Tetamu Kehormat...

December 1, 2010

Yang Cuit Dan Mencuit : Terima Kasih Zaini Hassan

Yang Cuit Dan Mencuit
Terima Kasih Zaini Hassan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang semakin mula dihargai - sekurang-kurangnya diberi pernghargaan dengan pujian. Pada perkiraan saya, ini merupakan satu permulaan untuk semua bloggers kerajaan diberi pengiktirafan yang sewajarnya atas pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Sebagai bloggers picisan, sekali lagi saya merakamkan kegembiraan dan sekalung tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang terbukti menjadi barisan utama bagi menggempur barisan Pakatan Rakyat yang semakin kucar-kacir sejak akhir-akhir ini. Walaupun saya tidak dapat hadir pada majlis tersebut, sekurang-kurangnya, semua bloggers pro-kerajaan sudah meluahkan rasa hati mereka. Semoga Allah juga yang membalas jasa baik tuan-tuan semua, Wallahualam. Baca tulisan Zaini Hassan di sini...

5 comments:

Anonymous said...

Bloggers yang menyokong kerajaan adalah mereka yang meletakkan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara mengatasi kepentingan diri. Mereka menulis untuk menyedarkan rakyat negara pentingnya negara ini dipertahankan daripada jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti PKR.

Walaubagaimanapun kebajikan mereka harus diberi perhatian. Orang berbudi kita berbahasa.

DR.YES

YB Raz said...

kerajaan seharusnya memberi perhatian kepada blogger pro kerajaan. jika hussam musa beri 2 juta ringgit pada topeng perak untuk perang siber terbaru, berapa pula kerajaan hendak bagi kepada kita?

Anonymous said...

SANGAT MUDAH UNTUK MENYAKITKAN HATI BLOGGERS INI. LANTIK KJ JADI MENTERI, MEREKA AKAN MENJADI AMAT, AMAT KECEWA DAN AKAN BERALIH ARAH. TAK PERCAYA CUBA, PANDU, TRY.

Anu

Hang Nadim said...

bagi saya.. bloggers pro kerajaan lebih demokratik dan dan terbuka dari blogger pro pakatan rakyat.. pernah dgr azmin dientam oleh blogger pro mereka? pernah dgr khalid mb selangor kena maki dgn blogger mereka sendiri..mcm mana dgn Doraemon AMK? takpernah terbaca pun.. khalid shah alam mcm tak bersalah bila mempertahankan gereja.. tp bg blogger pro kerajaan.. hishamudin kena hentam, nazri aziz kena, khairy jamaludin tak payah cakap lah.. semua tu big gun UMNO.. tp ttp kena hentam.. Syabas blogger pro kerajaan.. yg benar ttp benar.. kalau betul kita sokong, kalau salah kita kasi hentam itu orang..

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua