Skip to main content

Siapa Yang Bakal Mengakhiri Hayat Anwar?


Siapa Yang Bakal
Mengakhiri Hayat Anwar?

1. Akhirnya, saya membuat satu rumusan yang penting - dan mungkin tepat. Anwar Ibrahim adalah nama besar dalam sejarah reformasi moden Malaysia. Hampir setiap daripada rakyat Malaysia, mengenali Anwar Ibrahim - namanya dipersada antarabangsa akan tetap dikait dengan pejuang keadilan, penyubur demokrasi dan penganut Islam yang liberal. Sepanjang lebih daripada sedekad Anwar Ibrahim memimpin gerakan reformasi dan berjaya menyatukan tiga jenis parti politik yang berlainan ideologi - PKR, PAS dan DAP di bawah satu bumbung - menyebabkan hampir semua pemerhati politik melihat Anwar Ibrahim adalah satu-satunya insan dan pemimpin ajaib yang pernah dilahirkan di bumi Malaysia.

2. Kepetahan pidatonya, kehebatan strategi politiknya - Anwar digambarkan oleh para pemujanya sebagai "dewa politik" yang tidak kunjung tewas - semua rintangan dan cabaran sudah dilaluinya - dipenjara, dipukul, difitnah dan pelbagai lagi jenis dugaan sudah dirasainya. Anwar Ibrahim dianggap superhebat, kurang sedikit sahaja daripada Tun Mahathir - beliau dipuji oleh Barat, dipertahankan oleh Ulama-ulama Timur, bahkan diberi bantuan kewangan oleh agensi pelobi Yahudi antarabangsa - ini semua mengesahkan lagi, sesungguhnya Anwar Ibrahim merupakan pemimpin Asia paling kehadapan dan paling disayangi oleh para pemimpin Timur dan Barat. Namun demikian, kita selalu melihat ke hadapan, jarang sekali kita melihat hal-hal yang kecil atau hal-hal yang telah berlalu.

3. Anwar Ibrahim mungkin tidak menyangka - Zaid Ibrahim yang dibawanya masuk menyertai PKR - pada hari ini sudah menjadi duri dalam dagingnya - saya mempunyai hepotisis yang agak baik dalam hal ini. Anwar Ibrahim - tidak akan berjaya ditumpaskan oleh UMNO, tidak juga DS Najib atau TS Muhyiddin, bahkan Anwar Ibrahim juga tidak akan tersungkur melalui tikaman Tun Mahathir dan Senator Ezam Mohd Noor - tetapi, jangan terkejut - sekiranya Zaid Ibrahim merupakan manusia terpilih bagi menghancurkan Anwar Ibrahim, baik dari dalam, mahupun dari luar PKR.

4. Zaid Ibrahim memiliki ciri-ciri pemusnah yang sangat diperlukan bagi menghancurkan sesebuah organisasi -Zaid tidak mempunyai pengaruh sehebat Anwar, namun demikian, beliau mempunyai sentuhan yang mampu membangkitkan kesedaran - agar setiap daripada ahli-ahli PKR bertindak dan menunjukkan "belang" mereka yang sebenarnya.

5. Kehebatan Zaid hanya satu - beliau mempunyai prinsip perjuangan politik yang agak radikal dan tegas, serta tidak mempeduli hati sesiapa pun. Sukar dikawal dan sukar dijangka tindakannya - saya fikir, Anwar Ibrahim sedang menyesali tindakannya membawa Zaid menyertai PKR - Dan Anwar Ibrahim tahu, Zaid merupakan satu-satunya ahli PKR yang paling merbahaya kepada parti dan dirinya. Mungkin tidak terlalu lama p- hayat Anwar Ibrahim akan berakhir dalam genggaman Zaid. Wallahualam.

PETALING JAYA 7 Okt. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membayangkan akan bertanding jawatan presiden parti itu jika anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, berhasrat merebut jawatan timbalan pada pemilihan November ini.

Zaid berkata, langkah itu diambil kerana beliau mahu melihat Nurul Izzah menang jawatan timbalan presiden selain menyifatkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu mampu membawa perubahan kepada PKR serta selari dengannya berhubung beberapa isu. “Saya difahamkan Nurul Izzah akan menawar diri bagi merebut jawatan timbalan presiden dan kalau benar beliau serius, saya bersedia untuk tarik diri, saya bersedia membantu beliau dalam pertandingan ini kerana saya melihat Nurul Izzah adalah nafas baru kepada PKR.

“Tetapi ini tidak bererti saya tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding presiden tetapi itu semua bergantung kepada keputusan Nurul Izzah,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini hari ini. Menurut Zaid, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berpendapat, Nurul Izzah adalah pemimpin muda yang mempunyai pandangan jauh, kritis selain berkeupayaan untuk menarik lebih ramai sokongan para profesional muda kepada PKR.

