Skip to main content

Sepatutnya Sudah Lama UMNO Terima Idea Ini

Sepatutnya Sudah Lama UMNO
Terima Cadangan Ini

Sepatutnya UMNO sudah lama mengikut saranan yang dikemukakan oleh Perwakilan UMNO Melaka, Datuk Hasnoor Sidang Husin. Banyak kebenaran dalam ucapan beliau, bahkan cadangan bernasnya juga perlu diambil perhatian oleh UMNO. Baca Laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, — Perwakilan Umno Melaka mendakwa masyarakat bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat apatah lagi bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno. Datuk Hasnoor Sidang Husin berkata, apabila orang Melayu mulai leka, orang bukan Melayu kelihatan mengambil kesempatan untuk memonopoli ekonomi negara.“Adakah kuota 30 peratus untuk Bumiputera terlaksana?

“Pada pendapat saya, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana orang bukan Melayu tidak bantu pencapaian tersebut. “Sehingga hari ini, bukan sahaja tidak bantu, sebaliknya mempertikaikan dasar tersebut,” kata beliau ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini. “Pada pendapat saya pacal yang hina, orang bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN,” kata Hasnoor yang juga pemimpin Umno Bukit Katil.

Menurut Hasnoor, kerajaan perlu mewujudkan ekosistem ekonomi yang bersandarkan keadilan sosial dan bukan ditentukan oleh pasaran semata-mata. “Mengagihkan kek ekonomi hendaklah seperti permainan golf, bukan seperti permainan ragbi yang semuanya dalam keadaan ganas. “Betulkan ini, pasaran tak sempurna. Wujudkan padang permainan yang sama rata. “Sektor swasta mesti dipatikan jadi pemacu ekonomi dan menghapuskan diskriminasi terhadap kaum bumiputera,” katanya.

Terdahulu, wakil Negeri Sembilan menyarankan agar kuota pembahagian kerusi BN dikaji semula bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. Timbalan Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias yang senada dengan saranan beberapa pemimpin Umno sebelum ini berkata sekiranya sesebuah kawasan itu calon popularnya adalah orang Melayu, meskipun kerusi itu dimiliki oleh parti komponen lain, calon Umno perlu diletak untuk bertanding bagi memperolehi kemenangan.

“Untuk menebus “pertukaran kerusi” itu, calon yang tidak bertanding pula masih boleh dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dengan perlantikan sebagai senator,” katanya. Beberapa pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berpendapat BN tidak perlu lagi meletak calon di sesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.

Sementara laporan Bernama menyebut, keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki. Wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.

Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan.

“Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama. Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan,” kata Ahli Umno Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden. Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang merupakan contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.

Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri. “Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu,” katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan. Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah ‘you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti’. Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan “pemimpin dahulu”

Comments

Anonymous said…
benar seperti dikata..memang berlaku..kita silap biarpun menguasai politik...bayangkan kalau politik itu tiada pada kita?
Anonymous said…
Salam.Kita tidak silap.tetapi pemimpin pemimpin kita yang buat silap dan kita rakyat marhain yanhg menerima akibatnya
Anonymous said…
kesilapan memilih pemimpin yg kita tahu tidak akan membantu kita...
azlishukri said…
melanau - saya setuju, kita sering diberi pilihan yang sedikit untuk memilih
Anonymous said…
Apabila orang Melayu kesempitan wang dan perlu menjual tanah, apa salahnya jual pada kerajaan? Yang biasa kita dengar, Melayu akan jual tanah mereka pada sesiapa sahaja, walaupun pada bangsa asing yg penting dapat duit.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...