Skip to main content

Melayu Menangis, DAP Ketawa

Melayu Menangis
Lim Guan Eng Ketawa


Orang Melayu di Pulau Pinang tidak hanya ditindas oleh kepimpinan DAP, bahkan sudah mula muncul cadangan-cadangan mengarut yang bakal menghancurkan bahasa Melayu pula. Jika diteliti laporan di bawah, ia agak "baik" dan menggunakan bahasa berlapik, namun demikian apabila kita melihat realiti dan pratikalnya, bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi di Pulau Pinang. Inilah yang sebenarnya berlaku pada peringkat awal di Singapura, sedikit demi sedikit bahasa Melayu disisihkan.

DAP sejak dari awal-awal lagi sudah menunjukkan sikap anti-bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Secara senyap-senyap, DAP Pulau Pinang sudah mula menggerak dan menyerapkan ideologi mereka dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kita harus ingat terdapat perbezaan antara bahasa kedua dengan bahasa rasmi kedua. Soalnya, yang mana satu pilihan DAP Pulau Pinang? Apakah cadangan di bawah ini salah satu daripada strategi sulit DAP untuk mengenepikan bahasa Melayu? Baca laporan di bawah :

GEORGE TOWN, 8 Nov -- Kerajaan DAP Pulau Pinang Isnin diminta mempertimbangkan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Pulau Pinang selaras dengan hasrat menjadikan negeri ini sebagai bandar antarabangsa pada masa hadapan. Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) berkata Bahasa Inggeris penting memandangkan ia merupakan lingua franca (bahasa antarabangsa) yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia.

"Saya tidak menolak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tetapi Bahasa Inggeris juga penting dan mohon kerajaan negeri pertimbangkan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Pulau Pinang," katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

Selain itu, Jagdeep juga mencadangkan agar kerajaan negeri menamakan beberapa jalan di negeri ini dengan nama pemimpin veteran dari Pakatan Rakyat (PR) sebagai mengenang jasa mereka dalam politik. "Inisiatif ini telah dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu menamakan beberapa jalan dengan tokoh-tokoh politik seperti Jalan Yap Chor Ee. Sebagai contoh mungkin kita boleh namakan satu jalan di Butterworth dengan nama tokoh veteran dari PR," katanya.

Sementara itu Tsim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) mencadangkan kerajaan negeri menggubal satu dasar bagi menggalakkan pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan rakyat Pulau Pinang mempunyai kediaman sendiri yang selesa.

"Masalah yang berlaku ialah jurang antara rumah mewah dan rumah kos rendah adalah terlalu ketara iaitu harga rumah mewah terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah. "Sedangkan rumah kos rendah keadaannya terlalu menyedihkan tetapi rakyat negeri ini tidak mepunyai pilihan, kita seharusnya lebih fokus untuk pembinaan rumah yang diperlukan oleh rakyat Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata setiap rumah mampu milik yang hendak dibina perlu mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM200,000. Tsim turut mencadangkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya lebih fokus kepada usaha membina rumah mampu milik dengan persekitaran yang selesa.

"Saya juga berharap Suruhanjaya Perumahan yang akan ditubuhkan memantau spekulasi harga jualan rumah dan menetapkan supaya satu rumah hanya boleh dijual sekali sahaja kepada setiap keluarga, ini bagi mengelakkan spekulasi harga," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Kenn said…
Berdasarkan kepada kes Mark Koding, usul Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi ini boleh dianggap sebagai 'seditious'.
Admin said…
salam bro,

mintak jasa baik remove gambar ni...

kalo nak post jugak, tolong mintak kebenaran tuan dia

tuan dlm gambar...hj ariffin @ 012-3813706. dia ajak minum, kat kuala selangor.

thanx bro...

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...