Skip to main content

Mengapa Kita Lupa Tentang Ini?

Kisah Sebenar
Tentang Zaid

Sekiranya tuan-tuan sudi mengambil sedikit masa untuk menghayati kenyataan media Zaid Ibrahim yang rasmi di bawah ini - khususnya yang sudah saya tandakan dengan warna merah pekat, kita akan dapat mengetahui isi hati beliau secara nyata dan berterus-terang. Kenyataan media Zaid ini, pada tanggapan saya harus diberi perhatian rapi oleh musuh-musuhnya, kerana melalui kenyataan inilah, kita akan memahami siapa Zaid Ibrahim yang sebenarnya.

Point no 8 yang bertanda merah - secara jelas menggambarkan bahawa Zaid tidak akan keluar daripada PKR - beliau mahu terus bersama PKR yang dilihatnya mampu diubah. Zaid juga berkeyakinan, sesungguh terdapat "pelbagai cara" lagi untuk melakukan transformasi di dalam PKR. Dan peluang tersebut masih terbuka. Sekiranya jalan yang dipilih oleh Zaid pada masa ini gagal menyingkirkan Anwar dan Azmin - Ia tidak mengundang kekecewaan, kerana Zaid percaya, beliau mempunyai ratusan jalan dan cara bagi mencapai cita-citanya.

Zaid sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri - ia sukar lagi disekat pada waktu ini. Politik ala-Zaid sudah mula mendapat tempat dalam sebahagian besar ahli PKR, Anwar tidak mungkin berjaya merosak dan menghancurkan idealisme Zaid yang lebih pratikal dan rasional. Zaid boleh berjaya hanya kerana satu sebab sahaja - iaitu, beliau mempunyai "visi dan misi yang jauh lebih besar daripada Anwar". Hal ini dibuktikan apabila Zaid memetik kata-kata Abraham Lincoln yang maksudnya lebih kurang berikut : (Jika saya salah menterjemahkannnya sila betulkan)

"Saya tidak terikat untuk menang, tapi saya pasti benar. Saya tidak terikat untuk berjaya, tapi saya terikat untuk hidup dengan cahaya yang saya miliki. Saya harus berdiri dengan siapa pun yang berdiri benar, dan berdiri bersamanya saat ia benar, dan sebahagian dengan dia apabila dia melakukan kesalahan."

Andaian awal saya, kata-kata Abraham Lincoln ditujukan oleh Zaid kepada Anwar - beliau mahu menjelaskan kepada ahli-ahli PKR, selagi Anwar betul, beliau akan bersama-sama dengan Anwar, tetapi apabila Anwar sudah tersasar daripada kebenaran, maka beliau tidak lagi sepenuh hati bersama dengannya. Dan sekarang, Zaid telah membuktikkannya. Beliau mula yakin, sesungguhnya Anwar sudah menyeleweng daripada landasan yang sebenar. Tatkala, Zaid berkata, "My Vision has not wavered" - hal ini bermakna prinsip perjuangannya sama sekali tidak goyah dan mudah tercabut! - jika Zaid sudah bertekad mahu "menguburkan" Anwar dan Azmin, maka beliau akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh, tanpa rasa jemu dan letih!

Inilah diri Zaid yang sebenar! Beliau mahu melakukan gerakan besar-besaran di dalam PKR bagi mengubah mentaliti ahli-ahlinya yang hanya melihat "keadilan" dalam skop yang sangat sempit. Menurut Zaid, PKR jauh lebih penting daripada diri Anwar Ibrahim itu sendiri. PKR bukan Anwar dan Anwar bukan PKR - ia harus segera dibezakan. Zaid mahu ideologi ini menyerap masuk ke dalam segenap batang tubuh ahli-ahli PKR - mereka perlu berani bangkit dan berani katakan "tidak" kepada Anwar. Anwar terlalu bebas, sehingga beliau tidak lagi dikawal oleh sesiapa pun - dan kebebasan yang dimiliki oleh Anwar ini, akhirnya merosakkan keseluruhan parti. Dan Zaid mahu memberhentikan semua kerosakan ini. Soalnya, apakah beliau mampu? Tunggu analisis saya sedikit masa lagi. Baca kenyataan rasmi Zaid Ibrahim untuk media di bawah :

1. MY ANNOUNCEMENT YESTERDAY to withdraw from the contest was not meant to belittle the effort of party members and supporters in preparation of these party elections, as this is not just about my circumstance. The truth is, these Keadilan elections are a shambles. Hundreds of complaints have been submitted, but Anwar Ibrahim continues to deny them proper investigation. There are over a hundred candidates who wish to see a proper and fair election process in place. This is as much their fight as it is mine. For it is important to remember that these issues exist and they are very real.

