Skip to main content

Zaid Ibrahim 2010 : 7 Hari Sebelum Bencana!

Zaid Ibrahim 2010
7 Hari Sebelum Bencana!

1. Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden PKR paling kontroversi - berkemungkinan besar akan dizalimi dan dianiayai dalam pemilihan parti tersebut Novermber depan. Kenyataan demi kenyataan yang dibuatnya sejak akhir-akhir ini, dilihat menongkah arus daripada kepimpinan perdana PKR, malah, mula dianggap sebagai ancaman "dalaman" kepada parti tersebut.

2. Beberapa pemerhati politik mendakwa - adalah tidak mustahil Zaid Ibrahim akan disabotaj pada saat-saat akhir menjelang hari pemilihan parti itu. Kenyataan Zaid yang terlalu vokal amengkritik parti, agak sukar diterima oleh Anwar Ibrahim - sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim.

3. Namun demikian, kelantangan Zaid pada hemat saya, sama sekali tidak akan mengubah pola pengundian yang bakal diterima oleh beliau. Rata-rata pemerhati politik mendakwa, Zaid sangat popular dalam kalangan ahli PKR yang berbangsa Cina dan India - bahkan, terdapat ramalan awal bahawa Zaid akan mendapat undi solit daripada ahli PKR yang terdiri daripada kedua-dua bangsa tersebut. Dalam hal ini "kumpulan Azmin" menyedari hakikat tersebut. Ideologi liberal yang dianuti oleh Zaid sangat digemari dan diterima oleh masyarakat Cina dan India, berbanding dengan ideologi "Takiyyah" Azmin Ali dan ideologi Islamisasi Mustaffar Kamil Ayup.

4. Malah, terdapat juga pandangan yang mendakwa, undi yang bakal diterima oleh Zaid tidak akan terlalu jauh bezanya dengan undi yang diterima oleh Azmin - sekali gus tidak mencerminkan "semangat pencalonan" yang telah diterima oleh Azmin dari seluruh Cabang PKR sebelum ini. Soanya sekarang hanya satu, bagaimana Azmin dan kumpulannya mahu menyekat pengaruh Zaid?

5. Walaupun andaian awal sudah dibuat - Zaid Ibrahim akan tewas dan Azmin Ali akan dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR, tetapi apakah jaminan untuk memastikan Zaid tidak akan membuat "kacau" lagi dalam PKR pada masa yang akan datang? Selagi Zaid berada di dalam PKR, selagi itulah ia akan dilihat sebagai "penyemak" dalam pentadbiran Azmin Ali - sekali gus bakal mengganggu kelangsungan politik kroni nombor satu Anwar Ibrahim tersebut.

6. Azmin Ali dilihat tidak mempunyai pilihan - langkah politiknya masih jauh. Selagi kerusi Presiden PKR tidak berada dalam genggamannya, maka kedudukan Azmin Ali masih goyah dan mudah tercabut. Keadaan akan bertambah kritikal, sekiranya Anwar Ibrahim dicampak ke penjaran dan tidak lagi bersama dengan PKR. Kedudukan Azmin terlalu bergantung dengan sokongan Anwar Ibrahim, hal ini sangat berbeza dengan Zaid - yang jelas dan terang bergantung pada diri sendiri. Idealisme Zaid jelas dan tidak kabur seperti Azmin Ali. Keberanian Zaid juga tampak nyata dan tidak bersifat bersembunyi seperti Azmin. Zaid mempunyai masa depan yang cerah dalam politik PKR - tetapi Azmin berada dalam keadaan yang masih tidak menentu.

7. Sabotaj dan tikam kawan dari arah belakang masih tetapi menjadi senjata pilihan dalam kebanyakan ahli politik dan organisasi - hanya cara ini sahaja, jalan paling mudah dan selesa untuk membunuh pesaing paling rapat dan melangkah cepat ke hadapan. Tidak terlalu sukar untuk meramal keadaan Zaid dalam tahun-tahun yang akan datang. Bahkan, saya percaya Zaid akan meluahkan ketidakpuashatinya dalam pemilihan PKR November ini - bahkan, jangan terkejut akan muncul perkataan-perkataan seperti berikut, "Saya Disabotaj", "Saya Dianiayai", "Saya Dizalimi". "Pemilihan Tidak Telus". "Penyelewengan", "Ada Tangan Tersembunyi Caturkan Kemenangan" dan seangkatan dengannya.

8. Ramalan saya mudah - Zaid akan tewas, tetapi undi yang diperolehnya daripada para perwakilan bakal mengejutkan ramai pihak - sekali gus membuktikkan pengaruh Zaid di peringkat akar umbi sangat kukuh. Zaid akan disabotaj dan nafikan haknya - namun demikian, ia tidak akan mengubah apa-apa keputusan. Azmin Ali akan tetap berada di kerusi nombor dua PKR - tetapi akan terus diganggu dengan bayang-bayang Wan Azizah dan Zaid Ibrahim. Walauapapun akhirnya, tinggal tujuh hari lagi ahli-ahli PKR yang akan menentukan siapa yang mereka mahu memimpin PKR, bermula 29 Oktober ini sehingga 21 November depan. Selamat Datang Keadilan! Baca Laporan di bawah :

PENGERUSI PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim memulangkan ‘paku buah keras’ kepada panglima-panglima Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kenyataan terbaru beliau semalam. Zaid yang dalam rangka berkempen di Selatan tanah air berkata, beliau kesal dengan pihak tertentu dalam PKR yang memarahinya kerana tidak membela Anwar dalam kes tuduhan liwatnya yang masih berjalan di mahkamah.

“Bukan tak bela (Anwar), memang ada (bela), perhimpunan dah buat.., doa dah buat, Datuk Seri Anwar telah ada peguam, kita juga kena ingat perkara (isu) lain pun kita (perlu beri perhatian dan) jangan abaikan,” kata calon Timbalan Presiden PKR itu. Sebelum ini. Naib Presiden PKR, Azmin Ali, dan R Sivarasa serta Setiausaha Agung parti itu Saifuddin Nasution mengatakan Zaid terperangkap dengan propaganda UMNO apabila membuat kenyataan supaya PKR keluar dari tumpu isu ‘keadilan untuk Anwar’ sahaja.

Berikutan itu, Zaid mengakui, walaupun beliau bukan calon kegemaran untuk pemilihan kepimpinan parti itu tetapi maklum balas yang diterima daripada ahli adalah baik dan memuaskan. Menurut Zaid, antara tiga calon Timbalan Presiden PKR yang bertanding pada pemilihan November ini, hanya ada seorang calon yang diminati ramai.

“Saya bukan calon kegemaran ramai, calon kegemaran seorang sahaja, itu kamu (media) kena tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia tahulah,” katanya. Beliau mengulas peluangnya bertanding jawatan itu bersama dua lagi pencabarnya iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Perhubungan PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub. Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti tersebut diadakan pada 31 Oktober hingga 21 November, manakala kongres kebangsaan parti mulai 26 hingga 28 November.

Zaid berkata, beliau tidak kisah pertandingan itu melibatkan tiga penjuru dan menyerahkannya kepada pengundi, selain berharap proses pemilihan akan berjalan lancar. “Pertandingan lima penjuru pun tidak apa, harap semuanya berjalan lancar dan jangan jadi macam (pemilihan) baru-baru ini (timbul masalah) dari segi pengundian, bilangan undi dan sebagainya,” katanya.

Ditanya adakah kedatangannya ke Johor hari ini untuk berkempen bagi meraih undi, beliau berkata, perjumpaan itu adalah pertemuan biasa kerana ahli PKR negeri mahu berjumpanya. Mengenai kegagalan PKR dan Parti Maju Sabah (SAPP) mencapai persetujuan untuk meletakkan calon di Parlimen Batu Sapi, Sabah, beliau kecewa dengan perkara itu. Jelas beliau, sepatutnya PKR dan SAPP perlu memastikan salah satu daripada parti berkenaan bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional bagi merebut kerusi Batu Sapi.

Comments

Pilihan Pembaca

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...