Skip to main content

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat Lagi Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat
Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

1. Ada satu soalan penting, siapa tahu, tahun ini, tahun yang ke berapa kali Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan? Rasanya mungkin ramai ahli UMNO sendiri yang tidak mampu menjawab. Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Bahkan seakan-akan terdapat kekeliruan dalam hal yang sangat remeh seperti ini. Kita tidak mahu pembangkang menjadikan isu tersebut untuk menggambarkan seolah-olah "UMNO Sudah Nyayuk" dan pelupa.

2. Urus setia UMNO Pusat harus prihatin dengan isu seperti ini, agar parti kesayangan kita tidak terus-menerus dilayak dan diketawakan oleh parti pembangkang, semata-mata hal-hal yang sangat kecil seumpama ini. Selesaikan segera, sebelum terlambat. Baca Laporan di bawah : Jadi, ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

KUALA LUMPUR, 19 Okt (MalaysiaAktif) -- Dalam kesibukan jentera UMNO menyambut dan meraikan hampir 5,000 anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2010, timbul tanda tanya perhimpunan kali ini sebenarnya yang ke berapa?

Akhbar The Star menghitungnya sebagai perhimpunan UMNO kali ke 61, sementara Utusan Malaysia menganggapnya sebagai yang ke 64. Ada pula pihak yang berpendapat ia yang ke 59 dan ada yang langsung tak menyebut langsung yang ke berapa. Setelah berminggu-minggu melabelkan perhimpunan 2010 sebagai yang ke 64, apabila sampai di nadi majlis tersebut, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kita disambut papan tanda yang mengumumkan ia sebagai yang ke 61.

Justeru, memandangkan kekeliruan ini timbul persoalan mengenai saranan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya diterapkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Baik juga tu, tetapi sebelum menghalusi kaedah-kaedah ke arah matlamat tersebut, apa kata seluruh warga UMNO duduk semeja memutuskan sudah berapa lama perhimpunan tahunan parti itu di adakan.

Maksudnya, elok jugak kita belajar mengira dulu...

Comments

Sudir said…
Rasanya tahun ke berapa perhimpunan tak penting.
azlishukri said…
sudir, saya bimbang hal yang tampak remeh-temeh inilah bakal menjadi modal besar pembangkang...
anaklangkawi said…
Salam.. Blog saudara telah dipaut..
Admin said…
Bro! UMNO asal yang ditubuhkan tahun 1949 sudah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1980-an (kalau tak salah 82) Jadi sekarang ini sebenarnya UMNO baru yang ditubuhkan semula oleh Tun Dr. Mahathir. Tu yang buat depa confuse, nak kira dari UMNO lama ke UMNO baru...!
Anonymous said…
tahun terakhir berhimpun...kalau tak buang liabiliti dlm UMNO...KP khasnya..
tebing tinggi said…
Kekeliruan mengambarkan dengan jelas betapa ahli UMNO menjiwai perjuangan mereka bukan menjiwai perjuangan UMNO.
UMNO hanya seperti tongkat kapada mereka,yang akan dibuang apabila tidak perlu digunakan lagi dan juga akan membuangnya sekiranya "tongkat" tadi sudah tidak membantu.
Begitulah UMNO dipergunakan hari ini, bukan diperjuangkan.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia
Idus said…
Kalau dibaca daripada keputusan diatas, nampaknya The Star yg betul. Memang UMNO ni alat. Tapi alat pun kena jaga dgn baik. Kena sentiasa tengok manuals. Kerana alatlah UMNO dibatalkan pendaftarannya dan diperbaharui dgn nama UMNO BARU. Biasa le, yg jadi macam ni pun bukannya kerja ahli tapi pemimpin; kita sekarang bukan jaga ketuanan melayu, tapi jaga tuan2 melayu.....Sudah Makan?

Pilihan Pembaca

8 July : The Last Stage

8 JULY THE LAST STAGE KUALA LUMPUR 22 Jun - Kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan sehingga 8 Julai ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan bagi membolehkan beliau mendengar dua permohonan Ketua Pembangkang itu terlebih dahulu sebelum perbicaraan kes tersebut bermula. Menurutnya, pada 1 Julai ini beliau akan mendengar permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes itu setelah Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam mewakili Anwar memohon penangguhan bagi membolehkan pihaknya memfailkan jawapan kepada afidavit balasan pihak pendakwaan. Permohonan tersebut sepatutnya didengar oleh hakim tersebut pada hari ini. Hakim Mohamad Zabidin juga menetapkan 8 Julai ini bagi mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadualkan didengar pada Jumaat ini. '

Mengapa Dr Asri Mesti Masuk UMNO?

Mengapa Dr Asri Mesti Masuk UMNO? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dijangka akan menyertai UMNO minggu depan. Dan lebih menarik, hampir 100 pensyarah, cendiakawan dan guru-guru agama dari seluruh negara akan turut bersama beliau. Sebahagian besar cendiakawan itu memiliki tahap pendidikan Doktor Falsafah atau PHD dalam pelbagai cabang ilmu Islam.Dalam erti kata lain, mereka sudah mencapai taraf ulamak. Apa yang lebih menarik, sebahagian besar daripada hampir 100 orang itu adalah individu-individu yang selama ini dilihat sebagai sangat cenderung kepada perjuangan PAS di negara ini. Pasti timbul persoalan di hati semua mengapa Dr. Asri dan begitu ramai tokoh Islam akan menyertai UMNO secara tiba-tiba? Untuk penyokong Pakatan Rakyat, tolong jangan bagi alasan setiap mereka dibayar RM2 juta ok! Puncanya adalah amat nyata, mereka dikatakan menolak PAS kerana kecewa dengan sikap Mursyidul AM parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz

Usaha Terakhir Mufti Perak!

Seluruh umat Islam di Malaysia diseru menyokong sepenuhnya kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam usaha terakhirnya menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Usaha beliau yang tidak pernah kenal erti penat selama ini, harus mendapat sokongan dan dukungan daripada segenap masyarakat Islam - tidak mengira fahaman politik. Saya juga berterus-terang menyokong sepenuhnya perjuangan Harussani dalam memperjuangkan isu ini. Ini adalah jihad yang wajib seluruh umat Islam bersatu. Baca berita di bawah : KUALA LUMPUR, — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah e