Skip to main content

Akhirnya Namewee Bebas!

Akhirnya Namewee Bebas!

Nampaknya Namewee semakin besar kepala selepas ini. Kerajaan Malaysia sudah membuat keputusan tidak akan mengheret budak hingusan itu ke muka pengadilan. Yang menjadi mangsa tetap orang Melayu. Tahniah Nazri Aziz. Mungkin selepas ini saya tidak akan mengundi beliau lagi sebagai ahli Parlimen Padang Rengas. Mohon maaf, saya tidak dapat terima laporan dan berita di bawah ini. Datuk Seri bakal hilang satu undi daripada saya.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee sebagai sesuatu yang 'mengejutkan'.

Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad berkata, jika benar itu keputusan kerajaan, ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu memandangkan ia dibuat hanya berdasarkan kepada penghasilan klip video yang ditujukan kepada pengetua sekolah di Kulai, Johor.

"Soalnya kenapa bercakap tentang klip video itu sahaja? Bagaimana dengan klip video sebelum ini terutamanya Negarakuku yang terang- terangan menghina dan mencabar kedaulatan negara? "Adakah hanya kerana dia sudah membuat permohonan maaf, maka tiada tindakan boleh diambil ke atasnya? Semua ini menunjukkan kerajaan tidak konsisten dalam mengambil tindakan berkaitan kes sebegini," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Pemandu MPM di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia, Datuk Aliasak Ambia; Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akbar Ali dan Presiden Majlis usahawan Malaysia, Datuk Suhaimi Yacob. Klip video yang dihasilkan pemuda itu bukan sahaja menghina dan menujukan isyarat lucah kepada pengetua berkenaan malah juga kepada Kementerian Pelajaran yang disifatkan sebagai kurang ajar.

Hassan turut menzahirkan rasa hairan dengan kenyataan Mohamed Nazri itu kerana ia menunjukkan seolah-olah klip video itu tidak mengandungi unsur-unsur hasutan. "Memang hanya pengetua berkenaan berhak mengambil tindakan kerana cercaan itu ditujukan kepadanya, tetapi jika terdapat unsur-unsur hasutan, kerajaan seharusnya mengambil tindakan," tegasnya. Menurutnya, MPM akan berbincang dengan panel perundangannya berhubung tindakan yang boleh diambil berhubung isu itu dan tidak menolak kemungkinan akan menasihatkan pengetua terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap pemuda itu.

Sementara itu, katanya, MPM akan meminta bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya untuk memberi maklumat berhubung isu pengambilan tanah orang Melayu oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. "Kita mahu memahami secara menyeluruh mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan, pandangan orang Melayu serta tahap keseriusan isu berkenaan sebelum membuat ketetapan dan mengambil tindakan," katanya.

Comments

tungkaran hati said…
semakin keliru dengan perundangan Malaysia. Apakah undang-undang berbeza antara Melayu dan bukan Melayu?
Anonymous said…
NAZRI GILA BABI
azlishukri said…
orang Melayu-Islam semakin tidak selamat di negara ini
To Live Again said…
Tahniah azri!

Kita kena tnjukkan KUASA RAKYAT! Mgkn si nazri 2 akn kata "Ala pegi mampus la sama lu azli.Ko ingt ko sorg je pengundi padang rengas.Aku dh bertndg lm la kt cni x pnh kalah pon".Selalunya cm 2 la ayat kurg ajar dia.

Si nazri,KJ,Khaleed nordin dn ada 2-3 kerat lg ahli umno yg merasakn diri diaorg GLOBAL,PLURALISME, MELAYU MODEN yg x perlu lagi segala KEISTIMEWAAN MELAYU..Dia sndiri pon pnh ckpa MALYSIAN FIRST,MALAY SECOND..

Bangsat2 cm ni la yg mempercepatkan lagi kejatuhan umno dn menyumbat umno ke dlm muzium.

Tp 1 hal yg sy pelik ialah DSN..Yg si nazri nk kurg ajar ke ape ke dia punya pasal la sbb dia mmg jenis KURG AJAR!..Yg DSN pon TERGAMAK kekalkan dia dlm kabinet 2 yg buat sy kekdng rs berbelah bahagi dgn umno ni..
Anonymous said…
saya memandang satu sudut bahawa umno tidak lagi berani memperjuangkan hak orang melayu kerana terdesak undi, seandainya orang2 berfahaman seperti nazri aziz ini masih dikekalkan dalam barisan hadapan kerajaan, percayalah bahawa semakin marah anak muda. nazri aziz, khairy jamaludin, hishamudin dan chua soi lek=liabiliti kepada umno dan barisan..sejujurnya

namewee?lepas ni masuk bertanding plm pru comform menang
wak sonto said…
sori la..
aku xkan sokong umno selagi 3 melayu mangkuk ayun tu masih berada dalam barisan kepimpinan umno..
nazri, hisamudin, kj...stupid 3 stooges
Anonymous said…
Aku sebenarnya lama dah bebulu dengan si Nazri ni sejak dia mendalangi kempen maufakat agama (bunyi macam gitu) yang ditangguhkan penubuhannya dizaman Tun Abdullah dulu. Dia ni memang tokoh islam liberal dan plural dah tu pula penakut sangat dengan pemimpin pembangkang. Kata orang kalau takut yang melampau itu sebenarnya tanda setuju, entahlah.
Aku harap Datuk Najib cepat-cepat clearkan orang sebegini dan suku sakatnya (Hishamuddin, Johari baharum, Koh tsu Koon dll) daripada kabinet sebelum menjelang PRU13, kalo tak, bole bungkus BN dibuatnya. Hishamuddin tu dah berapa kali nak terkencing dlm seluar bila diherdik oleh Lim Kit Siang dan anak karpal dlm kes KDN tu. Seorang pemimpin kena berani dan tegas dan tidak takut mengambil pendirian yang tidak popular macam Tun Mahathir tu.
Anonymous said…
ALJUBURI
Ungkapan kata-kata Anuar Ibrahim adalah benar belaka"ketuanan melayu kepala otak ngko"!..sesuai la sangat ..anak haram jadah ni hina bangsa melayu & agama islam pon xde hal..pe citer ketuanan jadah apa???

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...