Skip to main content

Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan


Jangan Lupa
Ucapkan Terima Kasih
Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan

Saya merasakan sesungguhnya inilah petunjuk daripada Allah, apabila terbukti kebenaran semakin hampir menghancurkan kebatilan. Kita harus bersyukur, rakyat semakin menyokong dan mula menunjukkan keyakinan terhadap UMNO/BN - lantaran itu, keyakinan ini haruslah dipertahankan dengan sungguh-sungguh. Tahniah juga patut diberikan kepada DS Najib, kerana keikhlasan beliau mengemudi negara ini ke arah yang lebih baik dan harmoni.

Dalam keadaan sekarang, kita juga tidak harus lupa dan alpa terhadap peranan para bloggers UMNO/BN yang tidak putus-putus saban hari menulis, menganalisis dan membongkar penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang, agar ia membuka mata segenap rakyat, yang selama ini begitu mudah ditipu dan dibohongi oleh pakatan rakyat atas nama demokrasi dan keadilan.

Saya yakin dan percaya, salah satu punca mengapa rakyat kembali menyokong UMNO/BN adalah disebabkan oleh peranan para bloggers pro-kerajaan yang ikhlas berjuang dan bersungguh-sungguh mematahkan segenap hujah dan tohmahan pakatan rakyat. Saya secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan/BN/UMNO yang selama ini sanggup berkorban dari segi masa dan tenaga demi menyelamatkan negara tercinta kita ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan-tuan semua. Selamat berjuang. Wallahualam, baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada akhir-akhir ini semakin meningkat berbanding semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang lalu, demikian menurut kajian isu semasa terbaharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berdasarkan kajian tersebut, populariti BN meningkat empat peratus iaitu 55 peratus berbanding 51 peratus semasa PRU 2008, manakala hanya 37 peratus rakyat Malaysia sanggup mengundi pakatan pembangkang, penurunan sebanyak 12 peratus daripada 49 peratus dalam tempoh yang sama. Lapan peratus daripada sejumlah 1,367 responden dalam kajian itu menyatakan mereka tidak pasti memilih parti mana sekiranya pilihan raya umum diadakan esok. Kajian yang sama juga dilakukan pada Ogos 2009 dengan jumlah responden seramai 1,458 orang.

Menurut kajian, sokongan orang Melayu terhadap BN meningkat tiga peratus iaitu daripada 58 peratus pada Ogos 2009 kepada 61 peratus pada Ogos 2010. Sokongan kaum Cina terhadap BN masih rendah tetapi menunjukkan peningkatan dua peratus daripada 40 peratus kepada 42 peratus dalam tempoh yang sama. Bagaimanapun, sokongan kaum India menurun daripada 63 peratus kepada 59 peratus. Ini kerana 14 peratus kaum India memilih untuk tidak memilih mana-mana parti. Kajian ini dilakukan dari 1 hingga 18 Ogos 2010 di seluruh negara untuk mengetahui pandangan responden berumur 21 tahun ke atas mengenai isu semasa. – Bernama

Comments

YANG GAMBI said…
Memadai sekadar terima kasih kepada bloggers pro UMNO-BN.... itu sudah cukup, jangan ada kepimpinan UMNO-BN yang berkata bloggers goblog sudahlah...
azlishukri said…
yang gambi saya setuju tu...
pak leman said…
Kebenaran tak mungkin padam, biar pun sering gerhana.

Terima kasih dan tahniah kepada penulis blog.
Anonymous said…
teruskan perjuangan, terima kasih dan tahniah. "Say what is true, although it may be bitter and displeasing to people" insyallah
paku kapai said…
Teruskan penulisan Bro kami pembaca mengucapkan ribuan terima kasih kerana ada bloger yg pertahankan bangsa dan ugama kepada pemimpin UMNO apa lagi bersama sama mempertahankan bangsa melayu dan islam jangan dok kalut cari harta dunia.
PaKMie said…
Salam...

Perjuangan benar2 ikhlas demi menegakkan kebenaran. Biarpn spt ibarat sebtg lilin membakar diri semata2 utk menerangi org lain. Lontaran kata2 kesat terhadap kita oleh pro pembangkang itu perkara biasa, bahkan dgn lontaran itu juga membuat kita lebih bersemangat lagi.

TQ kepada semua blogger pro kerajaan, TQ Azli dan slmt berjuang utk semua...
Al Johari said…
Berkata BENAR walaupun PAHIT. Menentang KEMUNGKARAN kerana ALLAH.
Perjuangan memerlukan keikhlasan, kejujuran, kebenaran dan nawaitunya hendak betul iaitu kerana ALLAH. Insya Allah kita akan dapat pertolongan ALLAH.

Teruskan perjuangan.
Ahmad said…
Tahniah dan terima kasih. Namun saya agak ragu dan bimbang dengan laporan ini. Pertama siapa respondennya. Kedua reaksi pemimpin UMNO. Yang saya pasti respondennya bukanlah orang melayu di kg-kg atau luarbandar yang merupakan penyokong kuat UMNO selama ini, Ini kerana rata-ratanya masih terasa sesak nafas tentang nasib melayu di era UMNO masa kini. Yang kedua reaksi pemimpin UMNO, saya bimbang Nazri, Kj dan sealirannya akan mendakwa peningkatan ini adalah kerana peranan yang mereka mainkan dan mendakwa cara pembawakan politik yang mereka tunjukan adalah betul. Jahanam UMNO
alhamdulillah...segala PUJI HANYA BAGI ALLAH...
annonymous said…
kepada semua blogger pro kerajaan, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi anda semua, insyaallah.
Anonymous said…
BRO,
KALO BLOGGER ATAS PAGAR MCMANA?


KADIRPOKYA
azlishukri said…
terima kasih atas sokongan tuan2 semua
Unknown said…
salam, TQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQ
melanau blogger said…
syukur... semoga kita semua terus bersatu dan komited.
setuju bro..tahniah kepada semua sahabat blogger.bak kata pepatah jangan berumah ditepi pantai kalu takut dilambung ombak..perjuangan harus diteruskan..
Sokongan orang melayu kpd UMNO telah bermula di PRK Bukit Gantang lagi. UMNO sepatutnya jgn pandang enteng hal ini, hati org melayu perlu dijaga,kunjungan mesra pemimpin kpd rakyat sekadar yang termampu tidak hanya menunggu PRK/U pun memadai.

jgn kera dihutan disusukan,anak sendiri kelaparan.

Pengundi muda pula sangat penting. Pada sy,generasi baru dan pengundi atas pagarlah yg kita perlu fokuskan dari sibuk mengharapkan penyokong tegar pembangkang beralih arah.

terima kasih.
tebing tinggi said…
Walaupon kajian menunjokan peningkatan sokongan,tidak bermakana UMNO yang terbaik,tetapi kerana kepincanagan yang menyerlah serta keiklasan dan matalamat yang samar dikalangan parti yang lain terutama yang mewakili orang Melayu.
Kajian juga tidak seharus menyebabkan UMNO mendabik dada kerana merudongnya sokongan bukan kerna UMNO sebagai UMNO tetapi kerana pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang dan ini masih ditakok lama.
Kenyataan mengatakan rakyat semakin menyokong BN amat mengusarkan dan orang Melayu jangan mudah terperangkap disini tentang siapa yang menyokong BN.
UMNO sebenarnya berupaya menyatupadukan umat Melayu kalau UMNO iklas berusha dengan mendapatkan semula imegnya sebagai parti yang mempelupori BN bukan dipelupori olih BN.
Syabas diuchapkan kapada bloger-bloger yang pro perpaduan Melayu kerana gigih berusha.
Walau apa pon UMNO harus berusha mengubah presepsi agar sokongan tidak meluntor semula.


1sekolah >1bahasa>1Malaysia.
Unknown said…
DILEMA KERIS MELAYU.

Kalau pelupa itu melayu,
Kerana pelupa itu penyakit melayu,
Kalau layu itu melayu,
Kerana melayu cepat layu,

Melayu memang mahu naik ke bulan,
Tapi roket siapa yang punya,
Melayu memang mahu keadilan,
Tapi keadilan hanya gah pada nama.

Melayu oh melayu,
Berbangga kah aku jadi melayu,
Laut saja sisa untuk aku,
Sedangkan tanah ini tanah melayu.

Pemimpin masih orang melayu,
Kuasa di tangan melayu,
Ketawa berdekah-dekah orang melayu,
Yang papa kedana pun orang melayu.

