Skip to main content

Majlis Peguam Pula Diserang!

Majlis Peguam Pula Diserang!

1. Majlis Peguam Malaysia merupakan salah satu badan yang sangat aktif mengkritik dan menghentam pihak kerajaan. Hampir tiada yang baik sedikit pun undang-undang di negara ini dari kacamata badan ini. Semua perkara hendak dikritik. Walaupun mereka mendakwa kononnya Majlis Peguam bebas dikongkong oleh pengaruh dan ideologi parti politik - tetapi semua orang tahu, majlis ini sangat membela kaum tertentu dan parti politik tertentu. Slogan "bebas" yang dilaung-laungkan badan tersebut hanyalah retorik kosong semata-mata.

2. Sekiranya Majlis Peguam mahu menegakkan keadilan dan ketelusan dalam badan kehakiman di negara ini - eloklah rasanya mereka terlebih dahulu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam badan tersebut terlebih dahulu. Terlalu banyak peguam yang dinaung oleh badan tersebut terlibat dengan salahlaku dan menyalahi etika guaman. Pada hari ini, istilah "peguam membunuh", "peguam menipu", dan "peguam memaksa menandatangani akuan bersumpah" sudah acapkali didengari - sehingga rakyat semakin tidak percaya dengan tahap profesionalisme para peguam yang sedia ada.

3. Sebagaimana selama ini Majlis Peguam telah "mewujudkan persepsi negatif terhadap badan kehakiman dan undang-undang negara" - kini, tibalah masanya pula, badan tersebut dikritik dan hentam oleh rakyat kerana bersikap berat sebelah dalam kes-kes tertentu. Jika pada suatu ketika dahulu masyarakat sangat menghormati Majlis Peguam, tetapi kini tidak lagi. Majlis Peguam dilihat sudah tidak bebas seperti dahulu - sebaliknya para ahlinya sudah diresapi oleh fahaman dan ideologi parti tertentu. Ada baiknya badan ini dirombak dan dilihat kembali fungsinya, agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Baca artikel menarik dari Malaysia-Instinct di bawah :

PRESIDEN MAJLIS PEGUAM, Ragunath Kesavan serta ahli-ahli Exconya didesak agar meletak jawatan sekali gus membubarkan badan tersebut kerana didakwa gagal menjaga kredibiliti dan profesionalisme dalam menegakkan keadilan.

Desakan itu disuarakan oleh Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini, yang terdiri daripada 10 NGO bernaung di bawahnya. Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB).

Selain itu, Majlis gabungan NGO itu juga tidak bersetuju di atas hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua suspek yang bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Sementara itu, Timbalan Presiden majlis NGO terbabit, Rahimuddin Md. Harun berkata, mereka mendesak Ragunath dan Exconya meletak jawatan kerana Majlis Peguam didapati gagal untuk memantau aktiviti ahli-ahli mereka termasuk menyenaraihitamkan peguam bermasalah.

Katanya, lebih dikesalkan, majlis tersebut tidak memperjuangkan nasib mangsa kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. "Ia tidak seperti mana perjuangan mereka apabila melibatkan kematian tahanan polis, A. Kugan dan Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir kira-kira 30 orang yang mewakili NGO-NGO masing-masing. Menurut Rahimuddin, sebagai sebuah badan profesional, Majlis Peguam sepatutnya berperanan proaktif dengan mengasingkan mana-mana peguam yang bermasalah melalui kenyataan secara terbuka di dalam media massa.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah pula berkata, Majlis Peguam seharusnya berdiri di atas satu landasan yang bebas. "Bagaimanapun apa yang kami lihat mereka cenderung ke arah parti politik dan ini langsung tidak menunjukkan ia sebuah badan memegang integriti. "Kami tidak mahu Majlis Peguam berlandaskan parti politik tetapi kami mahukan mereka berdiri atas integriti, bersikap adil dalam apa jua isu," katanya.

Comments

anaklangkawi said…
Setuju.. amat berbeza sekali Majlis peguam bertindak mengikut kes..

knp ye?
Anonymous said…
Saya menyokong penuh Presiden dan semua Exco nya meletak jawatan secara terhormat !!! Mereka merupa kan liability kepada isu perkauman..Tukar kan dengan Melayu menerajui Majlis kerana ini Tanah Melayu !!! Hidup Melayu !!!!
daftarkan saja sebagai parti politik habis cerita....!
Anonymous said…
Siapa yang mencadangkan penubuhan majlis peguam? Apakah fungsi sebenar majlis peguam? Apakah manfaat majlis peguam kepada seluruh rakyat malaysia? Apakah jasa majlis peguam kepada negara dan rakyat?
Anonymous said…
Majlis Peguam adalah kuda kayu DAP.
Saya pun dah fobia kepada peguam2 sekarang. Kredibiliti peguam sekarang sudah hancus. Hampeeh!!!
Anonymous said…
dengar peguam pun dah tak suka.

dah tak leh percaya dah peguam skrg ni. lagi2 yang ireng
Anonymous said…
Tidak salah kalau Majlis Peguam mahu mendedahkan pekung di dada mana-mana pihak tetapi ia perlu berjalan seiring dengan penutupan pekung di dada sendiri.

Ini kerana, lebih banyak pekung orang yang didedahkan oleh Majlis Peguam maka sebagai reaksinya orang akan mendedahkan pekung di dada mereka.

Dalam pada itu, apa maknanya pendedahan demi pendedahan, pembelaan demi pembelaan kalau ianya dianggap tidak menyeluruh, pilih kasih, pilih bulu dsbnya.

Seperkara lagi, politikawan datang dan pergi tetapi peguam datang dan ambil masa puluhan tahun untuk pergi.

Makanya dalam konteks integriti, adalah logikal kalau umum memandang integriti peguam sebagai ciri lebih wajib dan kritikal berbanding orang lain.

Chinglot
Anonymous said…
buatlah perbandingan tentang tindak-tanduk M.Peguam tentang antara kes2 yg berlaku. kalau otak depa cerdik depa tak boleh nak nafikan dah,maka itulah hujah kita untuk memampuskan badan sewel itu. PERKARA INI PENTING DEMI PERKARA KETIGA RUKUNEGARA "KELUHURAN PERLEMBAGAAN"

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...