Skip to main content

Wee Choo Keong Dedah Kisah Akuan Bersumpah Rahimi Osman


Wee Choo Keong Dedah
Kisah Akuan Bersumpah Rahimi Osman

Walaupun ramai pihak yang tidak percaya andaian saya bahawa dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang berada dalam simpanan Latheefa Koya telah hilang - tetapi saya yakin ia sebenarnya telah hilang. Jika akuan itu tidak hilang, saya pasti sudah lama para peguambela Anwar Ibrahim akan mendedahkan kedua-dua akuan bersumpah tersebut untuk dibaca oleh khalayak ramai. Namun demikian, hakikatnya dua akuan bersumpah tersebut telah hilang.

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mendakwa wujudnya konspirasi oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini, menurut Wee, jelas terbukti apabila kandungan surat akuan bersumpah (SD) pertama yang ditandatangani bekas setiausaha sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pada 29 Jun 2008, langsung tidak mengaitkan sesiapapun (Najib ataupun Rosmah) sebagai terlibat dalam laporan polis bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung kes liwat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, SD kedua yang ditandatangani Rahimi, kandungannya telah dipinda dan cuba mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes itu. "Saya telah diminta menjadi ”pesuruhjaya sumpah” pada SD pertama Muhamad Rahimi, dan saya boleh mengatakan 100 peratus dalam surat pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapapun (Najib ataupun Rosmah) terlibat dalam laporan polis Saiful,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya mengenai SD kedua, Wee menafikan ia ditandatangani pada hari yang sama dengan SD pertama, sebaliknya beberapa hari kemudian, tanpa kehadiran beliau. Sehubungan itu, Wee yang juga seorang peguam menegaskan, beliau langsung tiada kaitan dengan SD kedua Rahimi sebagaimana yang didakwa oleh ketua penerangan parti PKR Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli.

Bagaimanapun, ketika ditanya siapa yang merancang konspirasi itu, beliau enggan mengulas lanjut. Wee, yang juga bekas anggota majlis tertinggi PKR, tetapi keluar daripada parti itu Mei lepas kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinannya, berkata demikian sebagai respons kepada cubaan Latheefa dan Saiful Izham untuk mengaitkan beliau dengan skandal tersebut, dalam keterangan mereka di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman semalam. Baru-baru ini, Rahimi mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua SD pada 2008 bagi mempertahankan Anwar daripada pertuduhan liwat serta mengaitkan Najib dan isterinya dalam kes itu.

Comments

AMIR RAOF said…
saya harap kebenaran akan terbongkar pada akhirnya..
pacat said…
yap Amir.. moga kebenaran muncul dan melenyapkan gejala tak sihat ini.. dah lama sangat masalah ini menghantui rakyat malaysia!!
paku kapai said…
Allah akan tunjukkan satu persatu kemunkaran olih puak puak yg jahat terhadap org yg tidak melakukan kesalahan allah akan tunjukan siapa yg benar dari itu kita lihat negara ini lebeh aman tanpa mereka yg membuat ona dalam negara.

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Mahathir Belum Mati

Do You Still Remember Me? Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut. Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketi...