Skip to main content

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Datuk Seri Rais Yatim."


Tahniah Datuk Seri Rais Yatim!

Oleh Muhammad Azli Shukri


Akhirnya, saya harus berterus-terang dengan jujur dan ikhlas – sesungguhnya salah seorang Naib Presiden UMNO yang harus dipilih oleh perwakilan kelak, ialah Datuk Seri Rais Yatim. Malah, saya juga sudah berazam untuk membantu kempen Datuk Seri Rais Yatim – melalui blog saya ini bagi memastikan salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dimiliki oleh beliau.


Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – membuka mata saya bahawa “inilah diri sebenar Datuk Seri Rais Yatim” – agak malang kepada sesiapa yang sayangkan UMNO tidak menonton siaran Hujah semalam yang menampilkan dua lagi calon Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Seri Syafie Afdal dan Datuk Seri Rais Yatim. Pada pandangan peribadi saya, sejak siaran Hujah keudara di TV9 – Rais Yatimlah satu-satunya pemimpim UMNO yang sanggup berterus-terang tentang hasrat dan perubahan yang diinginkan oleh akar umbi selama ini. Lantaran itu, pada “ijtihad politik” saya, saya “mewajibkan” para perwakilan UMNO memilih Datuk Seri Rais Yatim sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO – yang jelas sangat berkarisma, bijak, pandai berhujah dan bijak bermain dengan bahasa. Inilah Naib Presiden yang kita mahu dan nantikan untuk bersama-sama melakukan transformasi dan perubahan di dalam UMNO. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri!



Latarbelakang undang-undang – jelas banyak membantu beliau dalam menghadapi soalan-soalan “maut” daripada Dr. Agus. Pengalaman dan kematangan beliau yang cemerlang dalam pentadbiran dan politik digunakan sepenuhnya bagi menjawab persoalan-persoalan asas yang selama ini menghantui UMNO dan masyarakat. Datuk Seri Rais Yatim – merupakan ahli UMNO yang unik, unik kerana beliau mempunyai kepakaran dalam undang-undang, di samping sangat berbakat dalam sastera dan bahasa. Sekaligus memperlihatkan ketokohan dan kematangannya dalam menjawab serta mematahkan hujah-hujah Dr.Agus. Secara tidak langsung, inilah pertama kali (agaknya) Dr.Agus bertemu buku dengan ruas. Saya sangat berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang berterus-terang daripada Datuk Seri Rais. Jelas beliau memahami apa itu “UMNO” dan bagaimanakah mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti tersebut, dan pada masa yang sama mengukuhkan semula kekuatan parti komponen BN yang sedia ada.



Manusia yang berkualiti seperti Datuk Seri Rais ini harus mendapat tempat dalam UMNO, malah jika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali pun saya tetap akan sokong. Yang menarik minat dan kekaguman saya kepada beliau semalam adalah sikap jujur dan ikhlas beliau dalam menyatakan perkara yang hak dan benar – berlandaskan undang-undang dan hakikat yang berlaku. Jarang saya temui pemimpim UMNO yang seberani beliau dan seperti rakan sepejuangannya, Tungku Razaleigh Hamzah. Jelaslah mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan yang hak dan yang benar. Saya tertarik dengan kanyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sangat tegas terhadap masa depan Bahasa Melayu, malah menurut beliau tempoh “eksperimen” terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains sejak enam tahun lalu sudah jelas menemui kegagalan – maka sudah tiba masanya kerajaan mengembalikan semula bahasa ibunda kita dalam pengajaran kedua-dua matapelajaran tersebut. Tetapi, pada masa yang sama mencari kaedah bagi memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.