Pada masa yang sama, Zaid mendakwa pengorbanan tersebut diambil kerana tidak mahu menjadi individu yang bertanggungjawab memecah-belahkan PKR semata-mata kerana ingin merebut jawatan tertentu dalam parti tersebut. “Seperti yang selalu saya kata dan buktikan sebelum ini bahawa jawatan bukan sesuatu yang begitu mustahak. Kalau Nurul Izzah benar-benar mahu bertanding, saya tidak akan merumitkan peluang dia sebaliknya, saya akan memberi seluas-luasnya peluang kepada beliau.

“Saya lebih suka beliau menang timbalan presiden dan itu matlamat utama saya. Soal saya bertanding atau tidak tidak mengapa, apa-apa jawatan pun tidak mengapa, saya semua boleh tetapi soal itu tidak mustahak kerana yang paling penting Nurul Izzah terlebih dahulu,” katanya. Zaid menambah, beliau telah berbincang mengenai perkara berkenaan dengan Nurul Izzah dan yakin anak kepada pengasas PKR itu bersedia untuk menyahut sokongan dan pencalonan yang diberi oleh beberapa cabang bagi merebut jawatan timbalan presiden parti.

Mengenai khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan PKR, Zaid menafikan perkara tersebut tetapi mengakui kecewa dengan pendekatan politik, ‘matlamat menghalalkan cara’ yang dipraktikkan oleh beberapa calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu. Jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, beliau sendiri tidak memahami mengapa pemimpin tertentu dalam PKR begitu marah kepadanya selepas mengumumkan kesediaan bertanding jawatan timbalan presiden bagi menentang calon pilihan, Azmin Ali.

“Saya tidak faham mengapa mereka marah sangat sedangkan sebelum umum bertanding, saya terlebih dahulu bertanya kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Umum (Anwar) dan jawapan yang diberi adalah PKR demokratik, maka saya layak bertanding. “Saya berpegang pada cakap mereka, tetapi sebaik sahaja umum untuk bertanding timbul isu kesetiaan, pengkhianat, kuda trojan dan sebagainya, tetapi tidak pernah pula dedahkan bukti. Kalau benar buktikan dan jangan guna taktik kotor sebegini,” ujarnya.

Comments

AMIR RAOF said…
orang yang mcam ni bagus. berani kerana benar. Tpi saya pelik seolah2 apabila pihak yang direstui di sebelah pihak , seolah2 merujuk pada Azmin. So, apa benar ada calon yang direstui. APa kah Anwar memng memilih bulu..
paku kapai said…
Datuk Zaid mahu merubah cara PKR berpolitik apabila dia cuba bertanding T/presdent suara suara sumbang sudah kedengaran sebenar nya mereka takut Zaid akan tendang mana mana pemimpin yg tiada jiwa dan perjuangan kosong hanya berebut harta dan kuasa itu yg patut dibersihkan dulu dan parti keluarga tiada istilah dalam perjuangan politik itu yg Datuk Zaid mahu bersihkan baru PKR bolih bernaywa semula sekira nya pemimpin peminpin yg kosong jiwa perjuangan nya masih ada dalam pkr sampai bila pun PKR macam itu muking PRU 13 PKR tiada lagi.
Anonymous said…
dari cara azmin menghentam zaid dan sokongan tak berbelah bagi anwar ke zaid pun kita boleh baca zaid tak diperlukan didlm pkr. itulah ramai tertunggu2 siapa yg letakkan paku terakhir di keranda anwar. tapi aku rasa zaid tak berapa berjaya nak sembelih anwar. zaid dihantar utk pecahkan kepercayaan org2 cina dan india pada anwar. org melayu dah habis lari cuma tinggal 2-3 kerat. org terakhir yg musnahkan anwar ialah saiful. takdir menentukan segalanya. raja munafik dan islam pembohong tewas ditgn pemuda yg tiada apa2 dlm politik. begitulah hukum karma yg ditetapkan pada penzalim. jgn lupa cerita gajah dan nyamuk.
udanggalah said…
Ramai dah dalam PKR pandang serong terhadap Zaid...
PaKMie said…
Salam...
Sesetengah pemimpin PKR lupa siapa Zaid.Paling tidak ketika keluar dari Umno, apa Zaid kata ia tidak akan menyertai mana2 parti politik selang sehari selepas kenyataan tersebut Zaid berpelukkan dgn Anwar dlm satu2 majlis mengalu2kan kedatangan Zaid dalam PKR.

Memperbetulkan PKR maka automatik Anwar akan tersisih dan terkorban nampak gaya Zaid akan merealisasikan "Siapa yg Bakal Mengakhiri Hayat Anwar" - Pakmie sokong ulasan Saudara Azli.

Zaid cukup peralatan dari dalam dan luar PKR. Pemimpin2 PKR yg telah meninggalkan PKR kerana tdk sehaluan dgn ala politik individu dan keluarga cara Anwar sdh tentu akan memberi sokongan padu kpd Zaid dari luar PKR.
azlishukri said…
Pak Mie saya setuju dengan pandangan Pak Mie

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...