Skip to main content

50 Dalil Menyedarkan Orang Melayu!

50 Dalil
Menyedarkan Orang Melayu

(Saya memilih ucapan Dato' Samsudin Abu Hassan, ADUN Air Kuning, merangkap Ketua UMNO Bahagian Tapah ketika membahaskan ucapan YAB Presiden UMNO sebentar tadi, sebagai renungan kita bersama. Ucapan yang bernas dan perlu diambil perhatian. Baca ucapan beliau di bawah)

1. APABILA YAB PRESIDEN MENYATAKAN HASRAT UNTUK MEMACU NEGARA KE ARAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, SELURUH RAKYAT KHUSUSNYA MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA, BERASA AMAT GEMBIRA.

2. GOLONGAN YANG MASIH JAUH TERCICIR MEMBAYANGKAN MEREKA AKAN MENIKMATI KEHIDUPAN YANG TIDAK LAGI “KAIS PAGI MAKAN PAGI”, MANAKALA MEREKA YANG SEDANG BERMANDI DENGAN KEMEWAHAN MEMBAYANGKAN MEREKA AKAN TERUS MELONJAK KE PERSADA KEKAYAAN YANG LEBIH TINGGI.

3. WALAU BAGAIMANA PUN, BAYANGAN-BAYANGAN IMPIAN INI BOLEH BERTUKAR MENJADI MIMPI NGERI BUAT MEREKA YANG KELAK HANYA MENJADI PENONTON KEPADA KECAPAIAN-KECAPAIAN HEBAT GOLONGAN YANG LEBIH BERUPAYA MELONJAK ATAU DILONJAKKAN KE TAHAP BERPENDAPATAN TINGGI.

4. INI KERANA LUMRAHNYA DALAM EKONOMI TERBUKA DAN BERSIFAT LIBERAL SEPERTI YANG DIRENCANAKAN DALAM PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI, JURANG UPAYA DI ANTARA GOLONGAN BERADA DENGAN GOLONGAN KURANG BERADA AMAT BERPOTENSI MEWUJUDKAN SUASANA DIMANA YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN TERUS TERHIMPIT DALAM DERITA.

5. JUSTRU, TIDAK KETERLALUAN KALAU RAKYAT MAJORITI YANG KINI TERKEPUNG DALAM KATEGORI KURANG BERADA MENYUARAKAN HASRAT INGIN TAHU DENGAN JELAS APA YANG ADA BUAT MEREKA DALAM BAKUL PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI ITU. KEBETULANNYA PULA, GOLONGAN YANG LEBIH RAMAI TERKEPUNG DI DALAM KATOGERI KURANG BERADA ITU ADALAH MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA, MALAH RAMAI DI ANTARA MEREKA INI ADALAH WARGA UMNO!!!.

6. KALAU DISINGKAP LEMBARAN SEJARAH PERJALANAN EKONOMI BUMIPUTRA SEMENJAK KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN, DISAMPING KITA BERSYUKUR ATAS SEGALA YANG TELAH KAUM BUMIPUTRA CAPAI SETAKAT INI, SUATU TAHAP KEHAIRANAN KADANG-KADANG MUNCUL DIFIKIRAN KITA, IAITU KENAPA EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTRA JAUH TERCICIR DIBELAKANG BERBANDING KAUM CINA, WALHAL YANG MEMEGANG TAMPUK KUASA ADALAH BANGSA MELAYU, WARGA PERKHIDMATAN AWAM JUGA MAJORITINYA MELAYU DAN BUMIPUTRA, . PERSOALAN INI TAK PERNAH LEKANG DARI UMAT MELAYU DAN KAUM BUMIPUTERA.

7. KALAU DALAM KEADAAN SEDEMIKIAN PUN, ORANG MELAYU BOLEH TERCICIR DARI SEGI EKONOMI, BAGAIMANAKAH AGAKNYA KEADAAN EKONOMI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA SEANDAINYA KUASA POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA BERALIH DITUNJANGI OLEH KAUM BUKAN MELAYU.

8. KITA SEKARANG BERADA DI AMBANG RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH [RMK 10]. KALAU DI HITUNG-HITUNG DARI SEMENJAK RANCANGAN MALAYSIA YANG PERTAMA HINGGA RMK 9, JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH KITA BELANJAKAN SUDAH MENCECAH ATAU MELEBIHI SATU TRILLION RINGGIT.

9. KALAU DIBUAT PERKIRAAN DANGKAL, BERDASARKAN JUMLAH RAKYAT MALAYSIA YANG KINI KIRA-KIRA 26 JUTA ORANG, JIKA DANA SATU TRILLION ITU DIAGIH-AGIHKAN SAMA RATA UNTUK SETIAP RAKYAT, KALAU TAK SILAP KIRAAN SAYA, JUMLAH YANG DIPEROLEHI OLEH SEORANG RAKYAT ADALAH KIRA-KIRA RM3.8 JUTA, YANG BERMAKNA SETIAP RAKYAT MALAYSIA SUDAH BOLEH BERGELAR JUTAWAN.

10. SESUNGGUHNYA, DALAM KONTEKS EKONOMI PEMBANGUNAN, KIRAAN BEGITU TIDAK MASUK AKAL. WALAU BAGAIMANA PUN, MESEJ YANG SAYA CUBA LONTARKAN DARI SUDUT ORANG YANG BUKAN PAKAR DI BIDANG EKONOMI, ADALAH BERBENTUK PERSOALAN BAHAWA JIKA SUDAH BEGITU BANYAK DANA YANG DICURAHKAN, DIMANA SALAH DAN SILAPNYA MAKA EKONOMI ORANG MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA MASIH JAUH TERCICIR.

11. KALAU DANA SEBANYAK ITU TELAH TIRIS ATAUPUN BOCOR, SIAPA YANG MENDAPAT MANFAAT DARI KEBOCORAN ITU?. YANG JELAS, SETIAP KALI TAMATNYA SATU-SATU RANCANGAN MALAYSIA, KAUM BUKAN BUMIPUTRA SEMAKIN MENYERLAH TAHAP EKONOMI MEREKA. MALAH DARI SENARAI 10 ORANG TERKAYA DINEGARA INI, KALAU TAK SILAP SAYA HANYA TERDAPAT SEORANG BUMIPUTRA YANG TERSENARAI.

12. DALAM KONTEKS YANG SAMA, MUNGKIN WAJAR JUGA DITANYA KENAPA KIAN NYARING SUARA-SUARA YANG MEMPERSOALKAN DASAR-DASAR YANG MEMBERIKAN HAK-HAK ISTIMEWA KEPADA KAUM BUMIPUTRA SEPERTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA?

13. SOAL KESAMARATAAN DAN KESAKSAMAAN SERTA KEADILAN SOSIAL KIAN RANCAK DAN KIAN BERANI DILONTARKAN OLEH GOLONGAN GOLONGAN TERTENTU, KONONNYA GAGASAN SATU MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI SATU REALITI KALAU BUMIPUTRA TERUS DIBERIKAN HAK-HAK ISTIMEWA.

14. ATAS SIFAT SAYA SEBAGAI ANAK MELAYU DAN JUGA WARGA UMNO, SAYA TIDAK TAKUT UNTUK MENYUARAKAN PERKARA INI, WALAU PUN SAYA SEDIKIT KHUATIR KALAU-KALAU APA YANG SAYA PERKATAKAN INI AKAN DIPUTARBELITKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU BAGI MENGERUHKAN LAGI SUASANA, DAN DALAM KEKERUHAN ITU MINDA DAN HATI SERTA PERASAAN RAKYAT BOLEH DICELARUKAN UNTUK MELARISKAN MODAL POLITIK MEREKA.

