Skip to main content

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat Lagi Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat
Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

1. Ada satu soalan penting, siapa tahu, tahun ini, tahun yang ke berapa kali Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan? Rasanya mungkin ramai ahli UMNO sendiri yang tidak mampu menjawab. Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Bahkan seakan-akan terdapat kekeliruan dalam hal yang sangat remeh seperti ini. Kita tidak mahu pembangkang menjadikan isu tersebut untuk menggambarkan seolah-olah "UMNO Sudah Nyayuk" dan pelupa.

2. Urus setia UMNO Pusat harus prihatin dengan isu seperti ini, agar parti kesayangan kita tidak terus-menerus dilayak dan diketawakan oleh parti pembangkang, semata-mata hal-hal yang sangat kecil seumpama ini. Selesaikan segera, sebelum terlambat. Baca Laporan di bawah : Jadi, ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

KUALA LUMPUR, 19 Okt (MalaysiaAktif) -- Dalam kesibukan jentera UMNO menyambut dan meraikan hampir 5,000 anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2010, timbul tanda tanya perhimpunan kali ini sebenarnya yang ke berapa?

Akhbar The Star menghitungnya sebagai perhimpunan UMNO kali ke 61, sementara Utusan Malaysia menganggapnya sebagai yang ke 64. Ada pula pihak yang berpendapat ia yang ke 59 dan ada yang langsung tak menyebut langsung yang ke berapa. Setelah berminggu-minggu melabelkan perhimpunan 2010 sebagai yang ke 64, apabila sampai di nadi majlis tersebut, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kita disambut papan tanda yang mengumumkan ia sebagai yang ke 61.

Justeru, memandangkan kekeliruan ini timbul persoalan mengenai saranan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya diterapkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Baik juga tu, tetapi sebelum menghalusi kaedah-kaedah ke arah matlamat tersebut, apa kata seluruh warga UMNO duduk semeja memutuskan sudah berapa lama perhimpunan tahunan parti itu di adakan.

Maksudnya, elok jugak kita belajar mengira dulu...

Comments

Sudir said…
Rasanya tahun ke berapa perhimpunan tak penting.
azlishukri said…
sudir, saya bimbang hal yang tampak remeh-temeh inilah bakal menjadi modal besar pembangkang...
anaklangkawi said…
Salam.. Blog saudara telah dipaut..
Admin said…
Bro! UMNO asal yang ditubuhkan tahun 1949 sudah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1980-an (kalau tak salah 82) Jadi sekarang ini sebenarnya UMNO baru yang ditubuhkan semula oleh Tun Dr. Mahathir. Tu yang buat depa confuse, nak kira dari UMNO lama ke UMNO baru...!
Anonymous said…
tahun terakhir berhimpun...kalau tak buang liabiliti dlm UMNO...KP khasnya..
tebing tinggi said…
Kekeliruan mengambarkan dengan jelas betapa ahli UMNO menjiwai perjuangan mereka bukan menjiwai perjuangan UMNO.
UMNO hanya seperti tongkat kapada mereka,yang akan dibuang apabila tidak perlu digunakan lagi dan juga akan membuangnya sekiranya "tongkat" tadi sudah tidak membantu.
Begitulah UMNO dipergunakan hari ini, bukan diperjuangkan.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia
Idus said…
Kalau dibaca daripada keputusan diatas, nampaknya The Star yg betul. Memang UMNO ni alat. Tapi alat pun kena jaga dgn baik. Kena sentiasa tengok manuals. Kerana alatlah UMNO dibatalkan pendaftarannya dan diperbaharui dgn nama UMNO BARU. Biasa le, yg jadi macam ni pun bukannya kerja ahli tapi pemimpin; kita sekarang bukan jaga ketuanan melayu, tapi jaga tuan2 melayu.....Sudah Makan?

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Anwar 2009 : Bernafas Di Dalam Lumpur

ANWAR IBRAHIM 2009 Bernafas Di Dalam Lumpur Saya sempat ke Bukit Gantang sebentar tadi, mendengar ucapan Tun Mahathir, di samping meninjau-ninjau markas UMNO/BN di sana. Dalam kesibukan tugas harian dan menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang, saya masih ada masa untuk turun padang walau pun tidak lama. Melihat kepada begitu ramai yang hadir bagi mendengar ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, teringat saya seolah-olah beliau masih merupakan Perdana Menteri kita semua. Bolehlah saya gambarkan bahawa, kekuatan UMNO dan PAS di Bukit Gantang agak sama-sama kuat, dan kedua-dua parti berada dalam keadaan 50-50. Yang menarik minat saya pada kali ini adalah cara ucapan Tun Mahathir menceritakan bagaimana kaum Cina dan India di Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan dan menikmati pelbagai kemudahan di negara ini, berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Jika di negara lain, kita tidak akan dapat melihat kewujudan sekolah kebangsaan beraliran Cina atau India. Seb...