Dan yang sangat menyentuh hati saya adalah sewaktu beliau menyatakan bahawa sistem pemilihan pemimpim-pemimpin UMNO haruslah dilakukan oleh setiap ahli UMNO dan tidak hanya diserahkan kepada perwakilan UMNO semata-mata. Biar 3.4 juta ahli UMNO memilih sendiri pemimpin yang mereka mahu (hal ini sudah kerap kali saya nyatakan dalam blog ini), dan tidak hanya menyerahkannya kepada 2500 orang perwakilan semata-mata dalam menentukan pucuk pimpinan parti. Hal ini, menurut beliau mampu mengelakkan politik wang dan rasuah politik.



Sebenarnya saya mengagumi beliau sejak beliau kembali bersama UMNO, setelah Semangat 46 berkubur. Bermula daripada itu – saya sudah memerhati keikhlasan dan kejujuran perjuangan beliau. Malah, saya kagum kerana beliau mendapat pencalon bukan atas dasar “duit” dan politik wang, sebaliknya mereka yang menyokong beliau adalah berlandaskan keikhlasan dan kejujuran. Inilah yang kita mahu.



Sejak hampir dua tahun, saya sering berbalas SMS dengan Datuk Seri Rais. Yang mengagumkan saya ialah, walaupun kami tidak pernah berjumpa, TETAPI beliau tidak pernah lupa untuk membalas setiap SMS yang telah saya kirimkan kepadanya. Malah, sejak tahun 2007, sudah berbelas-belas SMS yang saya hantarkan kepadanya, dan setiap SMS yang saya hantar pasti akan dijawab, walau sesibuk mana pun beliau. Pernah satu ketika, hampir dua hari beliau tidak membalas SMS saya, tetapi masuk hari ketiga, beliau membalasnya dengan menyatakan mohon maaf kerana lambat membalas mesej tersebut, lantaran beliau berada di luar negara kerana mempunyai urusan penting. Sebenarnya, sekalipun beliau tidak membalasnya ia tidaklah menjadi masalah, sebagai seorang menteri, kita sedia maklum akan kesibukan kerjanya. Namun begitu, Datuk Seri Rais bukan seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, yang sombong dan sukar untuk berjumpa. Beliau seorang pemimpin UMNO yang sejati. Tidak menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan dan sangat jelas misi perjuangannya dalam UMNO. Inilah pemimpin yang kita mahu dan diinginkan oleh rakyat. Malah, semalam sewaktu saya menonton aksi beliau dikaca televisyen, sempat saya menghantar SMS kepada beliau untuk ucapkan tahniah kerana berjaya membawa isu bahasa secara bijaksana dan berkesan, di samping bertegas dalam hal-hal yang melibatkan hak orang Melayu – namun demikian, pada masa yang sama tidak menyakiti hati kaum lain. Inilah pemimpin yang bijak dan berbakat!



Dan pada jam 11.32 malam semalam – SMS saya telah dibalas oleh Datuk Seri Rais berbunyi, “Terima Kasih Azli. Saya cuba lakukan yang terbaik selaku pemimpin. Salam.” Lihat inilah pemimpin yang ikhlas dan berani berkata benar – walau apa-apa pun risikonya. Saya tidak pernah bersemuka dengan beliau, namun begitu beliau sangat mengambil perhatian terhadap hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Sama ada ketika beliau mempunyai kuasa, mahupun tidak – sikapnya tetap sama.



Seperti yang saya tegaskan di atas, setiap perwakilan UMNO yang ikhlas untuk melihat UMNO berubah dan lebih berjaya pada masa hadapan – mereka harus meletakkan nama Datuk Rais Yatim sebagai salah seorang pemenang kerusi Naib Presiden UMNO hujung bulan ini. Bagi saya pula, saya akan menyokong mana-mana pemimpin UMNO yang jelas misi dan visinya untuk membawa perubahan dalam UMNO, di samping tidak menggunakan wang bagi membeli undi para perwakilan. Saya juga mendoakan agar Allah memberikan kemenangan kepada beliau kelak. Sama-samalah kita berdoa. Amin.

Comments

APPLE PIE said…
salam bro,
saya disana semalam dan sudah mula berjumpa dengan dsury.Inilah pemimpin yang Akar Umbi UMNO perlukan termasuk masayarakat Melayu di luar kepompong UMNO-HIDUP DSURY
Haula Hati said…
saya sgt bangga dengan pemimpin saya...

even sy budak practical & x berpeluang tok bertegur sapa, beliau tidak pernah untuk memaling + mamasamkan muka ketika bersua~

sy bangga...
*bagi sy, dia pemimpin yang btol2 memimpin...

:)
azlishukri said…
Apple pie - saya setuju

This is mine - benar DSRY sangat peramah
namun dapatkah beliau diterima dalam keadaan 'duit' adalah segalanya. Krisis yg parah di dalam UMNO hanya berubah apabila satu reformasi yg tegas semasa PAU diadakan. Jika tidak, mungkin berakhir kredibiliti UMNO bukan pada rakyat biasa saja malah duni barangkali.
fital said…
Saya bersetuju bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan seorang pemimpim umno yang sejatai.Pemimpin seperti inilah yang patut disokong dan dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Anonymous said…
salam azli,

saya rasa mmg dia bagus...kira pakej..kes pulau natu putih yg kita hilang dulu pun bukan pasal DSRY...dia kan x brapa join dlm kes tu..x silap dia mewakili m'sia pun..geng2 pak lah yg pegi time tu..sya sebenarnya lebh prefer pd DSRY dr muhidin..

refer ngan knowledge yg dia ada n juga ability dia so saya rasa mmg lah DSRY ni lebih baik..
azlishukri said…
Shetsure - kita berdoalah kepada Allah

fital - benar kenyataan saudara

pencita kebenaran - saya sokong
Anonymous said…
DAtuk Rais sangat bagus. tapi shafie afdal... ya ampun.. taubat.. lain yang di tanya lain yang dijawab. memalukan umno je si shafie apdal ni.tapi datuk rais, memang aku bangga
caturist said…
Beliau bersungguh-sungguh membuat segala macam penerangan.

Mungkin selepas ini Datuk Seri Rais patut ditukarkan ke Kementerian Penerangan pula.

Supaya lebih jelas!
azlishukri said…
caturist - saya nampak beliau begitu memberi penerangan yang jelas.

Anonymous - tentang shafie afdal tu saya no kemen.
gotahlantun said…
Hamba nan sentiasa di luar Negara
Jalankan tugasan bangsa dan nusa
Inilah nukilan prihatin rasa
Kerana sering tak dapat bersama


Walaupun tak dapat bersama
Jua tiada berjabat tangan
Namun jauh ingat sentiasa
Kita adun satu perjuangan


Wang ringgit boleh dicari
Marwah bangsa penebus nusa
UMNO jangan dijual beli
Biar Melayu terus perkasa


Melayu sedang di persimpangan
Sejak dulu kita teruja
Muda dan lama sinsinglah lengan
Bantu Bangsa jadi mulia


Semoga Allah pelihara kita
Bangsa, Agama dan Negara.


Salam Perjuangan dari saya
Dato’ Seri Utama DR Rais Yatim.
azlishukri said…
This comment has been removed by the author.
awi.prt8 said…
salam,

DSRY adalah salah seorang pemimpin yg saya kagumi kerana beliau memiliki pakej yg baik untuk memimpin.ISU yang boleh memburukkan imej umno haruslah di tangani dengan teliti dan harus di segerakan jalan penyelesaiannya untuk mengelakkan di ambil kesempatan oleh pembangkang yang sentiasa mencari kesempatan dan peluang dari luahan kekecewaan rakyat.Memang sudah kerja pembangkang untuk membangkang kerana itu didalam umno sendiri kita seharusnya ada mekanisma untuk itu seperti yg disarankan oleh DS KHIR terhadap Pemuda umno.Cuba kita renungkan bersama dan melihat kelemahan dalam umno yang membuatkan ramai golongan muda dan profesional menjauhkan diri.Jawapan memang mudah di cari, akan tetapi mencari Pemimpin yang Berani untuk melaksanakan adalah perkara pertama yang perlu di lakukan sekarang ini.

Pemuda Berani.
Wassalam.
azlishukri said…
gotahlantun - terima kasih atas puisi tersebut.

awi - saya setuju kenyataan saudara.
GELIgeli said…
tahniah..teman bersetuju seklai dengan sokongan padu mike terhadap ayahanda rais yatim.
Beliau memang hebat berhujah,melantarkan pandangan dan idea yang bernas yang membuatkan bertambah banyaknya musuh2 umno.
Ramai orang-org umno tak suka sebab beliau berilmu..kerana ramai orang umno suke org yang berwang.
Shafie Afdal gagal...orang tanya lain..beliau jawab lain..
Teruskan usaha tuan..untuk berkempen utk ayahanda rais yatim..tanpa mengira upah dan juga sindiran rakan2 dalam parti.
Sesungguhnya benarlah kata mantan Pm bahawa calon sepatutnya utk Pm ialah ayahanda Rais yatim(meniru gaya ayahda rais yatim yang memanggil shafie afdal adinda)
Pemuda Pelapis said…
Saya sekeluarga telah lama menyokong Datuk Seri Dr Rais Yatim sejak beliau masih MB Negeri Sembilan lagi dan sentiasa memberikan sokongan moral dari belakang kepada beliau.

Adakala pun kami bidas juga tatkala ada perkara-perkara yang tidak betul dilakukan beliau terutama di sudut kenyataan yang mungkin menyinggung orang lain tetapi beliau begitu terbuka menerimanya.

Namun saya tidaklah rapat sangat dengan beliau kecuali isteri saya sahaja yang rapat dengan isteri beliau (Datin Seri Maznah) ketika penganjuran aktiviti-aktiviti BAKTI suatu masa dahulu.

Sama-samalah kita memberi sokongan moral kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berhasrat murni mahu membawa satu perubahan di dalam UMNO demi kebaikan kita semua bangsa Melayu yang majoriti.

Rancangan Hujah di TV9 semalam membuktikan kematangan politik beliau sementara Datuk Seri Shafie Afdal agak menghampakan kerana gagal mengulas dengan lancar dan lebih matang di dalam menjawab persoalan yang diajukan oleh Prof. Madya Mohammad Agus.
azlishukri said…
geligeli dan pemuda pelapis - sama2 kita sokong Datuk Seri Rais Yatim!
Unknown said…
Saya kagumi Datuk Seri sejak dari dulu lagi. Dan saya ada beberpa kesempatan mendekati beliau. Beliau memang seorang pemimpin yang cakap serupa bikin, tak pernah gentar menyatakan kebenaran, berani mengkritik walaupun membahayakan kedudukannya dalam parti.
Terharu hati saya membaca posting ini, Azli, memang saudara pemuda UMNO harapan bangsa.
azlishukri said…
alamda - terima kasih atas sokongan saudara.
Zainal A. Kasim said…
Saudara Azli,

Saya cuma nak maklumkan bahawa Datu Seri Rais Yatim adalah orang Jelebu, Negeri Sembilan dan saya bangga dengan wakil rakyat saya ini.

http://c-bok.blogspot.com
fahana_ann said…
kerana segelintir ahli UMNO yang membuat onar, memag memburukkan nama UMNO..mana2 parti,tak semuanya tak betul..bila dah jadi yang majoriti,maka yang buruk itu memnag sangat perlu diperbaiki..dah dua orang hebat yang saya 'temui'katakan Dr Rais ni memang sebetulnya orang yang berjuang..:)
zedmagel said…
Salam.....saudara Azli Shukri,

Pertama terima kasih saya kerana saudara menjadi salah seorang follower saya. Tahniah sebab saudara telah mengutarakan satu topik yang menjadi perdebatan hangat di blog saudara, ramai yang memberi sokongan dan pandangan. Apatah lagi saudara pengurus kempen DSRY di blog saudara sendiri.

Biodata saudara memang memungkinkan saudara akan menjadi somebody di cawangan dan bahgian saudara.Keterampilan yang saudara miliki sangat kita perlukan bagi mengisi pemimpin pelapis UMNO di peringkat nasional, negeri, bahagian apa lagi cawangan UMNO saudara.

Saudara, menjadi lelaki AJK pemuda UMNO Bahagian, jadilah lelaki yang budiman - tulisan yang pro DSRY saudara keluarkan dan kontra saudara sisihkan. Bagimana untuk menjadikan kita seorang lelaki AJK pemuda UMNO yang bersikap budiman itu? Apakah semua AJK pemuda UMNO Bahagian di Malaysia begitu? Tertutup minda dek halus desir angin yang kontra.

Bukalah forum ini kepada semua yang pro dan kontra, seperti saudara nasil lemak bungkus (awie part8)saifulalam, segalanyamungkin (sekedar menyebut beberapa nama bloger). Hari ini saya cabar saudara untuk memuatkan semua pandangan jika pemuda UMNO memang bersikap terbuka. Calon naib presiden dan kempen managernya harus terbuka, menerima pandangan untuk kebaikan bersama.

Saya agak sukar untuk menafikan kelebihan yang dimiliki oleh idola (bos) saudara, tetapi baru kebelakangan ini sahaja. Jangan terpesona dengan hujah yang satu jam, lalu kita terus membuat andaian begitu begini yang indah-indah untuknya. DSRY namanya agak suam-suam kuku dalam pertandingan 8penjuru ini (seorang menarik diri kerana untuk kebaikan UMNO). Jika mungkin saya berikan no untuk beliau, no itu akan mengecewakan saudara sendiri. Tapi hakikat ini haruslah saudara terima dengan hati dan berfikiran terbuka begitu juga untuk rakan-rakan saudara yang sewaktu dengannya. Saya seorang yang out spoken, terus terang dan berpijak di alam nyata milik Allah ini, untuk mencapai no 5 pun agak sukar. Inilah suasana sekrang. Tetapi ketentuan Allah adalah di luar jangkauan kita mahklukNya.

Saya gelihati yang teramat, apabila lontaran idea dari rakan-rakan saudara ibarat kudup yang tidak berkembang. Pandangan yang sebeginikah saudara jadikan kayu pengukur untuk seorang bakal naib presiden UMNO Malaysia. Jika ini kayu ukuranya, idola saudara akan terjun ke laut macam si luncai dengan labu-labunya.Kesian kan?

Hakikatnya mereka ini bukan perwakilan, tapi saudara saya tak tahu, mungkin saudara salah seorang perwakilan G6 atau G7 di bahagian.Maaf jangan kecil hati ya!

Shimashita kata UMNO gelap dalam dunia `duit'. Maaf cakaplah berapa banyak shimashita terima duit dari orang UMNO. Kalau tak tahu tu janganlah nak burukan UMNO dengan isu duit. Menang dan kalah dalam pertandingan bukan duit alasannya. Mereka memandang kepada kebolehpercayaan dan ketokohan seorang pemimpin.

Jika kita sama-sama menyoroti sejarah UMNO lampau, siapkah orangnya yang `berkerat rotan berpatah arang dengan UMNO'? Siapa? saya cabar saudara menjawabnya. Siapakah orang yang ingin membakar jambatan dengan UMNO di dada akhbar pada masa itu? Semasa UMNO nazak dan tenat tahun 1988. Idola saudara lari ke mana? Janganlah hujah di tv9 dapat membungkus minda saudara yang bugar ini. Ini permainan kata orang yang bertanding sahaja, yang manis-manis, muluk-muluk itulah yang diucapkan. Dah-dah lah berpura-pura dalam UMNO, cukup-cukup lah membodohkan UMNO dua dekad lampau, bukan kali dan hari ini. Cukup lah.

Saudara Azli Shukri, saudara pemuda yang cerdik dan berakal. Be wise and smart. Memilih Naib Presiden UMNO mestilah orang muda yang bertenaga, muka baru yang berwibawa dan rajin bekerja. Bukan yang pandai bercakap dan kurang bekerja.

Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Adat bersabung ada yang parah dan berdarah. Kita orang UMNO bercanggah pendapat bukannya kita bermufarakah. Hanya satu percambahan minda diantara kita sahaja. Azli Shukri masih saudara se Islam saya dan sebangsa dengan saya. Orang Melayu bercanggah pendapat dari dulu, bukannya menjadi seekor burung terkukur yang menganggukan kepala mesti raganya terpenjara disangkar sang sutradara.

Apple pie dan this is mine tu budak lagi, orang bersalam sekali dan tidak memaling muka ke arahnya itu yang dijadikan idola. Tanya segalanyamungkin dia tu peminat DSRY no 1 juga. Angkat buku undang tubuh kerajaan negeri dah puji berkoyan. Alah itu semua mainan aje.

Salam hormat saya untuk saudara Azli Shukri. Tiada sengketa di antara kita sesama manusia. Menulislah di blog kecil saya, saya tunggu untuk ulasan ajak apple pie, this is mine, shimashita, fital, pencinta setia dan sahabat-sahabat saudara yang sewaktu dengannya tu sekali. Saya tunggu.

Saya seorang tua di kaki belantara. Minda, semangat dan kasih saya kepada anak-anak Melayu seperti saudara. Assalamuailaikum......
add said…
Saya memang suka pemimpin dari "nogori" tapi bukan KJ.....
azlishukri said…
Zainal A.Kasim - saya ucapkan syabas kepada saudara kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang berjiwa besar.

fahana - itulah hakikatnya

zedmagel - terima kasih kerana sudi memberi komen panjang lebar dalam blog saya. saya amat menghargainya. Saya akui setiap daripada kita mempunyai dosa dan noda - termasuk Datuk Seri Rais Yatim. Saya sama sekali tidak menilai beliau hanya semata-mata malam semalam - tetapi saya menilai beliau sejak beliau masuk kembali UMNO. Kita akui beliau terlibat dalam membakar jambatan dengan UMNO dan mengwujudkan S46 - tetapi itu kisah lama, kini semua ahli S46 sudah masuk UMNO dan mungkin sudah pun menjadi ahli PKR. Hakikatnya, sikap DSRY sudah banyak berubah dan banyak perkara yang telah beliau cuba betulkan. Cuba kita bertanya siapakah antara naib2 presiden (calon) yang ada sekarang ini mampu menjawab persoalan2 asas yang menghantui UMNO selepas kita hampir tumbang dalam PRU ke 12 baru2 ini. Tak ada. Hanya DSRY sahaja yang agak berani bercakap benar dan berterus-terang. Saya menilai beliau secara jujur dan saya tak tahu buruk atau kejahatan beliau di belakang sana. Biarlah Allah yang menghukumnya. Tetapi setakat ini - beliau jelas ikhlas dan jujur untuk mengubah UMNO dan sistemnya - kita patut sokong. Ini hanya pandangan saya. Mungkin betul dan mungkin salah. wallahualam.
zedmagel said…
Saudara Azli,

Maaf nak tambah sikit lagi, jangan bosan berhujah dengan saya. Saudara seorang yang betul-betul cool. Jika kita fikirkan penyokong pembangkang PRU 12 semuanya hasil dari adunan S46 tahun 1988 dulu. Hakikatnya keputusan PRU 12. Apa yang yang boleh kita buat? menyesal? Semua tu dah terlambat. Marah 20 tahun dulu kita terima padah hakikatnya sekarang. Saudara Azli yang budiman, jangan kita tersalah memilih pemimpin lagi nanti semangat 2013 pula yang timbul. Masa tu UMNO mungkin dah terkubur.....

Bukan tiada calon naib lain yang membela nasib UMNO dan berdebat dengan pembangkang dalam usaha meraih sokongan kepada BN. Kita atur dulu pemimpin-pemimpin yang boleh kita harapkan untuk menguatkan UMNO dan BN, kembalikan kepercayaan rakyat dan pengundi kepada BN dengan memilih kepimpinan UMNO baru yang lebih ideal, mantap dan mampu memacu negara kepuncak persada.Saya percaya mereka akan kembali di pihak kita.

Jika kita memperkatakan pemimpin UMNO tidak bersungguh membetulkan BN itu tidak benar, saya sendiri melihat kepimpinan yang ada terjelir anak tekak menerangkan kepada umum, tapi pembangkang tak peduli. Bukan seorang DSRY yang berkata, ramai hampir semua calon Naib Presiden. Yang lebih menonjol dan paling cool saya lihat seorang tokoh muda yang berfikiran tajam, berminda kritis dan boleh bekerja ialah Datuk Seri Mohamed Khalid Noordin. Beliau tidak hebat untuk menonjolkan diri tetapi saya telah melihat ketokohan kepimpinannya yang mantap dan teratur. Dia seorang pemimpin masa depan yang bersih dari isu yang tidak baik.
Saya tabik pada beliau, walaupun beliau tidak pernah melihat saya kerana saya bukan memilih pemimpin yang rapat dengan saya, tetapi pemimpin yang boleh menarik undi dari perwakilan semua.

Jumpa di perhimpunan agung UMNO pusat MAC ini. Salam....
azlishukri said…
zedmagel - saya jelaskan bahawa saya mengharapkan DSRY salah seorang Naib Presiden, dan saya tidak menolak Khalid Nordin, malah untuk pengetahuan zed, Khaled juga merupakan kenalan saya, kami makan bersama2 dalam majis berbuka puasa, ada dalam blog saya ini gambar kami. Malah saya juga menyokong Khaled sebagai salah seorang daripada Naib Presiden UMNO. Wallahualam.
Budak Kampung said…
aku tak faham sistem UMNO ni, aku tahu satu saje,

Aku sokong Azli Shukri kalau dia bertanding Ketua Pemuda! Abis crite.
Anonymous said…
Saya sokong Datuk Seri Rais Yatim dalam kepimpinan tertinggi UMNO

Penjelasan beliau dalam kemelut politik Perak menjukkan beliau seorang yang arif undang-undang, politik dan isu semasa

Mari kita sokong pemimpin Melayu yang berkebolehan, masa telah tiba untuk orang Melayu Islam bersatu dibawah payung UMNO dan restu Sultan. Amin
Fatin Baharum said…
i agree..!
dia patot menang..
then utk jwtn timbalan presiden, muhyiddin..
if both of them bersatu,asernya keadaan skrg boleh berubah..
melayu xkn dipijak suda..
Detguaq said…
Khalid Nordin yang mencium tangan kj satu masa dulu yang disiarkan diTV tu ke?
malay-machista said…
Salam bro,
saya menunggu sejauh manakah keazaman politik DSRY dalam memansuhkan PPSMI. Jangan menanam tebu dipinggir mulut sahaja.
DS Hisham has been dragging his feet for far too long, and his expiry date has passed long. You should add another cause in your agenda, to dismiss DS Hisyam as a passe.
Anonymous said…
Saya setuju dengan pendapat Azli bahawa perwakilan UMNO harus memberi tempat kepada Datuk Rais Yatim. Beliau seorang yang bijak dan matang - lebih bijak drp beberapa pemimpin ternama UMNO yang lain.

UMNO akan berkubur sekiranya pemimpin berwibawa dikuburkan dalam pemilihan akan datang. Pemimpin yang hanya tahu mengampu dan mengangguk bakal menjahanamkan UMNO. Rakyat bukan benci UMNO, tetapi benci pemimpinnya yang sombong bodoh. Kalau pemimpin jenis sombong bodoh dikuburkan, rakyat pasti akan kembali kepada UMNO. Ironisnya, sehingga kini baru segelintir pemimpin utama UMNO yang berusaha untuk berubah, sedangkan yang lain masih di takuk lama - belum sedar walaupun sampan sudah hampir dipenuhi air.
RAHISAM RAMLI said…
Saya mengikuti setiap butir bicara dengan gaya sangat mengagumkan. Pernah bertemu dimajlis kenduri kahwin, ketika beliu berada di dalam kereta sekalipun masih mengukir senyuman kepada orang kampung dan melambai tangan kepada mereka yang lalu di depan keretanya.
Anonymous said…
saya kecewa satu perkara saja dengan rais yatim ni, bila dia sebut nak hapuskan PPSMI.
azlishukri said…
Terima kasih atas semua komen tidak sempat rasanya untuk saya membalas semua komen2 saudara. Saya menghargai semua komen saudara baik yang pro mahu pun yang kontra.
Anonymous said…
salam,
sungguh menarik sekali entri2 saudara azli. akak mintak izin link ye.
Anonymous said…
Salam...
Ya saya juga senang dengan DSRY. Semoga beliau menang.
Dan secara peribadi,saya lebih bahagia jika Pak Lah akan terus memimpin negara. Tiada alasan kenapa Pak Lah mesti turun. Akan tiba masanya juga Najib akan ambil alih kalau ada rezeki..
Unknown said…
salam

lama kakyong tak jengah ke rumah ni.. dah tukor cat baru yer..
azlishukri said…
nestum - silakan

Anonymous - saya sependapat

kak yong - selamat bertemu kembali
Alhamdulillah.
Segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah SWT,

Alhamdulillah,


panglima!

panglima yang sudah lama bertapa didalam gua di gunung harapan sudah mula keluar dan menampakkan dirinya,

sudah muncul dan menampakkan dirinya disini dan dimana-mana,

keluarlah panglima,
keluar bersama-sama berjuang,

keluar bersama pendekar-pendekar yang berhemah dan beradab sopan,

keluar menerajui dan memberikan pengharapan kepada putra dan putri,

teruskan berjuang panglima,

teruskan penceritaan mu tentang prinsip-prinsip 'kesatriaan',

teruskan berjuang dan menjelaskan tentang apa sebenarnya prinsip-prinsip 'perjuangan'

teruskan berjuang dengan pendirian yang teguh dan tanpa berpaling-paling serta faham tentang apa yang dikatakan dengan prinsip-prinsip dan sifat-sifat 'Tuhan' dan 'Ketuhanan'

bersabarlah panglima,
sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian daripada prinsip-prinsip hidupmu,

kasihanilah mereka yang teranaiya,
sesungguhnya kasih sayang itu juga adalah prinsip-prinsip hidupmu.

berimanlah panglima,
kerana telah engkau beriman dengan sepenuh-penuh hatimu,

bertaqwalah panglima,
sesungguhnya hanya redho dan taqwa sahajalah yang engkau cari,

bangun panglima,
keluar panglima,
bergeraklah panglima,

kami pasti akan menunggumu disana!
ONE said…
salam,

saya berasakan yg datuk rais sememangnya seorang yang cukup berkarismatik dan boleh diharap..saya juga mendoakan agar beliau dapat menempatkan diri dalam pemilihan naib presiden nanti..

pun begitu saya menolak sekeras-kerasnya pendapat untuk memansuhkan PPSMI..pada saya ia merupakan wadah terbaik dalam pengembangan ilmu di malaysia pada masa depan..

salam perjuangan..
ikan emas said…
Sokongan hanya dpt diberi di sini, syg sy bkn dlm kelompok 2,500 org itu. Corak kepimpinan ,gaya pidato yg bernas, bahasa yg beralun dan berkias ..Dr. Rais hebat sejak jd MBNS , Men Penerangan...( silap sikit masa beliau berehat dgn semangat dulu..) Jgn lupa jg Dr Zahid!!
azlishukri said…
zul rahman - terima kasih atas sokongan

one - saya sependapat

ikan emas - sayang seribu kali sayang

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...