Skip to main content

Mukhriz Mahathir Dilantik Menteri Penuh?


Mukhriz Mahathir
Dilantik Menteri Penuh?


Inilah seorang pemimpin UMNO yang perlu dicontohi. Tidak banyak bercakap dan mendabik dada. Banyak buat kerja daripada melalak tak tentu pasal. UMNO memerlukan seribu lagi pemimpin seperti Datuk Mukhriz. Bijak dan pandai buat kerja, tak banyak cakap dan merapu sepanjang masa. Rakyat Jerlun tahu bahawa Mukhriz ini jenis pemimpin yang "diam-diam, tetapi berisi". Saya cuma mahu menasihat UMNO Kedah, agar jangan sibuk dengan kempen untuk menjatuhkan Datuk Mukhriz Mahathir.

Walaupun kita tahu nama Mukhriz disebut-sebut sebagai bakal MB Kedah, sekiranya Kedah kembali ke tangan BN dalam PRU yang akan datang. Namun demikian, sekarang bukanlah masanya untuk berkempen dan melobi individu tertentu untuk mengisi kerusi MB Kedah. Desas-desus juga bertiup kencang, kononnya Datuk Mukhriz Mahathir akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh. Benarkah cerita ini? Soalnya menteri penuh di kementerian mana?

Manakala versi cerita yang satu lagi pula melaporkan Mukhriz akan menjadi MB Kedah satu penggal terlebih dahulu, sebelum dilantik menteri penuh selepas PRU Ke-14. Malah, kedengaran juga "cakap-cakap" orang politik, Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi selepas Persidangan Agung UMNO yang akan datang ini. Ini semua cakap orang, belum tentu pasti. Wallahualam. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada beliau, kerana berjaya membawa MITI ke landasan yang betul. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM9.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, petanda memberangsangkan bahawa pelabur asing masih mempunyai keyakinan terhadap sektor perkilangan negara. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jumlah itu melibatkan 230 projek perkilangan yang diluluskan.

"Mereka (pelabur asing) masih lihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan memenuhi aspirasi pelaburan mereka,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN-Mukah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. - Bernama

Comments

hilbert said…
Salam sdra Azli,

bagus berita ni.. saya sokong sangat kalu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Malaysia memerlukan pemimpin yang berjiwa besar seperti Datuk Mukhriz, tabah dan teguh pendirian untuk mengetuai kementerian tersebut.
Anonymous said…
semoga prestasi Datuk Mukhriz akan kekal sebegini atau bertambah baik...

aku da muak tengok pemimpin2 yang keje berkokok siang malam tapi habuk pun tarak...

lebih banyak menghentam dari memberikan pandangan bernas untuk memperbaiki kesilapan...

pemimpin ape macam tu...
The Eugenist said…
Salam..

Saya lebih berpendapat Mukhriz lebih sesuai menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ini sesuai dengan minat
beliau di dalam bidang seni, selain daripada trend semasa yang menunjukkan bidang komunikasi dan kebudayaan ini lebih berkisar mengenai golongan muda.

Jawatan seperti Menteri Keselamatan dalam Negeri ini lebih bersesuaian dengan mereka yang agresif namun rasional dalam masa yang sama.

HESMEL FAZNEE FAISAL
Al Johari said…
Apa pun adalah sah, jelas, terang dan nyata bahawasanya Dato Hishamudin bukan orangnya untuk menjawat Menteri Dalam Negeri. Just words but no action.

Cabut keris pun minta maaf. Apa dahh? Malu, malu.

Kalau betullah berita yang disampaikan ini, maka saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang melantiknya kerana telah memilih orang yang layak dan tepat untuk memegang jawatan menteri tak kira kementerian apa.

Dan ucapan terima kasih juga disampaikan kepada DS Najib selaku PM dan Presiden UMNO.

Kepada Dato Mukhriz Mahathir bekerjalah dengan jujur dan ikhlas kerana ALLAH kerana tiap-tiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak dan izin ALLAH jua.
matrengganu said…
Ini baru di katakan Menteri, tak banyak cakap, kalau bercakap penuh fakta, jangan jadi si kitol dan beberapa ekor lagi menteri... kesian Najib kena pikul biawak hidup...
tapi biawak2 ni masih tak sedar diri.
Dato najib tak payah sedarkan biawak2 ni, tiba masa ketepikan saja.
Ada pun tak menguntungkan, tak ada tak merugikan....
Anonymous said…
Saya setuju 100% MUKHRIZ MAHATHIR diberi Menteri Penuh

Kami penduduk Jerlun berasa puas-hati jika hal ini menjadi realiti

adam amin
Jerlun, Kedah.
azlishukri said…
mat terengganu betul sangat pandangan tuan
Anonymous said…
Salam Azli-hindarkan khabar angin dalam perjalan hidup anda,nanti memakan diri sendiri.beliau ini tak layak jadi MB sebab bapak dia telah buat/bawa Kedah terlalu jauh kehadapan.yang baik pada beliau menteri penoh, perdagangan dalam negerikah ini lebeh elok.

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Daripada Azli Kepada Azli!

Realiti Telah Menjadi Fantasi Daripada Azli Kepada Azli Saya sering diingatkan bahawa kita harus menjaga sesebuah persahabatan dengan baik, dan kita juga harus menghargai persahabatan yang sedia ada. Apabila kita mempunyai kawan yang ikhlas untuk bersahabat dengan kita, maka sambutlah keikhlasan tersebut dengan seadanya. Dalam dunia yang penuh dengan penipuan, sahabat yang baik dan jujur adalah umpama emas yang datang dengan tiba-tiba, dan apabila ia hilang - maka mencari gantinya adalah umpama mencari barang yang hilang dalam gelapnya malam. Entri saya kali ini adalah entri yang saya tulis daripada hati saya sendiri, ditulis dengan penuh kerendahan diri, ditulis dengan penuh rasa jujur, lantaran itu tajuk entri saya kali ini agak pelik dan memelikkan. Dengan judul "Daripada Azli Kepada Azli" ia merupakan sebuah manifestasi hati saya yang sudah lama terpendam dan terpadam - tentang apa yang saya faham dan alami, berkenaan kawan dan sahabat. Ceritanya tetap sama dengan semua...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...