Lebih baik ikan menjadi ikang,
Hanya ikang ini yang nampak peluang,
Banyak ikang ini dari seberang,
Tapi lebih maju dari anak tempatang.

Subsidi demi susidi,
Untuk rakyat miskin hendak diberi,
Tapi sayangnya di balun oleh pegawai negeri,
Tetap juga si miskin kais pagi makan pagi.

Melayu dilemma memang naya,
Waktu mengundi di atas pagar,
Disuruh pilih naga atau buaya,
Mampukah mereka basmi miskin tegar?

YB menjerit mahu melayu berubah,
Rakyat melopong kaki kematu,
Melalak melolong mereka berceramah,
Anak sendiri menelan batu.


Melayu oh melayu,
Inilah nasib bangsaku.

Tahniah bolger.. Teruskan Perjuangan

Anna Ariana Armada@fb
Unknown said…
harap umno jangan syok sendiri..
umno belum sembuh kerana ramai manusia haprak masih berada dalam umno.
jangan leka dan selesa dengan kajian tersebut.
gandakan usaha dan laporkan apa yg tidak kena dalam umno.
bagi blogger atas pagar...teruskan teguran anda..khidmat anda diperlukan untuk membangunkan pemimpin2 umno yg sedang dibuai mimpi indah tapi mereka ini berpenyakit kencing malam.
busuk dan hancing.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Sokongan Melayu pada UMNO memang meningkat.Namun jangan cepat puas hati.

1) Sokongan Melayu pada PKR hampir pupus kerana majoriti Melayu tidak lagi percaya pada Anwar.

Orang melayu muak dengan sikap anwar yang rajin "bantai" Melayu hanya untuk dilihat jaguh dikalangan bukan Melayu.

DAn bila Anwar tidak berani bersumpah berbanding Saiful, Anwar hilang ramai penyokong Melayu.

2) PAS juga merosot undi Melayu kerana Melayu ramai yang benci pada PAS sebab jadi kuli DAP.

3) UMNO mesti selesaikan isu beberapa pemimpin Melayu seperti Nazri, Khairi yang Melayu menyampah . Nazri dilihat sebagai biadap pada Tun Dr mahathir dan memfitnah un sebagai perkauman.

Khairi pula dilihat sebagai melayu yang tidakk faham masalah Melayu. Dia naik kerana pengaruh Pak Lah.

APA YANG PERLU UMNO BUAT

1) Jangan letak wakil MCA, MIC dikawasan majoriti Melayu. Ini kerana walaupun orang melayu sokong UMNO, KINI mereka tidak lagi sokong MCA , MIC kerana kedua parti ini dilihat takut menyatakan kebenaran pada orang Cina dan India.

Dengan menyuruh MCA berdepan dengan DAP, MCA tiada pilihan selain dari mengkritik DAP . Sekarang MCA buat tak kisah sebab wakaupun kalah dikawasan Cina, tetapi mereka menang dikawasan Melayu.

2) Buang budaya beri bantuan pada sekolah Cina dan tamil menjelang pilihanraya. Beritahu pada orang cina dan India bahawa bantuan hanya diberi jika BN menang dikawasan tersebut.

3) Ambil tindakan terhadap Namawee yang giat menghina islam dan nMelayu.

4) Ganti Menteri Dalam Negeri. Hishamudin gagal melaksanakan tanggungjawab sebab terlalu mahu jaga hati masyarakat Cina.

5) Lantik Peguam Negara yang baru sebab kelihatan Peguam Negera sekarang lebih "sayangkan" pembangkang.
Anonymous said…
Perjuangan di jalan kebenaran ialah merasai berat dan perit pada mental dan fizikal tapi manis di kalbu. Perjuangan di jalan nafsu, rasa enak pada fizikal, puas pada ego tapi di lubuk hati terasa satu kekosongan. Jika kebenaran diukur pada kemenangan, Palestin tak menang-menang lagi dgn Israel.

DR NO
Anonymous said…
Salam.Pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat aje yang tidak mengiktiraf peranan bloggers.Ini mungkin disebabkan oleh kerana mereka buta IT.Kesian
Ezad said…
tp BN jgn la syok sgt
Melanau Blogger said…
salam,
jangan lupa pasang link saya tuan.

tq
azlishukri said…
terima kasih komen dan sokongan tuan2

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...