Skip to main content

Ke Mana Kita Selepas Ini?

Ke Mana Kita
Selepas Ini?

Oleh Arif Atan

1. Rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap sikap pihak tertentu yang bertindak secara nyata mahupun tidak nyata mencabuli hak bangsa Melayu dapat dilihat semasa Majlis Pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan: Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan pada 29 November lalu.

2. Wacana itu wajar kerap diadakan di seluruh negeri, malah sehingga di peringkat nasional bagi memberi kefahaman yang jelas kepada seluruh warga Malaysia mengenai sejarah pembentukan negara bangsa dan peradaban tanah air ini. Ucapan dasar Presiden PKR baru-baru ini jelas satu bentuk taktik politik dalam menagih sokongan bukan Melayu, walhal mereka lupa bahawa dua pertiga kawasan Parlimen masih kekal dihuni pengundi Melayu/bumiputera.

3. Oleh itu, siapa sebenarnya yang sedang tersepit dan dalam masa sama untung di sebalik serangan bertali arus antara pihak yang menyokong ketuanan Melayu dengan pihak yang begitu dungu menolak konsep tersebut, seolah-olah selama ini orang Melayu jadi raja ekonomi dan orang bukan Melayu pula begitu teruk dianak tiri? PKR dan begitu juga parti politik lain, jika benar memperjuangkan hak rakyat, mengapa tidak pula bersuara lantang 'menembak' parasit yang memecah-belahkan perpaduan bangsa Malaysia?

4. Mengapa para pemimpin parti politik tidak mengajak kepada perpaduan melalui asimilasi sebenar dengan mengajak kaum lain melenturkan rasa rasis dan cauvinis masing-masing serta akur dengan sejarah asal-usul mereka di negara ini. Bukan di sebaliknya, tidak habis-habis menyerang dan meminta orang Melayu pula terus bertolak-ansur, malah dilucutkan terus hak dan kepentingannya meskipun sudah termaktub dalam Perlembagaan?

5. Oleh itu, bibit-bibit ibarat barah penyakit yang mahu menggadai bangsa Melayu perlu dihentikan. Siri majlis berbentuk ilmu seperti yang telah dihadiri oleh Sultan Selangor itu perlu lebih kerap diadakan. Pada musim cuti sekolah ini, semua anak warga Malaysia perlu mengikuti kelas penguasaan bahasa, budaya dan kesenian Melayu sebagai identiti dan jati diri sebenar rakyat Malaysia.

6. Bidang penyiaran juga perlu dikawal daripada pelbagai lambakan program TV yang memaparkan segala budaya asing sehingga menenggelamkan jati diri bangsa sendiri. Siaran berita perdana pada pukul 8 malam di saluran TV misalnya yang terdapat dalam pelbagai bahasa dan jelas mengikut pola kaum tentu sahaja menyuburkan rasa perkauman sekali gus menolak secara senyap Gagasan 1Malaysia.

7. Penggunaan bahasa kebangsaan mesti meluas dalam semua bidang kehidupan termasuklah peringkat pengajian tinggi. Sekolah satu aliran sudah semestinya syarat wajib bagi mengelakkan Melayu tergadai.

8. Apalah erti ketuanan Melayu dan kedudukan tinggi bahasa kebangsaan di sisi Perlembagaan, jika bahasa Melayu, sekolah kebangsaan dan universiti yang sebelum ini telah terbukti berjaya memainkan peranan ditenggelamkan oleh bahasa dan institusi pendidikan asing?

9. Paling penting, pemimpin Melayu daripada mana-mana parti politik yang ghairah mahu menarik sokongan politik bukan Melayu. Usah jadi badut membiarkan orang lain bertepuk tangan ketawa melihat betapa bacul dan pengecutnya anda dalam memperkatakan yang hak berkenaan kepentingan orang Melayu. Bibit-bibit yang membawa kepada keadaan bangsa Melayu tergadai semakin ketara dilihat dari sehari ke sehari. Apa erti semua ini kepada orang Melayu dan pribumi?

Comments

Anonymous said…
Sultan Kena Tanya Umno, Siapa Gadai Perkataan Melayu
Oleh Lan Iisma 29 November 2010
Semasa
Nasi Melayu: Tengoklah Bahasanya, Hampeh!!!

Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir orang Melayu yang tidak berasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Tanah Melayu menjadi Malaysia, Sultan Selangor kena tanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Umnolah, takkan Pas pula yang menukarnya. Bahasa Melayu menjadi bahasa Malaysia, takkan PKR pula yang menukarnya. Warisan Melayu menjadi warisan Malaysia. Utusan Melayu menjadi Utusan Malaysia. Semuanya kena tanya Umnolah. Yang tinggal hanyalah Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan baju Melayu. Lambat laun ditukarnya juga.

Ketuanan Melayu, ini tak akan diubahnya Umno, pasal Umno buat umpan pilihanraya.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A