Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Fitnah Terbaru Aziz Bari!

Fitnah Terbaru Aziz Bari! Saya masih tidak faham dengan seorang pensyarah yang bertaraf profesor dari UIA ini. Walaupun sudah jelas bahawa beliau begitu kuat menyokong Pakatan Rakyat - tetapi sebagai seorang ahli akademik dan mengajar pula di sebuah universiti Islam - saya fikir beliau tahu sedikit sebanyak berkenaan hukum-hakam Islam, khususnya dalam persoalan fitnah dan berburuk sangka! Aziz Bari - ahli akademik yang pakar perundangan dan perlembagaan Malaysia dengan "selamba" membuat andaian yang masih belum terbukti benar, kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas merupakan percubaan halus UMNO untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut. Pada saya, tuduhan Aziz Bari ini sangat jelas berniat jahat lagi busuk - bahkan ia hanyalah andaian dan tuduhan yang bersifat buruk sangka terhadap UMNO. Dan bukankah ia merupakan andaian yang berunsur fitnah? Sebagai pengamal undang-undang dan sering mendakwa berpijak atas kebenaran - ...

UMNO dan BN Jangan Terlalu Yakin

BN dan UMNO Jangan Terlalu Yakin Saya ingin mengingatkan diri saya dan BN Sarawak agar tidak terlalu yakin dengan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri pada waktu ini. Pengalaman kita di Sibu telah menggambarkan segala-galanya. BN Sarawak mungkin tidak ada masalah untuk mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada, tetapi bagaimana pula dengan nasib parlimen-parlimen BN di sana? Masih boleh dipertahankan lagi? Saya bimbang, kita terlalu yakin dengan laporan-laporan daripada pihak kita sendiri (termasuk daripada SB, tentera dan agen parti) untuk membuat analisis menang atau kalah seseorang calon itu, sedangkan kita sendiri tidak meluangkan masa untuk bersama-sama dengan rakyat bawahan - bertanya apakah isu utama yang sedang menghantui mereka. UMNO/BN perlu belajar daripada ketewasan yang kita alami di Sibu - sokongan terbuka di media massa oleh pihak-pihak tertentu bukan sokongan yang jitu dan membantu. Kita harus sedar, Sabah dan Sarawak bukan lagi lubuk emas untuk kita memperoleh kemen...

Isu PTPTN : UMNO Mungkin Kecundang PRU-13

Isu PTPTN UMNO Mungkin Kecundang PRU-13 Sekiranya UMNO/BN tidak segera menyelesaikan masalah yang sedang membelengu para peminjam PTPTN, saya fikir undi orang muda mungkin tidak mampu untuk membantu kemenangan BN/UMNO dalam PRU-13 yang akan datang. Isu pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar, bakal dimanipulasi oleh Pakatang Pembangkang bagi memancing undi generasi muda untuk memilih Pakatan Rakyat berbanding BN/UMNO. Pada hemat saya, sudah tiba masanya kerajaan, menghapuskan terus pinjaman PTPTN dan menjadikankan sebagai biasiswa. PTPTN sememangnya membebankan - bukan semata-mata kerana "faedah" yang dikenakan, malah ia tanpa sedar telah mewujudkan generasi muda yang berhutang keliling pinggang. Baca tulisan Mohd Aizat Mohd Salleh di bawah : 1. Ketika bergelar mahasiswa dahulu, saya berkesempatan bertemu pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Antara mereka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ahli parlimen Lembah Pantai, Nuru...

DUN Galas Kembali Ke Tangan UMNO!

DUN Galas Kembali Ke Tangan UMNO! Secara peribadi, saya menyambut baik pelantikan Tengku Razaliegh sebagai pengarah pilihan raya kecil UMNO/BN untuk DUN Galas yang bakal diadakan Oktober depan. Ia bukan sahaja tepat, malah tidak mustahil UMNO mampu merampas kerusi DUN Galas daripada PAS. Baca tulisan JEFRI ZACHARIAH di bawah : Keputusan paling bijak. Ini rumusan yang boleh saya buat bila mendapat tahu yang anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas. Benar, Ku Li adalah ahli politik yang penuh warna. Ada hitam, ada putihnya sehinggakan adakalanya saya pun keliru sama ada Ku Li ini orang UMNO, SEPARUH UMNO atau BUKAN UMNO. Tetapi dalam apa keadaan sekalipun, ketokohan putera raja ini tak boleh disangkal sama sekali. Sejarah pencapaian dan kejayaannya, sama panjang dengan sejarah penglibatannya dalam dunia politik tanah air. Dari segi us...

Kiamat Semakin Hampir : Mengapa Tulisan Pengerusi Ulama Muda UMNO Dibenci?

Kiamat Semakin Hampir :Mengapa Tulisan Pengerusi Ulama Muda UMNO Dibenci? Saya gembira membaca tulisanFathul Bari Mat Jahya yang juga merupakan Pengerusi Ulama Muda UMNO di bawah ini. Inilah antara penjelasan terbaik beliau berkenaan cara generasi salaf as-soleh dalam berhadapan dengan kezaliman pemerintah. Dan ini jugalah sebaik-baik uslub dan kaedah yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya dalam kita berpolitik. Baca tulisan penuh beliau ini. Semoga kita dibukakan hati untuk menerima hidayah Allah dan seterusnya meninggalkan kerja-kerja mungkar kita melalui politik "ganas" ala-pembangkang di negara ini. Wallahualam. Artikel ini dipetik dari MalaysiaKini. Namun demikian, rupa-rupanya tulisan beliau ini menimbulkan kemarahan kepada para penyokong PAS, tidak tahulah mengapa, mungkin apabila kebenaran sudah kelihatan, maka para penyokong PAS mula terasa tersinggung dan segala keburukan mereka selama ini semakin terdedah. Wallahualam. 1. Baru-baru ini...

Siapa Yang Sebenarnya Munafik?

Siapa Sebenarnya Munafik? Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN 1. KETUA Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini memandang sinis cabaran Pemuda UMNO yang mendesaknya menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber perjudian untuk diagihkan kepada warga emas di Pulau Pinang. 2. Bukan sahaja memperlekehkan cabaran itu, Guan Eng bersungguh- sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa dana yang diperuntukkan bagi program kebajikan di negeri itu adalah hasil dasar berjimat-cermat yang diamalkan pentadbirannya. Malah, Setiausaha Agung DAP itu secara terbuka menyifatkan cabaran Pemuda UMNO berhubung dakwaan tersebut sebagai kerja orang munafik! Setiausaha politiknya, Ng Wai Aik pula berkobar-kobar mempertahankan bosnya dengan hujah dangkal menyatakan kerajaan negeri tidak mungkin menggunakan sesen pun dana perjudian kerana Pulau Pinang merupakan negeri pertama membantah pemberian lesen judi bola. 3. Bagaimanapun, pendedahan sepucuk surat mengenai pen...

Mengapa Malu Mengaku Sebagai Melayu?

Mengapa Malu Mengaku Orang Melayu? Oleh Shamshul Anuar (Baca komen saudara Shamshul yang ditulis dalam posting saya sebelum ini) 1. Setiap tahun berduyun-duyun orang Islam mengerjakan haji dan umrah di Arab saudi. Mekah dan Madinah terletak di ARAB SAUDI. Arab itu bangsa dan Saudi menngambil nama keluarga (bani) yang memerintah negara itu. 2. Malaysia dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Pengiktirafan diberi oleh dunia. Kenapa disebut Tanah Melayu. Kerana penduduknya berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu dan Raja-Rajanya juga Melayu. Tidak salah megah dengan bangsa. Itu adalah identiti kerana Allah SWt sendiri menjadikan manusia berbangsa bangsa, berpuak puak supaya kita saling mengenali. 3. Yang salah ialah "taksub" seperti mempertahankan seorang Melayu walaupun ia bersalah HANYA keransa ia Melayu. Begitu juga dengan bangsa lain. Tak boleh pertahankan seorang Cina yang bersalah HANYA kerana dia Cina. Masalah timbul bila ada satu puak mahu cari nikmat didunia deng...

Siapa Sanggup Menentang Mahathir?

Siapa Sanggup Menentang Mahathir? Saya tidak tahu siapakah dalang yang cuba mewujudkan persepsi kononnya Utusan Malaysia mempunyai agenda tersembunyi mahu membawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kebodohan yang nyata ini - sudah pun disangkal oleh Tun Mahathir, sekaligus menamatkan sengketa antara Utusan Malaysia dengan Datuk Seri Nazri Aziz. Saya percaya, tuduhan liar terhadap Tun Mahathir dan Utusan Malaysia ini - mempunyai niat tersembunyi, iaitu mahu merosakkan imej dan menimbulkan rasa benci masyarakat terhadap Tun Mahathir. Sama ada kita sedar atau pun tidak, dalam sejarah politik Tun Mahathir, beliau tidak pernah tewas dengan sesiapa pun, jika terdapat mana-mana pihak mahu menentang atau menjatuhkannya. Tengku Razaliegh tewas, Tun Musa Hitam juga tewas, Anwar Ibrahim sudah merasa tajamnya pukulan Mahathir, Britan juga pernah "dibuli" oleh Mahathir, Raja-Raja Melayu juga pernah "diserang" oleh Ma...

