Belajarlah berterima kasih kerana jika anda benar seorang yang tahu berterima kasih...
Jika benar anda akan ke kuliah hampir setiap hari di masa pengajian anda...anda adalah manusia paling beruntung di tanah yang anda pijak kini.
Jika anda meneguk hasil bumi bertuah ini setiap hari, anda adalah manusia paling beruntung di mana anda berpijak kini.
Jika anda adalah sebaliknya...
Berdoalah tanpa putus harap nasib anda dan keluarga anda serta yang tersayang akan lebih baik di masa hadapan...