Tetamu Kehormat...

September 30, 2010

Isu PTPTN : UMNO Mungkin Kecundang PRU-13

Isu PTPTN
UMNO Mungkin Kecundang PRU-13


Sekiranya UMNO/BN tidak segera menyelesaikan masalah yang sedang membelengu para peminjam PTPTN, saya fikir undi orang muda mungkin tidak mampu untuk membantu kemenangan BN/UMNO dalam PRU-13 yang akan datang. Isu pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar, bakal dimanipulasi oleh Pakatang Pembangkang bagi memancing undi generasi muda untuk memilih Pakatan Rakyat berbanding BN/UMNO. Pada hemat saya, sudah tiba masanya kerajaan, menghapuskan terus pinjaman PTPTN dan menjadikankan sebagai biasiswa. PTPTN sememangnya membebankan - bukan semata-mata kerana "faedah" yang dikenakan, malah ia tanpa sedar telah mewujudkan generasi muda yang berhutang keliling pinggang. Baca tulisan Mohd Aizat Mohd Salleh di bawah :

1. Ketika bergelar mahasiswa dahulu, saya berkesempatan bertemu pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Antara mereka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dan timbalan menteri pelajaran, Datuk Puad Zakarshi.

2. Mereka ini adalah pemimpin yang kerap menyebut perihal mahasiswa dan anak muda sama ada di dalam parlimen, mahupun di pentas politik. Selain berbincang mengenai isu dan agenda mahasiswa serta anak muda, saya akan menanyakan soalan perihal Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Soalan saya, “Kenapa anda tidak memperjuangkan untuk menghapuskan bayaran balik PTPTN apabila memerintah?”

3. Itu soalan cepu emas. Jika menyebut perihal pinjaman ini, sebut sahaja mahasiswa mana, pastinya akan tertekan dengan perkara yang 'mengikat' mereka. Bayaran balik, kadar faedah yang tidak jelas, serta isu riba yang diharamkan Islam.

Undi Pakatan

4. Saya terfikir, seandainya Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang ini, meletakkan antara salah satu daripada manifestonya kepada mahasiswa atau anak muda ialah, menghapuskan bayaran balik pinjaman PTPTN, saya kira paling kurang 90 peratus mahasiswa mengundi Pakatan. Mungkin idea itu terlalu tinggi untuk dicapai. Memandangkan negara mengalami kemerosotan ekonomi dan beban hutang, mana mungkin untuk membayar semula pinjaman ini.

5. Apabila saya meneliti, PTPTN memerlukan hampir 13 bilion untuk menampung satu-satu sesi kemasukan pelajar ke IPTA mahupun IPTS. Sekurang-kurangnya, menurut statistik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), hampir 40 ribu mahasiswa berdaftar untuk kemasukan ijazah pertama setiap tahun di seluruh negara.

6. Realitinya, dengan pertumbuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bagaikan cendawan selepas hujan, yang kebanyakannya berorientasikan perniagaan, PTPTN mendapati peluang ini adalah paling besar untuk melabur. Dan hakikatnya, pinjaman PTPTN boleh membenarkan sesiapa sahaja pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi, dengan pendapatan keluarga minimum 4 ribu ke bawah. Pendidikan percuma

7. Seingat saya, gagasan pendidikan percuma mula diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tatkala berkempen dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan keberjayaan mereka menguasai lima buah negeri. Ini bermakna, slogan pendidikan percuma sangat relevan kepada rakyat. Soalnya, bagaimana praktikalnya agenda ini? Jika ia dapat direalisasikan, maka idea memansuhkan bayaran semula PTPTN adalah turut termasuk dalam perjuangan ini.

8. Bermula hari ini, Pakatan Rakyat perlu memikirkan bagaimana mekanisme untuk memperjuangkan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Cuba bayangkan hampir 80 peratus anak muda di IPT kesemuanya berumur 21 tahun dan keatas dan layak mengundi.

9. Ini bermakna, sesiapa sahaja, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, seandainya memperjuangkannya, maka undi anak muda atau mahasiswa sudah berada di dalam genggaman. Soalnya, Pakatan Rakyat haruslah mendahului dan segera bertindak berbincang bersama anak muda dan mahasiswa dan segera mencari jalan keluar dan penyelesaian.


Penulis adalah setiausaha agung, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan boleh dihubungi di aisal_daruliman@yahoo.com

25 comments:

Anonymous said...

salam bro.
seandainya PR berjanji utk melupuskan pinjaman PTPTN kpd biasiswa,saya yakin mereka tidak dapat tunaikan jika mereka menang,

kebanyakan negara maju pun,mereka berikan study loan kpd rakyat mereka.ambil cth di UK,Australia dan NZ.tiada biasiswa diberikan kpd rakyat kecuali kpd mereka yg betul2 cemerlang.itu pun biassiwa yg ditawarkan oleh pihak Universiti.cuma apa yg mereka buat ialah dgn memberikan kadar yuarn yg murah sahaj berbanding pelajar asing.cthnya saya sebagai pelajar antarabangsa membayar yuran pengajian setahun sbanyak 15,000pound,rakyat UK dan EU hanya membayar dalam 3,500 sahaja.

kalau nk bagi semua biasiswa bankrupla negara.kalau ptptn nk beri biasiswa bole,jadikan ianya pinjamana boleh ubah.mereka yg dpt 1st class tukarkan jadi full biasiswa.pernah dilaksanakan dahulu,malangnya org melayu kita ni xramai yg dpt lulus cemerlang.bangsa lain yg byk dpt .

Cencaluk said...

Bila bercerita mengenai PTPTN ni naik muak apabila memikirkan anak-anak muda/mahasiswa/mahasiswi kita sekarang ini.

Bila dapat duit pinjaman siap berlagak macam orang kaya yang beli baju baru, handphone/motor, tu belum kira yang belanja awek makan angin lagi tapi bila dah habis belajar dan dah mula pegang duit sendiri rasa saya lak nak bayar hutang.

Kerajaan sespatutnya membuat akujanji secara bersemuka dengan semua pelajar ketika mereka menerima wang PTPTN mereka dan membuat sumpah yang sekiranya mereka tidak membayar hutang PTPTN ini maka mereka akan menanggungnya sehingga ke akhirat dan tidak akan dihalalkan oleh Kerajaan.

Macam nak meminta bukan main lagi dan bila dapat sikit muncung sampai ke hidung mula buat aduan sana sini tapi bila nak membayar liat macam-macam alasan.

Ingatlah ramai lagi adik-adik kita yang memerlukan wang PTPTN ini untuk memastikan kehidupan mereka kelak berjaya dan jangan bunuh masa depan mereka semata-mata untuk kesenangan diri sendiri.

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
saya sudah pun mengikuti blog saudara dan talah link kan blog tuan didalam blog saya...
harap dapat diperlakukan perkara yang sama terhadap blog saya
terima kasih

Anonymous said...

Itulah masalah Mahasiswa sekarang. Semua nak free, jenis mementingkan diri sendiri. Langsung tak fikir pasal generasi akan datang dan implikasi kepada Negara.

Kalau PKR nak bagi pelajaran percuma peringkat tinggi, alamat bankruplah negara. Mahasiswa harus berfikir implikasi kepada anak cucu mereka akan datang bukan melihat setakat hari ini saja. Jika tidak maka mereka tidak layak digelar Mahasiswa.

hangkedee said...

Wa sokong lu cencaluk.utang mesti mau bayar beb.kalau ubah tajuk derma bukan rasuah .tanya pas?

Melayu Pasir Gudang said...

Salam bro.
Zahirnya macam ada kebenaran dan logik cadangan dari setiausaha agung, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)itu dari pandangan mahasiswa .

Tapi pada pandangan saya bekas mahasiswa yang menunaikan tanggungjawab dan janji untuk bayar hutang merasakan bahawa tulisan itu macam satu ugutan politik pun ada, macam satu bentuk ancaman untuk ekonomi negara pun ada. Apapun itu satu pendapat umum yang saya rasa perlu di perhalusi.

Saya kira dalam permasalahan PTPTN ini kerajaan harus bertegas,soalnya bukan kita nak selamatkan yang dah pinjam sahaja, kita harus lihat juga puluhan ribu lain yang sedia Q-up untuk membuat pinjaman pelajaran, kita tidak mahu kerajaan lepas tangan dalam hal ini dan outsource pada institusi keewangan, kalau hal ini terjadi saya fikir jumlah yang mampu melanjutkan pelajaran akan terbatas dan makin ramai anak-anak muda lepasan SPM akan tamat di situ sahaja.

Bagi mereka yang liat bayar hutang PTPTN janganlah jadikan medan politik untuk melepaskan diri yang akhirnya mengadai negara semata-mata kerana hutang saudara-saudari, sebagai mahasiswa berfikirlah dengan matang sesuai dengan taraf pendidikan kamu, bukan dengan emosi seperti mana pencacai-pencacai politik yang nampak permasalahan dan persoalan tapi buat-buat tak nampak kerana gila kuasa.

Anonymous said...

salam tuan...
saya kurang bersetuju dgn cadangan pinjaman dijadikan biasiswa.kalau mereka2 tu belajar tekun takpe, ni yg hampeh dok bergolek atas jalan dan dok berdemotrasi mcm mana nk dpt keputusan cemerlang. dah berhutang kena le belajar bayar walau pun sikit2. ni ada yg pendapatan tinggi pun masih tak bayar...mcm mana saudara? anak2 kita/adik2 lain pun nak pinjam jugak untuk belajar.

mahasiswa2 ni dah byk akal dah...tu bukan apa malas nak bayar kerana ada yg joli sakan duit gaji. saya ada seorang staf yg gaji hanya RM1000.oo++ je gaji(maklum baru keja) dah buat potongan bayar semula pinjaman sebyk RM250.00 sebln.bila tanya knp byk potong,jawapnya senang je' org lain pun nak pinjam juga dan dia tak nk apa kemudahan serta janji bayar semula tak dilaksanakan'. bayangkanlah gaji sebyk itu masih ada rasa tanggungjawap.

dah le..masih ada peminjam2 yg bertanggung jawap, yg tak bertanggungjawap tu klau muslim..jawaplah dimahsyar nanti masa ditanya......jgnlah asyik nak bg muka. saya setuju kalau dapat keputusan cemerlang/terpuji boleh le diganti sebagai biasiswa.

Anonymous said...

salam...
saudara... saya salah seorang mahasiswa yang berhutang dengan PTPTN yang masih belum menjelaskan pinjaman tersebut... saya dulu adalah mahasiswa UNITAR dan antara penerima awal pinjaman pTPTN... walaupun saya masih belum membayar, tapi keinginan saya untuk untuk membayar adalah membuak2.. saya dalam proses mengumpul wang untuk mebayar sepenuhnya... cuma saya rasa amat terkilan kerana saya sign perjanjian sebanyak 40k untuk 4 tahun pembelajaran... pecahan yuran 1st year 6k 22nd 8k 3rd 8k 4th 8k... total 30k untuk yuran dan 10k untuk wang saku... 10k bahagi 4 tahun ada 833.33 sebulan... amat rendah untuk wang saku.. x perla... yang jadi masalahnya dulu pinjaman diberi kepada ipt/ipts sebelum baki diserahkan kepada pelajar. dan apabila saya belum habis belajar, tp baki saya tidak mencukupi... statement sampai pd saya mengatakan 1 1/2 pembelajaran sebanyak 18k telah digunakan... sedangkan 1st year+2nd year pun baru 16k. apa dah jadi? namun saya tetap akan membayarnya kerana saya diajar... hutang membawa ke mati dan wajib dibayar.........

Tamingsari said...

PTPTN adalah pelaburan jangka panjang kerajaan...

Pinjaman ditukar kepada biasiswa hanya sebagai hadiah kepada pemilik kelas pertama.

Isu bayar balik adalah isu peribadi peminjam yang sebenarnya seperti kacang lupakan kulit.

Semasa nak mula belajar dulu, cuba pilih pinjam along dengan Ptptn.

kalau dengan along, lama dah kena pancung, tp ptptn sampai sekarang tak bayarpun masih ptptn bersabar.

Jadi kaedah pembayaran dan perlaksanaan pinjaman perlu diperkemaskan.

Tuan Azli, add blog saya:
http://blogtamingsari.blogspot.com/

Anonymous said...

Buat macam JPA, kalau lulus, bagi diskaun, barulah nampak macam nak tolong. Tapi kalau dah nak meniaga macam bank komersial,ramai jugak yang tertekan.
Maklumlah kalau hutang + interest makan 40-90 ribu ( berasaskan kursus yang diikuti ).....baru keluar pusat pengajian tinggi dah hutang bertapuk atas kepala! nanti nak hutang lagi, beli kereta, beli rumah.......nak kawin, nak bagi anak sekolah, nak tolong mak bapak...itu, ini...

ddinbunga said...

Salam, untuk bersaing di dunia yg makin terbuka, kita perlu mempunyai modal insan yg tiada sempadan kehebatannya, jika di negara2 maju dan kebanyakan di negara dunia kedua dan ketiga tiada bantuan, tiada biasiswa kecuali pinjaman bank dan insuran pendidikan.

berbanding negara kita kerajaan berusaha untuk membantu pelajar semata2 mewujudkan satu badan tadbir kerajaan bagi menyediakan dana yang besar bagi pinjaman mudah untuk ke universiti.

Disini juga satu latihan untuk mendisiplinkan pelajar kita, kuasa dan kemampuan kerajaan makin lama makin terhakis akibat globalisasi dan kemajuan dunia yang cukup laju, maka konsep subsidi dan bantuan ini, perlu bukan tidak perlu tapi secara pelahan2 kita kena hapuskan, maka pelajar kena berdisiplin untuk membayar pinjaman yang berbagai2 cara boleh dijelaskan itupun disyaratkan juga boleh merayu dan dibayar secara ansuran. sampai bila kita nak lahirkan modal insan yang hebat sekiranya kita masih bergantung kepada biasiswa dan subsidi.

Kenn said...

Jika dilihat, kaum Cina nampaknya lebih bermenafaat dalam akses kepada pengajian tinggi dan pembiayaan pendidikan (biasiswa) kerana ini berlaku secara tidak langsung dengan penubuhan banyak IPTS berbanding IPTA dan juga "twinning programmes".

Apalah PTPTN ini untuk berkira sangat. Sepatutnya kerajaan melihat PTPTN ini dahulu sebelum melhat kepada bantuan sekolah-sekolah serta sistem pendidikan vernakular yang sememangnya tiada dimaktubkan di dalam Perlembagaan Negara.

Anonymous said...

Rakyat harus besrsyukur adanya pinjaman PTPTN, cuma memang tak dapat dinafikan hutang yang perlu dijelaskan agak tinggi berbanding jumlah yang dipinjam. Macam yang anon Sptember 30,2010 10:54, 11:35 dan 12:59 AM cakap 2 saya setuju sangat2. Ale, Kerajaan ni pun satu, nak umumkan keputusan macam ni takleh ke tunggu lepas PRU 13? Cuba tengok apa jadi setelah kerajaan tak bagi bonus kat kakitangan sebelum pilihanraya? Nak ke kekalahan teruk berlaku sekali lagi? Isu ni bukan sahaja menjatuhkan bahkan dah macam nak menjahanamkan lagi Kerajaan. Cubalah pakai psikologi, kalau boleh di saat2 genting macam nilah harus diperbanyakkan perkara2 yang dapat meringankan beban rakyat.

Anonymous said...

Kepada mahasiswa, kita tidak perlu bagi sudu & garpu perak, baik bagi chopstick. Boleh makan selepas penat berusaha. Kalau suap, jangan sekali nanti jadi naik lemak.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas pandangan tuan2 yang bernas di sini

Azizah said...

Waktu saya belajar dulu, saya tak dapat scholarship, tak ada pinjaman tetapi dapat belajar hingga ke University Malaya dari tahun 1966 hingga 1968.

Saya telah mengingatkan anak saya supaya jangan lupa membayar balik pinjaman yang diperolehi semasa menuntut di institusi pengajian tinggi apabila sudah bekerja dan boleh membayar pinjaman itu.

Alhamdulillah, mereka dengar nasihat saya sebagai ibu dan hari ini semua hutang-hutang mereka telah dijelaskan sepenuhnya.

Apa yang hendak saya sampaikan ialah mengenai tanggungjawab. Membayar hutang adalah tanggungjawab yang utama apabila seseorang mahasiswa tammat pengajiannya. Bayaran boleh dirundingkan sekiranya kita tidak mampu untuk membayar pada kadar yang ditetapkan kerana gaji kecil. Tetapi rasa tanggungjawab untuk membayar itu amat penting. Percayalah apabila hutang sudah habis dibayar kita akan berasa puas dan bersyukur kerana dapat melunaskan hutang kita. Tak ada ertinya kalau kita kelihatan hidup mewah tetapi masih dibelenggu hutang. Ingat hutang kita tidak akan dapat kita lupakan dan yang memberi hutang juga tidak akan dapat melupakan hutang kita padanya.

Bukan itu sahaja. Di akhirat nanti ia tidak terlepas.

Jalan yang terbaik bayarlah hutang.

Kalau ada yang terbaca komen ini dan mengamalkannya, saya rasa amat bersyukur kerana hatinya telah terbuka.

sri mersing said...

Salam semua,
Ini isu senang.Yang dah pinjam bertanggungjawab kepada yg akan meminjam.Duit yg dikutip digunakan utk buat pinjaman yg lain.Bila berhutang kita bayarlah.Bab bayaran tu boleh dirunding dgn ptptn kalau tak mampu.Jgn jadik kacang lupakan kulit.

Muhammad Azli Shukri said...

puan azizah, komen yang menyentuh perasaan...

Anonymous said...

Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

Cepat sebelum tawaran ini habis..
- Anak jati Kelate di perantauan

Anonymous said...

umno dah tak boleh selesaikan problem PTPTN ni atau dah tak kuasa lagi, PR kalo menang PRU13 nanti pun tak boleh selesaikan juga kerana isu ini melibatkan wang yg sangat besar.

kalo nak diikutkan semua hutang mesti dibayar, orang memang suka berhutang tapi cukup liat bila nak bayar balik, kenapa nak dipolitikkan pula...bayar hutang tu le!

Anonymous said...

Salam.

Pada pandangan saya, hutang tetap hutang yang perlu dibayar dan perlunya ada satu kursus wajib dipelajari yang menjurus kepada pengurusan kewangan yang berhemah untuk mengelakkan generasi muda ini tidak terjebak dengan hutang2 yang tidak sepatutnya yang boleh menyebabkan mereka bangkrap di masa hadapan. Kebanyakan masyarakat Malaysia agak kurang ilmu mengenai pengurusan kewangan ini.

Anonymous said...

Aku tak fahamlah korang ni semua.. agaknya dah makan duit haram kot... tu sebab mcm bebal. pada aku duit ptptn ni x bayar pun x jd hal.. sebab rosmah pakai duit lg banyak.. tp korang semua bodoh.. susah kan org jer.. bilala umno nak bungkus ni... fuck you umno forever..

Mr David Scott said...

TAWARAN PINJAMAN (DIKENAKAN SEKARANG PADA 2%)

Dear tuan puan,

Ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya Encik david scott pemberi pinjaman pinjaman peribadi, saya memberi kedua-dua jangka pendek dan pinjaman jangka panjang sebanyak 2%. Isi bebas untuk menghubungi saya secara peribadi melalui: mrdavidscottloanfirms@gmail.com
dengan butiran anda di dalam borang permohonan pinjaman dibawah.

Saya memberi pinjaman dengan jumlah minimum $ 5,000 dan dengan amaun maksimum $5,000,000. Jadi kembali kepada saya secepat mungkin.

Nama penuh...
Country.................................
Age........................................
Sex........................................
Pekerjaan...
Needed($) jumlah...
Maksud bagi pinjaman...
Duration.................................
Jumlah sel...
Pendapatan bulanan...

Aku akan melihat ke hadapan untuk mendengar daripada anda tidak lama lagi.

salam mesra

Encik david scott

Heather White said...

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

lay jane alice said...

Halo Setiap Satu, nama saya wanita Jane alice dari Indonesia, dan saya bekerja dengan bersatu bangsa kompensasi, dan kami telah mendengar dan juga membuat pinjaman dari perusahaan pinjaman, saya cepat ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia yang mencari pinjaman di internet sangat berhati-hati untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak lender kredit palsu di sini di internet dan beberapa dari mereka adalah asli dan nyata, aku ingin meluncur kesaksian tentang bagaimana Tuhan menuntun saya untuk pemberi pinjaman dan Pinjaman nyata genue telah mengubah hidup saya dari rumput rahmat, setelah saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman kredit di sini di internt, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran, isurance, pajak, dan setelah pembayaran saya masih tidak mendapatkan saya pinjaman. Setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman di internet dan jumlah scammed kali uang tanpa mendapatkan pinjaman dari perusahaan mereka sehingga saya menjadi begitu putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari online genue kredit pemberi pinjaman yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya, jadi saya memutuskan untuk menghubungi seorang teman saya yang baru-baru mendapat pinjaman online, kita membahas kesimpulan kita tentang masalah dan dia bercerita tentang seorang wanita yang disebut Mr Dangote yang merupakan CEO dari Dangote Pinjaman Perusahaan. Jadi saya diterapkan untuk jumlah pinjaman (Rp400,000,000) dengan tingkat bunga rendah 1,5%, tidak merawat usia saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang saya ingin menggunakan uang itu untuk membangun bisnis dan pinjaman saya disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua persiapan dilakukan pada transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah pendaftaran pinjaman, sudah disimpan ke bank dan mimpi saya datang melalui. Jadi saya ingin saran yang membutuhkan genue panggilan pinjaman cepat sekarang email di Dangotegrouploandepartment@gmail.com. dia tidak tahu bahwa aku melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia untuk hal-hal baik yang telah dilakukan dalam hidup saya. Anda juga dapat menghubungi saya di ladyjanealice@gmail.com hari yang indah lebih info..