Skip to main content

Majlis Peguam Pula Diserang!

Majlis Peguam Pula Diserang!

1. Majlis Peguam Malaysia merupakan salah satu badan yang sangat aktif mengkritik dan menghentam pihak kerajaan. Hampir tiada yang baik sedikit pun undang-undang di negara ini dari kacamata badan ini. Semua perkara hendak dikritik. Walaupun mereka mendakwa kononnya Majlis Peguam bebas dikongkong oleh pengaruh dan ideologi parti politik - tetapi semua orang tahu, majlis ini sangat membela kaum tertentu dan parti politik tertentu. Slogan "bebas" yang dilaung-laungkan badan tersebut hanyalah retorik kosong semata-mata.

2. Sekiranya Majlis Peguam mahu menegakkan keadilan dan ketelusan dalam badan kehakiman di negara ini - eloklah rasanya mereka terlebih dahulu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam badan tersebut terlebih dahulu. Terlalu banyak peguam yang dinaung oleh badan tersebut terlibat dengan salahlaku dan menyalahi etika guaman. Pada hari ini, istilah "peguam membunuh", "peguam menipu", dan "peguam memaksa menandatangani akuan bersumpah" sudah acapkali didengari - sehingga rakyat semakin tidak percaya dengan tahap profesionalisme para peguam yang sedia ada.

3. Sebagaimana selama ini Majlis Peguam telah "mewujudkan persepsi negatif terhadap badan kehakiman dan undang-undang negara" - kini, tibalah masanya pula, badan tersebut dikritik dan hentam oleh rakyat kerana bersikap berat sebelah dalam kes-kes tertentu. Jika pada suatu ketika dahulu masyarakat sangat menghormati Majlis Peguam, tetapi kini tidak lagi. Majlis Peguam dilihat sudah tidak bebas seperti dahulu - sebaliknya para ahlinya sudah diresapi oleh fahaman dan ideologi parti tertentu. Ada baiknya badan ini dirombak dan dilihat kembali fungsinya, agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Baca artikel menarik dari Malaysia-Instinct di bawah :

PRESIDEN MAJLIS PEGUAM, Ragunath Kesavan serta ahli-ahli Exconya didesak agar meletak jawatan sekali gus membubarkan badan tersebut kerana didakwa gagal menjaga kredibiliti dan profesionalisme dalam menegakkan keadilan.

Desakan itu disuarakan oleh Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini, yang terdiri daripada 10 NGO bernaung di bawahnya. Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB).

Selain itu, Majlis gabungan NGO itu juga tidak bersetuju di atas hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua suspek yang bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Sementara itu, Timbalan Presiden majlis NGO terbabit, Rahimuddin Md. Harun berkata, mereka mendesak Ragunath dan Exconya meletak jawatan kerana Majlis Peguam didapati gagal untuk memantau aktiviti ahli-ahli mereka termasuk menyenaraihitamkan peguam bermasalah.

Katanya, lebih dikesalkan, majlis tersebut tidak memperjuangkan nasib mangsa kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. "Ia tidak seperti mana perjuangan mereka apabila melibatkan kematian tahanan polis, A. Kugan dan Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir kira-kira 30 orang yang mewakili NGO-NGO masing-masing. Menurut Rahimuddin, sebagai sebuah badan profesional, Majlis Peguam sepatutnya berperanan proaktif dengan mengasingkan mana-mana peguam yang bermasalah melalui kenyataan secara terbuka di dalam media massa.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah pula berkata, Majlis Peguam seharusnya berdiri di atas satu landasan yang bebas. "Bagaimanapun apa yang kami lihat mereka cenderung ke arah parti politik dan ini langsung tidak menunjukkan ia sebuah badan memegang integriti. "Kami tidak mahu Majlis Peguam berlandaskan parti politik tetapi kami mahukan mereka berdiri atas integriti, bersikap adil dalam apa jua isu," katanya.

Comments

anaklangkawi said…
Setuju.. amat berbeza sekali Majlis peguam bertindak mengikut kes..

knp ye?
Anonymous said…
Saya menyokong penuh Presiden dan semua Exco nya meletak jawatan secara terhormat !!! Mereka merupa kan liability kepada isu perkauman..Tukar kan dengan Melayu menerajui Majlis kerana ini Tanah Melayu !!! Hidup Melayu !!!!
daftarkan saja sebagai parti politik habis cerita....!
Anonymous said…
Siapa yang mencadangkan penubuhan majlis peguam? Apakah fungsi sebenar majlis peguam? Apakah manfaat majlis peguam kepada seluruh rakyat malaysia? Apakah jasa majlis peguam kepada negara dan rakyat?
Anonymous said…
Majlis Peguam adalah kuda kayu DAP.
Saya pun dah fobia kepada peguam2 sekarang. Kredibiliti peguam sekarang sudah hancus. Hampeeh!!!
Anonymous said…
dengar peguam pun dah tak suka.

dah tak leh percaya dah peguam skrg ni. lagi2 yang ireng
Anonymous said…
Tidak salah kalau Majlis Peguam mahu mendedahkan pekung di dada mana-mana pihak tetapi ia perlu berjalan seiring dengan penutupan pekung di dada sendiri.

Ini kerana, lebih banyak pekung orang yang didedahkan oleh Majlis Peguam maka sebagai reaksinya orang akan mendedahkan pekung di dada mereka.

Dalam pada itu, apa maknanya pendedahan demi pendedahan, pembelaan demi pembelaan kalau ianya dianggap tidak menyeluruh, pilih kasih, pilih bulu dsbnya.

Seperkara lagi, politikawan datang dan pergi tetapi peguam datang dan ambil masa puluhan tahun untuk pergi.

Makanya dalam konteks integriti, adalah logikal kalau umum memandang integriti peguam sebagai ciri lebih wajib dan kritikal berbanding orang lain.

Chinglot
Anonymous said…
buatlah perbandingan tentang tindak-tanduk M.Peguam tentang antara kes2 yg berlaku. kalau otak depa cerdik depa tak boleh nak nafikan dah,maka itulah hujah kita untuk memampuskan badan sewel itu. PERKARA INI PENTING DEMI PERKARA KETIGA RUKUNEGARA "KELUHURAN PERLEMBAGAAN"

Pilihan Pembaca

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h...

Hari Kekasih 2011 : Hantu Yang Terkebil-kebil!

Saya tertarik untuk berkongsi berkenaan sebuah artikel menarik yang saya petik daripada portal Malaysia-Intinct di bawah ini. Elok rasanya umat Islam di negara ini kembali merenungi agenda tersembunyi DAP dalam berpolitik. Sudah terlalu banyak DAP memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Cukup rasanya selama ini kita dipermainkan oleh Lim Kit Siang kuncu-kuncunya. Baca rencana tersebut di bawah : 1. KALAU SUDAH NAMA parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini. 2. Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini. Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Gu...