15. DALAM MASA YANG SAMA, SAYA JUGA SEDAR BAHAWA YAB PRESIDEN SEDANG BERHEMPAS PULAS MENANGANI PERKARA INI BAGI MEREALISASIKAN 1MALAYSIA YANG DIIDAM-IDAMKAN SUPAYA RAKYAT SERTA NEGARA MALAYSIA TERLONJAK KEPERSADA BERTARAF MAJU MENJELANG TAHUN 2020.

16. SESUNGGUHNYA INI BUKAN SUATU KERJA MUDAH, NAMUN KITA PERLU BERPESAN SASAMA SENDIRI BAHAWA KITA PERLU BELAJAR BAGAIMANA HENDAK MENTALQINKAN UMNO SEANDAINYA HAK-HAK YANG SAYA MAKSUDKAN INI TERKORBAN DAN TERGADAI. RINGKASNYA, HAK-HAK MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA YANG TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN NEGARA TIDAK HARUS DIJADIKAN COLLATERAL ATAU BARANG GADAIAN BAGI MERAIH APA YANG DISEBUT SEBAGAI KESAMARATAAN.

17. SATU PERKARA YANG MUNGKIN KITA TELAH TERLEPAS PANDANG IALAH SOAL PEMAHAMAN RAKYAT, KHUSUSNYA DIPERINGKAT UMBI, TERHADAP AGENDA DAN PROGRAM-PROGRAM BARU YANG HENDAK DILAKSANAKAN OLEH PUCUK PIMPINAN KITA.

18. MISALNYA, MASIH RAMAI RAKYAT YANG TERPINGA-PINGA MENGENAI GAGASAN 1MALAYSIA. APATAH LAGI BERSABIT DENGAN MODEL BARU EKONOMI, PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI DAN ISTILAH-ISTILAH TEKNIKAL SEPERTI KPI, NKRA DAN SEBAGAINYA.

19. YANG HENDAK DIBAWA DALAM ARUS PERUBAHAN INI IALAH RAKYAT JELATA SEKALIAN. KALAU MEREKA TIDAK DIFAHAMKAN, BAGAIMANA KITA HENDAK MENGAJAK MEREKA MENYERTAI PERJALANAN YANG DESTINASINYA JUGA BELUM MEREKA KETAHUI DENGAN JELAS.

20. APA YANG KITA KHUATIRKAN IALAH KALAU-KALAU KERETAPI LAJU YANG MENUJU KEPADA DESTINASI PERUBAHAN ITU PADA MULANYA SARAT DENGAN PENUMPANG, TETAPI APABILA TIBA KE DESTINASI, HANYA SEBILANGAN KECIL PENUMPANG YANG MENAMATKAN PERJALANAN.

21. SETIAP PERKARA BARU YANG KITA PERKENALKAN KEPADA RAKYAT JELATA PERLU DIBERI PEMAHAMAN SECUKUPNYA. BAGI TUJUAN INI, KITA ADA PELBAGAI AGENSI DAN MEKANISME. INI TERMASUK JABATAN PENERANGAN, JABATAN PENYIARAN, JASA, KEMAS, MEDIA ELEKTRONIK, MEDIA CETAK YANG CONDONG KEPADA KITA, DAN PELBAGAI LAGI AGENSI DAN INSTITUSI TERMASUK JKKK, PENGHULU, KETUA KAMPUNG DAN BERMACAM LAGI.

22. APABILA RAKYAT LAMBAT FAHAM ATAU TIDAK FAHAM TENTANG PERKARA-PERKARA BARU YANG MENJADI AGENDA KERAJAAN, SAYA BERANGGAPAN HANYA ADA DUA PUNCA UTAMA. PERTAMA, STRATEGI DAN MEKANISMA PENERANGAN KITA KURANG BERKESAN. KEDUA, AGENDA-AGENDA ITU SENDIRI SEMEMANGNYA SUKAR DIFAHAMI, SEKALIPUN OLEH PETUGAS-PETUGAS PENERANGAN.

