Skip to main content

Isu Festival Busana Islam : Apa Sebenarnya Yang Saya Tentang?

Isu Festival Busana Islam
Apa Sebenarnya Yang Saya Tentang?


1. Walaupun saya mempunyai metod dan manhaj yang sama dengan Dr Asri dan Ketua Ulama Muda UMNO, saudara Fathul Bari Mat Jahya - iaitu metod salaf as-soleh dalam memahami Islam, namun demikian dalam beberapa isu, saya mungkin tidak dapat bersetuju dengan pendekatan yang beliau kemukakan. Sebagai contoh, dalam isu Datin Seri Rosmah menjadi Penaung kepada Festival Busana Islam (IFF) - saya secara peribadi tidak dapat menyokong dan menerima hujah Fathul Bari, sebaliknya saya sependapat dengan Dr Asri.

2. Alasan saya mudah - IFF sangat dicurigai objektif penubuhannya - hal ini jelas terbukti dengan pelbagai versi "busana Islam" yang ditakrifkan oleh pihak IFF mengikut selera mereka. Umpamanya, IFF yang diadakan di Monte Carlo, sangat bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah - fesyen yang tidak menutup aurat dan menghina nama Nabi Muhammad dalam reka bentuk busananya - sangat jelas dipertontonkan di sana.

3. Tetapi, Awas! Jangan keliru dan ditipu, hal tersebut tidak berlaku di IFF yang diadakan di Kuala Lumpur atau pun di Indonesia, ini bertujuan untuk mengelakkan sensitifviti masyarakat Islam di kedua buah negara tersebut. Lantaran itulah, saya berpendapat IFF ditubuhkan bukan bertujuan untuk menonjolkan busana muslimah yang sebenar-benarnya mengikut kehendak dan matlamat Islam, sebaliknya IFF tidak lebih daripada mahu menggunakan jenama "Islam" bagi meluaskan jaringan perniagaan dan mendapat sokongan daripada negara-negara Islam.

4. Busana Muslimah sangat jelas kod etikanya, iaitu mesti pemakaiannya labuh (jubah), tudung wanita mestilah menutup kedua-dua bentuk payu dara mereka , warna dan reka bentuk busana muslimah mestilah tidak menarik perhatian lelaki, di samping longgar dan tidak ketat. Ini merupakan asas busana muslimah yang dituntut oleh Islam. Tetapi malangnya, ciri-ciri tersebut tidak terdapat di mana-mana IFF yang telah dianjurkan. Justeru itu, bagaimana mungkin kita boleh menyokong IFF?

5. Apabila kita menyebut fesyen untuk sesuatu pakaian, ia bermakna "untuk menarik perhatian bagi setiap mata yang memandang" kerana inilah takrif dan makna sebenar kepada perkataan "fesyen", iaitu menarik pemerhatian dan pandangan orang lain kepada kita. Soalnya, apakah ini matlamat pakaian atau busana seseorang wanita Islam yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya? Bukankah tujuan busana untuk seseorang muslimah itu adalah menutup aurat dan mengelakkan dirinya daripada fitnah?

6. Dalam dunia perekaan moden, sesuatu fesyen tidak akan dikatakan menarik dan memenuhi kehendak ramai, sekiranya tiada unsur-unsur seksi dan mendedahkan aurat wanita. Ini adalah realiti dunia fesyen yang sedang kita hadapi. Tiada maknanya kita berkata "inilah fasyen pakaian wanita untuk muslimah moden" tetapi, tudungnya masih tidak dilabuhkan untuk menutup kedua-dua bentuk buah payu daranya. Kita harus faham, tudung bagi seseorang muslimah wajib dilabuhkan, sehingga menutup rupa bentuk payu daranya - inilah yang telah difirman oleh Allah di dalam al-Quran. Selagi hal ini tidak dipenuhi - sesuatu busana muslimah itu tidak boleh dianggap sebagai "Busana Islam".

7. Saya menentang IFF adalah disebabkan kod etika busana wanita Islamnya berbeza-beza mengikut tempat. Ia bukan kod etika busana Islam yang sebenar, sebaliknya ia hanyalah fesyen untuk merosakkan wanita Islam atas nama agama. Inilah yang dikatakan sebagai fitnah dan perlu ditentang.

8. Namun demikian, satu hal yang saya bersetuju dan menyokong penuh dengan saudara Fathul Bari, iaitu, cadangan beliau yang mahu mewujudkan Majlis Ulama UMNO, di setiap Bahagian UMNO. Sudah empat tahun saya memperjuangan idea ini. Alhamdulillah, akhirnya dibawa juga untuk dibahaskan di Persidangan UMNO. Selama empat tahun saya menjadi Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Kuala Kangsar, saya tidak jemu membentangkan usul tersebut berkali-kali, tanpa rasa letih dan kecewa.

