Skip to main content

Zaid Ibrahim Memilih Mimpi : Harapan Yang Kecundang

Zaid Ibrahim Memilih Mimpi
Berakhirnya Senjata Ampuh
Menghancurkan Anwar

Saya mungkin antara orang yang paling kecewa apabila mengetahui Zaid Ibrahim sudah pun membuat keputusan untuk keluar dari Parti Keadilan semalam (baca di sini). Saya kecewa bukan kerana saya terlalu menyokong beliau, tetapi saya kecewa kerana beliau merupakan senjata paling ampuh untuk menghancurkan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dari dalam. Apabila Zaid keluar dari PKR - beliau sudah tidak mempunyai apa-apa nilai di luar sana.

Sekarang, Zaid Ibrahim sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin PKR yang telah keluar dari parti tersebut dan memekik dari luar, kononnya untuk menyedarkan rakyat bertapa jahatnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Ini semua tidak ada maknanya lagi. Untuk mengubah sesuatu, ia mesti bermula dari dalam dan bukan dari luar. Ia seperti diri kita sendiri, untuk mengubah diri kita menjadi baik, ia perlu bermula dari dalam, yakni hati dan fikiran - ditanamkan dengan keimanan dan ilmu, barulah kita boleh berubah menjadi baik dan mengubah orang lain menjadi baik.

Realiti ini tidak difahami oleh Zaid. PKR tidak akan dapat diubah dengan sistem dan peraturan, ia hanya dapat diubah melalui hati dan gerakan idealisme. Sayang, Zaid mempunyai kekuatan dari aspek idealisme dan rasionalisme, tetapi mudah kecewa dan putus asa. Rupa-rupanya Zaid Ibrahim nampak hebat dari segi luaran, tetapi lemah tenaga dalamnya. Saya terkejut, beliau mudah tersinggung dengan hentaman dan serangan peribadi yang dilancarkan oleh Anwar serta kuncu-kuncunya - Zaid Ibrahim tewas di tengah jalan, walaupun beliau mempunyai senjata yang mampu menumpaskan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam masa yang sangat singkat.

Zaid memilih untuk berundur dan membina kekuatan baru di luar PKR - pada saya ia hanyalah kerja bodoh dan sia-sia, bahkan apa-apa yang diharap dan diidamkan oleh Zaid di luar sana, hanyalah mimpi - beliau tidak mempunyai kekuatan untuk membina reputasi dan parti baru, beliau bukan Anwar Ibrahim mahu pun Tengku Razaliegh, beliau hanyalah bekas ahli UMNO dan PKR. Namun demikian, jika mimpi ini yang beliau pilih, itu adalah haknya, sama ada gagal atau berjaya, beliau tidak akan peduli semua itu.

Dan sesungguhnya, pada hari ini, kita kehilangan seorang perjuang yang mampu menghancurkan barisan pertahanan Anwar Ibrahim - tetapi malang, pejuang ini meninggalkan medan peperangan lebih awal, kerana mungkin takut dilukai. Tanggungjawab kita semakin rumit, mencari seorang lagi pejuang berani mati bagi menghancurkan Anwar Ibrahim dan pahlawan-pahlawannya dari dalam sehingga habis. Kepada Allah jua kita berdoa. Amin.

Comments

azlishukri said…
Zaid tak keluar parti - pembetulan
azlishukri said…
malaysia kini sudah membetulkan kenyataan berhubung Zaid dikatakan telah keluar parti..harap maklum

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Kejutan Yang Masih Belum Hilang!

Walau apa pun hujah dan alasan yang diberikan - saya tetap berpendirian bahawa BN telah tewas dari segi moral. Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini. Komitmen masyarakat Cina dalam menyokong DAP sangat menakutkan. Mereka bakal menjadi kuasa penentu dan pendesak yang berpengaruh, sekiranya orang Melayu terus berpecah belah. Di sisi lain pula, sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini. Dan keputusan pilihan raya Sarawak hari ini, sebe...