Skip to main content

Nota Kaki Johan Jaaffar Yang Tertinggal : DBP Semakin Kritikal?


Nota Kaki Johan Jaaffar Yang Tertinggal
Dewan Bahasa dan Pustaka
Semakin Kritikal?

Oleh Abdullah Abd Gafar

1. KEMARAHAN Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang terhadap Menteri Pelajaran berhubung dengan kelambatannya bertindak terhadap dua orang guru besar yang bersikap perkauman boleh difahami. Ini kerana Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih berdolak-dalih dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan tentang tindakan terhadap dua orang Guru Besar rasis tersebut.

2. Muhyiddin kata dia tiada kuasa mengenakan tindakan disiplin sementara Sidek pula kata siasatan sedang dijalankan. Kelambatan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran memang jelas kelihatan. Begitu juga dengan Sidek Hassan pun nampak tidak bermaya.

DBP TIADA PENGERUSI SEJAK APRIL LALU

3. Hal ini jelas kelihatan dalam isu kepimpinan DBP. Penulis dimaklumkan oleh sumber dalaman DBP bahawa DBP tidak mempunyai Pengerusi Lembaga Pengelola semenjak pertengahan April sehingga sekarang. Apakah terlalu sukar untuk Muhyiddin melantik seorang Pengerusi Lembaga Pengelola DBP menggantikan Johan Jaafar sehingga dalam tempoh 5 bulan, jawatan tersebut masih tidak terisi?

4. Penulis terpandang di dalam akhbar-akhbar arus perdana minggu lepas, wajah Ketua Pengarah DBP sering muncul di dalam akhbar-akhbar tersebut. Apa yang menarik perhatian penulis wajah Ketua Pengarah DBP telah kelihatan agak tua, dan lebih tua kelihatannya daripada Menteri Pelajaran sendiri. Menurut sumber dalam DBP lagi yang memberitahu penulis, Ketua Pengarah DBP dilahirkan pada 7 November 1944 yang bermakna hampir berumur 66 tahun tidak berapa lama lagi.

KP DILANTIK KERANA KRONI JOHAN JAAFAR

5. Dia yang penulis tahu bukanlah seorang sarjana atau sasterawan terkenal, yang sepatutnya menduduki kerusi Pengarah DBP. Khabarnya pelantikannya kerana dia kroni rapat bekas Pengerusi Lembaga DBP, Johan Jaafar. Dikhabarkan lagi, walaupun Johan telah tidak menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, tetapi pengaruhnya terhadap Ketua Pengarah DBP masih sangat kuat. Segala arahan Johan Jaafar diikuti oleh dia termasuk menghapuskan Jabatan Sastera di DBP.

6. Penulis difahamkan pelantikan Ketua Pengarah DBP (Termuzi Abd Aziz) adalah bertentangan dengan pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2008, Dasar dan Prosedur Perlantikan secara kntrak kerana telah lanjut usia dan tidak mengikut prosedur pelantikan. Termuzi dilantik secara kontrak sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka bermula pada 1 Februari 2009 hingga 31 Januari 2011.

7. Ini bermakna, semasa dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa, dia telah berumur 64 tahun sedangkan kebanyakan penjawat awam jarang yang berkhidmat selepas berumur 60 tahun. Contohnya bekas KPN, Tan Sri Musa Hasan. Musa Hasan tidak disambung kontraknya menjelang umurnya 60 tahun. Adalah sesuatu yang menghairankan, Termuzi telah berumur 64 tahun masih dilantik Ketua Pengarah DBP sedangkan perkara ini bertentangan dengan pekeliling di atas. Apakah JPA hanya mampu membuat peraturan tetapi tidak berdaya untuk melaksanakannya?

8. Diharap Menteri Pelajaran atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dapat menyemak surat pelantikan Termuzi sebagai Ketua Pengarah DBP. Begitu juga dengan Termuzi, janganlah hanya seperti ayam jantan, hendak melaksanakan peraturan DBP tetapi kokoknya sahaja berderai-derai. Namun hakikatnya, ekornya bergelumang najis.

TERMUZI MINTA SAMBUNG KONTRAK 2 TAHUN LAGI

9. Satu perkara yang melucukan ialah, menurut sumber dalaman Kementerian Pelajaran, walaupun umurnya hampir 66 tahun, tetapi Termuzi dengan tidak sedar dirinya memohon supaya kontraknya disambung 2 tahun lagi kepada Menteri Pelajaran. Alahai manusia, sedarlah bahawa anda duduk di DBP bukan kerana kebolehan dan peraturan tetapi kerana kroni dan kerakusan.

10. Sementara itu, menurut sumber dalaman DBP lagi, mengikut buku laporan tahunan DBP, semenjak dikonsesikan dari tahun 2002, DBP sentiasa mengalami kerugian iaitu hampir-hampir 40 juta setiap tahun sehingga sekarang. Selain mengalami kerugian, sistem pengurusan penerbitan DBP pun kacau-bilau dan pelik. Proses penerbitan buku di DBP mempunyai 2 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Editorial dan Jawatankuasa Penerbitan. Setiap buku yang hendak terbit di DBP mesti melalui penilaian Jawatankuasa Editorial.

BANYAK BENDA PELIK DI DBP

11. Apa yang peliknya, walaupun Jawatankuasa Editorial telah meluluskan manuskrip tersebut untuk penerbitan, tapi kadang-kadang ia ditolak oleh Jawatankuasa Penerbitan. Perkara yang pelik sering berlaku - yang menolak manuskrip tersebut ialah orang yang bukan dalam bidang ilmu tersebut dan berkelulusan ijazah pertama sahaja sedangkan manuskrip tersebut telah dinilai oleh orang yang pakar bidang dan mempunyai ijazah Doktor Falsafah.

12. Bayangkan bagaimana orang yang ada ijazah pertama bukan dalam bidang ilmu menolak manuskrip yang telah dinilai oleh pakar bidang dan penulis manuskrip tersebut mempunyai ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penerbitan itu duduk di situ kerana dia adalah kroni kepada Johan Jaafar. Semua pekerja DBP maklum kecuali pengampu Johan Jaafar. Johan Jaafar ialah seorang yang sangat mementingkan kroni dan pengampunya di DBP.

PERANAN PERKASA?

13. Kepada wira Melayu Perkasa, cubalah anda fikirkan, apa perlunya seorang yang telah bersara dari perkhidmatan awam dibayar gaji dan elaun sebanyak RM22,000 sebulan sedangkan dia tidak layak untuk mengetuai sebuah institusi Melayu yang penting untuk menjaga sastera dan kebudayaan Melayu. Perkasa lebih patut menjaga DBP dari sibuk untuk memulangkan duit RM1000 yang disumbangkan oleh Kerajaan Selangor melalui wakil rakyat bukan Melayu, Y.B Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang di sebuah surau di Bangi pada bulan Ramadan lalu. (Sumber : Detikdaily)

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...