Skip to main content

Mengapa Kita Bangga Dengan Hashim Yaccob?

Mengapa Kita Harus Bangga
Dengan Hashim Yaccob?

(Saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Hashim Yaccob yang menggesa kerajaan membawa isu penghinaan yang dilakukan oleh Namewee terhadap lagu Negaraku dan Azan di bawa ke Parlimen. Sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan bertindak tanpa ada rasa gusar dan takut kepada parti pembangkang. Baca tulisan beliau di bawah :

1. Negara ini akan menjadi porak-peranda kalau dibiarkan penghasut bermaharajalela. Kerajaan mempunyai tanggungjawab dengan berani untuk memastikan penghasut dibawa ke pengadilan dengan segera. Kerajaan mempunyai kewajipan untuk menjaga negara ini supaya aman sentosa melalui pembanterasan pihak yang membawa musibah melalui hasutan dan jenayah.

2. Saya membaca tulisan Prof. Kamarudin Kachar dan beberapa NGO lain dalam Utusan Malaysia (1 Oktober 2010) yang marah kerana kerajaan tidak mengambil tindakan setimpal terhadap Namewee yang dikatakan mencetus isu perkauman dengan menghina lagu Negaraku dan mempersendakan orang Islam termasuk menghina azan. Mereka mahu supaya kes ini dibawa ke Parlimen.

3. Bila universiti turun ranking, Lim Kit Siang bawa kes ini supaya saya di censor oleh Parlimen. Bila Naib Canselor tamat kontrak, kes ini juga dibawa orang ke Parlimen. Kes universiti itu tersangatlah kecil berbanding dengan kes Namewee. Saya dan rakan-rakan ingin mengetahui apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadapnya? Jangan nanti rakyat yang menyokong kerajaan hilang kepercayaan. Kami menyokong supaya kes Namewee dibawa ke Parlimen.

4. Saya juga membaca berita yang menyatakan bahawa buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan. Saya dan rakan-rakan mahu tahu apakah tindakan yang kerajaan telah ambil terhadapnya selain mengambil tindakan terhadap bukunya itu? Tak cukup untuk mengharamkan bukunya saja! Beliau mesti diadili.

5. Pengalaman mengajar kita, bahawa si penghina akan tetap menghina walaupun kita memaafkannya. Si penghina sebegini hendaklah disiasat dan jikalau sabit kesalahannya, maka ia hendaklah dihukum dengan setimpal tanpa belas kasihan. Dengan cara itu sahaja si penghina itu akan berhenti daripada memporak-perandakan negara.

6. Orang yang mempunyai hasrat untuk membuat demikian akan merasa takut untuk berbuat demikian. Tanggungjawab terletak di atas bahu kerajaan untuk menjaga keharmonian dan kehidupan aman damai rakyat yang cintakan negara. Tidak cukup untuk bercakap sahaja di dalam akhbar-akhbar. Tindakan mesti menyusul.

7. Rakyat akan menyanjung kerajaan yang tegas untuk menjamin keamanan. Yang membuat Perlembagaan negara ialah Parlimen. Maka Parlimen dan pihak berkuasa kerajaanlah yang patut menegakkan Perlembagaan supaya ia tidak dicemari dan dihina.

8. Jangan takut kerana menegakkan kebenaran. Kalau tindakan tidak diambil ke atas orang yang menghasut dengan segera, sedangkan kita mempunyai undang-undang hasutan, maka rakyat tidak akan menghormati Perlembagaan. Saya sarankan supaya kerajaan memberitahu rakyat apa tindakan yang diambil terhadap Namewee, dan tindakan susulan terhadap Kim Quek. Saya bukan menghasut, tetapi sekadar memberi nasihat. - Utusan Malaysia

Comments

Anonymous said…
Saya terpanggil untuk memberi komen diatas tulisan Pof Dr. Hashim Yaccob mengenai penghinaan Azan dan Negaraku oleh si keparat Namewee yang mahu kerajaan bertindak tegas diatas perkara ini. Saya sangat bersetuju seperti mana kata Prof penyokong kerajaan akan hilang sokonganya terhadap kerajaan jika kerajaan itu tersangat lemah untuk bertindak kapada pengkhianat negara. Oleh itu saya menyeru pehak kerajaan bertindak tegas dan cepat sebelum penyokong yang sedia ada hilang kepercayaan terhadapnya.
Anonymous said…
Salam pembaca, teman dah lama setuju pada tindakan tegas. Tapi memang Kerajaan Bn cakap berdegar2. Aritu bila Namwee salah apa yg kerajaan boleh buat bila pemimpin MCA bela? Menteri lucah So Lek tolong pemimpin BN senyap, pemimpin UMNO lagi la tak cakap apa.
Anonymous said…
Saya rasa terpanggil dan amat kecewa apabila kes ini tidak diselesaikan cepat,lebih kecewa lagi apabila menteri berkenaan yang dah expired jawab tiada bukti.Amat terhiris dan kecewa saya.jangan kita terlalu beri muka kepada bangsa lain tapi perasaan orang melayu tak mahu ambil peduli.ini boleh menjadi semakin besar dan bahaya bila perasaan dan semangat dipermainkan.Fikirkan lah...
KAPAKTAJAM said…
Kapak, setuju benar dgn cadangan Prof tu!. Mmg tepat dan kena pada masanya dan Kerjaan juga wajib bertindak dgn tindakan bukan sekadar amaran demi amaran mcm xde telor.

Sesutu prinsip dan doktrin undang2 perlu di laksanakan dgn tegas dan berhemah TETAPI tidak sesekali lembik dalam tindakan. Perlaksanaanya menggambarkan ketegasan Kerajaan mengimplementasikan segala kuatkuasaan undang2. Dan tindakan juga tidak terpilih2.

Rakyat akan memerhati dari jauh.... Adakah cakap dikotakan dgn lain pepatah " Cakap serupa bikin" jgn pulak " Cakap xserupa bikin" dua pendekatan berbeza yg menjurus kepada satu tindakan. Di Hina atau di Muliakan.!
sooo said…
DATUK YIP KUM FOOK is deceiving everyone, even his close friends he is deceiving like Mr. Steven, Ah Chia and others, he is a court case, many people are also suing him...he is a lawyer making law..it is a shame, in Malaysia for having people like that

Maybe the court of blind justice made him win some cases because some people say that.... only Malaysians in this world are lawyers sued by people. "We have never heard of people suing lawyers" maybe these lawyers are very low standard or maybe they don't know the words law, it is very pitiful and more pitiful

This lawyer, maybe he has never read the internet and looked on the internet because he never knew how many people complained, commented and posted on the internet about him...we know he is from a low family and sells vegetables in the Market and he works such as furniture. ..Unfortunately

There are very good people who from poor and become rich, plus (added) they are very good and kind people, also follow the teachings of the Buddha or the advice of some teachers in Buddhism, this is called a Noble One, his good karma will always support him, like Datuk Yip who wants to support him because his mind too dirty, even ghosts also run away from him

From Alex Chan, Kepong
Forwarded by Buddhist group, bukit desa…kepong

Pilihan Pembaca

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...

Mufti Perlis Perlu Betulkan Kenyataan

Saya fikir, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di dalam negara kita pada waktu ini (baca di sini) . Isu S.Kesavan yang memetik dua terjemahan ayat dalam surah Ali Imran secara songsang dan menyimpang jauh daripada kebenaran merupakan kemuncak segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kaum bukan Islam di negara ini, selepas tercetusnya isu bacaan merapu Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak, terhadap ayat suci al-Quran pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu. Juanda Jaya seharusnya faham, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya melihat isu S.Kesavan semata-mata dalam menetapkan hukum, sebaliknya para mufti yang hadir pada malam tersebut, telah mendalami isu ini terlebih dahulu secara holistik dan menyeluruh, agar ia tidak menimbulkan fitnah yang berterusan terhadap agama Muhammad! Sejak akhir-akhir ini, orang bukan Islam semakin berani mempersendakan al-Quran atas alasan demokrasi dan kebebasan bersuara - manakala sebahag...