23. OLEH ITU, ELOK KIRANYA PERKARA INI DIAMBIL BERAT SUPAYA JANGAN SAMPAI KETIDAKFAHAMAN RAKYAT ITU MENJADI PUNCA KEGAGALAN KITA MELAKSANAKAN AGENDA-AGENDA TERTENTU. TAN SRI PENGERUSI TETAP DAN SIDANG PERWAKILAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

24. DALAM DUNIA POLITIK, SOAL PASANG-SURUT BUKANLAH SESUATU YANG LUARBIASA. IBARAT SEBATANG SUNGAI YANG ADA PASANG-SURUTNYA, PADA KETIKA AIR PASANG, SUNGAI ITU AKAN NAMPAK TEPU DENGAN AIR , TETAPI APABILA AIR SURUT, AKAN KELIHATAN TUNGGUL-TUNGGUL KAYU YANG HODOH DAN LONGGOKAN SAMPAH SARAP DISANA-SINI. WALHAL ITULAH JUGA SUNGAI YANG SAMA, YANG KELIHATAN LESTARI SEMASA AIR PASANG.

25. MESEJ DAN NATIJAH DARI KIASAN INI TIDAK SUKAR UNTUK KITA FAHAMI. APABILA UMNO DILANDA TSUNAMI PADA PRU- 12 YANG LALU, SETELAH AIR SURUT, SEGALA BUNGKAH-BUNGKAH HODOH DAN SAMPAH SARAP YANG JELIK, TELAH MENCACATKAN PEMANDANGAN KITA, MALAH TELAH MELUKAKAN HATI SERTA PERASAAN KITA. MAKA KITA PUN BERUSAHA UNTUK MEMBERSIHKAN SUASANA.

26. MALANGNYA, DALAM KITA BERUSAHA MEMBERSIHKAN BUNGKAH-BUNGKAH HODOH DAN SAMPAH YANG JELIK ITU, MUNCUL PULA BUNGKAH-BUNGKAH DAN SAMPAH SARAP BARU YANG MENCEMARKAN SUASANA.

27. PADA HEMAT SAYA, INILAH SINDROM DAN GEJALA YANG MENIMPA NASIB UMNO, SEKALI GUS MENJEJASKAN USAHA-USAHA KEARAH PENJENAMAAN SEMULA DAN MELAMBATKAN PROSES TRANSFORMASI.

28. TENTULAH PELIK LAGI ANIH APABILA KELIHATAN PEMIMPIN DAN WARGA UMNO MASIH TERBAWA-BAWA DENGAN GAYA LAMA DAN BUDAYA POLITIK YANG TIDAK KONDUSIF DENGAN AGENDA REBRANDING DAN PROSES TRANFORMASI INI.

29. MASIH TERDAPAT DI KALANGAN MEREKA YANG BERGELAR PEMIMPIN YANG BERLAGAK “LEBIH SENDUK DARI KUAH” ATAU “TINGGI PELEPAH DARI PUCUK” !. MASIH TERDAPAT GOLONGAN YANG DIPIMPIN TIDAK MENJADIKAN DIRI MEREKA MUDAH UNTUK DIPIMPIN.

30. DAN JANGAN PULA KITA BIARKAN DIRI KITA DIBUAI FANTASI.... KERANA SEMAKIN JAUH KITA MENONGKAH FANTASI, MAKA SEMAKIN TERJARAK KITA DARI REALITI...... LUMRAHNYA DALAM FANTASI MUNGKIN ADA SEKUMIN REALITI, TETAPI DIDALAM REALITI TIDAK ADA FANTASI.

31. SESETENGAH PEMIMPIN BERFANTASI SEPANJANG MUSIM. MEREKA INI HANYA AKAN BERPATAH BALIK MENJENGOK REALITI APABILA MANDAT DITARIK BALIK OLEH RAKYAT PADA PILIHANRAYA.

