Skip to main content

Sepatutnya Sudah Lama UMNO Terima Idea Ini

Sepatutnya Sudah Lama UMNO
Terima Cadangan Ini

Sepatutnya UMNO sudah lama mengikut saranan yang dikemukakan oleh Perwakilan UMNO Melaka, Datuk Hasnoor Sidang Husin. Banyak kebenaran dalam ucapan beliau, bahkan cadangan bernasnya juga perlu diambil perhatian oleh UMNO. Baca Laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, — Perwakilan Umno Melaka mendakwa masyarakat bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat apatah lagi bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno. Datuk Hasnoor Sidang Husin berkata, apabila orang Melayu mulai leka, orang bukan Melayu kelihatan mengambil kesempatan untuk memonopoli ekonomi negara.“Adakah kuota 30 peratus untuk Bumiputera terlaksana?

“Pada pendapat saya, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana orang bukan Melayu tidak bantu pencapaian tersebut. “Sehingga hari ini, bukan sahaja tidak bantu, sebaliknya mempertikaikan dasar tersebut,” kata beliau ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini. “Pada pendapat saya pacal yang hina, orang bukan Melayu tidak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN,” kata Hasnoor yang juga pemimpin Umno Bukit Katil.

Menurut Hasnoor, kerajaan perlu mewujudkan ekosistem ekonomi yang bersandarkan keadilan sosial dan bukan ditentukan oleh pasaran semata-mata. “Mengagihkan kek ekonomi hendaklah seperti permainan golf, bukan seperti permainan ragbi yang semuanya dalam keadaan ganas. “Betulkan ini, pasaran tak sempurna. Wujudkan padang permainan yang sama rata. “Sektor swasta mesti dipatikan jadi pemacu ekonomi dan menghapuskan diskriminasi terhadap kaum bumiputera,” katanya.

Terdahulu, wakil Negeri Sembilan menyarankan agar kuota pembahagian kerusi BN dikaji semula bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. Timbalan Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias yang senada dengan saranan beberapa pemimpin Umno sebelum ini berkata sekiranya sesebuah kawasan itu calon popularnya adalah orang Melayu, meskipun kerusi itu dimiliki oleh parti komponen lain, calon Umno perlu diletak untuk bertanding bagi memperolehi kemenangan.

“Untuk menebus “pertukaran kerusi” itu, calon yang tidak bertanding pula masih boleh dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dengan perlantikan sebagai senator,” katanya. Beberapa pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berpendapat BN tidak perlu lagi meletak calon di sesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.

Sementara laporan Bernama menyebut, keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki. Wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.

Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan.

“Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama. Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan,” kata Ahli Umno Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden. Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang merupakan contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.

Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri. “Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu,” katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan. Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah ‘you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti’. Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan “pemimpin dahulu”

Comments

Anonymous said…
benar seperti dikata..memang berlaku..kita silap biarpun menguasai politik...bayangkan kalau politik itu tiada pada kita?
Anonymous said…
Salam.Kita tidak silap.tetapi pemimpin pemimpin kita yang buat silap dan kita rakyat marhain yanhg menerima akibatnya
Anonymous said…
kesilapan memilih pemimpin yg kita tahu tidak akan membantu kita...
azlishukri said…
melanau - saya setuju, kita sering diberi pilihan yang sedikit untuk memilih
Anonymous said…
Apabila orang Melayu kesempitan wang dan perlu menjual tanah, apa salahnya jual pada kerajaan? Yang biasa kita dengar, Melayu akan jual tanah mereka pada sesiapa sahaja, walaupun pada bangsa asing yg penting dapat duit.

Pilihan Pembaca

Bercinta Di Manek Urai : Mengapa Undi PAS Merosot?

BERCINTA DI MANEK URAI MENGAPA UNDI PAS MEROSOT? Apakah sebenarnya yang telah berlaku di Manek Urai? MalaysiaKini melaporkan bahawa PAS menang dalam nyawa-nyawa ikan, iaitu dengan kelebihan 65 undi. Walauapa pun hujahnya, PAS tetap menang. Namun demikian, saya merasakan bahawa pengaruh PAS dalam Barisan Rakyat semakin tenggelam. Antara analisis awal berkenaan kemerosotan undia kepada PAS adalah seperti berikut : 1. Keceluparan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kritikan pedas beliau terhadap UMNO. 2. Rakyat sudah tidak mahu lagi pengretorik agama yang hanya pandai berceramah agama semata-mata, sebaliknya pembangunan dan kemajuan tidak upaya ditawarkan oleh PAS. 3. Rakyat, khususnya generasi muda sudah buka mata bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP terbukti merupakan kerjasama mungkar. Jika dengan DAP mereka boleh bekerjasama, mengapa tidak dengan UMNO? 4. Ternyata pengundi Melayu boleh diubah mindanya serba sedikit, tetapi pengundi Cina dan India belum tentu lagi. 5. UMNO ...
MENCARI KEBENARAN Oleh Muhammad Azli Shukri Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan. Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan mengguna...

Monolog Azli Shukri : Bab 15 : Monolog Terakhir Azli

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 15 : Monolog Terakhir Azli Kurang 6 hari lagi, genaplah setahun saya menjadi bloggers amatur dalam alam maya. Penuh ranjau dan berliku untuk menjadi bloggers yang cuba sedaya upaya bercakap benar. Segala macam cemuhan, fitnah dan cacian saya terima, malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan. Semua itu, merupakan asam garam kehidupan. Kita harus berhadapan dan bersabar dengan barisan kawan-kawan yang tidak setia dan jujur, dengan kawan-kawan yang menikam dan memburukkan kita dari arah belakang, dan dengan kawan-kawan yang mahu melihat kita tersungkur. Namun demikian, dalam hidup ini masih terdapat juga kawan-kawan yang benar-benar menghargai persahabatan. Monolog ini adalah monolog terakhir saya, setelah selama setahun ia disiarkan di dalam blog ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyukainya. Tetapi, itu merupakan hak masing-masing. Saya masih percaya kepada kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Itu adalah hak asasi manusia. Blog seharusnya men...