2. Yesterday, Anwar Ibrahim had demanded that proof be brought forward of election fraud and malpractices to the Central Election Committee. But this has already been done. The Central Committee is well aware of what’s going on; Anwar should stop playing politics and the pretending must stop. A summary of these malpractices have been furnished to members of the media present today.

3. The disappointment I referred to yesterday is reflected in the party leadership not being able, or willing, to conduct free and fair elections. It is not because our politics have failed, but rather because our leaders have failed. Anwar Ibrahim, as the de facto leader of the party, has failed to hold the party together. Like how he has failed to move the Opposition forward with new policies, like how he had failed on September 16, like how he had failed to keep the Perak Opposition intact by allowing his own MPs to jump ship, like how he had the Opposition humiliated and in disarray in Batu Sapi. The litany of his failures are plenty. There have been too many external problems and internal complications, resulting in no real focus towards moving the party forward. How these elections have been conducted is a manifestation of that weak leadership and lack of focus. Of course, he can continue to blame me, political conspiracies and BN to explain his failings but the people know better.

4. Keadilan has to be a genuine political movement. We cannot just be an emotional response to the politics of Malaysia. This party should neither be used as a platform for personal political agendas, nor should it be a space for power plays and politicking. We need a party that is forward looking, based on issues that affect the people, and dealing with actual problems that are facing the country. Keadilan has an option: to ask Anwar to step aside and let someone else takes over the helm. He has enough personal problems of his own to manage. As for Azmin, the verdict is still out on his leadership: he seems so focused on trying to conquer Putrajaya, that he has forgotten how to be of service to the members of the party and the rakyat. Pakatan Rakyat is running the risk of being a one-term wonder. It needs to be acknowledged that Pakatan Rakyat will make no further progress with Anwar at the helm.

5. I do not wish to get into a slinging match with him because I am behind in the polls. I do not criticize the party because I am not getting my way, as some of you would like to believe. That is far too simplistic a notion. I have not quit because I have given up. It is as Abraham Lincoln once said, “I am not bound to win, but I am bound to be true. I am not bound to succeed, but I am bound to live by the light that I have. I must stand with anybody that stands right, and stand with him while he is right, and part with him when he goes wrong.”

6. My vision has not wavered. It was the reason I ran. It was made clear in my manifesto. I was running to move PKR away from the old politics of this country. To decentralize the leadership of the party. To ensure that every voice is heard and that every member of the party can serve and contribute. Those who say that I have exhausted my options in Malaysian politics cannot be further from the truth.

7. When I set out to contest in the party elections it was to offer the members of Parti Keadilan Rakyat an option; a new vision, for both the party and the country. I still have a very clear vision of how the politics in this country needs to be transformed and very definite views on what leadership means. I still believe the people of this country deserve better politics and better leaders.

8. If I am not able to make headway in transforming Keadilan in these elections, it doesn’t mean that I have failed. It means that I will try another way and will explore all possible options and avenues to ensure this transformation is achieved. I will continue to do so because I am committed to the task at hand and for the work that lies ahead. The members of the public, deserve better. And I will try and try again until we achieve our cause.

ZAID IBRAHIM

9 NOVEMBER 2010

Comments

Anonymous said…
Jika Zaid Ibrahim merasa dia menpunyai idealism yg lebih mantap dan relevan, dan jika rasa dia mempunyai dokongan pejuang sejati, apa lagi, buat engagement dgn bloc bebas tu (ex-PKR) buka satu lagi parti ala-ala mix of UMNO+PAS+PKR, pasti laku punya.

DR NO
Anonymous said…
kah.. Kah..Kah..

La ingatkan jadi Lawyer ni semuanya pandai pandai belaka.. Oh lupa memang pandai .. pandai putar fakta.

Nak buat camna nak jilat ludah malulah... so kena dok dalam PKR la juga. Lawyer pun kena tipu.. malah di PERBODOHKAN. keh keh keh
Anonymous said…
"It is as Abraham Lincoln once said, “I am not bound to win, but I am bound to be true. I am not bound to succeed, but I am bound to live by the light that I have. I must stand with anybody that stands right, and stand with him while he is right, and part with him when he goes wrong.”

Ahak... Ahak.... talk to my hand

Padan muka kau.....
Anonymous said…
Bayangkan pkr tanpa Anwar, tanpa perjuangan peribadi yang nak jadi pm, mungkin ia akan menjadi parti yang lebih adil dan disukai ramai!

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab

Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...