32. REALITI YANG UMNO HADAPI SEKARANG INI AMAT MENGGUSARKAN KITA SEMUA. KITA SEBENARNYA BERADA DIDALAM ZON PERANG; DAN PEPERANGAN YANG AMAT SUKAR DIMENANGI OLEH BANGSA MELAYU IALAH PEPERANGAN SESAMA SEBANGSA, MALAH SEMAKIN MENYUKARKAN KALAU BERPERANG SESAMA SEWARGA DIDALAM KELUARGA UMNO, ANGKARA PEREBUTAN KUASA.

33. DALAM MASA YANG SAMA, APA ERTINYA KUASA KALAU NASIB KITA IBARAT LAIN ORANG YANG MENUBA; LAIN ORANG YANG MENANGGUK, LAIN ORANG YANG SUSAH PAYAH MEMBELA LEMBU, LAIN ORANG YANG BERMEWAH DENGAN SUSU.

34. JIKA DITELITI POLA-POLA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA SELAMA INI, KAWASAN-KAWASAN LUAR BANDAR DAN PINGGIR BANDAR YANG MAJORITI PENGUNDINYA MELAYU DAN KAUM BUMIPUTRA ADALAH PENYUMBANG UTAMA KEPADA KEMENANGAN BARISAN NASIONAL. PENDEK KATA, KUASA POLITIK DAN KUASA PEMERINTAHAN NEGARA INI DISUMBANGKAN OLEH PENGUNDI DARI KAWASAN LUAR BANDAR. NAMUN, NIKMAT DARI KUASA YANG DISUMBANGKAN OLEH MEREKA ITU NAMPAKNYA LEBIH MENEMPIAS KEPADA GOLONGAN YANG RATA-RATA SUDAH PUN HIDUP SENANG DIBANDAR, WALAUPUN IRONINYA MEREKA LEBIH CONDONG KE PARTI-PARTI PEMBANGKANG. APAKAH INI SUATU BENTUK KEADILAN SOSIAL DAN KESAMARATAAN YANG MENITI DIBIBIR GOLONGAN TERTENTU ITU.

35. KITA TAK PERLU DENGAN SUSAH PAYAH MENGKAJI PELBAGAI STATISTIK ATAU ANGKA-ANGKA PERATUSAN PENCAPAIAN EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTERA BERBANDING BUKAN BUMIPUTERA. CARA YANG PALING MUDAH UNTUK MENGUKUR PERKARA INI IALAH DENGAN MEMBAYANGKAN SEANDAINYA DICABUT SEMUA BANGUNAN TERMASUK KILANG-KILANG DAN GEDUNG-GEDUNG PERNIAGAAN MILIK BUKAN BUMIPUTRA DIBANDAR-BANDAR BESAR DI NEGARA INI, APAKAH PARAS RUPA BANDAR-BANDAR ITU? CUBA PULA KITA BAYANGKAN SEANDAINYA DIBAWA KELUAR DARI BANK-BANK SEMUA WANG MILIK BUKAN BUMIPUTRA, BERAPA WANG YANG TERBAKI DI BANK-BANK TERSEBUT? INI BUKAN MERUPAKAN SUATU UNGKITAN ATAU PUN CEMUHAN, TETAPI LEBIH MERUPAKAN RESIPI UNTUK KITA BERMUHASABAH DIRI.

36. UNGKITAN DAN CEMUHAN TIDAK AKAN MENJADIKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA PERKASA DAN HEBAT DARI SEGI EKONOMI. DALAM MASA YANG SAMA, KITA JUGA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA MEREKA YANG GEMAR MEMPERSOALKAN HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTRA TIDAK AKAN BOLEH MENJADI LEBIH KAYA. KEKAYAAN MEREKA SELAMA INI SEBENARNYA BERPAKSI DIATAS DAYA BELI KAUM-KAUM BUMIPUTRA YANG RATA-RATA MERUPAKAN PEMBELI, BUKANNYA PENGELUAR ATAUPUN PENJUAL.

