Skip to main content

DBP Nazak! Muhyiddin Digesa Bertindak

Muhyiddin Perlu Bertindak!

Oleh Abang Kamarulzamani

Membaca kisah di bawah membuat hati saya semakin gunda gelana memikirkan nasib dan masa hadapan sebuah organisasi yang membela dan membina bahasa, sastera dan penerbitan Melayu di negara ini. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diselamatkan segera, campurtangan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku di dalam DBP sangat diperlukan. Sudah sekian lama kezaliman, penindasan dan penganiayaan berlaku di DBP tanpa diberi sedikit pun perhatian oleh pihak kerajaan. Dan sekarang, sekali lagi kemelut yang melanda di DBP masih belum menemui penghujungnya. Apakah yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran, sehingga hari ini masih tidak melakukan apa-apa transformasi di DBP? Baca kisah sedih di bawah :

TANYALAH KAKITANGAN Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), apa sudah terjadi sejak tahun 2006 hingga sekarang. Kebanyakan kakitangan DBP berkerja dalam keadaan tertekan dan tidak tenteram dek angkara Johan Jaafar, bekas Pengerusi Lembaga Pengelola yang berkuasa di DBP dengan bantuan konco-konconya yang gila kuasa dan tamak jawatan.

Sejak peristiwa mogok kerana Kamarulzaman Shahruddin yang tidak cukup kelayakan dinaikkan pangkat Timbalan Ketua Pengarah oleh Johan yang tidak sedar diri itu. Dengar cerita perangai Johan berjangkit di Media Prima.

ANGAN-ANGAN JOHAN

Lepas ini kita dengar apa yang dirasa pula oleh kakitangan Media Prima. Dulu berangan-angan sebagai Pengerusi Eksekutif, tapi telah diturunkan pangkat ke Pengerusi biasa. Padan muka dengan orang tamak haloba. Penulis mengikuti perkembangan DBP melalui laman blog dan risik-risik dari kawan rapat bahawa di DBP sudah berlaku bermacam-macam perkara yang aneh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Aziz, yang tua nyayok itu masih berkuasa di DBP dengan sokongan balaci-balacinya walaupun umur akan genap 66 tahun pada 7 November 2010. Apa istimewanya orang tua nyanyok yang sudah tidak sedar diri mengaku pejuang bahasa.

Sedarlah semua hasil pejuangan bahasa datangnya dari NGO dan bukannya dari dia. Apa istimewanya atok itu masih bertongkat berada di DBP? Penulis hendak bertanya orang yang lebih arif dan bijak pandai terutamanya Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam: Kenapa Datuk Termuzi masih terlekat di DBP sehingga umur 66 tahun. Istimewa sangatkah dia sampai begitu tua masih berada di DBP. Atau KSN dan JPA terlepas pandang atau buat-buat tidak tahu. Baca sambungannya di sini...

Comments

Pilihan Pembaca

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...