Skip to main content

Mukhriz Mahathir Dilantik Menteri Penuh?


Mukhriz Mahathir
Dilantik Menteri Penuh?


Inilah seorang pemimpin UMNO yang perlu dicontohi. Tidak banyak bercakap dan mendabik dada. Banyak buat kerja daripada melalak tak tentu pasal. UMNO memerlukan seribu lagi pemimpin seperti Datuk Mukhriz. Bijak dan pandai buat kerja, tak banyak cakap dan merapu sepanjang masa. Rakyat Jerlun tahu bahawa Mukhriz ini jenis pemimpin yang "diam-diam, tetapi berisi". Saya cuma mahu menasihat UMNO Kedah, agar jangan sibuk dengan kempen untuk menjatuhkan Datuk Mukhriz Mahathir.

Walaupun kita tahu nama Mukhriz disebut-sebut sebagai bakal MB Kedah, sekiranya Kedah kembali ke tangan BN dalam PRU yang akan datang. Namun demikian, sekarang bukanlah masanya untuk berkempen dan melobi individu tertentu untuk mengisi kerusi MB Kedah. Desas-desus juga bertiup kencang, kononnya Datuk Mukhriz Mahathir akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh. Benarkah cerita ini? Soalnya menteri penuh di kementerian mana?

Manakala versi cerita yang satu lagi pula melaporkan Mukhriz akan menjadi MB Kedah satu penggal terlebih dahulu, sebelum dilantik menteri penuh selepas PRU Ke-14. Malah, kedengaran juga "cakap-cakap" orang politik, Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi selepas Persidangan Agung UMNO yang akan datang ini. Ini semua cakap orang, belum tentu pasti. Wallahualam. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada beliau, kerana berjaya membawa MITI ke landasan yang betul. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM9.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, petanda memberangsangkan bahawa pelabur asing masih mempunyai keyakinan terhadap sektor perkilangan negara. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jumlah itu melibatkan 230 projek perkilangan yang diluluskan.

"Mereka (pelabur asing) masih lihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan memenuhi aspirasi pelaburan mereka,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN-Mukah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. - Bernama

Comments

hilbert said…
Salam sdra Azli,

bagus berita ni.. saya sokong sangat kalu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Malaysia memerlukan pemimpin yang berjiwa besar seperti Datuk Mukhriz, tabah dan teguh pendirian untuk mengetuai kementerian tersebut.
Anonymous said…
semoga prestasi Datuk Mukhriz akan kekal sebegini atau bertambah baik...

aku da muak tengok pemimpin2 yang keje berkokok siang malam tapi habuk pun tarak...

lebih banyak menghentam dari memberikan pandangan bernas untuk memperbaiki kesilapan...

pemimpin ape macam tu...
The Eugenist said…
Salam..

Saya lebih berpendapat Mukhriz lebih sesuai menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ini sesuai dengan minat
beliau di dalam bidang seni, selain daripada trend semasa yang menunjukkan bidang komunikasi dan kebudayaan ini lebih berkisar mengenai golongan muda.

Jawatan seperti Menteri Keselamatan dalam Negeri ini lebih bersesuaian dengan mereka yang agresif namun rasional dalam masa yang sama.

HESMEL FAZNEE FAISAL
Al Johari said…
Apa pun adalah sah, jelas, terang dan nyata bahawasanya Dato Hishamudin bukan orangnya untuk menjawat Menteri Dalam Negeri. Just words but no action.

Cabut keris pun minta maaf. Apa dahh? Malu, malu.

Kalau betullah berita yang disampaikan ini, maka saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang melantiknya kerana telah memilih orang yang layak dan tepat untuk memegang jawatan menteri tak kira kementerian apa.

Dan ucapan terima kasih juga disampaikan kepada DS Najib selaku PM dan Presiden UMNO.

Kepada Dato Mukhriz Mahathir bekerjalah dengan jujur dan ikhlas kerana ALLAH kerana tiap-tiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak dan izin ALLAH jua.
matrengganu said…
Ini baru di katakan Menteri, tak banyak cakap, kalau bercakap penuh fakta, jangan jadi si kitol dan beberapa ekor lagi menteri... kesian Najib kena pikul biawak hidup...
tapi biawak2 ni masih tak sedar diri.
Dato najib tak payah sedarkan biawak2 ni, tiba masa ketepikan saja.
Ada pun tak menguntungkan, tak ada tak merugikan....
Anonymous said…
Saya setuju 100% MUKHRIZ MAHATHIR diberi Menteri Penuh

Kami penduduk Jerlun berasa puas-hati jika hal ini menjadi realiti

adam amin
Jerlun, Kedah.
azlishukri said…
mat terengganu betul sangat pandangan tuan
Anonymous said…
Salam Azli-hindarkan khabar angin dalam perjalan hidup anda,nanti memakan diri sendiri.beliau ini tak layak jadi MB sebab bapak dia telah buat/bawa Kedah terlalu jauh kehadapan.yang baik pada beliau menteri penoh, perdagangan dalam negerikah ini lebeh elok.

Pilihan Pembaca

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h...

Berwaspada Dengan Malaysiakini

Berwaspada Dengan Malaysiakini Semalam saya mengambil laporan berkenaan kenyataan Tun Dr Mahathir yang seolah-olah senada dengan Presiden PKR, Wan Azizah daripada portal Malaysiakini (baca di sini) . Namun demikian terbukti, kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan dalam portal tersebut sangat jauh bezanya dengan maksud sebenar Tun Mahathir - saya bandingan dengan laporan yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia (baca di sini) . Jelaslah kepada saya selama ini, sesungguhnya portal Malaysiakini bukanlah portal yang benar-benar telus dan boleh dipercayai sangat. Kita harus berhati-hati, agar tidak terjerat dalam perangkap wartawan Malaysiakini yang terbukti mempunyai agenda tersembunyi. Kenyataan Tun Mahathir jika kita benar-benar mengamatinya - menyeru agar rakyat Malaysia bersatu-padu serta menumpukan perhatian kepada agenda pembangunan negara dan bukan hanya sibuk dengan politik 24 jam. KUALA LUMPUR 30 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji pentadbiran Perdana...