37. CONTOHNYA, DIMUSIM-MUSIM PERAYAAN SEPERTI HARI RAYA, BAYANGKAN BERAPA BILLION RINGGIT WANG MENGALIR KELUAR DARI KOCEK BUMIPUTRA DAN BERALIH KETANGAN BUKAN BUMIPUTRA. WALAU BAGAIMANA PUN, DALAM SOAL INI YANG LEBIH PENTING BUKANNYA MEMPERSOALKAN BERAPA BANYAK WANG KITA YANG TELAH PINDAH KE KOCEK ORANG LAIN, TETAPI BAGAIMANA HENDAK MENAMBAH KEUPAYAAN MELAYU DAN BUMIPUTRA SUPAYA KEKAYAAN NEGARA DAPAT DIPEROLEHI SECARA BERIMBANG.

38. PELBAGAI CARA DAN IKHTIAR TELAH DILAKUKAN OLEH UMNO MELALUI KUASA YANG ADA. DAN KINI TELAH DIRANGKA APA YANG DIKENALI SEBAGAI MODAL EKONOMI BARU (MBE) SEBAGAI MEKANISMA DAN PELENGKAP KEPADA PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI.

39. RATA-RATA RAKYAT MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK MEMAHAMI APA ITU MBE DAN APA PULA YANG BAKAL MEREKA NIKMATI MELALUI MBE SERTA TRANSFORMASI EKONOMI. APA PUN YANG DILAKARKAN DALAM DUA PROGRAM RAKSAKSA INI, PADA HEMAT SAYA, BUMIPUTRA PERLU DISUNTIK DENGAN TIGA BENTUK MODAL, IAITU:- I] MODAL BUDAYA II] MODAL UPAYA, DAN III] MODAL BIAYA.

40. YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN MODAL BUDAYA IALAH SIKAP SERTA BUDAYA KEUSAHAWANAN. SELAGI BUMIPUTRA TIDAK MENGUBAH SIKAP KE ARAH ORIENTASI KECAPAIAN, CURAHAN PELUANG, MELALUI HAK ISTIMEWA, CURAHAN DANA WALAU SEBANYAK MANA SEKALIPUN TIDAK AKAN MENJADIKAN BUMIPUTRA PERKASA DARI SEGI EKONOMI.

41. DAN, YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN MODAL UPAYA IALAH KEUPAYAAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG MENJADI KOMPONEN PENTING DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN. MANAKALA MODAL BIAYA PULA IALAH SUMBER WANG.

42. DALAM SOAL TIGA BENTUK MODAL INI, SIAPA PULA YANG HARUS MEMAINKAN PERANAN UTAMA? DAN DIDALAM TIGA BENTUK MODAL INI BANYAK PULA RANJAUNYA.

43. MODAL BUDAYA SELALU DICEMARI DENGAN SIKAP “TAK APA”. TURUT MENCEMARKAN LAGI IALAH SIKAP SESETENGAH ORANG MELAYU TAK SUKA TENGOK ORANG MELAYU SENANG.

44. MODAL UPAYA KERAP DICEMARI OLEH KETERBATASAN ILMU SERTA KEPAKARAN.

45. SEMENTARA, MODAL BIAYA DIBATASI DEK KESUKARAN UNTUK MENDAPATKAN DANA. [BANK-BANK PERDAGANGAN INDAH KHABAR DARI RUPA UNTUK MEMBANTU USAHAWAN MELAYU]

46. ANTARA ANASIR YANG PALING DURJANA MERACUNI KETIGA-TIGA BENTUK MODAL INI IALAH PHD, IAITU PERASAAN HASAD DENGKI.

47. SEBENARNYA, BUKANNYA SENANG NAK JADI SENANG DAN BUKANNYA SUSAH NAK JATUH SUSAH. WALAU APA PUN, DISENANGKANLAH UMAT MELAYU SUPAYA SENANG PULA UMNO MENERUSKAN HAYATNYA.

48. SEBALIKNYA KALAU UMAT MELAYU SUSAH ATAU DIPERSUSAHKAN, SUSAHLAH UMNO UNTUK TERUS BERKUASA. BIASANYA, KUASA BOLEH DATANG ATAU PERGI MENGIKUT KITARAN ARUS KEHIDUPAN RAKYAT YANG DIPERJUANGKAN DEK KUASA ITU. JIKA RAKYAT SENANG, MAKA SENANGLAH PULA KUASA DIRAIH DARI HATI RAKYAT. JIKA RAKYAT SUSAH, KUASA AKAN PUNAH.

49. SETELAH KITA BERCAKAP FASAL MODEL EKONOMI BARU UNTUK RAKYAT DAN NEGARA, KINI MULA PULA KITA BERCAKAP FASAL MODEL BARU POLITIK UNTUK PARTI KITA UMNO. AGAK SAYA MEMANG BEGITULAH LUMRAHNYA BAHAWA PERUBAHAN ITU SUATU KEMESTIAN, DAN DALAM PERUBAHAN PULA SOAL PEMBAHARUAN ADALAH SUATU KEMESTIAN.

50. PADA PENDAPAT SAYA YANG KURANG ARIF INI, MODEL BARU EKONOMI DAN MODEL BARU POLITIK UMNO TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. HUBUNGAN SALING MELENGKAP ANTARA EKONOMI DAN KUASA POLITIK ADALAH PENENTU KEPADA HALATUJU PERJUANGAN BANGSA DI ZAMAN MODEN INI. BANGSA YANG MISKIN SERTA DAIF TIDAK AKAN MAJU DENGAN HANYA PANDAI BERPOLITIK.

Comments

KAPAKTAJAM said…
Banyak perkara yg perlu difahami secara detail dan berlapang dada dalam menerima realiti apa yg telah diucapkan. Semua warga UMNO dan akar umno harus memulakan langkah dari sekarang untuk membina semula kekuatan dan jati diri dalam menangani segala permasalahan yg ada dihadapan kita.

Masalah yg dihadapi oleh UMNO skrg bukan mudah untuk dibasuh dah dihilangkan karatnya. Disebabkan karat yg menebal akibat segelintir juak-juak UMNO yg tidak ikhlas dlm perjuangan dan hanya mementingka harta kekayaan yg hendak dipulun tanpa memikirkan akibat dan celaan akar umbi dan rakyat Malaysia umumnya.

Celaan demi celaan terhadap UMNO telah diterjemahkan oleh rakyat di PRU 12, jadi adalah satu kerja yg sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat agar bersatu hati menyokong UMNO demi masa depan orag Melayu.

Walau apa pun, natijahnya bahawa UMNO lah satu-satunya Parti yg sinonim memperjuangkan hak2 Melayu dan sering menjaga kepentingan Melayu. Oleh itu, warga UMNO dan akar umbi wajib memulakan langkah untuk diperbaiki segala kepincangan dan dekati semula rakyat dan sering mengambilberat masalah mereka, terutamanya mereka yg dikg2/luarbandar. Perlu diingat, rakyat luarbandarlah yg telah memenangkan UMNO dan membolehkan pemimpin UMNO meneruskan perjuangan memimpin kerajaan dan memastikan Putrajaya masih dalam genggaman.

Akhir kalam. sekali lagi diharapkan Umat Melayu WAJIB bersatu, waima samada mereka UMNO, PAS & Keadilan. Umat Melayu wajib memastikan Org2 Melayu masih memerintah Malaysia bukan memerintah seperti 'BONEKA" macam Nizar Jamaluddin di Perak menjadi Boneka "DAP" habis tanah2 dan balak2 dipulun mereka, si Nizar mcm pandang sebelahmata kerana tidak berdaya untuk menegur kerani kerusi DUN hanya 6 kerusi berbanding DAP 18, itu pun gahnya macam die yg kuasa kerusi, betul2 Mat Jenin.

Wahai Umat Melayu bersatu hati lar demi anakbangsamu dikemudian hari.

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil