Skip to main content

Cerita Lama, Kisah Baru

Cerita Lama
Kisah Baru

Saya fikir, sudah tiba masanya Tan Sri Muhyiddin Yasin, selaku Menteri Pelajaran Malaysia campurtangan dalam kemelut yang sedang melanda rumah tangga Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 4 tahun yang lalu. Sudah berpuluh-puluh laporan salah laku dan penyelewengan yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi DBP telah diserahkan kepada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan, bagi menyelesaikan segala konflik yang semakin bernanah dan membusuk di organisasi tersebut . Namun demikian, tiada apa-apa tindakan yang diambil. Rungutan pekerja-pekerja DBP seolah-olah langsung tidak didengari oleh pihak kerajaan - saya khuatir, jika hal ini berterusan, bukan sahaja DBP yang akan hancur, malah tidak mustahil UMNO juga bakal hilang sokongan daripada pejuang bahasa dan sasterawan. Tulisan terbaru berkenaan kemelut yang masih terus menghantui DBP menggambarkan segala-galanya..baca tulisan ABANG SALEHUDIN SHUKRAN di bawah..

KATA ORANG sekarang macam-macam ada begitulah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), memang istimewa dalam segala-galanya, Apa tidaknya kalau dulu kisah perjuangan bahasa tersohor dipelosok Negara, sekarang ini bertambah tersohor kerana barisan pemimpinnya yang caca marba.

Kumpulan pengurusannya bukan lagi bekerja untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagaimana visi dan misinya, tetapi sekarang berjuang untuk pangkat dan kedudukan sahaja. Sebab itulah Datuk Rais Yatim telah menubuhkan Unit Bahasa di Kementeriannya sekarang kerana DBP kurang berfungsi lagi. Apa sebabnya. Kalau nak diceritakan terlalu banyak

Banyak pegawai DBP kurang berminat mengembeling tenaga untuk sama-sama berjuang memertabatkan bahasa Melayu kerana banyak sebab. Ketua Pengarah, Termuzi Abdul Aziz yang umurnya dah 66 tahun tidak menghiraukan apa peranan DBP sekarang dan tidak menjaga kebajikan kakitangannya. Semua kejayaan hasil titik peluh kakitangannya, yang mendapat nama ialah Termuzi Aziz dan konco-konconya sahaja. Pengarah bergred Jusa tak tahu apa peranan mereka diDBP. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Unknown said…
Kalau betul bak ditulis, aku pun seram. Kalau tak betul, biarlah kenaikan/pelantikan pangkat atas kredibiliti atau kelayakan. Apa-apapun, semoga sinar DBP terus bergemerlapan.
azlishukri said…
terima kasih tuan anuar...sahabat lama di DBP..duduk bersebelahan..mengetahui pahit maung di sana...
AMIR RAOF said…
dbp ni cam takder fungsi.. dulu pernah kea kutuk , naik sikit pastu malap habis.. tak mcam indonesia punya unit penterjemahan, senantiasa kehdapan.. rasa nya fungsi dia lagi lebih,, jual buku pun tak laku sgt
hans said…
yups
mereka dah xnampak pengaruh DBP skrg
xtahu mana pergi peranan mereka
haih

P/S : Blog Pilihan Malaysia 2010 - Jom Senaraikan Blog Pilihan Anda

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...