9. Bahkan saya juga mengesyorkan agar ditambah satu lagi sayap baru UMNO yang khusus untuk golongan agamawan, yang dipanggil sebagai Pergerakan Tajdid Islami (PETI), dan ketuanya diberi status yang sama tarafnya dengan Naib Presiden UMNO dan digelar sebagai Sahibuh Samahah (setaraf mufti), malah cadangan pertama saya adalah melantik Mufti Perak sebagai ketuanya yang pertama.

10. Penubuhan PETI bukan untuk menyokong UMNO dan menarik undi golongan agamawan semata-mata, bahkan lebih jauh daripada itu, ia bertujuan untuk membetulkan UMNO dan menasihat pemimpin-pemimpin UMNO agar hidup dan bertindak dengan suluhan wahyu - bersesuaian dengan slogan UMNO itu sendiri, iaitu "Mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara" - Islam didahulukan, kemudian bangsa dan seterusnya negara. Inilah sebenarnya yang kita harap-harapkan, tiada maknanya kita menyertai UMNO, tetapi kita semakin jauh daripada rahmat Allah.

11. Apa-apa sahaja yang kita lakukan, soalan pertama yang mesti kita tanyakan kepada diri kita sendiri ialah, "Apakah pekerjaan aku ini boleh mendekatkan diri kepada Allah?" Jika sesuatu pekerjaan dan perbuatan kita itu tidak mendekatkan diri kita kepada Allah - maka ia dianggap sebagai kerja yang sia-sia dan tidak membawa manfaat kepada si pelakunya.

12. Sebagai contoh, apakah matlamat kita membuat blog? Untuk popular atau dikenali ramai? Jika itu niat kita, maka duduk di hadapan komputer berjam-jam untuk mengemaskini blog, sama sekali tidak akan menghampirkan diri kita kepada Allah, bahkan menjadi sia-sia dan membazir masa sahaja. Sebaliknya, jika blog kita digunakan untuk menasihat dan melakukan amar maruf nahi mungkar - tidak mengira sesiapa yang melakukankannya - maka kita akan memperoleh pahala dan ganjaran di sisi Allah. Inilah yang kita inginkan, manfaat kita di dunia dan diakhirat. Maka, mulai hari ini perbetulkanlah niat kita semua. Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya, yang menyertai Umno empat bulan lalu, mempertahankan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kontroversi Festival Busana Islam (IFF) yang didakwa pembangkang dan bekas mufti sebagai tersasar daripada konsep agama dan menghina Islam.

Fathul Bari yang mewakili Umno Perlis berkata, pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu dengan meletakkan kesalahan tersebut pada bahu Rosmah yang hanya bertindak sebagai penaung IFF. “Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) hanya penaung semata-mata,” kata beliau.

“Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. “Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar ketika menasihati seseorang,” kata beliau yang membahaskan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini. Jelas Fathul Bhari, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sesuatu kesilapan yang dilakukan sama ada ia disengajakan ataupun tidak.

“Perbuatan ini tersasar. Islam mengajar etika menasihati, (jadi) mengapa tidak menarik tangan (Rosmah) sendirian, tanya apa yang berlaku, adakah beliau tahu majlis ini. “Jangan sama sekali dinasihati secara terang-terangan, bukan dengan caci, kutuk dan keji. Islam meletak etika dan adab dalam membetulkan (yang salah),” katanya.

Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum. Asri juga meminta agar mengisytiharkan program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah ‘Islamik’.

Sehubungan itu beliau menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu. Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi. Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.

Pemuda PAS dan beberapa NGO mengadakan demonstrasi di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Melaka. Fathul Bhari menyertai Umno bersama 40 ulama muda Jun lalu. Asri juga disebut-sebut menyertai Umno bersama Fathul Bhari tetapi mengesahkan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang.

Dalam perbahasan hari ini, Fathul Bhari juga mencadangkan supaya Majlis Ulama Umno diwujudkan sebagai langkah untuk melaraskan isu-isu dan setiap fatwa yang dibangkitkan. “Majlis Ulama Umno ini dapat selaraskan isu yang dibangkitkan pembangkang, kita juga tidak mahu wujud ketidaksamaan.

“Ada kata boleh dan ada kata tidak boleh. “Saya juga mahu ulama dalam Majlis Ulama Umno ini dijadikan sebagai wakil parti di setiap bahagian Umno,” kata beliau sambil menambah, kelak pada setiap tahun ulama dari 190 bahagian boleh berkumpul untuk mengikuti perhimpunan agung Umno.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bukit Gantang Datuk Rosli Husin berkata pihak berkuasa agama perlu mengelakkan “sindrom bisu” apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan agama Islam khususnya yang ditimbulkan oleh parti-parti politik kerana ia boleh menimbulkan perpecahan umat selain menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam. Kata beliau, Majlis Agama Islam di negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu agresif dengan sepakat dan senada bagi membuat penjelasan segera berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

“Teguran-teguran dan nasihat lebih banyak datang dari pentas politik daripada majlis fatwa atau Jakim seperti isu tazkirah oleh Adun wanita bukan Islam dari DAP, isu duit sumbangan dari wang judi lumba kuda kepada umat Islam di Pulau Pinang, isu khatib mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan banyak lagi.

“Walaupun soal hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tidak bermakna keseragaman tidak boleh dicapai. “Fenomena ini boleh menjejaskan kedaulatan dan kesucian Islam itu sendiri, malah persepsi negatif pasti akan tercetus daripada pandangan bukan Islam,” kata beliau dipetik Bernama. Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul agama dan pendidikan.

Rosli juga mencadangkan supaya Jakim dinaiktaraf kepada sebuah kementerian penuh agar pemerkasaannya dapat membantu memperkemaskan dan menyelaraskan segala urusan yang berkaitan Islam di negara ini. “Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutamanya berkaitan dengan akidah, ajaran sesat, kes-kes tukar agama, kes pembuangan bayi, kes anak serta hamil luar nikah dan sebagainya.

“Ini juga dapat mengelakkan daripada pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit yang akhirnya kita akan dapati kesucian dan kedaulatan Islam itu dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan mudah masyarakat Islam,” katanya.

Comments

Anonymous said…
Saya bertanya, apa tugas Penaung? Menaungi kegiatan penganjur untuk menghina Islam? Dan kemudian menaungi ulamak-ulamak muda seperti kamu yang mempertahankan kegiatan mungkar itu?
sterc said…
betul apa tugas penanung ?

Denifinasi dan jurisdiction penaung.
Dah jelas lepas tu baru kita mengata OK tak ?
Anonymous said…
pas lagi banyak kotor belindung sebalik agama..cakap memang pandai tapi kalau dapat kuasa dan duit semua boleh dijual..
Anonymous said…
betul tu saudara saya menyokong kenyataan ini ... tidak seperti orang PAS yg terang dan nyata membuat fitnah . walau apapaun apa yg terjadi dluar kuasa pihak Malaysia jika namanya penaung atau gaung sekalipun, ini sangat jelas . apakah mereka ni lupa . apa yg ulama dan pengikutnya yg kononnya kuat beragama berbanding orang lain melakukan fitnah adalah sangat hina kelakuan mereka .

Maka apabila ianya dilakukan di Malaysia dan indonesia kita menunjukkan pakaian yg sebenar . kepada org PAS yg kononnya kuat agamanya sudah-sudahlaa membuat fitnah
azlishukri said…
kita sangat arif dan tahu, sesungguhnya ulama-ulama PAS banyak menabur fitnah. Ini jelas dan kita bersepakat dalam hal itu. Namun demikian, kenyataan tersebut
bukanlah lesen untuk kita menutup mata terhadap kemungkaran yang berlaku di dalam parti kita sendiri. Jika parti kita ada buat salah, kita perlu perbetulkan dan bukan menyokong mebuta-tuli. Tanda seseorang ayah yang mengasihi anaknya adalah dengan menasihat, menegur dan memastikan anaknya melakukan perbuatan yang baik, kita menegur UMNO dan pemimpinnya bukan atas dasar benci dan dengki, tetapi atas dasar kasih sayang. Jika hubungan kita baik dengan Allah, maka Allah akan membantu kemenangan UMNO dalam pilihan raya yang akan datang, Wallahualam.
Anonymous said…
En. Azli

Saya curiga dengan pendirian anda. Mula2 anda bersetuju dengan tuduhan yang mengatakan Rosmah menghina Islam di Monte Carlo. Sekarang pula anda tidak menyokong IFF walaupun dimana festival ini diadakan setelah gambar2 fesyen musimah di Jakarta dan KL disiarkan dengan menutup aurat. Sekarang ini anda menyalahkan fesyen pula.

Saya tetap sokong usaha murni pengajur IFF. Cuma IFF perlu lebih berhati2 dengan pereka2 yang tidak biasa dengan pakaian muslim. Lebih2 lagi kepada pereka2 yang kebiasaannya hanya mereka pakaian barat seperti yg berlaku diMonte Carlo.

Saya seru En. Azli lebih berfikiran terbuka. Fesyen yang direka adalah ilham pereka2. Kita boleh sesuaikan mengikut selera masing2 seperti labuhkan tudung dan sebagainya. Tiada paksaan dalam hal ini. Seluar jeans yang dipakai oleh ramai anak muda kita pun adalah ilham pereka yahudi tapi boleh dikatakan semua orang Islam memakainya.
Anti hipokrit said…
salam semua,

saya sgt setuju dgn pendapat saudara Azli.Apa yg salah tetap salah.

Datin Seri Rosmah patut lebih waspada dan peka terhadap syarikat2 seumpama penganjur IFF ini.

Tetapi perbuatan org yg menangguk di air keruh dgn mengambil kesempatan umpama pukul keliling pun kita kena waspada.

Saya sgt BENCI politik kotor PASPISPUS yg suka mencari kesalahan org lain tetapi tidak mengaku kesalahan sendiri.

1.YB NIZAR DLM DUN PERAK - DIMANAKAH DALAM PERLEMBAGAAN PAS MENGATAKAN HASRAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM?

2.PAS BUAT SEMBAHYANG HAJAT AGAR ALLAH S.W.T. TURUNKAN AZAB KEPADA TUN DR. MAHATHIR.SKRG KEBENARAN TELAHPUN TERBUKTI APA YG TUN BUAT DULU ADALAH BENAR SEBENAR2NYA.

AIR MANI DSAI DLM DUBUR SAIFUL ADALAH BUKTI SAHIH DAN NYATA.ALLAH S.W.T SUDAH TURUNKAN PETANDA TAPI ORG PAS SAJA YG MASIH BERDOLAK DALIK DAN MASIH BERSEKONGKOL DGN ORG YG NABI SENDIRI TIDAK MENGAKU UMAT.

3.PAS LULUSKAN LESEN ARAK DI KELANTAN.PERKARA INI SAJA MELAYAKKAN PAS DI GELAR PARTI TOPENG HIPOKRIT YG MEMPERGUNAKAN AGAMA MAHA SUCI INI UTK KEPENTINGAN DUNIA.SAYA CABAR ORG PAS BAGI ALASAN MUNASABAH TTG PERKARA INI...DAN TOLONG JGN KAITKAN UMNO DLM JAWAPAN ANDA.
SAYA CUMA INGIN ANDA BUKTIKAN PAS BUKAN HIPOKRIT JE.

4.HUKUM HUDUD CUMA .001% JE - PAS.
KALAU DAH CKP MCM TU APA DAH JADI DGN PERJUANGAN ANDA SEBELUM INI?

5.PAS TIDAK PERNAH BINA SATU MASJID PUN SELAMA 20 TAHUN MEMERINTAH KELANTAN.

Oleh itu tidak keterlaluan jika saya anggap PAS dan pengikut2 butanya adalah lebih teruk dari UMNO kerana ciri2 tersebut diatas.

Wassallam.Oh ye kirim salam kpd Din Puduraya!


Anti hipokrit
azlishukri said…
garis panduan busana Islam sudah pun dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran, tiada pertikaian dari segi itu. Fesyen busana Islam perlulah bertitik tolak daripada garis panduan al-Quran dan as-Sunnah, jika tidak ia bukan dianggap sebagai busana Islam. Islam tidak menghalang kretiviti, tetapi biarlah mengikut sunnah, ramainya wanita Islam memakai seluar jeans bukan bermakna ia halal di sisi Islam, kerana kebenaran Islam bukan bergantung kepada kuantiti ramai atau sedikit., memakai seluar jeans umpamanya tiada halangan sekiranya ditutupi dengan jubah labuh seperti mana wanita-wanita iran berpakaian.ini adalah bertujuan untuk keselesaan dan mudah untuk bergerak.Pendirian saya jelas, fesyen yang bertujuan untuk menarik perhatian lelaki kepada wanita yang bukan mahramnya adalah bertentangan dengan Islam. Tetapi sekiranya fesyen tersebut digunakan untuk tontonan suami ia akan mendapat pahala. Masalah utama sekarang ini ialah, fesyen busana IFF yang dapat kita tonton di portal mereka tidak mengikut garis panduan Islam yang sebenar. (Cuma ada dua atau tiga fesyen sahaja yang menepati piawaian Islam) yang lain lebih untuk menonjol seni fesyen tersebut berbanding untuk menggalakkan wanita muslimah menutup aurat mengikut garis panduan Islam yang sebenar. Wallahualam.
Anonymous said…
Kenapa baru sekarang En. Azli menentang? IFF telah diadakan di arab, indonesia, malaysia dan monte carlo. Kalau benar En. Azli menentang kemungkaran, kenapa IFF tidak dicegah dari awal penubuhannya? Mengapa tidak ada langsung pihak yang memperkatakan keburukkan IFF sebelum ini???
azlishukri said…
masyaAllah, saya bukan Tuhan yang tahu semua perkara, IFF ni baru sekarang saya tahu kewujudannya.
Anonymous said…
Yes....Nobody is perfect!

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...