Maaf, PKR Parti Yang Tidak Mungkin Dapat Diselamatkan Lagi

Maaf, PKR Parti Yang Tidak Mungki Dapat Diselamatkan Lagi Secara peribadi, saya melihat, PKR semakin busuk, jijik dan menjijikkan. Baru pertama kali mengadakan pemilihan parti, segala bau busuk sudah dapat dihidu, segala lendir kotor sudah membasahi lantai dan segala yang menjijikkan sudah dapat dilihat. Isu kononnya para pemimpin UMNO dan BN banyak terlibat dengan rasuah sudah tidak lagi relevan dan berupaya menyelamatkan parti tersebut daripada terus karam di lautan biru yang luas. Baca tulisan di bawah : Oleh Ridzuan Yop 1. Sebagai sebuah parti bercita-cita besar untuk menerajui pakatan pembangkang ‘menawan’ Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terlepas daripada dibelenggu pelbagai masalah sejak akhir ini. 2. Menjelang pemilihan parti itu November ini, pergolakan dalaman parti itu semakin ketara, berdasarkan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh ahli dan pucuk pimpinan parti terutama dalam menentukan siapa yang bakal menerajui parti itu bagi meng...

Apa Pandangan Tuan-Tuan Tentang Hal Ini?

Agak-agak boleh tak kita terima pemikiran seperti ini? Apa pandangan tuan2? Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Sejauh Mana RPK Boleh Menafikan Kenyataan Anaknya Sendiri?

Sejauh Mana RPK Boleh Menafikan Kenyataan Anaknya Sendiri? Saya rasa sangat sedih apabila membaca berita yang disiarkan oleh Malaysia-Instinct di bawah ini. Sedih kerana, rupa-rupanya anak Raja Petra, Raja Azman sangat mengharap agar ayahnya memulakan hidup baru di Malaysia. Saya hairan, bukankah selama ini RPK lah yang selalu membuat tohmahan dan tuduhan kononnya Malaysia sebuah negara yang penuh dengan kezaliman, rasuah, penyelewengan dan pelbagai gejala jahat yang dilakukan oleh UMNO dan BN? Bukankah lebih baik RPK tinggal terus di bumi London yang penuh dengan kebebasan, kesamarataan dan keseronokan? Bukankah London lebih baik daripada Malaysia? Bukankah lebih baik beliau membawa anaknya itu bersama-sama dengannya hidup gembira di London? dan yang lebih menyedihkan, anak RPK mengaku bahawa tiada campur tangan kerajaan dalam kes beliau, sehinggakan beliau dibebaskan. Inilah bukti paling sahih bahawa segala tuduhan RPK selama ini terhadap sistem kehakiman ...

Tulisan Yang Membawa Bencana!

Tulisan Yang Membawa Bencana! Rupa-rupanya memang benarlah Azmin Ali pernah melakukan sabotaj terhadap Zaid sewaktu beliau bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Hal ini didedahkan sendiri oleh Mohd Sayuti Omar dalam posting terbarunya. Nampaknya Zaid Ibrahim benar-benar dizalimi dalam segenap penjuru. Jika orang sehebat Zaid pun sanggup dianiayai, apatah lagi ahli-ahli biasa PKR. Pada hemat saya memang patut Zaid bertanding menentang Azmin, sekurang-kurangnya untuk mengukur kekuatan. Maka, untuk menghancurkan kezaliman yang sedang bermarajalela dalam PKR, adalah menjadi tanggungjawab ahli parti tersebut mengundi Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Parti, sekali gus menewaskan Azmin Ali. Baca artikel beliau di bawah : 1. APABILA Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Umno atas pemecatannya dan selepas itu mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR banyak orang merasa gembira dan bertuah. Kedatangan Zaid ke dalam PKR dikira akan menyemarakkan lagi pe...

Masihkah Kita Lupa?

Masihkah Kita Lupa? Elok juga rasanya, sekali-sekali kita membaca kembali bagaimana kejamnya orang kafir membunuh dan menzalimi umat Islam. Sekiranya pembunuhan Datuk Sosilawati sudah dianggap kejam, maka bacalah kisah di bawah ini pula. Apa kita rasa? MENGIMBAS KEMBALI AWAL TRAGEDI AMBON BERDARAH oleh Alexanderwathern 1. Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. 2. Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengad...